Ana cekap mencuci pinggan di sinki. Sedikit pun dia tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Teringat akan bunga-bunga mawar kesayangan Datin Rozilah yang masih tidak disiram, dia melajukan tugasnya. Ana seolah-olah tidak terbeban dengan semua itu biarpun sangat wajar andai dia merasa demikian. Sepatutnya dia sedang belajar di mana-mana sekolah atau paling kurang pun sedang sedap-sedap landing di bilik tidur.
Tetapi
tidak, hari-hari yang dilalui hanyalah dengan kerja-kerja rumah yang sepatutnya
menjadi tugas orang gaji. Ana tahu tiada guna dia mengeluh penat kerana hakikat
tetap hakikat. Sampai bila-bila pun mungkin kehidupannya akan kekal begini. Siapa
yang mahukan dia, wanita berwajah hodoh atau lebih tepat seperti hantu? Kadangkala
Ana tergelak sendiri mengenangkan manusia sekeliling yang mengelarnya hantu
sedangkan mungkin wajah hantu pun tidak pernah dilihat.
“Ana...dah!
Biar Mak Mi yang buat”. Tegur Mak Mi yang sudah menjadi orang gaji di banglo
mewah milik Datuk Rahman selama 17 tahun, seusia Ana.
Ana
ukir senyum. “Tak apa, Mak Mi kan dah banyak kerja. Sikit lagi tinggal. Lepas
ni Ana nak siram bunga jap”. Ujar Ana lembut.
Mak
Mi di muka pintu menahan sebak. Kenapa anak ini tidak pernah mengeluh letih? Tidak
pernah suaranya keluar berkata malas? Bahkan pada pandangannya, Ana bagaikan
tidak ada perasaan sedih lagi. Dicaci dan dimaki oleh keluarga sendiri, Ana
masih boleh berjalan ke dapur dan tersenyum manis untuknya. Dia bukan Ana yang
selalu menangis ketika kecil lagi. Ana di hadapan matanya ini sudah tumbuh
menjadi gadis dewasa yang tahu menjaga diri dan kehormatan.
“Okey,
Mak Mi..beres. Ana nak buat kerja lain pulak”.
“Ana...
tadi Datin telefon, dia suruh Ana masakkan lauk kegemaran dia tapi tak cakap pula
apa. Datin kata Ana dah tahu”. Ujar Mak Mi.
Ana
merenung Mak Mi lama. Berfikir agaknya. “Lauk kegemaran.. ehmm..okey, Ana rasa
Ana dah tahu”.
DATIN
ROZILAH melabuhkan punggung di sofa buatan China di banglonya. Huh! Sengal
betul orang tua tu. Lain aku suruh, lain pula dia buat. Datin Rozilah menyumpah
Pak Daud yang tidak mengikut arahannya dalam perjalanan pulang tadi.
“Ana..
cepat bawakan aku air.. aku dahaga ni..”. Datin Rozilah sudah melaung kuat.
Beberapa
minit kemudian, Ana muncul dengan segelas air di tangan. Dihulur kepada Datin
Rozilah.
Datin
Rozilah meneguk perlahan tetapi mukanya bertukar masam. Dia merenung marah pada
anaknya itu.
“Eh,
hantu..air apa yang kau bawak ni..? Kau ni nak suruh aku mati tercekik tengah
hari ni ke air..? Eee sakit betul aku tengok muka kau ni”. Datin Rozilah sudah
menjerit geram. Bergema ruang itu dengan suaranya.
“Ana
bawakan air suam untuk ibu. Ana ingat..”
“Nah..ambil
air suam kau ni”. Datin Rozilah mencurah air suam ke muka Ana. Terkedu Ana
dengan tindakan ibunya biarpun itu bukan kali pertama. Terasa sakit pahanya
tika gelas kaca itu dilempar kasar ke pahanya. Mujur lantai banglo berkarpet.
Jika tidak, tentu kakinya sudah menjadi mangsa.
“Dah..dah..aku
tak nak tengok muka kau lagi. Bersihkan semua ni..Mak Mi..cepat bawakan saya fresh orange. Budak tak guna ni memang
tak boleh harap langsung. Menyakitkan hati bolehlah”. Datin Rozilah membebel.
Ana
bangun, mengatur langkah perlahan. Hatinya sedih diperlakukan begitu oleh ibu
kandung sendiri. Benci sangatkah Datin Rozilah terhadap dirinya? Hanya kerana
wajahnya hodoh, semua orang membencinya. Tidakkah mereka tahu, wajah hodoh ini
adalah pemberian Allah juga dan yang paling penting bukan dia yang meminta
begini. Dia tahu ada penjelasan yang
lebih tepat mengapa Datin Rozilah membencinya tetapi dia sudah letih untuk memikirkannya.
Ada
yang lagi baik daripada menangisi nasib hidupnya, seperti kata Cikgu Salmi...
‘Berdoalah
Ana’.
“COME ON... .CHEERS”. Gelas kaca berwarna
biru lembut itu dilagakan sesama sendiri. Private
room di kelab malam terkemuka kota London gegak gempita dengan gelak tawa. Meja
bulat di tengah-tengah bilik dipenuhi minuman haram.
“Ala
Zikr, kita ada empat tahun lagi kat sini.
Kalau aku and Risha tak ada semester
break ni, you don’t need to worry, next
semester sure ada. Lagipun, aku dah tak nak balik lagi lepas ni”. Pujuk Ikhwan
pada rakan-rakannya yang dari tadi bising dengan keputusannya.
“Yup..kita
orang dah buat keputusan”. Sokong Narisha.
“Okey,
kalau macam tu..terpulang pada kau”. Zikr angkat bahu, mengalah. Tangannya
sibuk mengepit si gadis di kiri kanan. Zikr merupakan kawan baik Ikhwan sejak
dari sekolah rendah lagi. Jujurnya, dia sangat senang berkawan dengan lelaki
kaya yang langsung tidak pernah berkira jika masuk bab duit.
Mungkin
di kota London ini, tiada siapa yang tahu Ikhwan mempunyai beberapa banglo
mewah milik keluarganya. Dia juga kenal akan Datuk Umaira. Ibu tunggal yang
sangat gigih dalam usahanya membangunkan NUR Holdings. Bahkan kini, NUR
Holdings sudah berjaya melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa. Sedikit
lagi usaha, pasti syarikat mewah itu akan menduduki ranking no. 1 di Asia
Tenggara. Syarikat yang bakal diterajui oleh Ikhwan Fazail, sahabatnya.
Semua rahsia Ikhwan ada dalam poketnya, termasuk
tentang solat dan perangainya yang kaki perempuan. Perangai Ikhwan yang sangat
panas baran itu juga sudah lali di matanya.
Dia
tidak pasti jika Ikhwan pernah merosakkan anak dara orang tetapi kalau membawa
masuk perempuan ke kondo dan tidur bersama, itu sudah menjadi lumrah kehidupan Ikhwan.
Namun dalam hal-hal tertentu, lelaki itu perlu dipuji juga, Ikhwan tidak pernah
sekalipun berbangga-bangga akan kekayaannya.
Buat
sekalian kalinya, Zikr dan anak-anak Adam yang lain terus mabuk melayan air
kencing syaitan tanpa sedikit pun rasa bersalah.
KHALISH
mengetap bibir. Kalau ikutkan hati yang terasa marah, mahu dibiarkan sahaja dua
temannya itu. Tetapi, rasa belas sebagai seorang insan tetap membuatkan dia
memapah Ikhwan ke kereta. Berkerut-kerut mukanya apabila bau arak dari mulut Ikhwan
menusuk ke hidungnya. Berkali-kali dia menahan rasa nak termuntah. Seketika
pula, Zikr yang sudah terbaring mabuk pula dipapahnya.
Bukan
nak dengar aku nasihat budak-budak ni. Bebel hatinya sedikit geram. Bukan
sekali dua dinasihati teman serumah itu tetapi kata-katanya bagai mencurah air
ke daun keladi. Langsung tidak lekat di
kepala Zikr mahupun Ikhwan. Akhirnya, dia sendiri sudah habis cara untuk cuba
mengubah kehidupan mereka berdua.
Kalau
bukan sebab Narisha yang menelefonnya minta bawa balik mereka berdua ni,
alamatnya tidur di kelab la malam ni.
Tak
faham aku. Apa yang seronok sangat dalam sana tu? Minum pulak benda haram tu. Seketika, terlintas pula di kepala Khalish mengenai sepuluh golongan
yang dilaknat mengenai arak iaitu golongan yang memerahnya, yang minta
diperahkan untuknya, yang meminumnya,
yang membawanya, yang minta
dihantarkan, yang menuangkan arak walau tidak meminumnya, yang menjualnya, yang
makan harganya, yang membelinya, serta
yang minta dibelikan.
Hadis
Rasulullah SAW itu dirasakan begitu cukup untuk menggambarkan betapa buruknya
arak. Tapi kawan-kawannya ini masih juga tidak sedar-sedar lagi. Ya Allah, aku
turut berdosa membiarkan mereka terus lalai dalam mengingati-Mu. Khalish
berbisik sendiri.
Dalam
marahnya, hati kecil Khalish sempat menitipkan doa agar dua sahabatnya itu,
suatu ketika nanti akan diberi hidayah oleh Allah untuk berubah. In Sha Allah.
bila iman tak kuat...
ReplyDelete