Wednesday, 3 February 2016

SAAT KAU JAUH - BAB 1



Tangan sasa Ikhwan  bergerak-gerak. Mulutnya menyumpah geram dengan bunyi nyaring dari cellphone yang tidak penat-penat mengeluarkan suara dari tadi lagi.
“Yes...anyone I know? I’m sleepy. Could you please call me later, miss, sir, madam or..”.
“Ikh.. jangan cakap dengan ma yang you tak solat subuh”. Si pemanggil bersuara keras. Tercengang. Automatik Ikhwan membuka matanya luas-luas dan terduduk di tilam Vono miliknya. Oh no..wrong timing beb.. Ma.
“Ma”.
Yes..ma kat sini  and my question is still hanging”.
Ikhwan tergelak. “Ma, Ikh solatlah tapi tidur balik. Malam tadi banyak sangat kerja nak settle. Ma  call ni ada apa-apa ke ma?”. Manja dia bersuara.
“Why, kena ada apa-apa dulu ke baru boleh telefon boy ma ni”.
“Nope.. curious only. Ala ma tu kalau tak ada apa-apa yang important mana nak call Ikh yang handsome ni”.
Okey.  Sayang, talking about that, ma nak Ikh balik Malaysia cuti semester ni”.
“Hah?..Apa ma..? Alaa ma… Ikh dah promise dengan kawan-kawan Ikh la. Kita orang nak pergi meronda Eropah ni Tak naklah. Lagipun, bosan la balik, tak buat apa-apa juga..”. Rengek Ikhwan, berharap pujukan itu dapat mencairkan hati ibunya.
“Siapa cakap balik tak buat apa-apa? Ma nak kenalkan Ikh pada semua staf kita di NUR Holdings. You are going to take over that company, dear. So, ini kira first step. Lagipun Ikh kan dah tiga tahun tak balik. Tak rindu rumah ke? Asyik ma je yang lawat Ikh, mana adil”. Lembut Datuk Umaira memujuk anak tunggalnya.
“Tapi ma..nak buat apa. Bukannya Ikh nak kerja lagipun. Kan lambat lagi Ikh nak take over the company ”. Muncungnya sudah boleh diikat dengan reben.
No sayang. Balik. Ma akan uruskan semua. Kalau tak nak balik sorang-sorang, ajak kawan Ikh seberapa ramai pun. Ma akan tanggung biayai, okey. I got to go, son. Assalamualaikum”.
“Wait ma..”. Ikhwan hampir terjerit apabila Datuk Umaira memutuskan talian tanpa sempat dia berkata sepatah pun. Hish !Ma ni, bencilah. Telefon bimbit berharga ribuan ringgit itu dibaling ke dinding. Berkecai jadinya. Wajah Ikhwan masam mencuka. Tahu yang dia tidak lagi boleh mengubah keputusan Datuk Umaira. Ma memang sangat sayangkan dia apatah lagi dia anak tunggal dalam keluarga tetapi dalam hal-hal tertentu Datuk Umaira menentukan jalan hidupnya. Itu yang dia tidak suka. Mungkin kerana dia terlalu dimanjai, jadi orang lain tidak boleh kata tidak terhadap apa yang diinginkannya.
Baru sahaja dia mahu melangkah ke bilik air, tindakannya tersekat dek tangan lembut yang erat memeluk pinggangnya. Dia menjeling sekilas pada si cantik yang masih lagi enak dibuai mimpi.
“Huh! Tidur mati”. Gumamnya rendah sebelum mengalih tangan milik teman wanitanya itu. Langkah diatur ke kamar mandi.


“APA dah jadi dengan telefon you tu sayang? I tahu la you loaded, tapi your phone ni so expensive”. Ujar  Narisha yang masih kemas dengan gaun tidurnya.
Ikhwan yang baru keluar dari bilik air mengangkat bahu. Malas dia nak bercerita. “Jangan risau pasal phone tu. Anyway, I nak balik semester break ni”. Ikhwan mengesat kepala dengan towel. Huh, sepatunya dia cakap I wajib balik, bukan I nak balik.
Narisha tercengang. “Apa? Kan kita dah janji dengan Zikr and the gang. Apa you ni?”.
“Ma  I call, dia suruh I balik Malaysia. Dah lama sangat I tak balik”.
“Dah tu.. takkan you nak tinggalkan I sorang-sorang. Malas la I nak minta dengan papa I duit tambang. I nak cakap dengan dia pun belum tentu boleh tau tak. Kalau I call, PA dia mesti cakap, sorry, ada appoiment dengan Datuk? Tak pun maaf, Datuk ada meeting kat luar. I dah sakit telinga dengan benda tu”. Bebel Narisha tidak lepas memandang Ikhwan yang kacak di hadapannya.
Ikhwan datang ke arah Narisha. Lembut dia mengangkat dagu dan mencuit pipi Narisha. “You don’t need to do so, sweetheart. Ma I dah janji nak tanggung semuanya. You boleh ajak kawan-kawan perempuan you balik sama”.
Terbeliak mata Narisha mendengarnya. “Nak tanggung semuanya. Wow? You memang kaya la Ikh”.
Ikhwan angkat kening. “Not me, my mum tapi make sure tak lebih dari dua orang ye?”. Ikhwan meletakkan syarat biarpun tidak diberitahu oleh ibunya.
“Okey, I setuju tapi best la jalan-jalan di kat sini. Such a great loss!”. Narisha seperti menyesal pula.
“I tahu tapi we still can have a best place in Malaysia”. Ujar Ikhwan pula sambil mengelus rambut kekasihnya itu.
Narisha tiada pilihan lain kecuali mengangguk setuju. Ikhwan tersenyum sebelum meraih Narisha ke pelukannya. Dia sayangkan Narisha yang telah diiktiraf sebagai girlfriend dua tahun lalu. Namun, dia tidak pasti sayang itu dalam bentuk apa kerana mungkin juga dia hanya bangga kerana dapat memiliki Narisha yang jelita dan digilai rakan-rakannya. Memang pun wanita itu cantik. Bertubuh langsing, berleher jinjang dan mempunyai muka bujur sirih yang menawan. Aduhai, siapa yang tidak gila.
Teringat pula pada penipuannya terhadap Datuk Umaira seketika tadi. Kononnya dia solat subuh dan banyak kerja yang hendak dibereskan. Padahal malam tadi dia seronok berparti tahap gila dan dia sebenarnya sudah lama meninggalkan  rukun Islam yang pertama itu. Dia sudah tidak ingat bila tarikhnya tapi yang pasti sejak sekolah menengah lagi. Rahsia itu perlu sentiasa kemas tersimpan atau dia akan mati dibunuh ibu sendiri. Ikhwan tergelak memikirkan perkara itu.







1 comment: