Yazeed
melangkah ke arah ladang anggur miliknya. Kelihatan beberapa orang pekerja yang
berbangsa Aborigin sedang bertungkus
lumus memetik anggur yang sudah ranum. Eksport anggur ke Amerika bermula sejak
minggu lepas. Mungkin kerana itu dia agak sibuk sejak kebelakangan ini.
“Dad, along cari merata-rata. Kat sini
rupanya”. Sapaan seseorang dari
belakang membuatkan Yazeed menoleh. Bibir mengukir senyum menatap anaknya yang
santai dengan T-shirt biru. Bebola matanya jatuh pula pada seorang lelaki di
sisi anaknya. Yazeed terpana, jantungnya bergetar hebat. Renungan lembut itu
bagaikan pernah hidup dalam ilusi khayalannya.
“Dad,
ini kawan along and Ikh..my father”. Zikr memperkenalkan. Dipeluk daddy mesra. Entah
mengapa, sejak dia serabut gila dengan kerenah Priya, gadis India-muslim yang
mengusungnya ke Newcastle semalam, tiba-tiba wajah daddynya terlayar dalam ingatan.
Rasanya sudah hampir enam bulan dia tidak menjenguk daddynya.
Zikr
akui hubungan mereka anak beranak tidaklah begitu rapat. Sejak ibu dan daddy
bercerai sewaktu usianya masih empat tahun, dia dijaga oleh Munira di Malaysia.
Hanya telefon yang menjadi penghubung antara mereka waktu itu. Biar
bagaimanapun, hubungannya dengan Yazeed kian akrab sejak dia menyambung
pelajarannya di luar negara.
“Hi uncle, nice to meet you”.
Ucap Ikhwan sebelum bersalaman dengan Yazeed. Ikhwan tidak menyangka Zikr akan
membawanya ke sini. Tadipun dalam kereta, dia sudah membebel apabila satu demi
satu ladang buah-buahan dilepasi kereta Zikr. Disangkanya Zikr mahu membuat
penyelidikan dalam bidang buah-buahan pula.
“Yes, me too, son”.
Yazeed menepuk bahu anak muda itu. Rambut ikal Ikhwan mengingatkannya pada
seseorang yang sentiasa hidup dalam jiwanya.
Ikhwan
tersentak dan mengangkat muka. Panggilan
‘son’ itu sedikit sebanyak
membuatkan hati lelakinya tersentuh. Seumur hidup, tidak pernah sekalipun
telinganya menangkap kata-kata yang semesra tadi. Perkataan ayah sangat asing
dalam dirinya.
Dia
tahu kasih sayang Datuk Umaira sudah terlalu cukup buatnya. Namun,
kadang-kadang hatinya juga terasa ingin berkongsi cerita dengan seorang ayah, dia
mahu juga mendakap ayahnya sebagaimana Zikr memeluk mesra tubuh Yazeed seketika
tadi. Sesekali muncul juga keinginannya untuk bertanya si ayah kasut bola mana
yang lebih sesuai untuknya atau mengajak lelaki bernama ayah untuk berlumba di
track kereta. Itu adalah impiannya dan masih kekal sehingga hari ini. Percayalah,
dia masih setia menunggu kepulangan ayah kandungnya.
Zikr
perasaan perubahan air muka Ikhwan. Baru sahaja dia mahu menukar topik, suara
Khalish kedengaran di belakang.
“Sampai
hati tinggalkan aku ek..”. Khalish muncul dengan mengangkat penumbuk. Serentak
itu kedengaran tawa mereka bertiga.
“Hai
Khalish, lama tak datang melawat uncle ya..”.
Sapa Yazeed pada teman si anak.
Khalish
tersenyum dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Sungguhpun dia sudah terbiasa
ke sini, takkan la dia senang-senang je nak ceroboh masuk ke ladang orang kaya
ni kalau bukan dengan Zikrkan? Buat malu je.
“Eh,
kau dah selalu ke sini ke Khal..?”. Soal Ikhwan dengan dahi berkerut.
Zikr
sengih. “Aku pernah ajak dia datang. Siapa suruh kau selalu balik Malaysia?”.
“Mana
ada selalu..”. Protes Ikhwan.
“Hoi..dah-dah..tak
payah nak bergaduh bagai..”. Bebel Khalish.
Zikr
gelak. “Betul tu Khal.. Nak buat macam mana Khal, kawan kau ni jeles la aku tak
bawak dia sama. “Come Ikh.. masuk
dalam rumah daddy aku”. Lengan kanan Ikhwan ditarik. Pandangannya beralih ke
arah Yazeed. “Daddy, along naik dulu yup”.
“Yes, make the penthouse as yours, along.
Nanti daddy suruh maid hantarkan
makanan”.
“This grapes..”.
Jari telunjuk Zikr dihalakan ke arah anggur di belakang Yazeed. “And that apple too”. Ditunjuk pula ke
arah epal merah yang masih di pokok.
Yazeed
menggeleng. “Fine, you are the boss”.
“Terima
kasih daddy”.
“SO, SEMUA ladang kat Canberra ni daddy
kau punya la. Aisey man, anggur and apple
yang aku telan selama ni dari ladang ni ke?”.
“Mungkin.”. Zikr gelak geli hati. Manalah dia tahu
buah-buahan yang ditelan Ikhwan tu datang dari ceruk mana.
“Woo..gila
kaya la kau...Tapi aku tengah blur sekarang ni. Ni daddy kau, dah tu yang kat
rumah tu sape?”. Ikhwan bersandar di sofa, berdepan dengan Zikr. Khalish pula
tengah seronok melantak. Makan je kerja budak ni.
Indahnya pemandangan dari dalam rumah. Cermin
berkaca di penthouse ini membuatkan ladang yang terbentang luas dapat dilihat
dengan jelas.
“There goes my bapak tiri. Ehm..daddy dengan
ibu aku dah lama bercerai. Masa aku umur empat tahun lagi. A’ha tak ingat nak
cakap, dengan papa pun dah bercerai tiga tahun lepas”.
Ikhwan
sudah tercengang. Banyaknya rahsia Zikr. Khalish yang sudah tahu diam saja. “Apasal
banyak sangat yang aku tak tahu pasal kau ni?”.
“Sebab
kau tak pernah nak ambik tahu”.
Khalish
gelak dengan jawapan Zikr yang pernah hinggap di telinganya. “Ikh, tu jawapan
yang dia bagi aku bila aku tanya soalan cliché kau tu. Weh Zikr, betul la kau
ni tak sudi kongsi dengan kitaorang”.
“Betul
la jawapan aku tu. Korang tak pernah nak ambik tahu fasal aku pun. Sedih tahu!”.
Zikr buat muka sedih.
‘Tak,
sebab kau yang tak nak bagitahu kitaorang. Kalau fikir logik, takkanlah kitaorang
nak tanya.. Zikr, ibu ngan papa kau dah bercerai ke? Kalau bercerai bagitahu
kitaorang, okey”. Ikhwan buat muka geram. “Mesti kau ingat aku gila kalau tanya
soalan camtu”.
Zikr
ketawa. Mengaku salahnya. Sememangnya dia jenis yang malas hendak berkongsi
apa-apa dengan siapa-siapa apatah lagi mengenai masalah keluarganya. Dalam diam,
Zikr perlu mengaku, dia lebih tenang berada di Canberra bersama daddynya
daripada bersama Munira yang suka membebel. Banyak betul yang tidak kena pada
mata Munira terhadap apa yang dilakukannya. Bahkan untuk bertemu daddy pun dia
hendak marah. Siap kena inform lagi. Dulu
memang dia akan memberitahu Munira selepas bertemu Yazeed, namun selepas peristiwa
dia teruk ditengking Munira, dia sudah nekad untuk tidak memberitahu rahsianya
kepada Munira lagi.
“Dah
tu, daddy kau kat sini ada anak sorang je la?”.
“Ye
la. Tapi dulu dia pernah kahwin. Dah bercerai pun dengan first wife dia”. Epal merah di dalam bakul rotan digigit perlahan. Dilihatnya
Ikhwan dan Khalish mencapai segugus anggur hijau.
“Berbelit
jugak kau punya salasilah keluarga ni. Wait,
daddy kau panggil kau along tadikan?”. Ikhwan mengunyah anggur.
“Ehmm..kan
aku ada adik tiri perempuan sorang. Anak ibu ngan papa aku. Diorang panggil aku
along”.
“Apa
kata aku dan Khal panggil kau along? So
romantic la”. Ikhwan tergelak-gelak memandang Zikr yang sudah masam.
“Hah!
Betul tu! Along! Along! Along!”. Khalish menyokong sambil buat gaya upin ipin.
“Along
tahi kucing la kau. Siapa yang keluar dari perut dulu. Aku ke kau? Tolong ye
kawan..lepas lima bulan kau merayau-rayau kat dunia ni, baru aku wujud”.
“Ceh..merayau-rayau!!
Teruk la kau punya grammar BM. Sure fail
kalau repeat SPM ni. Tapi seronok apa,
ada adik dan ada daddy. Kira keluarga kau lengkap la. Tak macam aku”. Suara Ikhwan
mendatar. Perasaan hiba itu menjengah lagi.
Zikr
dan Khlish saling berpandangan. Cerita duka Ikhwan bukan rahsia lagi bagi
mereka. Lantas, mereka turut merasai
kesedihan Ikhwan. Satu-satunya sahabat baik yang mereka ada. Bagi Zikr pula, Ikhwan
itu sudah lama dianggap seperti keluarga sendiri sekalipun Munira menentang
keras persahabatannya dengan Ikhwan.
“Hey, jangan la sedih, Ikh. Kan kitaorang ada??”.
Zikr tiba-tiba berdiri tegak dan menghulurkan tangan. Khalish sudah mengulum
senyum di belakang Zikr.
Ikhwan
hairan. Keningnya diangkat bertanya. “What?”.
“Mulai
hari ni, kita adik-beradik, okey? Ingat tak masa kita secondary school, hampir semua la cikgu kita kata kau dan aku ada
gaya yang sama? Tapi jangan panggil aku along, panggil aku adik. Sebab muka aku
sangat sweet to be your adik”.
“Dan
aku pula, boleh panggil aku abang. Lagipun aku ni memang anak sulung kot”.
Khalish menyampuk seraya menumbuk bahu Ikhwan perlahan.
Ikhwan
ketawa. Tangan itu tidak disambut tapi pantas sekali dia memeluk Zikr dan
Khalish erat. “Along!! Abang!! Gemuknya korang”.
“Ikhhhh!!”.
Bantal segi empat kecil di atas sofa dihempap ke kepala Ikhwan.
Ikhwan
ketawa. Hari ini dia sangat gembira. Dia sudah punya abang dan along serentak. Thank you Zikri Arif dan Muhammad
Khalish.
Baik
Zikr, Khalish mahupun Ikhwan, ketiga-tiganya tidak menyedari, Yazeed sedang
memerhati telatah mereka dengan senyum yang bergayut di bibir.
whoohaaa... step brother la
ReplyDelete