MESYUARAT tamat.
Syarizad segera keluar dari bilik berhawa dingin itu setelah semua yang
terlibat beransur-ansur keluar. Belum sempat dia duduk di tempatnya, terdengar
suara Ben menegur.
“Get
me a Nescafe,” ujar Ben.
Syarizad
sekadar mengangguk. Melihat Ben menghilang ke dalam biliknya, barulah dia
bangun ke pantri. Sejak semalam Ben tidak bercakap banyak dengannya. Bersuara
hanya apabila betul-betul perlu. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa. Mungkin Ben
sengaja menjauhkan diri daripadanya selepas apa yang berlaku pada malam dia ke
kelab malam dua hari lepas.
Syarizad
meletakkan segelas Nescafe di atas meja Ben.
“Ada
apa-apa lagi, Encik Ben?”
“Duduk.”
Sepatah Ben mengarah.
Syarizad
menarik kerusi lalu terus duduk di depan Ben.
“Ada
benda saya nak tanya awak, tapi ni tak ada kaitan dengan kerja.” Ben memandang
tepat ke arah Syarizad.
Syarizad
mengangguk. Bersedia mendengar apa saja soalan Ben.
“Macam
mana awak kenal Marlyn?” tanya Ben tenang. Entah kenapa dia benar-benar mahukan
jawapan.
“Hmm...
Datin kenalkan dia dengan saya,” jawab Syarizad tanpa berfikir panjang.
“Boleh
saya tahu sejauh mana hubungan awak dengan mummy saya?” Ben bertanya
lagi.
Syarizad
tertelan liur. Kenapa tiba-tiba tanya? Takkanlah Ben dah syak sesuatu?
Aduhai...
“Maksud
saya, awak dengan mummy saya memang rapat ke?” Ben menjelaskan
maksudnya. Memang dia tahu mereka berdua sekampung, tetapi dia yakin masih ada
banyak kisah tersirat yang jauh dari pengetahuannya sendiri.
Syarizad
mengangguk teragak-agak. “Bolehlah...”
Ben
mengangguk faham. Ada sesuatu yang bermain dalam fikirannya. Sesuatu yang tidak
dapat dipastikan. Cuma yang pasti, dia yakin Syarizad ada menyembunyikan
sesuatu dari pengetahuannya. Hai, entah bilalah kepala otaknya akan lapang
daripada segala hal berkaitan dengan Syarizad.
Melihat
Ben diam, Syarizad segera bangun untuk keluar dari bilik itu.
“Syari...”
Ben memanggil sekali gus memaksa Syarizad untuk berpaling semula. Ben menghela
nafas. Hatinya berat tetapi dia tetap mahu mencuba. “Saya tahu saya tak ada hak
nak tegur awak macam-macam. Cuma...”
Syarizad
diam memasang telinga. Satu lagi tazkirah?
“Tak
elok untuk awak pergi kelab macam tu. Saya kenal Marlyn tu macam mana dan saya
tak nak awak terpengaruh dengan dia.” Lembut Ben menuturkan kata-kata itu.
Niatnya untuk menasihati, bukannya nak menyindir. Jauh sekali nak memalukan.
“Kenapa
Encik Ben sibuk sangat pasal hal saya? Tak boleh ke biarkan saya nak buat apa
aje yang saya nak?” Syarizad bertanya dengan suara perlahan. Renungannya
meredup. Penat dengan semuanya.
Ben
bangkit berdiri.
“Saya
bukan menyibuk, saya cuma nak tegur. Niat saya baik, Syari.”
“Saya
tak perlukan teguran Encik Ben. I am who I am. Berhenti ubah saya!”
Syarizad meninggikan suara di luar sedarnya. Rimas. Tersangat rimas. Saat itu,
dia bagaikan lupa siapa Ben dan dia lupa siapa dirinya.
Ben
melangkah mendekati Syarizad.
“Syari...
you don’t know how much you matter to me,” ujarnya perlahan.
Syarizad
terdiam. Semakin Ben mendekati, semakin jantungnya berdegup laju. Renungan
redup Ben menghantar getar yang sukar ditafsirkan ke dalam hatinya. Apa maksud
Ben? Dia penting dalam hidup Ben?
“Saya
bukan nak ubah awak. Saya cuma nak sedarkan awak sebelum terlambat. Kalau saya
tak peduli pasal awak, saya tak kisah awak nak buat apa pun yang awak nak,”
jelas Ben. Sepasang mata Syarizad direnung dalam. Dia benar-benar memaksudkan
kata-katanya.
“Jadi...
Encik Ben peduli pasal saya?” tanya Syarizad berani.
Ben
mengangguk.
“I
care about you. I really do,” akui Ben. Tidak ragu lagi dengan kata-katanya
itu.
Terukir
senyuman nipis di bibir Syarizad. Sinis.
“Kalau
macam tu, senang aje Encik Ben. Stop caring.” Dia berpusing lalu terus
keluar dari bilik itu.
Syarizad
duduk di tempatnya. Keluhan panjang dilepaskan. Tangan kanannya menyentuh dada.
Degupan jantung masih belum kembali kepada rentak normal.
Syari,
kenapa kau cakap macam tu? Bukan ke memang itu yang kau nak dengar daripada
Ben? Kenapa lepas dia mengaku yang dia ambil berat pasal kau, kau cakap macam
tu pula? Bukan ke itu tandanya dia memang sayangkan kau? Tak mustahil kalau
sikit masa lagi dia akan melamar kau. Tapi kenapa itu pula yang kau cakap pada
dia?
Syarizad
menekup mukanya di atas lengan yang dilipat di atas meja. Hatinya rasa berbelah
bahagi. Sebelah kanan merayu supaya dia meneruskan perjanjian dengan Datin
Hazleena manakala sebelah kiri meminta supaya dia terus menyakitkan hati Ben.
Tapi kalau pun dia meneruskan rancangan Datin Hazleena, dia tetap akan dapat
melukakan Ben cuma proses itu mengambil masa. Buat Ben kecewa sekarang atau
lukakan Ben setelah mereka berkahwin nanti. Syarizad ambil pilihan yang kedua.
TURUN dari kereta yang dipandu Pak Ali, Syarizad segera berjalan masuk ke
dalam kawasan pangsapurinya. Namun langkahnya mati apabila terpandangkan Herdy
sedang tersandar di tepi sebuah kereta. Siap berpeluk tubuh sambil tersenyum
riang. Syarizad kerut dahi lalu berjalan lambat-lambat mendapatkan lelaki itu.
“Yes?”
Syarizad angkat kening.
Herdy
mendepangkan tangannya ke arah kereta itu.
“What
do you think?”
Syarizad
melarikan matanya.
“Ini?”
Jari telunjuknya lurus ke arah kereta itu.
Herdy
mengangguk sambil tersenyum.
“Mine?”
Syarizad masih tidak percaya.
Herdy
mengangguk lagi.
“Oh,
shut up!” Syarizad tidak dapat menahan rasa gembiranya. Terus leher Herdy
dipeluk mesra lalu menghadiahkan satu kucupan pada pipi lelaki itu. Tindakan
spontan yang dia sendiri pun tidak mampu kawal.
Herdy
tersenyum senang. Kedua-dua belah tangannya direhatkan pada pinggang Syarizad.
“Do
you like it?”
“I
loveeee it!” jawab Syarizad seraya melepaskan pelukan. Kunci yang
dihulurkan Herdy diambil. Tak sabar-sabar hendak mencuba kereta yang sudah
menjadi miliknya itu. Ford Fiesta warna merah. Cun habis!
“I’m
glad you like it,” kata Herdy.
“Mestilah
I suka. Thank you, sayang!” ucap Syarizad sambil tersenyum manja ke arah
Herdy.
“Sama-sama.
You nak drive tak?”
“Hmm...
nak. Tapi I dah lama gila tak drive. You ajarkan boleh?” pinta Syarizad
manja.
“Tak
ada masalah, sayang. Jom!”
Syarizad
bertepuk tangan. Kekasih hati belikan kereta, siapa tak suka? Walaupun Herdy tu
sebenarnya cuma boleh dikategorikan sebagai ‘lubuk emas’nya, dia tetap gembira.
Bolehlah nak mengada-ada lagi minta diajarkan memandu kereta. Ketika itu
terbayang wajah Liyana dalam fikiran. Padan muka kau, Yana! Hahaha!
“Seronoknya
dapat bawa kereta sendiri.” Syarizad ketawa sesudah turun dari kereta. Dapat
jalan-jalan di sekitar kawasan itu pun sudah cukup untuknya. Lepas ni tak perlu
lagi Pak Ali hantar dan ambilnya daripada kerja. Dia sudah boleh pergi dan
pulang sendiri.
Sekali
lagi leher Herdy dipeluk erat. Herdy pula membalas dengan memeluk pinggangnya.
Langsung tidak peduli dengan pandangan orang sekeliling.
“So...
I dapat hadiah jugak tak?” Herdy berbisik lembut.
Syarizad
ketawa manja, faham dengan maksud lelaki itu.
“I...
tengah ‘cuti’,” beritahunya.
Raut
wajah Herdy berubah kecewa.
“But...
cuddle should be okay,” tambah Syarizad kemudiannya. Jemarinya bermain-main
pada bibir lelaki itu.
Senyuman
Herdy melebar semula.
“Jom,
ikut I.” Tangan Herdy ditarik supaya mengikutnya.
“You
tahu... hari tu I jumpa Yana.” Syarizad membuka cerita setelah masuk ke rumah.
“Dia
ada cerita apa-apa dekat you ke?” tanya Herdy sambil duduk di atas sofa.
Syarizad pula duduk di atas ribanya.
“Ada...
dia cakap, sekarang ni you dah berubah.” Syarizad tersenyum. Langsung tiada
riak bersalah di wajahnya.
Herdy
terdiam. Setiap kali teringatkan Liyana, setiap kali itu juga dia rasa bersalah
yang amat. Tapi entah kenapa, dia tetap tidak mampu membuang Syarizad dari
fikiran dan hatinya, apatah lagi daripada hidupnya.
Syarizad
memeluk leher Herdy.
“Dy...
bila you nak bertunang dengan dia?”
“You
nak I bertunang dengan dia?”
Syarizad
mengangguk.
“Tapi...
kenapa? Kalau kita nak teruskan hubungan ni, I boleh putuskan hubungan dengan
dia sekarang jugak.”
Herdy
hairan. Kadang-kadang dia sendiri pelik, kenapa Syarizad meminta dia meneruskan
hubungannya dengan Liyana? Sedangkan mereka berdua pula perlu menjalinkan
hubungan secara senyap-senyap begitu.
Namun
bagi Syarizad, dia ada alasannya yang tersendiri. Dia tidak mahu Liyana tahu
hubungan mereka kerana itu akan membuatkan Liyana memutuskan hubungannya dengan
Herdy. Kalau itu terjadi, luka di hati Liyana tidak akan jadi terlalu dalam.
Tetapi sekiranya Liyana dapat tahu hubungan Syarizad dan Herdy setelah dia dan
Herdy bertunang, luka itu akan jadi semakin dalam. Itu yang Syarizad mahu,
untuk melihat Liyana merana.
Syarizad
menyimpul senyuman.
“Yana
kan sepupu I? I tak nak dia kecewa.”
“Tapi
kalau nanti dia tahu daripada orang lain, dia tetap kecewa, kan?”
“Siapa
kata dia akan tahu jugak nanti?”
Herdy
angkat kening. Meminta penjelasan.
“Orang
kata, pandai makan, pandai simpan. I tak adalah bodoh sangat nak biarkan dia
tahu hubungan kita ni,” ujar Syarizad. “You bertunang dengan Yana, buat dia
yakin yang you memang sayangkan dia. Dalam masa yang sama, kita boleh teruskan
hubungan kita. Okey?”
“You
yakin?” Herdy mahukan kepastian.
Syarizad
mengangguk. Dia bangun dari riba Herdy lalu menarik tangan lelaki itu untuk ke
biliknya. Herdy yang ternyata bodoh membiarkan diri terperangkap dengan helah
Syarizad, hanya mengikut langkah gadis itu.
“LAMA tak lepak-lepak macam ni. Rasa macam muda balik aje,” kata Shazwan
sambil tersengih-sengih.
“Kaulah
tua. Aku muda lagi,” balas Ben dengan muka selamba. Kopi panasnya dihirup
perlahan. Malam-malam macam ni, minum kopi memang cari nahaslah. Sudahlah sejak
kebelakangan ini dia susah tidur, dapat kopi satu cawan memang sah berjaga
sampai ke subuh.
“Kes
kau tu macam mana?” Shazwan mengalih topik. Telefon pintar dikeluarkan dari
poket seluarnya. Buat apa lagi, hantar pesanan ringkas kepada Allisonlah
walaupun hakikatnya terasa macam dia hantar mesej kepada hantu. Langsung tidak
berbalas.
“Kes
apa?” Ben kerut kening. Rasa macam tahu apa yang dimaksudkan Shazwan tapi malas
fikir sejauh itu. Karang kalau salah, diri sendiri juga yang malu.
“Kes
PA kau itulah!” jawab Shazwan tersengih. Macam kelakar pula apabila Ben
mengaku jatuh cinta. Ben Ikhzal Datuk Jaini jatuh cinta? Rasa nak buat
pengumuman biar satu Malaysia tahu.
Ben
tersandar di kerusi. Tangannya menggaru kepala yang tiba-tiba terasa gatal.
“Entahlah...”
“Kau
ni pun satu. Dah tahu nak, cakaplah kat dia. Kau pendam lama-lama macam tu,
jadi apa?” ujar Shazwan. Lagak pakar cinta walaupun hakikatnya dia sendiri
buntu apa yang harus dilakukan tentang hubungannya dengan Allison. Bukan
setakat buntu, tapi macam sudah jumpa jalan mati terus.
“Bab-bab
nak luahkan perasaan inilah yang aku tak reti, Wan.” Akui Ben lemah. Nak
mengaku yang dia ambil berat tentang Syarizad pagi tadi pun rasa macam kering
lidah. Inikan pula nak mengaku cinta? Hmm... haram!
“Kalau
macam tu, kau ajak aje dia kahwin terus. Senang!” Shazwan memetik jarinya. Muka
teruja sambil mengangkat-angkat kening.
“Lagilah
tak logik. Bercinta pun aku tak pernah, nak ajak anak orang kahwin?” Ben
tergeleng-geleng. Kalau bab hati dan perasaan ni, memang dia angkat bendera
putih awal-awal lagi.
Shazwan
ketawa kuat.
“Aku
tak sangka kau boleh jatuh cinta dengan PA kau sendiri, Ben. Itulah,
dulu selalu cakap, tak nak bercinta. Kalau boleh kau nak kahwin terus. Sekarang
apa dah jadi?” Tawanya bersambung lagi.
Sebenarnya
dia kagum juga dengan prinsip Ben itu. Tak mahu bercinta kerana takut mendekati
zina. Kalau pun dia jatuh cinta, biarlah cinta itu diikat terus dalam ikatan
pernikahan. Walaupun arwah mamanya bukan Melayu tulen dan bukan dilahirkan
Islam, tetapi didikan untuk Ben dirasakannya hampir sempurna.
“Memanglah...
tapi tengok keadaanlah jugak. Syari tu bukan macam perempuan lain. Dia
tu...” Ben menggumam perlahan. Tidak tahu perkataan apa yang harus digunakan
untuk menggambarkan peribadi Syarizad. “Dibuatnya aku lamar dia, lepas tu
dia...”
Shazwan
mengangkat kening. Melihat Ben terus diam tanpa menyambung ayatnya, dia
tersengih lagi.
“Kau
takut dia reject kau?”
Ben
mengetap bibir. Gelaklah Wan, kau tak faham apa yang ada dalam hati aku.
“Orang
kata, belum cuba belum tahu. Kalau kau nak tahu jawapan dia, kau cubalah dulu.
Okey?” Shazwan menaikkan ibu jarinya. Kemudian air teh tariknya yang sudah
kurang panas dihirup perlahan-lahan.
Ben
melepaskan nafas panjang.
“Dah
tu, kau dengan adik aku apa cerita? Hari tu dia pesan kat aku suruh beritahu
kau, berhenti call atau mesej dia.”
Mati
senyuman riang di bibir Shazwan.
“Dia
cakap macam tu?”
“Ya.
Nampak macam dia dah move on.” Giliran Ben pula mengangkat kening lalu
ketawa kecil.
Shazwan
mengeluh.
“Jual
mahal pulak adik kau tu. Dah macam-macam benda aku buat, sikit pun dia
tak pandang. Dia dah ada orang lain ke?”
“Tanya
aku pulak? Kalau kau nak tahu, kau tanyalah dia sendiri. Tadi bagi
nasihat macam pro aje, kan?” Ben membalas semula. Puas hatinya dapat
ketawa apabila melihat muka Shazwan berubah kelat.
No comments:
Post a Comment