FAIZ IQBAL
berlari pantas. Dadanya berombak kencang melepaskan nafas. Semakin pantas dia
berlari semakin tebal kabus putih yang mengelilinginya. Peluh yang mengalir
terasa seperti mencurah-curah ke tubuhnya. Badannya terasa panas. Panggilan dan
lambaian wanita-wanita itu semakin kuat. Dia menerkup kedua-dua belah
telinganya. Tidak mahu mendengar bicara wanita-wanita cantik itu. Semua wanita
cantik yang berambut panjang mengurai itu mendambakan nyawanya. Menuntut
sesuatu yang Faiz Iqbal tidak pasti apa mahunya.
Salah
seorang wanita yang sarat mengandung dengan darah merah pada pakaian putihnya
itu semakin hampir. Tangannya semakin hampir dengan batang tengkuk Faiz Iqbal.
Tunggu masa mahu dicekik.
“Jangan
kacau aku! Aku bukan pembunuh. Kau yang bunuh diri kau sendiri!” jerit Faiz
Iqbal.
Wanita
berwajah cantik kini bertukar rupa. Menjadi begitu hodoh dan terus mencekik batang tengkuk Faiz Iqbal.
Nyawanya sebagai bahan ganti yang perlu dituntut. Hilang nyawa lelaki ini,
ibarat terhapusnya satu dendam yang sekian lama terpendam.
Rontaan
Faiz Iqbal semakin kuat. Semakin kuat dia meronta, semakin ketat cekikkan yang
terasa. Faiz Iqbal sudah tidak berdaya. Tubuhnya terlalu lemah. Mungkin
sekarang ajalnya sudah menjemput.
“Encik…
Encik Iqbal! Bangun, kenapa ni?” laungan Mak Melor mengejutkan Faiz Iqbal
daripada lena. Matanya memandang wajah Mak Melor penuh ketakutan. Nafasnya
turun naik seperti baru melakukan larian pecut 500 meter. Bajunya basah lenjun dengan
peluh.
“Encik
Iqbal mengigau ke? Itulah, banyak kali Mak Melor dah pesan... jangan tidur
waktu senja,” tegur Mak Melor.
Faiz Iqbal
hanya diam. Terkebil-kebil matanya memandang Mak Melor. Kepalanya sekarang rasa
macam berpusing-pusing.
“Encik
Iqbal okey tak ni? Kerja Mak Melor kat dapur tu dah beres. Mak Melur dah nak
balik ni. Kalau Encik tak sihat, Mak Melor boleh tolong bawakan ubat,” tanya
Mak Melor. Melihatkan Faiz Iqbal yang tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Macam
orang tak betul pun ada.
“Tak apalah
Mak Melor. Mak Melor boleh balik dulu. Saya sihat, tak sakit pun,” ucap Faiz
Iqbal lemah. Peluh didahi dilap dengan tapak tangan.
“Betul ke
ni, Encik.? Risau Mak Melor nak tinggalkan Encik Iqbal kat kondo ni
sorang-sorang. Itulah... suruh cari isteri tak mau. Sanggup ke duduk membujang
sampai ke tua macam ni?” bebel Mak Melor.
“Betul
ni...saya okey je. Mak Melor baliklah dulu. Kesian nanti anak-anak tunggu.”
“Iyalah. Kalau
macam tu Mak Melor balik dululah ye? Makan malam Mak Melor dah siap
masak...jangan lupa makan pulak. Nanti basi, rugi je. Membazir.”
“Iyalah...saya
tahu,” balas Faiz Iqbal. Tak mahu lagi berlengah-lengah. Mak Melor perlu segara
keluar. Faiz Iqbal mahu duduk sendirian.
Mak Melor menurut.
Meninggalkan Faiz Iqbal bersendirian di bilik tidurnya. Dia perlu segera
pulang. Masih ada tanggungjawap yang perlu diberi perhatian di rumah.Kerja
sambilan sebagai orang gaji di rumah bujang itu sedikit sebanyak membantu
keluarga Mak Melor. Dia sudah menganggap Faiz Iqbal seperti anak sendiri. Tak
kurang sedikit pun. Namun, sebagai pekerja juga dia perlu menghormati privasi
lelaki itu.
“Macam
manalah aku boleh mimpi benda mengarut ni lagi?” Sudah bertahun-tahun Faiz
Iqbal asyik termimpikan perkara yang sama. Namun, sejak akhir-akhir ini mimpi
yang dialaminya semakin kerap berlaku.
“Apa
perempuan ni nak? Aku tak bunuh kaulah!” jerit Faiz Iqbal sekuat hati.
Kepalanya
mula terasa sakit. Seperti mahu pecah. Tangannya pantas menyelak laci meja
disisi katil. Mencapai sebotol pil penenang. Dua biji pil penenang habis
ditelannya sekaligus dengan segelas air. Kepalanya diurut semula beberapa
kali.Perkara yang sama akan berulang setiap dia mula berfikir mengenai wanita
itu. Seorang wanita yang pernah dizaliminya tetapi, kurang jelas dalam
ingatannya.
BUNYI bising
membingitkan suasana malam dengan cahaya lampu disko yang menyakitkan mata.
Seorang gadis muda berbaju kurung putih dan berambut panjang duduk disebuah
kerusi berhampiran meja bar. Jari-jemari halusnya bermain-main dengan tali beg yang
sudah lusuh di atas riba.
Hatinya
tidak tenteram. Takut, gelisah dan berserah dengan apa yang bakal berlaku
terhadap dirinya. Matanya meliar-liar mencari seseorang. Tidak selesa berada
ditempat itu lama-lama dengan bau busuk yang mencucuk rongga hidung. Jiwanya
melonjak kegembiraan sebaik sahaja terlihat susuk tubuh seorang lelaki yang amat
dikenalinya.
“Along!” ucapnya
ceria. Bersama abang kandungnya ada seorang lagi lelaki lain yang tidak
dikenali. Wajah lelaki itu agak tampan. Sinaran mata yang bercahaya dan tubuh
sasanya sudah cukup membuatkan semua wanita pada malam itu terpana.
“Nasib baik
Along datang. Adik takut duduk kat sini lama-lama. Tolong bawak adik balik
sekarang.” Gadis yang berumur dalam lingkungan 18 tahun itu bersuara gementar.
Kata-katanya hanya dibalas dengan senyuman oleh si abang.
“Macam mana
yang ni?” tanya si abang pada lelaki tampan disebelahnya.
“Cantik!
Aku suka.” Balas lelaki itu sambil membelai lembut rambut si gadis. Tangan
lelaki itu ditepis kasar oleh si gadis.
“Kenapa ni?
Kau siapa?!” tengking si gadis. Benci diperlakukan begitu.Persis perempuan
murahan.
“Along
cepat hantar adik balik! Adik tak mau duduk kat sini lama-lama.” Rayu si gadis
sambil memaut lengan abangnya. kepala si gadis diusap lembut oleh abangnya.
“Ya. Along
nak hantar adik baliklah ni. Tapi Alongbusy
sikit. Banyak kerja tak siap lagi. Adik duduk dulu...kejap lagi abang hantar
balik ye?” pujuknya.
Si gadis
yang naif hanya menurut. Memandang abang kandungnya dan lelaki asing tersebut
menghilang disebalik celahan lautan manusia yang sedang terkinja-kinja dibawah
sinaran lampu berwarna-warni.
Beberapa
minit kemudian, si abang kembali. Digengamannya terdapat segelas coke sejuk. Gelas itu dihulurkan kepada
si gadis.
“Minumlah
dulu... kejap lagi Along datang balik,” pelawa si abang sebelum meninggalkannya
bersendirian.
Tanpa
sebarang perasaan ragu-ragu, si gadis terus meneguk minumannya. Tekak yang kering
perlu dibasahkan. Yakin, Sebentar lagi, dia akan dibawa pulang ke rumah oleh
Along dengan selamat. Tiada apa-apa lagi yang perlu difikirkan. Semuanya akan
berakhir selepas ini.
Setelah beberapa
minit seketika, pandangan matanya tiba-tiba berpinar. Urat dalam kepalanya
terasa bergerak-gerak. Berpusing-pusing mengikut alunan lagu yang bingit. Penglihatannya
semakin kelam. Semakin kabur dan terus gelap.
Si gadis
tersedar. Nafasnya hampir putus kerana dihempap oleh sesuatu objek berat.
Bayangan wajah seorang lelaki tidak berbaju berada tepat diatas wajahnya.
Jeritan meminta tolong tiada siapa yang peduli. Nafasnya begitu kencang. Si
gadis cuba meronta dengan lebih kuat. Namun, kudrat wanitanya tidak mampu
menandingi kerakusan seorang lelaki yang dikuasai oleh nafsu syaitan. Si gadis
ditampar berulang-ulang kali sehingga dia tidak sedarkan diri.
Mata si
gadis terbuka perlahan. Kepalanya terasa amat berat. Tubuhnya lemah. Tanpa
seurat benang. Lubang hidungnya meninggalkan sisa darah beku. Layu terkulai di birai
katil di dalam sebuah bilik kecil dan sempit. Dia mengeletar kesejukan dengan
penuh ketakutan.
Seorang
lelaki sedang menyarungkan t-shirt
berwarna biru. Tubuhnya menghadap pintu. Gadis itu tidak dapat melihat
wajahnya. Pintu bilik dibuka. Bayangan susuk tubuh dua orang lagi lelaki
terpacul.
“Macam mana
bos?” soal salah seorang daripada mereka sambil ketawa.
“Kalau korang
nak tahu, try lah sendiri,” balas
lelaki tersebut. Mereka ketawa serentak.Tanpa rasa belas kasihan, lelaki tersebut
meninggalkan si gadis untuk dicuba oleh rakan-rakannya yang lain. Si gadis
tidak mampu berbuat apa-apa. Tubuhnya begitu lemah untuk melawan. Terpaksa
merelakan. Berserah seadanya.
FAIZ IQBAL tersentak.
Ingatan terhadap dosa-dosa silamnya sukar untuk dilenyapkan. Tidur malamnya
tidak pernah aman. Hatinya sentiasa dibayangi oleh wajah-wajah wanita yang
pernah dinodainya. Dia menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya. Matanya
dipejamkan seketika. Pejam dan celik semula. Bayangan mimpinya datang lagi!
Dia pantas
bangun daripada katil menuju ke dapur. Membuka kabinet dapur dan mencapai
sebotol minuman keras yang disembunyikannya dicelah tin-tin sardin. Nasib baiklah
Mak Melor tak perasan dengan kehadiran beberapa botol minuman keras yang
disembunyikannya ini. Kalau tak, pasti sudah dibuangnya! Fikir Faiz Iqbal. Membuka
penutup botol. Meneguk minuman tersebut beberapa kali. Jantungnya masih
berdenyut laju.
“Dup, dap!
Dup dap!”
Faiz Iqbal
membuka semua pakaiannya. Terduduk di atas lantai tanpa seurat benang. Seluruh
badannya terasa amat panas. Bagai disalai di bawah sinaran matahari terik.
Cukup azab!
Dia segera
menuju ke bilik mandi. Tergesa-gesa membuka paip air untuk memenuhi jacuzzi mewahnya. Meneguk minuman haram
itu beberapa teguk sebelum merendamkan seluruh tubuhnya didalam dasar jacuzzi.
Selang beberapa minit, fikirannya
dirasakan lebih tenang. Lupa sekejap wajah-wajah hodoh yang menghantui mindanya
selama ini. Itulah apa yang akan dilakukan oleh Faiz Iqbal jika dia rasa
ketakutan akibat trauma yang menghantui dirinya sejak beberapa tahun yang lalu.
No comments:
Post a Comment