Wednesday, 3 February 2016

SAAT KAU JAUH - BAB 3

BAB 3


Seminggu berlalu

Ikhwan menjenguk kepala ke dalam kereta sebelum mengucup pipi Narisha. Dia ketawa tika wanita itu membalas dengan menepuk pipinya manja. Cermin kereta yang gelap melindungi perbuatan kotor mereka. “See you later, honey.. nanti I datang rumah you, okey”. Bisik Ikhwan.
Pintu kereta ditutup dan dia melambai-lambai ke arah Narisha yang sudah masuk ke perut kereta.
Ikhwan menghirup udara segar di KLIA sebelum mengerling kereta mewah Toyota Alphard yang berhenti betul-betul di hadapannya.
Seorang lelaki yang agak berumur keluar dari perut kereta.
“Tuan Ikhwan Fazail, ya. Datuk arahkan saya bawa tuan balik. Mana bagasi tuan?”. Ujar lelaki itu.
“Ehm.. saya tak bawa balik bagasi..beg galas je”. Katanya malas. Urat sarafnya terasa bagai nak putus duduk di dalam kapal terbang berjam-jam lamanya.
Pintu kereta dibuka. Ikhwan mengangguk sebelum melangkah ke seat belakang.
“Uncle.. ni kereta baru ma ke?”. Soalnya bersandar senang. Dari dulu lagi memang Ikhwan memanggil semua pemandunya dengan gelaran Uncle. Lebih sopan katanya.
“Tak tuan..ni kereta syarikat. Datuk..”
“What..? Company punya..oh God..ma ni geramlah.. Ni mesti nak suruh pergi kat company ni”. Ikhwan mencebik. Tangan sudah menyeluk saku, mengeluarkan handset. Pantas nombor didail.
“Helo ma...”
“Welcome back, honey..”
Ikhwan  terbeliak apabila terpandangkan Datuk Umaira yang sedang tersenyum di sebelah tempat duduk pemandu dengan telefon di telinga. Aduh! Macam mana boleh tak perasan ni?
“Maaaaa.....”. Ikhwan terjerit gembira. Kakinya sudah menghentak-hentak di bawah lagak anak kecil.
Datuk Umaira ketawa sakan melihat wajah cemberut Ikhwan. Ciuman Ikhwan di pipi dibalas mesra. Anak lelaki kesayangannya itu tidak berubah sedikit pun. Rasanya baru semalam dia melihat Ikhwan bertatih di atas permaidani dan hari ini anak itu sudah besar panjang. Senyum di bibirnya hilang tatkala dia teringat segala kegembiraannya mengenai Ikhwan hanya dikongsi seorang diri. Hanya dia sahaja yang merasai perasaan itu. Sepatutnya ada insan lain yang turut menikmati keindahan itu. Insan yang tegar meninggalkan dirinya saat Ikhwan baru tiga bulan berada  di rahimnya.
Sampai sahaja di Mahlihgai Impian, Ikhwan berlari turun. Dia ketawa geli hati apabila Datuk Umaira menggeletek pinggangnya. “Ma...geli lah. I have a story for you Ma”.
Datuk Umaira menghentikan perbuatannya. Dia angkat kening. “What? You already have a girlfriend?”.
“Huh?”. Ikhwan terkejut. Mana ma tahu ni? Jangan-jangan ma nampak aku cium Risha tak? Mati!
“So..betul la..ma teka je... Then, tell me..? Siapa perempuan yang nak jadi permaisuri di Mahligai Impian kita ni?”.
Ikhwan tersenyum lega. Nasib baik! “Yup ma.. Nama dia Ayu Narisha binti Abdul  Rahman.  Esok Ikh nak pergi rumah dia boleh ma? By the way, bila ma nak kenalkan Ikh pada staf NUR Holdings?”.
“Amboi baru sehari balik rumah, dah nak pergi rumah girl dia. Anyway, kalau nak bercinta, ma tak marah.. Cuma ingat satu benda saja, jangan buat benda tak senonoh dengan anak dara orang. Ma tak suka. Jangan suka-suka nak ajak atau ikut your girl balik kondo or whatever. Understand, honey?”. Datuk Umaira lembut menasihati sambil jari-jemarinya membetulkan tudung di kepala.
Ikhwan terasa liur yang ditelan seakan-akan pahit. Aduh! Memang kena batang hidung. “Ala ma.. Ikh bukannya jahat camtu la. Tapikan, boleh tak ma terangkan contoh perbuatan tak senonoh yang lain...?”. Ikhwan gelak jahat.
Serentak, Datuk Umaira bercekak pinggang. “Ikhyyyyyy...”
Ikhwan sudah siap mengatur langkah untuk lari lagi.
Rahmat yang menjadi pemandu tetap di NUR Holdings yang berperanan membawa Datuk Umaira kemana-mana terpinga-terpinga. Agak terkejut  melihat situasi itu. Datuk Umaira yang dikenalinya sangat tegas walaupun seringkali tersenyum. Rupa-rupanya, dia seorang ibu yang penyayang.


ANA MENYEMBUNYIKAN diri di sebalik pintu. Dia memasang telinga mendengar ketawa ibu dan kakaknya yang meriah di ruang tamu. Seakan ada cemburu bertamu di hati. Tidak pernah sekalipun dia dilayan begitu oleh Datin Rozilah. Ayahnya tidak balik hari ini. Itu dia pasti kerana dari tadi ayahnya tidak kelihatan. Datuk Rahman sibuk dengan isteri kedua dan ketiganya. Jarang-jarang sekali dia melihat ayahnya di rumah ini. Kalau balik pun, kesudahannya Datuk Rahman akan keluar dengan muka yang masam mencuka. Apa tidaknya, kerjanya hanya bergaduh dengan Datin Rozilah sahaja. Mungkin kerana itu, Datuk Rahman tidak suka berlama-lama di banglo ini.
“Hantuu..cepat bawak bagasi aku naik. Bengap betul kau ni..”. Kedengaran suara kakaknya, Narisha memekik.
Ana tercengang. Cepat dia tersedar. “Ya!”.  Sahutnya agak kuat.
Sewaktu dia melangkah ke sofa yang diduduki dua beranak itu, dia menangkap jelingan maut Narisha dengan mulut terkumat-kamit. Menyumpah dia agaknya.
“Hei, hantu”. Narisha bangun, berdiri berhadapan dengan Ana yang agak rendah, hanya di paras keningnya. Dia menepuk kasar dada Ana. Berkerut dahi Ana. “Apa ni kak?”. Lembut Ana menegur.
“Huh. Apa ni kak?”. Narisha mengejek sinis. Datin Rozilah hanya memerhati tanpa perasaan. Tentulah dia berpihak kepada Narisha, anak perempuan kesayangannya yang baru pulang dari kota London. Terkejut dia menerima kepulangan anaknya itu. Masakan tidak, katanya nak buat kejutan. Sudahlah balik dengan tiket yang dibeli oleh rakannya. Itu yang dijelaskan Narisha kepadanya sebentar tadi.
“Hei kau dengar sini, esok boyfriend aku nak datang, so kau duduk je dalam bilik kau. Jangan pandai-pandai nak tunjukkan muka kau yang hodoh tu kat rumah ni esok, faham. Aku takut dia pengsan je tengok muka kau yang berkeladak tu”. Ujar Narisha dan ketawanya bergabung dengan Datin Rozilah.
Ana hanya diam. Langsung tidak menjawab. Kan dia sudah berjanji hendak mengikut nasihat Cikgu Salmi yang lembut menasihatinya....
‘Jangan terasa dengan apa yang orang kata Ana, tapi ingatlah pada Allah banyak-banyak, Ana akan rasa ketenangan yang luar biasa’.
Sungguh, sekarang Ana sedang mengingati dan mengikut nasihat itu.
Ketawa mereka terhenti apabila Ana tidak beraksi. Narisha mengecilkan anak mata. Dadanya terasa panas dengan situasi yang sedang dialaminya. Dia benar-benar bencikan Ana yang sedang beriak tenang di hadapannya. Adiknya sudah berubah. Dulu, apabila diejek, Ana selalu menangis dan mengurung dirinya di dalam bilik. Namun entah mengapa, tiba-tiba sahaja, Ana tidak lagi berkelakuan sedemikian, bahkan matanya sedikitpun tidak berkaca dan keadaan itu rupanya berterusan sehingga kini. Sejak hari itu juga, benci Narisha kepada Ana kian menebal.
“Kenapa kau diam saja hah? Kau dah pekak ke? Bersihkan bilik tidur aku.. simpan semua baju-baju tu. Kau jangan tidur selagi kerja kau tak siap buat kerja.. Kalau tak kau yang siap aku kerjakan!”. Narisha terus menengking marah.
“Okey, nanti Ana siapkan”. Balas Ana sebelum mengatur langkah.
“Dahlah Risha sayang, hantu tu memang macam tu..”. Pujuk Datin Rozilah.
“Ibu, menyampah Risha tengok muka dia tau. Apa kata kalau ibu halau je dia dari rumah kita ni?”.
Datin Rozilah terperanjat. Setebal mana pun rasa bencinya kepada Ana, tidak pernah terdetik  dalam hatinya untuk menghalau Ana keluar dari banglo mereka. Kerana jauh di sudut hatinya, dia tetap mengakui Ana sebagai zuriatnya sendiri.
“Risha, kalau ibu halau dia keluar, Ibu kena cari orang gaji baru. Membazir je. Paling tak pun kita tak payah bayar si Ana tu”.
Narisha terdiam. Logik!  “Okeyla”.
“Betul ke Risha dah ada boyfriend? Esok ibu ada kerja sikit dengan kawan ibu. Tak bolehlah nak jumpa dia”.
Narisha tersenyum manis. Dia duduk semula di sofa dan memeluk ibunya. Terbayang wajah Ikhwan yang kacak dan tinggi lampai itu. “Ye ibu, dia nak datang esok. Ala dia nak datang kenal rumah aje. Mungkin dia balik lewat kot”.
Parents dia kerja apa?”
Narisha diam. “Ayah dia Risha tak tahu. Dia tak pernah cakap pula. Mati dah gamaknya. But, do you know, Datuk Umaira?”.
Datin Rozilah terkedu. Masakan dia tidak kenal. Berita mengenai kecemerlangan wanita muda yang elegan dan bertudung itu sudah acap benar masuk akhbar dan televisyen. Sekarang ini, hangat pula diperkatakan tentang kejayaannya menerajui NUR Holdings.
“Of course ibu kenal. Dia tu kaya gila..”.
“Ibu, dialah bakal besan ibu”. Narisha tersenyum bangga.
Datin Rozilah ternganga.








1 comment: