“Kew Garden ada macam-macam jenis tumbuhan, lebih banyak compared
to any other gardens in the world.”
Syarizad
tersenyum mendengar penerangan Ben itu. Macam baca skrip. Cuma bezanya
sekarang, mereka berdua bukannya berlakon. Realitinya, memang Ben membawanya
bersiar-siar di Kew Garden.
“Mana
awak tahu?”
“Saya
bacalah.” Ben jongket bahu dengan muka bangga.
Syarizad
buat muka. Pandangannya dikitarkan ke sekeliling. Suasana di taman itu sangat
mendamaikan mata yang memandang. Hijau dengan rumput dan dedaunan serta
warna-warni dengan berbagai-bagai jenis bunga-bungaan. Mungkin tidak sebanyak
dan sesegar bunga di musim bunga, tapi sudah cukup untuk memukau mata.
“Cantik
gila tempat ni!” Syarizad terjerit kecil. “Terima kasih Ben sebab bawak
saya datang sini. Kalau awak tak bawak saya, memang sampai bila-bilalah
saya takkan dapat jejakkan kaki ke sini tau.”
“Sama-sama.”
Ben membalas tenang. Melihat Syarizad gembira, dia pun seribu kali lebih
gembira. Terasa bahagia kerana tahu dialah sebab di sebalik senyuman manis
gadis itu.
“Awak
tahu apa nama bunga-bunga kat sini?” tanya Syarizad. Dia duduk mencangkung di
tepi satu batas berbentuk bulat yang ditanami dengan bunga yang berwarna-warni.
“Bab-bab
bunga ni memang saya fail,” akui Ben jujur.
“Orang
kalau nak tackle perempuan, kenalah kenal bunga-bunga.” Sesuka hati
Syarizad menuturkan kata-kata itu. Entah dari mana dia cilok pun tak tahulah.
Ben
ketawa kecil.
“Siapa
kata saya nak tackle perempuan?”
“Oh,
tak eh?” Syarizad mengangkat mukanya mencari wajah Ben.
Ben
menggeleng. Kemudian dia duduk mencangkung di sebelah Syarizad.
“Saya
tak pernah tackle perempuan. Memang tak pandai pun nak tackle-tackle
ni.”
“Serius?”
Syarizad buat muka tidak percaya.
Ben
tersenyum.
“Habis,
saya pun awak tak pernah terfikir nak tackle eh?” Syarizad kecilkan
matanya.
“Kenapa?
Awak rasa macam saya tengah tackle awak ke?” Ben membalas dengan usikan.
Entah sejak bila, dia pun sudah pandai mengusik juga. Tapi cuma dengan
Syarizad, dengan gadis lain memang tak mungkin.
Syarizad
ketawa sambil bangkit berdiri.
“Encik
Ben Ikhzal saya ni dah pandai mengusik sekarang ni...”
Ben
ikut bangun. Langkah Syarizad diikut dari belakang. Hati tercuit mendengar
baris ayat ‘Encik Ben Ikhzal saya ni’ daripada Syarizad tadi.
“Awaklah
yang ajar saya.”
“Eh?
Bukan ke awak tak suka saya yang gedik, yang menggoda, yang...”
“Tapi
Syarizad yang kat depan saya sekarang ni, Syarizad yang ceria, yang happy,
yang seronok diajak berbual,” pintas Ben laju.
Syarizad
ketawa lagi. Hati rasa berbunga-bunga indah ketika itu. Sama indahnya dengan
warna-warna kelopak yang berkembang mekar di taman itu. Siapa yang buat dia
rasa indah macam tu? Siapa lagi kalau bukan Ben Ikhzal Bin Datuk Jaini. Dia
tersenyum sendiri.
“Syari!”
Ben memanggil Syarizad yang sudah semakin jauh ke depan.
Syarizad
berhenti melangkah lalu berpaling.
“Yes,
Encik Ben Ikhzal?”
Ben
mengeluarkan sesuatu dari beg yang digalasnya lalu memakaikannya di atas kepala
Syarizad.
“Apa
ni?” Syarizad naikkan anak mata ke atas. Pelik pula apabila tiba-tiba Ben
memakaikannya topi. Eh, topi ke?
“Beanie.
Aunt Diana yang bagi pagi tadi. Dia suruh bagi kat awak. Dia kait sendiri
tau.” Ben tersenyum. Setelah mengemaskan kedudukan beanie itu di kepala
Syarizad, barulah tangannya dijatuhkan. “Biasanya orang pakai waktu-waktu
sejuk, but... nevermind.” Ben angkat bahu.
Syarizad
mengusap-usap beanie di atas kepalanya. Dia selalu tengok orang pakai
benda tu dalam drama atau filem, tapi tidak pernah terfikir pula untuk pakai
sendiri. Hasil tangan mak cik Ben pula tu.
“Thanks.”
Senyuman
Syarizad terasa menusuk terus ke jantung Ben. Ah, makin lama dia habiskan masa
dengan gadis itu, makin hatinya parah.
“Jom.”
Malas terus menunggu di situ, Ben terus berlalu sambil memasukkan tangan ke
dalam poket jaketnya.
“Ingatkan
awak nak pegang tangan saya tadi.” Syarizad menguatkan sedikit suaranya.
Sengaja menduga Ben.
“Awak
boleh jalan sendiri, Syari.” Itu pula jawapan Ben tanpa langsung menoleh ke belakang.
Syarizad
mencebik. Namun sesaat kemudian, cebikannya bertukar menjadi tawa kecil.
“Ben,
jomlah ambik gambar dulu. Ben Ikhzal!”
Ben
terus buat tidak dengar.
“PERNAH pergi zoo?” Ben mengajukan soalan sambil melilaukan matanya ke
sekeliling zoo itu. Ramai juga pengunjung yang datang hari itu.
Syarizad
mengangguk.
“Pernah,
dulu dengan arwah abah saya.” Bibir dikebam sambil menundukkan sedikit
kepalanya. Sebut pasal abah, moodnya berubah secara tiba-tiba.
“Saya
mengingatkan awak kat arwah abah awak ke? Sorry...” Ben serba salah.
Tujuannya membawa Syarizad ke situ untuk membuatkan gadis itu gembira, bukan
mencipta suasana sedih antara mereka.
Syarizad
menggeleng pula. Tawa kecilnya meletus perlahan. “Tak adalah. Saya okey aje,
lagipun best apa pergi zoo. Tengok monyet tu...”
Ben
menoleh ke arah yang dituding.
“Macam
awak.” Selamba Syarizad memberi komen.
Ben
berhenti melangkah.
“Amboi!”
Syarizad
ketawa terkekeh-kekeh. Tanpa mempedulikan muka tidak puas hati Ben, dia terus
menyambung langkahnya.
Zoo
London yang terletak di Regent’s Park menampung lebih daripada 760 spesies
haiwan yang pelbagai. Syarizad teruja dapat melihat bermacam-macam jenis haiwan
di situ. Ada harimau, ada macam-macam jenis burung, ada angsa dan banyak lagi
yang Syarizad sendiri tidak tahu apa namanya. Dia berlari ke sana sini, ambil
gambar dari setiap sudut dan gaya serta menjerit setiap kali nampak binatang
yang belum pernah dia lihat depan mata. Sampaikan Ben sendiri keletihan
melayan. Tapi tak apalah, asalkan gadis itu gembira.
“Ada
orang pernah naik kuda belang tak?” Syarizad bertanya tiba-tiba.
Ben
tergelak.
“Tak
pernah dengar pulak.”
“Kalau
saya naik?” duga Syarizad sambil mengerdipkan matanya.
“Dah,
tak payah nak buat benda mengarut. Karang saya tinggalkan awak kat sini baru tau,”
ugut Ben. Namun begitu dia masih berusaha mengawal tawanya.
Syarizad
mencebik. Matanya terpandangkan pula zirafah yang tinggi mencecah awan. Okey,
tu tipu. Yang sebenarnya dia kagum melihat zirafah yang tidak pernah dilihatnya
sebelum ini.
“Apa
kata awak pergi berdiri dekat sana. Saya ambik gambar awak,” suruh Ben.
Bersedia dengan kamera di tangannya.
Syarizad
segera berlari menghampiri pintu pagar kandang yang menempatkan zirafah-zirafah
itu. Tanda ‘peace’ diberikan sambil tersenyum riang.
“Saya
tak faham kenapa orang ambik gambar suka sangat buat tanda ‘peace’,”
ujar Ben.
“Entah.
Saya pun tak faham. Maybe tu cara nak tunjuk kita happy kut.”
Sesuka hati Syarizad menjawab. Bukannya dia tahu pun. Dah orang selalu buat,
dia pun buatlah juga.
“Nak
tengok gambar tadi,” pintanya.
“Dah,
dah cantik dah...”
“Bak
sini!” kamera di tangan Ben diambil. Bulat matanya memandang gambar yang baru
diambil Ben tadi. “Alah... tak cantik langsung!”
“Dah
cantik dah...”
“Tak,
tak.” Syarizad menggeleng-geleng sambil menghalang Ben mengambil kamera itu
semula. “Kita ambik gambar sama-sama nak?” cadangnya. Senyuman comel
diberikan ke arah Ben.
Ben
buat muka.
“Bolehlah...
sepanjang kita kat sini, satu gambar kita pun tak ada tau.” Syarizad memuncung,
sengaja nak raih simpati.
“Yalah,
yalah... jom ambik gambar.” Ben bersetuju akhirnya. Malas nak bertekak.
Lagipun nanti boleh juga buat kenangan.
Syarizad
bersorak gembira.
“Kita
selfie!”
“Ah...
no.” Ben menggeleng laju.
“La...
kenapa?”
“Kita
ambik gambar jarak sehasta. Okey?” putus Ben.
Syarizad
ternganga. Tidak terkata apa. Diperhatikan saja Ben meminta salah seorang
pengunjung zoo itu untuk mengambil gambar mereka berdua.
“Syari...
come on!” panggil Ben. Apabila dia sudah mula excited, Syarizad
pula yang masam muka.
Nak
tak nak, terpaksalah Syarizad bersetuju juga. Sehasta pun sehastalah, janji ada
gambar dengan Ben. Mana tahu nanti boleh letak dekat kad kahwin. Buat kad
kahwin guna gambar dengan zirafah, siapa pun tak pernah buat tau! Syarizad
tersengih dengan angan-angan sendiri.
Sesudah
melawat bermacam-macam jenis haiwan, Ben mengajak Syarizad ke Butterfly
Paradise. Tempat di mana para pengunjung dapat merasai ketenangan melihat
bermacam-macam jenis dan warna rama-rama berterbangan.
“So
beautiful!” kata Ben perlahan, lebih kepada memuji ciptaan Allah S.W.T.
Subhanallah...
Syarizad
tersenyum riang. Tanpa dia sedar, Ben memerhatikan dari sisi. Melihat senyuman
ikhlas Syarizad, Ben terasa hatinya tenang. Inilah Syarizad yang berjaya
memikat hatinya, yang mengukir namanya sendiri di hati Ben tanpa perlu apa-apa
paksaan, tanpa perlu godaan yang berterusan.
“Ben!”
Ben
tersedar. Bila masa Syarizad tercegat di depannya pun dia tidak tahu.
“Ya?”
“Kita
pergi tengok penguin nak? Boleh bagi makan penguin,” ajak Syarizad teruja.
Tanpa sedar tangannya sudah memegang lengan Ben.
Ben
tunduk memandang lengannya sendiri. Syarizad yang perasan tingkah itu segera
melepaskan pegangannya.
“Sorry...”
“What?”
“Err...
tak, saya terpegang tangan awak.” Syarizad mengetap bibirnya.
Ben
tersenyum.
“Sejak
bila pulak pandai minta maaf kalau pegang saya ni? Sebelum ni, tak pun.
Lebih dari tu lagi awak pernah buat.”
Syarizad
terasa wajahnya memerah. Terus dipusingkan mukanya ke arah lain.
“Hmm...
awak nak pergi tak?” Cepat-cepat dia tukar topik.
Ben
masih tersenyum. Reaksi malu-malu Syarizad mencuit hatinya.
“Okey,
jom.”
Syarizad
melepaskan nafas panjang. Lega. Sejujurnya, dia sendiri tiada jawapan untuk
soalan Ben tadi.
DUDUK berbual sambil makan burger dan memerhatikan keindahan London Bridge pada
waktu malam menghantar rasa tenang di hati Syarizad. Ah, memang sejak datang
sini hatinya sentiasa tenang. Sebab apa? Sebab ada Ben di sisinya, melayannya
sebagai seseorang yang sangat istimewa.
“Kenapa
awak tak duduk sini aje terus? Kalau saya jadi awak, saya duduk aje sini terus.
Kat sini best...” Syarizad menggumam sendiri sambil merenung kejauhan.
Ben
tersenyum nipis.
“There
is no place like home.”
“Maksudnya?”
Syarizad menoleh ke sebelah.
“Saya
dilahirkan di Malaysia. Jadi walau ke mana aje saya pergi, Malaysia tetap di
hati.”
Syarizad
mengangguk-angguk faham.
“Awak
pulak kenapa nak duduk sini?” Ben mengalih soalan.
Syarizad
menjongket bahu.
“Mungkin
sebab hidup saya sebelum ni... teruk. Maksud saya, tempat saya dilahirkan dah
banyak cipta kenangan pahit dalam hidup saya.” Kepalanya menunduk. Hati terasa
sayu.
Ben
terdiam seketika. Cerita Syarizad menarik minatnya. Mungkin itulah cerita yang
selama ini dipendam jauh di sudut hati. Kerana kenangan pahit itu, Syarizad
cuba menjadi dirinya yang baharu dengan harapan semua itu akan dapat menolak
segala kesedihan yang pernah terpalit dalam hidupnya. Tetapi dia silap. Semakin
dia cuba menjadi orang lain, semakin dia terluka.
“Syari...
sebenarnya, setiap kesedihan yang berlaku dalam hidup kita, semua tu dugaan
yang Allah bagi. Bukan untuk melemahkan, tapi untuk menguatkan. Apa yang perlu
kita buat, berdoa, berdoa dan terus berdoa. Sebab setiap kebahagiaan akan ada
di sebalik keperitan yang kita lalui.” Lembut dan penuh mendalam Ben menuturkan
kata-kata itu.
Syarizad
kian menunduk. Air matanya hampir menitis ketika itu, pantas diseka dengan
hujung jemari. Kata-kata Ben menusuk masuk ke dasar hatinya.
Ya
Allah... betapa jauhnya dia sekarang. Betapa dia lupa siapa dirinya, lupa ada
Allah S.W.T. yang sentiasa memerhati, bersedia mencurahkan seluruh kasih
sayang-Nya. Cuma dia sendiri yang melarikan diri, takut untuk berdepan dengan
realiti.
“Kita
kena reda, terima semuanya tanpa langsung persoalkan kenapa Allah jadikan
semuanya macam tu. Have faith that He will turn your grief into happiness
that you can never imagine.” Ben mengukir senyuman manis.
Syarizad
mengangguk-angguk tanda mengerti. Kepalanya diangkat lalu membalas renungan
Ben. Bibirnya turut sama tersenyum.
“Jom
balik.” Ben segera bangun. Berlama-lama di situ hanya menambah debar dalam
dadanya. Jadi sebelum iman yang ada jadi semakin nipis, eloklah mereka terus
pulang.
Syarizad
mengangguk saja. Ketika bangkit berdiri, telefon bimbitnya berdering. Pantas
dikeluarkan dari poket seluar. Notification daripada aplikasi Viber
yang membawa nama Herdy di skrin, menandakan lelaki itu sedang menghubunginya.
“Kenapa?”
Ben tidak dapat menahan diri daripada bertanya.
Syarizad
mengangkat kepala.
“No...
nothing.” Punat merah ditekan lalu telefon itu dimasukkan semula ke dalam
poket seluarnya. “Jom balik.”
Ben
malas bertanya lagi.
LIYANA mengeluh panjang. Sejak keluar berdua dengan Herdy sejam yang lalu,
tingkah lelaki itu hanya menambahkan rasa tidak senang dalam hatinya. Dia bukan
main lagi rancak berbual, tapi Herdy lebih banyak mendiamkan diri.
Blackberrynya pula tidak lepas-lepas dari tangan.
“Dy...
you ni kenapa?” Liyana bertanya juga akhirnya sambil berpeluk tubuh.
Herdy
mengalih pandangan.
“Apa?”
Liyana
berdecit.
“Dari
tadi I cakap dengan you, you buat tak dengar aje, kan? You buat apa dengan phone
you tu? Siapa yang you text dari tadi?”
Soalan
Liyana yang bertalu-talu menambah rimas Herdy. Fikirannya berserabut ketika
itu, memikirkan Syarizad yang jauh di kota London. Banyak kali dia telefon,
satu pun tak dijawab. SMS pun buat tak layan. Kenapa dengan Syarizad? Ada
apa-apa yang jadi ke kat dia?
“Tengok
tu! I tanya you buat tak dengar aje, kan?” Suara Liyana naik satu oktaf.
Herdy
pula yang berdecit.
“Apa
you ni? Serang I dengan soalan macam-macam. You tahu tak, I tengah serabut
dengan hal kerja I?”
Liyana
mengetap bibir. Apabila Herdy tinggikan suara, mulalah dia terasa sentap. Mana
hilangnya Herdy yang selalu memujuk tak kira walau apa pun perbalahan yang
terjadi antara mereka?
“You
serabut dengan kerja ke, you serabut dengan hal lain?”
“Hal
apa maksud you ni?” Tajam renungan Herdy ke wajah Liyana. Sudahlah dia pening
memikirkan Syarizad, Liyana pula tak habis-habis mengasaknya dengan pertanyaan.
Boleh biul kepala dibuatnya.
“Youlah!
Dah lain sangat sekarang ni...”
“Apa
yang lainnya? You nak I hantar rombongan meminang ke rumah you, I dah hantar.
Kita dah pun bertunang. Apa lagi yang you nak sekarang?”
Liyana
tersentap. Tak sangka Herdy akan mengungkit tentang hal itu. Adakah itu
bermaksud Herdy tidak ikhlas dengan pertunangan mereka?
“I
tanya you elok-elok, yang you nak melenting ni kenapa? Atau you tak ikhlas
bertunang dengan I? Dy, kalau you hantar rombongan meminang ke rumah I
semata-mata sebab I yang minta tanpa you sendiri rela, I lebih rela kalau kita
tak bertunang!”
“So,
now what? You nak putus?”
Liyana
terdiam. Bibirnya diketap. Serta-merta dia jadi sedih. Sampai hati Herdy...
Herdy
mengeluh berat. Tangannya meraup muka. Macam mana boleh terlepas cakap pula ni?
Wajah mendung Liyana direnung redup.
“Babe,
I’m sorry...” Kedua-dua belah lengan Liyana dipegang kejap. “I’m sorry. I
tak maksudkan macam tu.”
“Kadang-kadang
I rasa I dah tak kenal you, Dy...” akui Liyana. Nada suaranya perlahan dan
bergetar. Kolam matanya penuh dengan air jernih yang hanya menanti masa untuk
gugur.
Herdy
memejamkan matanya seketika. Cuba menenangkan amarah yang kian tegang.
“I’m
sorry, Yana. I... I tak sengaja. I tak bermaksud pun nak marah you. I’m
sorry...”
Liyana
mengesat matanya yang basah. Ucapan maaf Herdy seolah-olah sudah tidak lut di
telinganya.
“I
nak balik...”
“Yana...”
“Hantar
I balik.” Liyana tetap dengan kemahuannya. Buat masa ini dia tidak mampu lagi
menatap muka Herdy. Biarlah amarahnya reda dahulu.
Herdy
menghembus nafas panjang.
“Fine. I hantar you
balik.”
No comments:
Post a Comment