KERUT di dahi jelas kelihatan. Keluhan terlepas lagi.
“Aduhai...
macam mana aku nak guna benda ni?” Syarizad mengetuk dahi sendiri dengan pen di
tangan. Kepala didongakkan memandang rakan-rakan lain yang sedang ralit
menyiapkan kerja. Kemudian pandangannya terhenti ke arah pintu bilik pejabat
Ben.
Malas
fikir panjang, dia terus bangun mencapai buku notanya. Ben yang sedang menulis
sesuatu terkejut apabila pintu bilik tiba-tiba ditolak dari luar.
“Syari,
awak tahu macam mana nak ketuk pintu, kan?” Ben tergeleng kecil. Ini bukan kali
pertama Syarizad main redah masuk macam tu saja.
“Saya
kan PA Encik Ben. Boleh masuk bilik Encik Ben bila-bila masa aje, kan?”
Syarizad tersenyum manja. Ben dihampiri.
Ben
menghela nafas panjang. Dia nak membantah tapi entah kenapa tiada apa yang
keluar dari mulutnya.
“Encik
Ben...” Syarizad memanggil lembut.
“Ya,
awak nak apa?” Ben tegakkan kepalanya ke arah Syarizad. Meremang bulu roma
dengar suara manja Syarizad itu. Apatah lagi apabila gadis itu sudah semakin
dekat dengannya.
Buku
nota di tangan diletakkan di atas meja Ben.
“Tadi
saya nak cuba buka sistem e-jab company tapi tak dapat. Boleh tak Encik
Ben ajarkan?” pinta Syarizad dengan suara yang dibuat manja. Tiru gaya Liyana
kelmarin. Kalau Liyana boleh buat, dia seribu kali boleh buat.
Ben
telan liur.
“Kenapa
tak minta aje Kak Aiza yang tolong?”
“Kak
Aiza sibuk. Semua sibuk.”
“Habis
saya ni tak sibuk?”
“Alah...
Encik Ben kan baik...” Jari telunjuk Syarizad mula merayap di lengan Ben.
Cepat-cepat
Ben bangun dari kerusi empuknya. Syarizad simpan senyum. Tak susah pun!
“Fine.
Duduklah, saya ajarkan.” Ben mempersilakan Syarizad duduk di kerusinya.
Syarizad
menurut saja. Tanpa sedar, Ben melepaskan nafas panjang. Nasib baik hari ni
Syarizad pakai seluar panjang. Walaupun baju kemeja putihnya masih lagi ketat
dan tanpa lengan, tapi ia dipadankan dengan blazer hitam. Tak adalah seksa
sangat mata nak memandang.
“Okey...”
Ben berdiri di belakang kerusi sambil tangannya mengawal tetikus. Kalau bukan
sebab Syarizad tu PAnya dan sebagai seorang PA, Syarizad perlu
mahir menggunakan sistem itu, jangan harap dia nak ajar sampai tahap macam ni.
“Awak
cuma perlu log in kat sini.” Jari telunjuknya menuding ke arah skrin.
Syarizad
menurut arahan Ben. Entah apa kebetulannya, ketika dia memegang tetikus, Ben
turut sama menghulur tangan. Secepat kilat lelaki itu melarikan semula
tangannya. Macam terkena renjatan elektrik.
“Kenapa,
Encik Ben?” Syarizad pura-pura bertanya.
“Nothing.”
Ben buat muka selamba.
Serius
Syarizad rasa nak tergelak tapi ditahankan.
“Tengok
sini...” Ben terus menerangkan apa yang patut kepada Syarizad.
Syarizad
pula tekun mendengar. Badan Ben terasa hampir dengannya memandangkan lelaki itu
membongkok memandang ke arah skrin komputer. Haruman yang dipakai Ben menerobos
masuk ke rongga hidung. Tidak semena-mena, jantungnya rasa berdebar.
Ah,
sudah... kenapa pulak ni? Aku yang nak goda dia, sudahnya aku pulak
yang tergoda. Hesy! Tak boleh jadi ni.
“Faham?”
Ben menoleh ke wajah Syarizad. Langsung dia tidak sangka Syarizad juga sedang
merenung ke arahnya ketika itu. Mereka berdua saling berbalas pandang buat
beberapa ketika.
Telefon
pintar Ben yang tiba-tiba berlagu ‘menyelamatkan’ kedua-duanya. Buru-buru Ben
menjarakkan dirinya lalu mencapai telefon pintarnya. Sementara Syarizad pula
menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya panjang-panjang. Rentak jantung
kembali normal.
Fuh, this is too
dangerous. Desis hati Syarizad. Dia
bangun. Ben masih lagi ralit bercakap di telefon. Dia menggaru kepala sendiri,
tak tahu sama ada nak minta izin keluar atau main keluar macam tu saja.
Sudahnya, dia keluar saja tanpa meminta izin. Tak pastilah Ben sengaja
berlama-lama cakap di telefon sebab tak mahu berdepan dengannya atau memang ada
hal yang sangat penting yang sedang dibincangkan.
Sebaik
saja Syarizad keluar, Ben segera meminta diri untuk memutuskan talian.
Kedua-dua tangannya meraup muka. Kalau macam inilah selalu, lama-lama boleh
mati sakit jantung dia.
Ketika
duduk semula di kerusinya, Ben terpandangkan sebuah buku nota di atas mejanya.
Dahinya berkerut. Ni bukan ke buku nota Syarizad?
Buku
nota itu dibelek-belek. Tak ada apa yang menarik pun, semuanya catatan tentang
urusan kerja. Namun tangan Ben berhenti menyelak di helaian terakhir. Di situ
terlukis banyak love shape yang diwarnakan dengan pensel. Di
tengah-tengah helaian itu pula tertulis ayat ‘IJAD RINDU IBU DAN ABAH’.
Ben
terdiam di situ. Hatinya rasa dingin tidak semena-mena. Syarizad mungkin nampak
seperti gadis yang berani, tetapi sebenarnya ada sesuatu yang jauh terpendam di
lubuk jiwanya. Renungan matanya saja sudah terkandung seribu cerita. Dan
tiba-tiba, keinginan Ben untuk lebih mengenali Syarizad semakin mendalam.
“DAH lama akak nak ajak Syari keluar makan dengan akak. Hari ni baru dapat
peluang,” kata Aiza sambil tersenyum manis.
Syarizad
membalas senyuman itu.
“Maaflah
kalau saya nampak macam sombong kat ofis tu. Bukan apa, segan nak tegur-tegur
orang ni.”
“Dengan
akak tak payah nak segan-segan,” balas Aiza.
Syarizad
mengangguk. Lega. Sikap Kak Aiza benar-benar buat dia rasa disayangi. Hairan,
tapi itulah yang sebenarnya.
“Akak
ada benda nak tanya Syari, tapi akak harap Syari tak salah faham ya.” Aiza
berhati-hati menyusun ayat. Takut juga kalau-kalau Syarizad ingat dia sengaja
nak busybody ke apa.
“Apa
dia, kak?” Ini yang tak sedap ni. Tapi Syarizad tetap cuba berlagak biasa.
“Hari-hari
akak nampak Syari datang ofis dengan kereta, ada orang hantar. Tapi itu akak
tak kisah. Yang akak hairan, kenapa berhenti jauh dari ofis? Syari takut ada
orang nampak ke?”
Syarizad
terdiam. Dia tahu, lambat-laun akan ada juga orang yang bertanya. Cuma dia
tidak sangka secepat ini dan dia langsung tidak bersedia dengan apa-apa
jawapan.
“Maaflah
kalau akak buat Syari tak selesa. Kalau tak nak jawab pun tak apa. Akak tak
kisah.” Aiza semakin serba salah. Dia tidak mahu Syarizad rasa tidak selesa
dengannya selepas ini. Niatnya baik.
“Itu...”
Syarizad berjeda mencari nafas. “Itu... pak cik saya. Memang saya sengaja minta
dia hantar saya jauh sikit dari ofis sebab saya tak nak orang fikir yang
bukan-bukan.” Entah dari mana jawapan itu keluar, dia sendiri pun tidak tahu.
Kalau nak diikutkan logik, memang tak logik langsung. Hantar secara sembunyi
macam tu, lagilah orang akan fikir yang bukan-bukan. Buktinya sekarang, dah
jelas Kak Aiza bertanya.
Penipuan
kelima. Entah berapa banyak lagi penipuan yang bakal dicipta selepas ini.
Keluhan kecil terlepas tanpa sedar.
“Ohh...”
Aiza mengangguk-angguk. Walaupun jawapan Syarizad itu kedengaran longgar di
telinganya, dia tetap memujuk hati untuk percaya. Lagipun dia bukannya ada hak
nak bertanya lebih-lebih. Karang apa pula yang difikirkan Syarizad tentang
dirinya.
“Kalau
macam tu tak apalah. Maaf kalau Syari tak selesa dengan soalan akak ya...” ujar
Aiza lagi. Janganlah sebab itu hubungan baik mereka tergugat pula.
“Tak
apa.” Syarizad pura-pura tersenyum manis. Hati yang gelisah cuba ditenangkan.
Kak Aiza tidak tahu dan dia tidak perlu tahu.
Aiza
menyambung suapan yang terhenti tadi.
“Err...
kak, kalau saya pulak yang nak tanya boleh?”
“Apa
dia?” Aiza bersedia menjawab soalan Syarizad.
“Akak
dah lama ke kerja kat situ?” tanya Syarizad. Rasa-rasanya, Kak Aiza orang yang
tepat untuk ditanyakan soalan yang berlegar-legar dalam kepalanya setelah
sekian lama. Persoalan tentang dirinya tadi biarlah tertutup terus tanpa perlu
dibuka lagi.
“Lamalah
jugak... dalam lima tahun macam tu,” jawab Aiza yakin.
“Kalau
macam tu, mesti akak dah kenal sangat dengan Encik Ben tu, kan?” Kelat muka
Syarizad ketika itu. Takut kalau-kalau Kak Aiza salah faham dengan tujuannya
bertanya.
“Kenal.
Akak pun dah rasa macam Encik Ben tu adik akak,” jawab Aiza. Sepanjang bekerja
di JAB Holdings, dia sangat menyenangi Ben. Ben seorang bos yang baik, memahami
dan sangat jarang marah-marah.
“Encik
Ben tu sebenarnya orang dia macam mana ya?” tanya Syarizad. Terlepas saja
soalan tu dari mulut, sumpah dia rasa nak menyorok bawah meja.
Aiza
ketawa kecil. Rasa-rasanya dia faham kenapa Syarizad bertanyakan soalan itu.
“Encik
Ben tu baik orangnya. Sepanjang akak kerja dengan dia, boleh kira berapa kali
aje akak tengok dia marah. Itu pun kalau ada pekerja yang buat salah besar
sampai tahap dia tak boleh nak sabar lagi. Tapi most of the time, dia
memang baik.” Aiza tersenyum lagi. Tidak silu memuji Ben kerana itu memang
hakikatnya.
Syarizad
ikut sama tersenyum. Seraut wajah Ben muncul di ruang ingatan.
“Habis,
kenapa akak tak cuba pikat dia?” Soalan yang membuatkan Aiza ketawa lagi.
“Akak
ni dah tualah, Syari. Dah kahwin, dah ada anak. Tak sesuai pun nak try
dia. Tapi kalau Syari, hah baru sesuai...”
Syarizad
terdiam. Memang itu pun yang sedang diusahakan. Tapi bukan atas dasar cinta,
sebaliknya perjanjian yang sudah termeterai antara dia dan Datin Hazleena, ibu
tiri lelaki itu sendiri.
“Oh
ya, tak lama lagi company ada buat annual dinner. Semua staf
dijemput datang tau. Manalah tahu nanti kalau-kalau Encik Ben minta Syari jadi partner
dia ke...” Aiza mengusik. Sudah terbayang Syarizad yang cantik di sisi Ben yang
kacak. Memang sesuai sangat-sangat.
“Eh,
takkanlah, kak...” Syarizad tertunduk. Tapi dalam kepala sudah terbit satu
idea. Kalau betul Ben ajak dia jadi partner, mesti best, kan?
JAM tangan dipandang lagi. Tak cukup dengan jam itu, ditoleh pula ke arah
jam yang tergantung pada dinding ruang pejabat. Sudah pukul 6.30 petang. Ruang
pejabat itu sudah semakin lengang. Dia pun sudah memberitahu Pak Ali supaya tak
payah datang menjemputnya di pejabat. Tiba-tiba terasa macam nak minta Ben
hantarkan dia balik ke rumah. Sekali-sekala nak mengada-ada, apa salahnya, kan?
Syarizad
masuk ke dalam bilik pejabat Ben tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Selamba
macam pejabat itu dia yang punya. Melihat renungan Ben, dia hanya tayang
sengih.
“Dah
pukul 6.30 ni, Encik Ben tak nak balik ke?”
Ben
tersentak. Terus dia memandang jam di tangan.
“Ya
Allah... tak sedar langsung.”
“Saya
nak minta Encik Ben hantarkan saya balik boleh tak?” Syarizad tersenyum.
Ben
yang sedang mengemas mejanya segera mengangkat kepala.
“Biasa
balik dengan apa?”
“Alah...
bolehlah...” mulalah dia nak buat suara manja.
Ben
mengeluh. Sebelum Syarizad semakin mara ke depan, baik dia bersetuju saja.
“Okey...”
Syarizad
tersenyum lebar. Tahu Ben tidak akan mampu menolak permintaannya. Bak kata Kak
Aiza, bos mereka itu kan baik...
“Saya
nak solat asar dulu. Awak dah solat?” Ben memandang tepat ke muka Syarizad.
“Err...
dah tadi.” Hilang senyuman mekar di bibir Syarizad.
Ben
memerhati reaksi Syarizad. Asal tanya hal solat, mesti nampak menggelabah.
Spontan terlepas keluhan dari bibirnya.
“Wait
here.” Kemudian dia terus berlalu keluar untuk ke surau kecil yang terletak
bersebelahan pantri.
Syarizad
duduk di atas sofa sambil termenung panjang. Solat? Entah bila kali terakhir
dia solat pun dia sendiri sudah lupa. Tiba-tiba dia rasa malu dengan Ben.
Walaupun Ben tidak bersuara, tapi dia yakin Ben tahu yang dia menipu.
Lima
belas minit menunggu, Ben muncul semula. Syarizad terpegun memandang lelaki itu
dalam kemeja yang lengannya sudah dilipat hingga ke siku. Matanya sendiri yang
ada masalah atau Ben memang lebih kacak selepas solat?
“Jom.”
Ben mencapai kot, briefcase dan kunci keretanya setelah mengemaskan meja
ala kadar.
Syarizad
hanya mengikut tanpa suara. Setelah masuk ke kereta, barulah dia teringat
perbualan dengan Kak Aiza tengah hari tadi. Ben yang sedang memandu dipandang.
“Kak
Aiza ada cakap pasal annual dinner company. Encik Ben tak ada cakap
apa-apa pun kat saya?” tanya Syarizad dengan tak malunya.
Ben
angkat kening.
“Oh,
saya pun baru teringat pasal tu. Baguslah kalau Kak Aiza dah beritahu.”
“Bila
dinner tu?”
“Bulan
depan. Around... next three weeks.”
“Encik
Ben tak nak ajak saya jadi partner Encik Ben ke?” Syarizad senyum
comel-comel. Nak membodek haruslah kena cara, baru Ben cair.
Ben
memandang sekilas ke arah Syarizad sebelum ketawa. Aduhai, tak pernah aku jumpa
perempuan macam Syarizad ni.
“Saya
tak pernah bawak partner pun selama ni.”
“Itu
selama ni, bukan kali ni.” Bijak Syarizad menjawab.
Ben
masih lagi dalam sisa tawa.
“Betul
ke awak nak jadi partner saya ni?” Wajah Syarizad ditoleh lagi.
“Rugilah
lepas peluang jadi partner Encik Ben.” Syarizad mengangguk-angguk.
Ben
buat muka.
“Okay
then, you can be my partner,” putusnya malas fikir panjang lagi. Lagipun
memang tidak menjadi masalah kalau dia membawa Syarizad sebagai temannya pada
malam jamuan itu nanti.
Syarizad
bersorak dalam hati. Ben tak nak ajak, biar dia sendiri yang tawarkan. Tak
susah pun, kan?
Audi
A6 Ben berhenti di depan kawasan pangsapuri Syarizad.
“Thank
you for the ride,” ucap Syarizad ceria.
“Esok
datang kerja dengan apa?” sempat lagi Ben bertanya.
“Hmm...
macam biasalah.”
“I’ll
pick you up before 8.00,” putus Ben tanpa bertanya kepada Syarizad dulu.
“Serius?”
mata Syarizad bersinar-sinar teruja.
Ben
mengangguk. Dia sendiri terkejut dengan apa yang baru keluar dari mulutnya.
Spontan sungguh!
“Kecil
tapak tangan, satu taman bunga saya tadahkan!” jawab Syarizad riang.
Melihat
senyuman Syarizad, hati Ben tercuit lagi. Senyuman itu nampak sangat ikhlas.
Tidak macam selalunya.
“Pergilah
naik. Nanti nak tidur jangan lupa baca doa, baca surah...”
“Okey,
saya tahu.” Laju Syarizad memotong. Sebelah tangan menutup telinga. Kalau ucap
‘I love you’ ke okeylah juga, ini asyik nak bagi tazkirah aje kerjanya, bebel
hati Syarizad.
“I
will remind you every night if I have to,” kata Ben sambil sembunyi senyum.
“Kalau
macam tu, Encik Ben kena hantar saya balik hari-harilah, kan?” Syarizad senyum
mengada-ada. Bijak putar belitkan ayatnya.
Ben
ketawa kecil.
“See
you tomorrow.”
Syarizad
mengangguk. Tali pinggang keledar ditanggalkan lalu dia terus turun. Walaupun
kereta Ben sudah berlalu pergi, dia masih lagi di situ. Merenung ke arah bayang
kereta itu dengan satu irama indah yang entah dari mana muncul di hati.
No comments:
Post a Comment