Tuesday, 16 February 2016

SAAT KAU JAUH - BAB 12




Yazeed melangkah ke arah ladang anggur miliknya. Kelihatan beberapa orang pekerja yang berbangsa  Aborigin sedang bertungkus lumus memetik anggur yang sudah ranum. Eksport anggur ke Amerika bermula sejak minggu lepas. Mungkin kerana itu dia agak sibuk sejak kebelakangan ini.
Dad, along cari merata-rata. Kat sini rupanya”. Sapaan seseorang dari belakang membuatkan Yazeed menoleh. Bibir mengukir senyum menatap anaknya yang santai dengan T-shirt biru. Bebola matanya jatuh pula pada seorang lelaki di sisi anaknya. Yazeed terpana, jantungnya bergetar hebat. Renungan lembut itu bagaikan pernah hidup dalam ilusi khayalannya.
“Dad, ini kawan  along and Ikh..my father”. Zikr memperkenalkan. Dipeluk daddy mesra. Entah mengapa, sejak dia serabut gila dengan kerenah Priya, gadis India-muslim yang mengusungnya ke Newcastle semalam, tiba-tiba wajah daddynya terlayar dalam ingatan. Rasanya sudah hampir enam bulan dia tidak menjenguk daddynya.
Zikr akui hubungan mereka anak beranak tidaklah begitu rapat. Sejak ibu dan daddy bercerai sewaktu usianya masih empat tahun, dia dijaga oleh Munira di Malaysia. Hanya telefon yang menjadi penghubung antara mereka waktu itu. Biar bagaimanapun, hubungannya dengan Yazeed kian akrab sejak dia menyambung pelajarannya di luar negara.
“Hi uncle, nice to meet you”. Ucap Ikhwan sebelum bersalaman dengan Yazeed. Ikhwan tidak menyangka Zikr akan membawanya ke sini. Tadipun dalam kereta, dia sudah membebel apabila satu demi satu ladang buah-buahan dilepasi kereta Zikr. Disangkanya Zikr mahu membuat penyelidikan dalam bidang buah-buahan pula.
“Yes, me too, son”. Yazeed menepuk bahu anak muda itu. Rambut ikal Ikhwan mengingatkannya pada seseorang yang sentiasa hidup dalam jiwanya.
Ikhwan tersentak dan mengangkat muka. Panggilan  son’ itu sedikit sebanyak membuatkan hati lelakinya tersentuh. Seumur hidup, tidak pernah sekalipun telinganya menangkap kata-kata yang semesra tadi. Perkataan ayah sangat asing dalam dirinya.
Dia tahu kasih sayang Datuk Umaira sudah terlalu cukup buatnya. Namun, kadang-kadang hatinya juga terasa ingin berkongsi cerita dengan seorang ayah, dia mahu juga mendakap ayahnya sebagaimana Zikr memeluk mesra tubuh Yazeed seketika tadi. Sesekali muncul juga keinginannya untuk bertanya si ayah kasut bola mana yang lebih sesuai untuknya atau mengajak lelaki bernama ayah untuk berlumba di track kereta. Itu adalah impiannya dan masih kekal sehingga hari ini. Percayalah, dia masih setia menunggu kepulangan ayah kandungnya.
Zikr perasaan perubahan air muka Ikhwan. Baru sahaja dia mahu menukar topik, suara Khalish kedengaran di belakang.
“Sampai hati tinggalkan aku ek..”. Khalish muncul dengan mengangkat penumbuk. Serentak itu kedengaran tawa mereka bertiga.
“Hai Khalish, lama tak datang melawat uncle ya..”. Sapa Yazeed pada teman si anak.
Khalish tersenyum dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Sungguhpun dia sudah terbiasa ke sini, takkan la dia senang-senang je nak ceroboh masuk ke ladang orang kaya ni kalau bukan dengan Zikrkan? Buat malu je.
“Eh, kau dah selalu ke sini ke Khal..?”. Soal Ikhwan dengan dahi berkerut.
Zikr sengih. “Aku pernah ajak dia datang. Siapa suruh kau selalu balik Malaysia?”.
“Mana ada selalu..”. Protes Ikhwan.
“Hoi..dah-dah..tak payah nak bergaduh bagai..”. Bebel Khalish.
Zikr gelak. “Betul tu Khal.. Nak buat macam mana Khal, kawan kau ni jeles la aku tak bawak dia sama. “Come Ikh.. masuk dalam rumah daddy aku”. Lengan kanan Ikhwan ditarik. Pandangannya beralih ke arah Yazeed. “Daddy, along naik dulu yup”.
Yes, make the penthouse as yours, along. Nanti daddy suruh maid hantarkan makanan”.
“This grapes..”. Jari telunjuk Zikr dihalakan ke arah anggur di belakang Yazeed. “And that apple too”. Ditunjuk pula ke arah epal merah yang masih di pokok.
Yazeed menggeleng.  Fine, you are the boss”.
“Terima kasih daddy”.


SO, SEMUA ladang kat Canberra ni daddy kau punya la. Aisey man, anggur and apple yang aku telan selama ni dari ladang ni ke?”.
“Mungkin.”. Zikr gelak geli hati. Manalah dia tahu buah-buahan yang ditelan Ikhwan tu datang dari ceruk mana.
“Woo..gila kaya la kau...Tapi aku tengah blur sekarang ni. Ni daddy kau, dah tu yang kat rumah tu sape?”. Ikhwan bersandar di sofa, berdepan dengan Zikr. Khalish pula tengah seronok melantak. Makan je kerja budak ni.
 Indahnya pemandangan dari dalam rumah. Cermin berkaca di penthouse ini membuatkan ladang yang terbentang luas dapat dilihat dengan jelas.
There goes my bapak tiri. Ehm..daddy dengan ibu aku dah lama bercerai. Masa aku umur empat tahun lagi. A’ha tak ingat nak cakap, dengan papa pun dah bercerai tiga tahun lepas”.
Ikhwan sudah tercengang. Banyaknya rahsia Zikr.  Khalish yang sudah tahu diam saja. “Apasal banyak sangat yang aku tak tahu pasal kau ni?”.
“Sebab kau tak pernah nak ambik tahu”.
Khalish gelak dengan jawapan Zikr yang pernah hinggap di telinganya. “Ikh, tu jawapan yang dia bagi aku bila aku tanya soalan cliché kau tu. Weh Zikr, betul la kau ni tak sudi kongsi dengan kitaorang”.
“Betul la jawapan aku tu. Korang tak pernah nak ambik tahu fasal aku pun. Sedih tahu!”. Zikr buat muka sedih.
‘Tak, sebab kau yang tak nak bagitahu kitaorang. Kalau fikir logik, takkanlah kitaorang nak tanya.. Zikr, ibu ngan papa kau dah bercerai ke? Kalau bercerai bagitahu kitaorang, okey”. Ikhwan buat muka geram. “Mesti kau ingat aku gila kalau tanya soalan camtu”.
Zikr ketawa. Mengaku salahnya. Sememangnya dia jenis yang malas hendak berkongsi apa-apa dengan siapa-siapa apatah lagi mengenai masalah keluarganya. Dalam diam, Zikr perlu mengaku, dia lebih tenang berada di Canberra bersama daddynya daripada bersama Munira yang suka membebel. Banyak betul yang tidak kena pada mata Munira terhadap apa yang dilakukannya. Bahkan untuk bertemu daddy pun dia hendak marah. Siap kena inform lagi. Dulu memang dia akan memberitahu Munira selepas bertemu Yazeed, namun selepas peristiwa dia teruk ditengking Munira, dia sudah nekad untuk tidak memberitahu rahsianya kepada Munira lagi.
“Dah tu, daddy kau kat sini ada anak sorang je la?”.
“Ye la. Tapi dulu dia pernah kahwin. Dah bercerai pun dengan first wife dia”. Epal merah di dalam bakul rotan digigit perlahan. Dilihatnya Ikhwan dan Khalish mencapai segugus anggur hijau.
“Berbelit jugak kau punya salasilah keluarga ni. Wait, daddy kau panggil kau along tadikan?”. Ikhwan mengunyah anggur.
“Ehmm..kan aku ada adik tiri perempuan sorang. Anak ibu ngan papa aku. Diorang panggil aku along”.
“Apa kata aku dan Khal panggil kau along? So romantic la”. Ikhwan tergelak-gelak memandang Zikr yang sudah masam.
“Hah! Betul tu! Along! Along! Along!”. Khalish menyokong sambil buat gaya upin ipin.
“Along tahi kucing la kau. Siapa yang keluar dari perut dulu. Aku ke kau? Tolong ye kawan..lepas lima bulan kau merayau-rayau kat dunia ni, baru aku wujud”.
“Ceh..merayau-rayau!! Teruk la kau punya grammar BM. Sure fail kalau repeat SPM ni. Tapi seronok apa, ada adik dan ada daddy. Kira keluarga kau lengkap la. Tak macam aku”. Suara Ikhwan mendatar. Perasaan hiba itu menjengah lagi.
Zikr dan Khlish saling berpandangan. Cerita duka Ikhwan bukan rahsia lagi bagi mereka.  Lantas, mereka turut merasai kesedihan Ikhwan. Satu-satunya sahabat baik yang mereka ada. Bagi Zikr pula, Ikhwan itu sudah lama dianggap seperti keluarga sendiri sekalipun Munira menentang keras persahabatannya dengan Ikhwan.
 “Hey, jangan la sedih, Ikh. Kan kitaorang ada??”. Zikr tiba-tiba berdiri tegak dan menghulurkan tangan. Khalish sudah mengulum senyum di belakang Zikr.
Ikhwan hairan. Keningnya diangkat bertanya.  What?”.
“Mulai hari ni, kita adik-beradik, okey? Ingat tak masa kita secondary school, hampir semua la cikgu kita kata kau dan aku ada gaya yang sama? Tapi jangan panggil aku along, panggil aku adik. Sebab muka aku sangat sweet to be your adik”.
“Dan aku pula, boleh panggil aku abang. Lagipun aku ni memang anak sulung kot”. Khalish menyampuk seraya menumbuk bahu Ikhwan perlahan.
Ikhwan ketawa. Tangan itu tidak disambut tapi pantas sekali dia memeluk Zikr dan Khalish erat. “Along!! Abang!! Gemuknya korang”.
“Ikhhhh!!”. Bantal segi empat kecil di atas sofa dihempap ke kepala Ikhwan.
Ikhwan ketawa. Hari ini dia sangat gembira. Dia sudah punya abang dan along serentak. Thank you Zikri Arif dan Muhammad Khalish.
Baik Zikr, Khalish mahupun Ikhwan, ketiga-tiganya tidak menyedari, Yazeed sedang memerhati telatah mereka dengan senyum yang bergayut di bibir.

1 comment: