Thursday, 17 December 2015

MAAF, SAYA TAK SENGAJA - BAB 6

SUZY tidak mampu menahan ketawa lagi. Membetulkan kedudukan punggungnya diatas sofa. Perutnya ditekan berkali-kali. Geli hatinya dengan cerita yang disampaikan oleh Aina Cempaka. Air matanya tidak henti-henti mengalir kerana ketawa yang terlalu banyak. Terhibur pada malam ini dengan cerita lucu Aina Cempaka setelah berpenat pulang daripada kerja.
            “Itulah kau...nasib baik tak kena pecat. Kalau tak meloponglah kau.” Suzy menyambung ketawa lagi.
            “Bukan main suka lagi kau kan? Nanti kalau kena kat batang hidung sendiri baru tau. Masa tu, aku pulak yang jadi pak gelak. Mmmm… macam mana tu?” pintas Aina Cempaka. Tidak puas hati.
            “Okey, okey. Aku mintak maaf.Tak tahan la dengar cerita kau ni. Kelakar sangat.”
            “Kelakarlah sangat,” cebik Aina Cempaka.
            “Bos kau mesti handsome kan?” Suzy tersenyum nakal.
            “Handsome macam mana pun tak guna, kalau tak ada budi bahasa. Aku mengaku... kadang-kadang aku pun terbiadap jugak. Tapi, tahap kebiadapan dia perhhh... lagi dasyat daripada aku tau. Ingat tak masa first time aku jumpa dia kat dalam lif hari tu? Siap jeling aku lagi kot. Lepas tu kat dalam office tadi, pandai pulak dia pulangkan paku buah keras kat aku. Ajuk gaya aku bercakap. Teruk betul lah!”Aina Cempak melahirkan rasa tak puas hati. Bengang sungguh.
            “Memanglah...dah kentut bau macam telur tembelang. Siapa yang tak termuntah. Kalaulah aku jadi dia, aku kuarantinkan je kau ni,” tambah Suzy lagi.
            “Ketawalah kau banyak-banyak. Kalau terburai isi perut kau tu nanti... baru tau,” rungut Aina Cempaka.
            Telefon bimbit Aina Cempaka berdering diatas meja. Mula tersenyum sebaik sahaja nama ibunya terpapar pada skrin telefon bimbit sebagai pemanggil. Dapat bersembang bersama Mak Safiah semalaman pun tak mengapa. Mendengar suara itu sudah cukup membuatkan Aina Cempaka rasa gembira.
            “Maaflah mak... minggu lni Cempaka tak sempat nak balik kampung. Busy sikit dengan kerja. Inyaallah, hujung bulan ni Cempaka balik jengguk Mak. Rindu rasanya nak makan buah-buahan kat kampung,” nada suara Aina Cempaka kedengaran riang. Membaringkan tubuhnya di birai katil.
            “Baguslah kalau macam tu. lagipun sekarang ni memang dah musim buah. Pokok rambutan kat dusun kita tu nampaknya dah merah. Durian pun dah mula nak luruh.”
            “Bestnya… tak sabar rasanya nak memanjat,” tawa Aina Cempaka.
            “Ke situ pulak perginya. Nanti kalau jatuh siapa nak tolong? Cempaka... kamu tu dah besar panjang. Dah boleh jadi bini orang dah... tunggu masa je nak kahwin. Ni calon dah ada ke belum?”        
            “Apalah mak ni... Cempaka malaslah nak fikir benda ni semua.” Soalan itulah mahu dihindari oleh Aina Cempaka.
            Kalau boleh, dia tak mahu Mak Safiah mengungkit lagi perkara ini. Salah ke kalau orang perempuan tak kahwin? Mengapa perlu nak difikirkan kata-kata orang? Orang yang tak kahwin itu dia.
            Lagipun, Aina Cempaka bukannya menyusahkan sesiapa. Dia bahagia dengan cara hidup begini. Jadi, tak salah rasanya jika dia membina kerjaya hidupnya hidupnya terlebih dahulu.
            “Malas, malas. Itu je jawapannya. Mmmm... mak cuma risaukan kamu je. Sampai bilalah nak hidup membujang. Nanti kalau mak dah tak ada, siapa yang nak jaga kamu?”
            “Mak... sudahlah tu.” Aina Cempaka cuba mengalih tajuk. Sememangnya dia tidak mahu persoalan jodoh menjadi perbualan utama antara mereka. Biarlah perbualan kali ini lebih tertumpu mengenai hal mereka berdua sahaja. Sekali-sekala dapat mengimbau masa lalu pun bagus juga. Tidaklah Aina Cempaka berasa bosan.
            “Kamu ni kerja tak esok?” tanya Mak Safiah.
            “Rasa macam malas je nak kerja. Tapi nak buat macam mana dah kerja, kan?” jawap Aina Cempaka sambil ketawa.
            “Kerja tu kenalah ikhlas. Ingat senang ke nak dapat kerja sekarang ni?” bebel Mak Cik Safiah.
            “Iya mak. Insyaallah Cempaka buat betul-betul. Kali ni Cempaka janji, Cempaka takkan berhenti kerja sesuka hati lagi,” ikrar Aina Cempaka. Tidak mahu mengulangi lagi kesilapan yang lalu. Kali ini Aina Cempaka akan berusaha bersungguh-sungguh. Dia akan pastikan segalanya berjalan dengan lancar. Kuncinya? Haruslah sabar.
            Sesungguhnya Aina Cempaka tahu, ibulah segala-galanya buat dia. Tanpa Mak Safiah tak mungkin dia akan ada di dunia ini. Jadi, Aina Cempaka akan berusaha menjadi anak yang terbaik. Tak mahu ingkar kata ibu. Takut nanti tak cium bau syurga.
            “Macam tulah yang mak nak dengar. Okeylah, mak nak letak telefon ni. Nanti jangan lupa solat isyak pulak ye.”
            “Insyaallah, mak. Assalamualaikum,” jawap Aina Cempaka sebelum memutuskan talian.
            Sebaik sahaja tamat perbualan telefon dengan Mak Safiah, Aina Cempaka merebahkan tubuhnya ke atas katil. Malam ini dia perlu dapatkan rehat yang secukupnya. Tak sabar mahu kembali ke pejabat dengan semangat dan cita-cita yang baru.

“MIMPI apa datang rumah aku malam-malam buta ni?” soal seorang lelaki tua yang duduk berbaring diatas katil. Wajah tuanya berkerut-kerut merenung wajah Faiz Iqbal. Faiz Iqbal hanya tenang duduk disisi katil. Memerhatikan pergerakkan pantas tangan seorang jururawat peribadi mereka yang sedang menyelitkan Wayar-wayar yang bersirat pada dada orang tua itu.
            “Mak Ngah bagi tau Iqbal yang Tok Wan sesak nafas tadi. Iqbal datang sebab nak jengguk Tok Wan la ni,” jelas Faiz Iqbal perlahan. Agak kecewa dengan reaksi Tok Wan. Padahal, dia sanggup datang lewat malam semata-mata hendak menjenguk lelaki ini. Lain yang diharap, lain pula penghargaan yang diberikan.
            “Aku tak apa-apa,” balasnya. Tidak memandang sekilas pun wajah Faiz Iqbal.
            “Tok Wan. Iqbal datang ni bukannya nak cari gaduh. Apa yang Tok Wan tak puas hati lagi ni?” bentak Faiz Iqbal.
            “Aku dengar tender kau dengan Datuk Mazlan dah tak jadi. Macam mana kau buat kerja ni?!” tengking Tok Wan. Tangannya memberikan isyarat supaya jururawat wanita yang merawatnya itu segera beredar. Meninggalkan dirinya dan Faiz Iqbal berdua di dalam bilik tidur.
            “Iqbal tak tahu nak jelaskan macam mana. Kebanyakan projek kita habis kena sapu dengan Kenyalang Properties. Tapi, Tok Wan jangan risau. Semuanya Iqbal dah rancang. Iqbal yakin, kita pasti dapat balik apa yang dorang rampas tu.”
            “Kau yakin?” agak sinis nada suara Tok Wan. Faiz Iqbal hanya mengangguk. Selama ini, memang Faiz Iqbal yang menjadi orang kuatnya. Tanpa Faiz Iqbal Ibunda Cooperation takkan kekal lama. Walaupun, Faiz Iqbal Cuma anak angkat di dalam keluarga ini, dia merupakan satu-satunya waris yang diharapkan oleh Tok Wan.
            “Baik, aku nak kau buktikan apa yang cakap tu. Jangan pandai buat janji je,” gertak Tok Wan. Matanya mengerling wajah Faiz Iqbal.
            “Kau minum lagi ke?” soal Tok Wan . Menghidu bau arak yang sangat kuat melekat pada tubuh Faiz Iqbal. Air wajah Faiz Iqbal mula berubah. Mengangguk menjawab soalan. Tok Wan melepaskan satu keluhan.
            “Dulu kau kaki perempuan, sekarang kau dah jadi kaki botol pulak. Baguslah! Nanti cepat sikit masuk hospital. Kalau kau dah jadi macam aku, baru kau tau!” tengking Tok Wan agak kasar.
            “Kalau dah tak ada apa-apa lagi… Iqbal nak keluar dulu.” Faiz Iqbal segera mengangkat punggung. Tidak mahu mendengar orang tua dihadapannya itu terus mengarut. Orang yang bagi nasihat pun tak betul. Ada hati pula nak ingatkan orang lain! Cemuh hatinya.
            “Bagus sangatlah tu. Nanti bila kau dah buntingkan anak dara orang, baru kau pandai nak cari aku!” jeritan Tok Wan diabaikan oleh Faiz Iqbal. Menutup pintu bilik tidur datuknya tanpa berpaling. Bosan!
            “Kenapa ni Iqbal? Suka sangat buat Tok Wan naik darah.” sapa Datin Mariam.Melihat muka masam mencuka Faiz Iqbal keluar dari pintu bilik.
            “Entahlah Mak Ngah. Sejak kebelakangan ni orang tua tu suka sangat mengungkit hal lama-lama. Dah naik bernanah telinga Iqbal ni dengar. Sebab tu la Iqbal benci duduk kat rumah ni.”
            “Tak baik cakap macam tu. Rumah ni, rumah Iqbal jugak. Bila-bila masa je Iqbal boleh balik. Iqbal dah makan malam ke belum ni? Kalau nak, Mak Ngah boleh suruh Mak Teh sediakan,” pelawa Datin Mariam.
            “Tak apalah Mak Ngah, Iqbal dah kenyang. Iqbal nak balik ke kondo. Panas duduk kat sini lama-lama.” Faiz Iqbal melangkah keluar meninggalkan rumah agam milik datuknya.
            Datin Mariam hanya mampu mengeleng-gelengkan kepala. Susah mahu bercakap dengan manusia yang keras kepala. Faiz Iqbal lebih rela tinggal sendirian. Tak sanggup hidup terkongkong di rumah ini. Hidup ikut telunjuk Tan Sri Berahim!

SEBAIK sahaja mengunci pintu rumah, Faiz Iqbal menghempaskan tubuhnya diatas sofa empuk. Lega setelah dapat bersendirian di ruang tamu. Beberapa tin arak diatas meja yang baru sahaja dibelinya dalam perjalanan pulang tadi ditenungnya.
            Jarinya mula bermain-main diatas permukaan tin sebelum membuka penutupnya. Meneguk rakus minuman itu sehingga habis. Beberapa tin arak dihempaskannya ke atas lantai. Baru puas hatinya. Hilang amarahnya. Mata Faiz Iqbal terlalu berat. Terlalu berat sehinggakan dia terlena dibirai sofa.
            Mimpi buruknya kembali lagi. Bayangan wanita cantik bertukar hodoh datang menuntut nyawanya. Faiz Iqbal tersentak. Membuka mata dengan tubuh yang mengigil ketakutan. Mengerling jam dinding yang sudah menunjukkan hampir pukul 3 pagi. Dia melangkah lemah dan perlahan menuju ke bilik tidur.
            Seperti biasa, laci meja disisi katil dibuka. Menelan beberapa biji pil penenang. Nafas kencangnya mula reda. Matanya dipejamkan beberapa kali bersama peluh yang melimpah didahi. Fikirannya terasa melayang-layang. Cuba mengembalikan memori lima tahun yang lalu.

PINTU bilik hotel murah yang disewa oleh Faiz Iqbal diketuk bertalu-talu. Hampir pecah rasanya gegendang telinga Faiz Iqbal. Dia cuba membuka mata yang berpinar-pinar. Wanita yang dimenanginya semalam kini hanya berselimut tanpa seurat benang. Pelukan hangat perempuan itu dileraikan daripada pinggangnya. Faiz Iqbal yang hanya berseluar pendek itu turun dari katil. Segera membuka pintu hotel tanpa melihat siapakah gerangan tetamunya.
            Sebaik sahaja pintu dikuak, satu tumbukan padu hinggap dibibirnya. Faiz Iqbal jatuh terlentang. Percikan darah mengenai tubuhnya yang tidak berbaju.
            “Sayang, you tak apa-apa ke?” Wanita yang berselimut tadi bingkas bangun. Merangkul tubuh Faiz Iqbal.
            “Kau ni siapa, hah? Dah gila ke?!” jerit wanita itu. Lelaki bertubuh kurus-kering itu mengeluarkan pisau belati yang tersorok dicelah stokingnya. Dia pantas menarik rambut wanita itu sebelum menamparnya berkali-kali sehingga jatuh pengsan. Faiz Iqbal cuba melawan. Namun, satu sepakan tepat mengenai celah kelengkangnya. Dia mengelupur kesakitan.Bagai terkena renjatan eletrik.
            “Itu untuk perempuan-perempuan yang kau kerjakan. Sekarang… ini untuk adik pulak!” jerit lelaki itu. Satu tikaman pantas menembusi rusuk kiri Faiz Iqbal. Faiz Iqbal mengerang kepedihan. Darah merah membuak-buak keluar daripada celah isi dagingnya.
            “Kau... kau dah jual dialah…” kata Faiz Iqbal lemah. Luka yang terbuka ditahan dengan tapak tangan.
            “Aku jual dia untuk kau. Untuk satu malam. Bukannya untuk kawan-kawan kau. Tak guna!” lelaki itu memijak kesan tikamnya. Faiz Iqbal menjerit kesakitan.
            “Lepas kau kurung dia berhari-hari, kau jual pulak dia pada orang lain. Kau memang tak guna! Keparat!” Amarah lelaki itu tidak dapat ditahan lagi. Dia menghentakkan kepala Faiz Iqbal ke lantai. Pandangan mata Faiz Iqbal mula kabur. Antara nampak tidak nampak.
            “Hoi, Rasyid! Buang pisau tu. Kalau tak aku letupkan kepala kau!” jerkah Black bersama Ismad di muka pintu bilik hotel. Kedua-dua orang suruhan Faiz Iqbal itu cuba menyelamatkan keadaan. Rasyid pantas menghalakan pisau ke leher Faiz Iqbal. Menarik Faiz Iqbal perlahan ke belakang.
            “Jangan dekat.Kalau tak kepala bos korang putus!” ugut Rasyid. Mata pisau belati kini hampir menembusi batang leher Faiz Iqbal.
            “Jadi, inilah budak-budak kau yang kenduri adik aku ramai-ramai tu...” Rasyid tersenyum sinis. Memandang wajah Black dan Ismad silih berganti. Emosinya sudah tak stabil.Separuh gila!
            “Kau dah jual dia la, bodoh! Duit aku dah bagi, apa kau nak lagi?!” jerit Faiz Iqbal. Cuba bangun berdiri.
            “Diam!” Rasyid memijak lagi kesan tikaman Faiz Iqbal. Faiz Iqbal meraung kesakitan. Mengelupur macam lembu disembelih.
            “Kalau korang nak bos korang selamat, lempar pistol tu! Sekarang!” arah Rasyid lagi. Black dan Ismad saling berpandangan.
            “Buat je apa yang dia suruh!”arah Faiz Iqbal. Mereka menurut. Melemparkan pistol masing-masing ke atas lantai. Bagi mereka, nyawa Faiz Iqbal lebih bererti. Rasyid tersenyum lebar. Bangga permintaannya berjaya dipenuhi.
            Rasyid mengambil dua pucuk pistol yang dilemparkan. Cuba menghalakan salah satu pucuk pistol ditangannya kearah mereka berdua. Dia mencari ruang untuk keluar dengan mengheret tubuh lemah Faiz Iqbal ke muka pintu. Kemudiannnya, menghempaskan tubuh lelaki itu dengan kasar sebelum lesap melarikan diri.
            “Bos, bos okey tak?” soal Black. Lelaki bertatu dilengan itu menyentuh luka tikaman Faiz Iqbal yang agak dalam.
            “Okey apanya?! Aku dah nak mati ni,” balas Faiz Iqbal dalam kesakitan.
            “Sorry bos. Kita orang lambat sikit je. Kalau tak, mesti si bedebah tu dah aku kerjakan!” dendam Ismad.
            “Aku tak kira. Korang mesti bawak dia pada aku hidup-hidup. Cari dia sampai ke lubang cacing! Aku nak cincang dia hidup-hidup,” amarah Faiz Iqbal dengan mukanya yang agak pucat. Sakit betul hatinya dengan lelaki yang bernama Rasyid itu. 'Emas’ bertukar ‘emas'. Tapi, yang dibalas kepadanya hanyalah kesakitan. Tak guna kau Rasyid! Maki hatinya.
            Beberapa hari kemudian, tubuh kurus kering Rasyid berjaya juga dihempaskan dihadapan kaki Faiz Iqbal. Rasyid sudah tidak berdaya lagi. Tersungkur longlai akibat dibelasah beberapa kali oleh orang suruhan Faiz Iqbal.
            Faiz Iqbal hanya duduk tersenyum sambil menyilangkan kakinya diatas sofa yang buruk dan kelihatan agak lusuh. Luka hasil tikaman dirusuk kirinya kini hanya dibaluti dengan sehelai kain putih. Suasana malam dibilik kecil yang sempit dan jauh dari kediaman manusia itu akan menentukan penamat antara mereka berdua.
            “Kita orang jumpa dia kat sempadan, bos.” Ismad membetulkan kedudukan jaket kulit hitam yang dipakainya.
            “Kau ingat kau boleh lari ke? Setakat anak ikan bilis macam kau ni senang je nak umpan!” jerit Black. Menyepak kakinya ke perut Rasyid berkali-kali.
            “Sudah, sudah. Mati pulak budak tu nanti.” Faiz Iqbal cuba menghentikan tindakan Black.
            “Kenapa bos? Baik kita bunuh je budak ni... habis cerita. Tak ada guna simpan penipu ni lama-lama,” cadang Ismad.
            “Betul apa Ismad cakap, bos. Kita settle kan je mamat ni,” sokong Black. Menghayunkan lagi satu tendangan ke muka Rasyid. Rasyid mengelupur kesakitan.
            “Aku tak rasa nak bunuh dia. Sejahat-jahat aku la kan... aku bukannya pembunuh dan aku takkan jualkan adik aku sendiri untuk bayar hutang. Aku pun tak la kejam sangat. Cuma...” Faiz Iqbal menyentap kuat rambut Rasyid supaya menatap matanya.
            “Aku nak kau meringkuk dalam penjara!” sembur Faiz Iqbal tepat ke wajah Rasyid.
            “Tak...tak ampunkan aku. Aku terpaksa...” rayu Rasyid.
            “Ampun?! Kau dah tipu… lesapkan duit aku. Lepas tu kau jual adik kau yang tak guna tu. Lepas tu apa?! Tikam aku sampai mampus!” herdik Faiz Iqbal.
            “Aaa...aku terpaksa. Aku keliru. Hidup aku hancur... aaa adik aku dah gila. Dia dah mati. Aku...tak tahu nak buat apa.”
            “Adik kau dah gila ke apa ke? Ada aku kisah?! Itu bukan salah aku. Itu salah kau!” tengking Faiz Iqbal lagi.
            “Tolong...jangan apa-apakan aku. Aku sanggup buat apa je yang kau suruh.” rayu Rasyid. Nada suaranya terketar-ketar.
            “Apa-apa je?” soal Faiz Iqbal. Rasyid mengangguk. Faiz Iqbal tergelak besar. Mendekatkan wajahnya dengan wajah Rasyid.
            “Tak.” balas Faiz Iqbal selamba.
            “Tolonglah...jangan buat aku macam ni. Kau kaya...kau dah banyak duit. Aku akan bayar duit kau ansur-ansur.”
            “Kau ni memang tak faham bahasa ke?! Aku tak nak duit kau...aku cuma nak kau rasa, macam mana rasanya kena tikam dari belakang. Pengkhianat!” gertak Faiz Iqbal.
            “Black, kau bawak dia pergi sekarang. Kau buat lah apa-apa, asalkan makhluk ni meringkuk dalam penjara. Pergi!” arah Faiz Iqbal. Black segera mengheret batang tubuh Rasyid. Menaiki kereta dan meninggalkan rumah usang yang menjadi markas mereka dipinggir ibu kota.
            “Bos tak nak tahu pasal adik dia ke?” soal Ismad setelah mengumpulkan tenaga untuk bersuara. Beberapa minit tadi dia hanya diam, bimbang jika menganggu mood bosnya.
            “Kenapa?” soal Faiz Iqbal. Tubuhnya yang masih lemah itu disandarkan semula di atas sofa buruk.
            “Adik dia dah mati beberapa hari lepas. Budak tu bunuh diri terjun sungai...”
            “Dah tu? Kau nak salahkan aku?!” jerkah Faiz Iqbal.
            “Ta...tak. Bukan...aku cuma rasa bersalah je bos.” jawap Ismad. Faiz Iqbal terdiam.
            “Bos...bos tak rasa apa-apa ke?” duga Ismad. Sesungguhnya, dia memahami hati budi Faiz Iqbal.
            Ya! Faiz Iqbal sememangnya seorang kaki perempuan. Namun, tidak pernah pula ada kes kematian angkara perbuatan kejinya itu. Kebanyakan wanita yang berjaya ditidurinya adalah atas kehendak mereka sendiri. Berbeza dengan perempuan yang ini. Dia tidak tahu apa-apa. Naif.
            Sebetulnya, Faiz Iqbal juga agak kabur dengan rupa wajahnya. Mengapalah susah sangat nak mengingat wajah  itu? Fikiran Faiz Iqbal mula menerawang.
            “Bos dengar tak ni?!” kejut Ismad.
            “Dahlah! Itu bukan masalah aku! Aku tak peduli semua tu. Janji aku dapat balas balik apa yang si Rasyid tu dah buat. Padan muka dia!” nada suara Faiz Iqbal mula meninggi.
            “Tapi bos.”
            “Dah, tak ada tapi-tapi. Aku nak balik... aku letih.” Faiz Iqbal bingkas bangun. Terjengkot-jengkot berjalan ke muka pintu.
            “Bos nak aku tolong hantarkan ke?” Ismad memapah Faiz Iqbal berjalan.
            “Tak payahah. Aku ada kaki. Boleh balik sendiri,” balas Faiz Iqbal. Ismad tetap berdegil mahu memapahnya sehingga masuk ke dalam kereta. Risau dengan keadaan Faiz Iqbal.
            Belum pun sempat Ismad membuka mulut menyambung cakap, Faiz Iqbal sudah terlebih dahulumenghidupkan enjin kereta. Sudah tak pandang kiri kanan.Terus memecut laju keretanya dan hilang ditelan kegelapan malam.
            Fikiran Faiz Iqbal kini rasa bercelaru. Meredah suasana hening malam di jalan kecil yang bersemak-samun dan agak lenggang. Hujan renjai-renjai mula turun. Renjai dan kemudiannya semakin lebat.
            Perasaannya sekarang, ada puas hati. Gembira atau tidak keruan? Mungkin juga rasa sesuatu. Namun apa? Rasa bersalah! Tak mungkinlah. Itu semua bukan salah dia. Itu semua salah si Rasyid. Rasyid yang tak guna! Rasyid yang bunuh adik dia sendiri!
            Faiz Iqbal cuba mengingati raut wajah perempuan itu. Perempuan malang yang menjadi mangsanya pada malam itu. Ah! semuanya kabur. Bentak Faiz Iqbal. Menghentak perlahan kepalanya di sisi cermin kereta. Fikirannya buntu. Kalut.
            Asyik mengelamun, dihadapan jalan ada sebatang pokok tumbang. Belum pun sempat dia mengelak, kereta yang dipandu oleh Faiz Iqbal terbabas keluar dan melanggar penghadang jalan.
            Pandangan matanya mula malap. Darah merah pekat terasa mengalir didahi dan melimpah hingga ke pipi. Kepala Faiz Iqbal terasa amat sakit. Lebih sakit daripada ditikam oleh Rasyid. Dia seperti terawang-awang. Terpejammata dan tidak sedarkan diri. 

TUBUH Faiz Iqbal kembali mengigil. Masakan dia lupa memori itu. Memori hitam dimana dia terlantar koma selama seminggu di hospital. Selama seminggu itu jugalah dia dikejar oleh perempuan-perempuan cantik yang bertukar menjadi hodoh.
            Setelah bangkit daripada koma, hampir setahun dia menghidap kemurungan. Badannya kurus kering seperti mayat hidup. Hanya mampu bergantung kepada pil-pil hospital. Seluruh hidupnya musnah! Kerana berkat dan doa ibu saudaranya lah dia mampu kembali pulih secara perlahan-lahan. Hanya Datin Mariam sahaja yang tahu apa penyakitnya.
            Kini, pil penenang inilah yang menjadi peneman. Peneman jika jiwanya mula terasa memberontak. Faiz Iqbal duduk diatas katil sambil memeluk tubuhnya. Badannya terasa panas. Segera bangun daripada katil dan menuju ke bilik mandi.

            Tanpa melucutkan pakaiannya, Faiz Iqbal terus membuka shower. Membiarkan tubuhnya disirami air. Menikmati kesejukan yang dianggap mampu melenakan tidur malamnya semula.

No comments:

Post a Comment