ANA
menatap alamat di tangan bersilih ganti dengan rumah agam yang tersergam indah
di hadapan matanya. Terpegun dia melihat banglo mewah itu. Lagi besar dari
banglonya. Perlahan-lahan, kakinya melangkah masuk, atas arahan Zainah. Kalau
bukan kerana suruhan ibunya, tidak mungkin dia akan menjejakkan kaki ke sini.
Waktu
itu juga, Ikhwan keluar dari bilik tidurnya dengan hanya bertuala sahaja. Perutnya
bergoncang dari semalam. Dek kerana terlalu letih, pukul 10 tadi dia bangun. Nasib
baiklah Datuk Umaira tidak membuat spot
check. Kalau tak naya. Ketika melintasi bilik pengantinnya, kaki Ikhwan
berhenti melangkah, kelihatan sedikit cahaya dari dalam bilik pengantinnya yang
sudah terhias cantik. Eh, siapa kat dalam ni? Kan hari tu aku dah bagitahu
jangan buka langsir.
Perlahan-lahan
Ikhwan menolak daun pintu. Sedikit sahaja terbuka namun apa yang terbias di
matanya dari dalam cermin begitu jelas sekali. Ternyata Ikhwan amat terkesima.
Setelah empat tahun dia tidak merasakan gemuruh ini, perasaan teruja itu muncul
lagi. Ikhwan menjauhkan sedikit tubuh dari pintu. Matanya masih tajam
memerhati. Beberapa kali dia menelan liur yang terasa kelat. Dari dalam cermin
besar, dilihatnya Ana sedang menggayakan pakaian pengantin berwarna biru
turquoise milik Narisha. Rambutnya dirapikan dan dibawa ke bahagian hadapan,
menampakkan keseluruhan belakang tubuhnya.
Ikhwan
menatap pula wajah Ana, tidak berubah, masih seperti dahulu.. kesan hitam di
pipi tetap ada kecuali bibirnya yang kian merekah bak delima. Ikhwan menggigit
bibir sendiri. Aduh! Terasa mahu diciumnya bibir Ana itu. Baju pengantin yang
agak terdedah di bahagian dada itu menampakkan lurah dada Ana yang menawan. Ikhwan
terus menikmati kecantikan Ana dalam diam. Mati terus persoalannya mengenai
bilik yang tadinya bercahaya. Bebola matanya jatuh pula pada baju kurung
berwarna hijau zamrud dengan corak bunga-bungaan yang tersusun elok di atas
katil pengantinnya. Mungkin pakaian Ana.
Ana yang tidak sedar dirinya diintip tersenyum.
Sesekali dia menggerakkan tubuh di cermin. Terasa bagaikan pengantin pula.
“Cantiknya
baju kak Risha ni”. Bibir itu bersuara lembut tapi masih sempat ditangkap
telinga Ikhwan.
Ana
terpandangkan jam di dinding. Dah pukul 10.30 pagi. Kelam kabut Ana jadinya.
Pasti aku kena marah dengan ibu nanti. Ana mengutuk diri dengan keinginannya
yang mahu menggayakan pakaian Narisha.
Sepantas
itu dia membawa tangannya ke belakang. Mahu membuka zip di belakang badan.
Belum sempat pun dia berbuat demikian, bunyi daun pintu berkeriut nyata
membuatkan darahnya seakan berhenti mengalir. Semakin kering darahnya apabila
melihat batang tubuh lelaki yang sangat dikenalinya sedang terpacak di muka
pintu dengan hanya bertuala separas pinggang. Ana seperti mahu pengsan. Apa
yang dibuat Ikhwan di situ? Adakah ini rumah Ikhwan? Soalan yang tiada jawapan
itu berlegar-legar dalam benaknya. Sekujur tubuh Ana seram sejuk. Ya Allah! Ana dapat merasakan
tubuhnya menggeletar ketakutan.
“Hai
Ana”. Sapa Ikhwan tanpa mempedulikan riak terkejut Ana.
“Lama
tak jumpa. Ana buat apa ni? Tak nak
minta I tolong bukakan zip tu ke?”. Ujar Ikhwan sambil tersenyum mengayat. Pintu
ditutup dan dikunci dari dalam.
Ana
tersentak dengan tindakan Ikhwan yang mengunci pintu. Kakinya cepat sahaja
mendekat dan mahu memulas tombol pintu.
Tapi
Ikhwan yang dapat membaca tindak tanduknya segera menggenggam jari jemari Ana.
Pantas Ana menepis. “Apa awak buat kat sini? Tolong bukakan pintu. Saya nak
balik”. Ana menjarakkan kedudukan dengan Ikhwan. Dia mengalih pandang. Wajah Ikhwan
tidak mahu dilihat.
Ikhwan
ketawa. “Ana, sepatutnya I yang tanya apa yang Ana buat kat sini?”.
Ana
terkebil-kebil. “Ana..Ana..saya..saya cuma hantar baju kak Risha. Sa..saya tak
tahu ni rumah Dan…Ikh..rumah awa..awak”. Ana tergagap-gagap melawan rasa takut.
“Ana,
janganlah takut. I janji takkan apa-apakan Ana. I cuma nak berbual dengan Ana
je”.
“Jangan
buat saya macam ni. Tolonglah”. Rayu Ana. Katalah apa saja, dia tidak mahu percaya
pada Ikhwan lagi.
Tanpa
mengendahkan permintaan itu, Ikhwan terus memeluk Ana. Haruman badan Ana begitu
mengujakannya. Tangannya pantas menarik zip di belakang badan Ana. Ana menggigil
dan cuba meloloskan diri namun tak berjaya. Kenangan malam jahanam yang mahu
dihapuskan terlayar dalam mindanya entah buat kali ke berapa.
Ana
sudah mula menangis. Baju pengantin yang
hampir londeh cuba dilekatkan kembali. “Lepaslah. Saya tak nak. Pergi!!!”.
Ana menolak dada bidang yang rapat ke tubuhnya namun perbuatan itu disekat dek
tangan sasa Ikhwan yang menolak tubuhnya ke katil. Ana menggeleng berkali-kali.
“Ana please!! Just for this time. Once again.
I janji takkan ganggu Ana lepas ni”. Ucap Ikhwan sebelum rakus membenamkan
bibirnya ke leher Ana.
“Janganlah
Ikhwan.. cukuplah sekali awak rogol saya dulu. Saya tak pernah beritahu
sesiapa. Jangan seksa saya lagi. Awak dah nak kahwin dengan kakak saya”.
Ikhwan
tergelak kecil. “Ana yakin ke dulu tu menjadi?”.
Ana
langsung tidak memahami apa yang diucapkan Ikhwan. Lengan lelaki itu dipukul
berkali-kali. “Jangan! Lepaskan saya…!”. Rayu Ana lagi.
Ucapan
yang keluar dari mulut Ana bagaikan dibawa angin lalu saat Ikhwan terus
menggomol leher Ana.
“You are so amazing, Ana..”.
DATUK
UMAIRA mengelap rambut yang basah. Mujur tiada apa-apa yang penting hari ini di
NUR Holdings. Datuk Umaira langsung tidak sedar bagaimana dia boleh terlelap di
tikar sejadah setelah solat subuh pagi
tadi.
Mata
Datuk Umaira tiba-tiba tertancap pada skrin CCTV yang berada di dinding pada
penjuru bilik. Gelap dan kosong. Baru wanita itu teringat sudah lama dia tidak
menghidupkan kamera CCTV yang merakamkan kesemua aktiviti penghuni di Mahligai
Impian kecuali di bilik Ikhwan dan bilik Zainah.
Entah
mengapa hatinya tergerak untuk membuka skrin itu. Tangannya mencapai remote
controller dan punat merah ditekan.
Sekilas
Datuk Umaira menatap ruang rumah yang jelas berada di kaca skrin sebelum
berpaling untuk menyidai kain tuala.
Namun
telinganya menangkap sesuatu yang tidak menyenangkan. Datuk Umaira menoleh. Dia
tahu dari mana datangnya suara itu.
Nyata
dia terpaku. Wajahnya pucat. Jika kulitnya ditoreh waktu itu pasti darahnya
berwarna putih. Hampir longlai tubuhnya melihat apa yang ada di skrin itu.
“Ya
Allah !!! Ikhwan!”. Hanya itu yang
terucap di bibirnya.
“IKHWANNN!!!”.
Pintu bilik ditolak kasar dari luar. Datuk Umaira yang masih memakai bath-rope
bercekak pinggang di muka pintu. Merah padam raut wajahnya. Sekali pandang
sahaja, tentu sudah dapat mengagak kemarahan bakal meletus sebentar sahaja
lagi.
Ikhwan
dan Ana yang berada di atas katil terperanjat lebih-lebih lagi Ikhwan. Dia
tidak menyangka Datuk Umaira tidak ke pejabat hari ini. Kelam kabut Ikhwan mengikat
tuala yang hampir terlondeh. Ana mengengsot ke birai katil sambil memeluk
kedua-dua belah lututnya.
“M..ma..”.
Ikhwan tergagap-gagap.
“Apa
semua ni, Ikhwan? What are you trying to
do? And what has happened in the past years? Apa yang Ikh dah buat sebelum
ni??”. Datuk Umaira memekik kuat. Ikhwan yang berdiri tegak di hadapannya
ditampar berkali-kali. Sungguh, dia marah.. lebih dari segala-galanya. Adakah
anaknya yang seorang ini serupa dengan si ayah?
Ikhwan
terkesima dengan jeritan Datuk Umaira. Pedih pipinya menerima tamparan si ibu.
“Kenapa
buat ma macam ni hah? Kenapa jadi macam ni Ikh? Sampai hati Ikh malukan ma
macam ni”. Datuk Umaira terus mengigil menahan amarah
“Ma..dengar
dulu...I am so sorry”.
“No! Go to your room before I kick
you out from my house”. Tengking Datuk Umaira.
“Ma..tolong
ma..Ikh minta maaf..Ikh..”.
“Jangan
sampai ma ulang apa yang ma cakap tadi. Go
to your room now!!”. Jerkahnya Datuk Umaira lagi sekali. Kali ini, Zainah
yang terperanjat sudah berada di muka pintu. Tidak pernah dia dengar Datuk
Umaira menggila sebegini.
Ikhwan
terkebil-kebil tapi dia tetap mengorak langkah. Ekor matanya sempat menangkap
kelibat Ana yang masih teresak-esak di atas katil.
Pintu
bilik tertutup rapat. Datuk Umaira menarik nafas lemah. Matanya menatap Ana
yang menekup muka. Perlahan-lahan Datuk Umaira mendekati Ana dan duduk di sisi
wanita yang hampir dinodai Ikhwan.
Kepala
Ana diangkat perlahan supaya menatapnya. Dia kenal siapa wanita ini. Anak Datuk
Rahman, teman bisnesnya.
“Say..saya
minta maaf...”. Ana tergagap-gagap. Dia takut.
“Tak...bukan
salah kamu nak..”.
Datuk
Umaira mendakap Ana rapat ke dada. Alangkah kasihannya anak yang disisihkan
oleh keluarga sendiri ini. “Cerita
dengan saya apa yang Ikhwan lakukan dulu..”.
Ana
terkedu dan serba salah.
habis ko ikhwan!!!
ReplyDelete