Zikr
mengenakan tali pinggang di atas kapal terbang. Tiba masanya dia bertolak ke
Malaysia, tanah air tercinta. Dia berseloroh mengajak Yazeed pulang bersamanya,
tetapi jawapan Yazeed sedikit mengecewakannya.
Seketika
pula dia dan Khalish hanya menadah telinga mendengar Ikhwan menyumpah Narisha.
“Huh!!
Ada ke patut, dia marah aku? Dah la blah tak bagi tahu. Hish, aku rasa nak
tumbuk-tumbuk minah tu”. Panjang muncung Ikhwan. Masih segar dalam
ingatannya suara Narisha yang memekik
sebaik saja dia tiba di UK dari Canberra pagi tadi. Wanita itu merajuk kerana
pemergiannya tidak dimaklumkan dan kemudian mengambil keputusan untuk pulang ke
Malaysia dengan kawan perempuannya. Ikhwan mengawal diri apabila kapal terbang
mula dirasakan bergerak naik ke awan
biru.
“Kalau
kau tumbuk dia, kau jugak yang merana. Weh, bila nak kahwin ngan Risha tu?”. Khalish
memang tabik habis pada Ikhwan. Dengan sifat buaya darat dan tingkahnya yang sering
menggatal itu, cintanya masih tetap utuh untuk Narisha seorang.
Ikhwan
pandang Zikr dan Khalish. “Dua minggu
lepas balik ni. Aku dah bincang dengan ma aku. Dia setuju je tapi rahsia dulu
dari press and kawan perniagaan ma
aku. Kalau tak mesti kacau punya”.
“Hah?”.
Zikr terkejut beruk. “Kau biar betul, Ikh? Awatnya tak menyempat-nyempat? Dah
la tak bagitahu kitaorang. Apa punya adik daaa??”.
“Dah
bagitahu la ni”. Ikhwan senyum dengan ayat Zikr yang buat dia terharu tu.
“Entah
kau ni..tak sabar-sabar eh..”. Sampuk Khalish.
“Kau
jangan nak mengata aku sangat Khal, bukan aku tak tahu kau dengan Faz pun dah
merancang kan? Entah-entah kau seminggu awal dari aku”. Ikhwan mencebik.
Zikr
terus tergelak halus. Ehmm..kawan dia berdua ni..dah nak kahwin dah..Apa orang
cakap, teman yang dulu sebantal dan sekatil. Cuma Khalish la yang lain sikit.
Stok alim gitu. Awal perkenalan dulu, memang dia anti dengan Khalish. Alim
mengalahkan Imam Masjid besar di Canberra. Haha..
Tak
habis-habis nak ceramah bila dia dan Ikhwan kata nak masuk kelab malam. Tapi
lama- kelamaan, dia sudah terbiasa dengan gaya Khalish yang memang jenis pak
ustaz sikit ni. Walau apapun, hormatnya pada Khalish tidak sedikit pun
berkurang kerana setelah bertahun-tahun
berada di luar negara dan pelbagai godaan yang dibuat supaya lelaki itu ikut
masuk ke kelab, Khalish masih utuh dengan kata-katanya.
“Aku
berdoa agar Allah tetapkan hati aku
supaya aku takkan pergi tempat macam tu sampai bila-bila. Setiap kali korang
ajak aku, setiap kali tu la aku ingat pada harapan ayah dan arwah mak aku”.
Itu
balasan Khalish yang pernah membuatkan dia dan Ikhwan sama-sama terpana. Masuk
menusuk seketika ke hati. Malu sekejap beb! Dan itulah ajakan mereka yang
terakhir.
“Awal
sangat tu Ikh.. Paling kurang pun tiga bulan lepas dah kerja doohhh.. Macam
mana aku nak tanggung si Faz tu?”.
“Rezeki
kat mana-mana je Khal”.
“Tu aku setuju”. Ikhwan menjawab selamba.
“Hey, kira kau dah sedia nak jadi suami orang
ke ni Ikh? Kau jangan kahwin cerai, Ikh. Malu ma kau nanti. Dah la kau tu
satu-satunya pewaris NUR Holdings yang tengah cemerlang, gemilang dan terbilang
sekarang ni”. Zikr membuka kitab syarahan.
“I thinks so. Aku tak nak angkut
perempuan sana sini lagi. Cukuplah dengan Risha seorang. Bab sedia tu, mungkin
belum tapi I will try my best”. Ikhwan
sememangnya sudah berjanji malam dia tidur dengan Carol tu adalah malam
terakhir dia membawa wanita yang tidak halal baginya ke bilik tidur.
“Wah,
tahniah Khal”. Zikr tiba-tiba tepuk bahu Khalish.
“Apasal
aku pulak. Ikh la..”.
“Tahniah
sebab ceramah kau selama ni masuk juga kat dalam otak Ikh ni. Look, dia dah nak berubah ke arah
kebaikan dah”. Zikr sengih nakal.
“Alhamdulillah
tapi sebenarnya nasihat tu bukan untuk Ikh je tapi untuk kau juga”. Selar
Khalish.
“Woooo..padan
muka. Kena sebijik”. Ikhwan gelak jahat dan serentak itu kepalanya diluku oleh Zikr
dan Khalish. Mereka bertiga gelak kuat. Langsung tidak menghiraukan pandangan
sekeliling. Macam kapal terbang tu diorang punya.
“Congrats Ikhwan, CEO of NUR
Holdings to be. I know, you can do it”. Ujar Zikr ikhlas.
ANA
LAJU mengelap barangan Kristal milik si ibu. Sesekali, matanya memandang
halaman rumah. Dia diarahkan oleh Datin Rozilah untuk menyambut kepulangan Narisha
dari London. Semalam, tika dikhabarkan arahan itu, pembuluh darahnya terasa
mahu pecah. Apabila nama Narisha muncul, terus susuk tubuh Ikhwan terbayang di
matanya. Sudah empat tahun lebih. Tidak sehari pun perlakuan jijik Ikhwan
terhadapnya dapat disingkirkan. Sungguhpun begitu Ana cuba mengikuti nasihat
Cikgu Salmi...
‘Ana,
kalau Ana reda dengan apa yang Allah dah janjikan untuk Ana, insyaAllah Ana
akan menemui kebahagiaan yang tak pernah disangka-sangka.’
Demi
Allah, Ana belajar untuk reda dengan perbuatan Ikhwan terhadapnya. Sekalipun
pada waktu malam, dia selalu bermimpi mengenai kejadian buruk itu. Rahsia itu
hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Tidak dikhabarkan pada Mak Mi mahupun
doktor lelaki yang merawatnya empat tahun lalu. Dia bukan mengikut saranan Ikhwan
tapi dia menjaga aib dirinya sendiri.
Bunyi
loceng mengejutkannya. Kelam-kabut Ana berlari menuju ke pagar banglo. Narisha
mengarahkannya mengangkat hampir empat buah bagasi-bagasi yang dibawa pulang. Ana
pelik kerana Narisha langsung tidak bersuara garang seperti dahulu biarpun
suaranya tidaklah lembut sehingga dia terbuai-buai. Suara itu biasa-biasa
sahaja. Hanya yang pasti, Narisha langsung tidak sudi menatap wajah hodohnya.
“Ibu
mana?”. Sejak kejadian Ana dipukul
hingga masuk wad lama dahulu, Narisha jadi cuak untuk mengasari Ana lagi. Bimbang
jika kejadian itu berulang. Lagipun buat masa ini, dia tengah geram dengan Ikhwan
sehingga tiada mood untuk menyakiti
hati Ana.
“Ibu ada mesyuarat. Ibu balik lewat sikit hari
ni. Kak Risha duduklah, Ana buatkan air”.
“Tak
payah, aku nak tidur atas sofa ni kejap. Baju-baju aku tu simpan dalam almari. Ada
tiga helai baju pengantin kat dalam bagasi oren, yang tu jangan usik, faham?”.
“Ya”.
Ana terkejut. Baju pengantin. Adakah Narisha mahu menamatkan zaman bujangnya
tapi dengan siapa? Ikhwankah?
Hati
Ana terasa sebu.
DATUK
UMAIRA menggelengkan kepala melihat Ikhwan yang sudah terbongkang di atas
katil. Penat agaknya. Datuk Umaira sudah menguruskan segalanya, persiapan
perkahwinan anaknya itu. Sememangnya dia terperanjat tapi apabila difikirkan, mungkin
ada baiknya. Jauh di sudut hati, dia tidak berapa berkenan dengan Narisha yang
ditemuinya empat tahun lepas, tiga hari sebelum Ikhwan berangkat balik ke UK. Bukan
kerana wajah, tapi kerana pakaiannya yang sendat dan singkat itu. Seperti
berbogel sahaja pada pandangannya.
Dia
bersetuju dengan perkahwinan ini kerana gusar Ikhwan akan terlanjur bersama
gadis cantik seperti Narisha. Dia tidak mahu Ikhwan melakukan perbuatan
terkutuk itu. Datuk Umaira yakin dia sudah memberikan pendidikan agama kepada Ikhwan
dan dia betul-betul berharap Ikhwan menjaga baik amalannya sebagai seorang
muslim.
Dia
tidak sanggup untuk menghadapi kes yang sama untuk kali kedua. Cukuplah hanya
bekas suaminya yang melakukan perbuatan yang dilarang agama itu.
“BUAT
apa?”. Tanya Narisha perlahan malam itu.
“Tidur.
I ingat you merajuk lagi”. Ikhwan masih dengan mata terpejam. Petang tadi
tidur, malam pun tidur. Membebel Datuk Umaira dengan aktivitinya yang satu ini.
“Awalnya
tidur. Memang I merajuk tapi nak tunggu you pujuk, kucing bertanduk pun belum
tentu”. Seloroh Narisha.
Ikhwan
tertawa. “You yang salah. Let’s forget
about it. Bila nak mula kerja?”.
“Patutnya
I yang tanya soalan tu pada you. I ni bakal pereka fesyen. Esok pun boleh pergi
kat agensi. Pemilik agensi tu pun dah tak sabar nak suruh I join the club”.
“Eleh,
bangga la tu. Tapi sayang, I tahu you akan kejutkan dunia designer. You have a great
stail! Sure meletup. I akan masuk pejabat lepas kita kahwin tapi esok dah
nak pergi teman Ma I buat kerja kat NUR
Holdings”. Ikhwan pejam mata. Mengantuk lagi la.
“Cewahh..manjanya
you.. eh, kejap...masuk”. Narisha mengarahkan apabila bunyi pintu diketuk. Ikhwan
diam tapi suara Narisha yang mengarahkan seseorang masuk jelas di
pendengarannya. Mungkin Narisha tidak menjauhkan telefonnya. Fikir Ikhwan.
“Ehmm..kau
nak apa, Ana?”.
Mata
Ikhwan terbuka luas. Terpaku. Ana? Gadis itu!
Ikhwan
tidak keruan tiba-tiba. Terbayang seraut wajah Ana di mindanya. Dia terus
menanti perbualan dua beradik itu.
“Ibu
dengan ayah ada kat bawah, tengah makan. Mereka ajak kakak makan sama-sama”. Lembut
suara Ana menusuk ke telinga Ikhwan.
“Hish
kau ni.. Buat apa pulak orang tua tu balik rumah ni? Aku ingat dia dah tak
kenal jalan pulang dah. Nantilah aku turun, kau pergilah dulu. Tutup pintu tu”.
“Tapi
kak, Ibu suruh turun sekarang”.
“Alaaa..jangan
nak mengada-ngada.. Cakap dengan ibu aku ada hal kejap. Kau ni pun..dah-dah.. keluar!
Tutup pintu!”. Arah Narisha agak bengang.
“Baik
kak”. Ana keluar.
“Sayang,
kita kat mana tadi? Sorry, ada
gangguan sikit”. Ceria suara Narisha.
“Siapa
yang ganggu?”. Ikhwan buat-buat tanya.
“Ana!!”.
“Oh
hantu tu”. Ikhwan ketawa tanpa nada. Dia sengaja berkata begitu supaya Narisha
tidak mengesyaki.
Narisha
tergelak sinis. “You masih ingat dia eh..? Opss mestilah you ingat sebab dia
pernah pukul you dulu kan. Kenangan pahit tu”.
Ikhwan
tersenyum nipis. I ingat dia sebab dia tinggalkan kenangan manis pada I, Risha.
Hatinya menggumam sendiri.
“How was she?”.
“Huh, she? Who?”.
Narisha berkerut kening, pelik.
“Ana!”.
“Kenapa
you nak tahu pula?”.
“Salah
ke kalau I saja-saja nak ambil tahu? Ana tu pun bakal adik ipar I juga”.
Narisha
mencebik di talian. “Dia bakal orang gaji kita, sayang”.
“Risha,
jangan la cakap macam tu pada dia. Kasihan Ana..”. Ya, entah mengapa mendengar
suara tegas Narisha yang mengatakan Ana itu hanyalah orang gaji meyakinkan Ikhwan
betapa sedihnya hidup seorang Ana Liyana. Tidak diakui oleh keluarga kandung
pastinya sangat memeritkan.
“You
masih tak berubahkan Ikh?. Dulu you bela dia, sekarang pun sama. Apa lebihnya
sangat Ana tu? She’s fine, anyway.
Masih sama..orang gaji je kat rumah ni..”.
“Okey-okey..I
malas nak bertekak dengan you fasal Ana lagi. Whatever la.. Orang gaji pun orang gajilah. After kita kahwin boleh lah kita
hire dia untuk kemaskan rumah kita kan sayang. Jimat duit”.
Narisha
ketawa kuat mendengar kata-kata Ikhwan. Bernas sekali cadangan Ikhwan itu. Di
hujung talian, Ikhwan merasakan tawa Narisha kali ini langsung tidak
menggeletek hatinya.
huh!!! geram!!!
ReplyDelete