AWAL-AWAL pagi lagi Syarizad sudah mendapat panggilan daripada Datin
Hazleena. Seolah-olah tahu apa yang dimahukan wanita itu, dia terus menjawab
dengan nada bosan.
“Dah
hampir tiga bulan kau kerja kat company tu dan aku tak nampak apa-apa progress
pun antara kau dengan Ben. Berapa lama lagi nak kena tunggu?”
Syarizad
menarik nafas panjang.
“Bagi
saya sikit masa lagi, datin. Saya janji, saya akan buat Ben jatuh cinta dengan
saya. Datin jangan risau.”
“Okey,
aku bagi kau masa dua bulan lagi. Kalau dalam tempoh tu kau gagal jugak,
aku akan cari orang lain.” Datin Hazleena mengugut.
“Baik,
datin.” Talian dimatikan. Syarizad meraup mukanya sendiri. Tertekan!
Datin
Hazleena menekan dari sudut kiri, kata-kata Idlan pula menekan dari arah kanan.
Syarizad melepaskan nafas panjang. Dia tahu dia perlu kuat. Dia harus kuat.
Walau apa pun yang terjadi, dia tetap tidak akan berundur.
“Kenapa
you nampak macam stres aje ni?” Herdy menegur lembut. Rambut yang sedikit
menutup dahi Syarizad diselak ke tepi telinga gadis itu.
Syarizad
tersenyum. Ralit berfikir sampai boleh terlupa Herdy di depan mata. Nasib
baiklah lelaki itu menelefonnya dan mengajaknya untuk makan tengah hari. Tak
adalah tertekan sangat duduk di pejabat. Ben pun sibuk dalam biliknya, langsung
tak keluar. Jadi tak salah rasanya kalau dia keluar makan dengan Herdy.
“I
stres dengan kerja.” Syarizad mencipta alasan.
“I
ingatkan jadi PA kerja senang aje,” gurau Herdy.
Syarizad
tertawa kecil.
“Tak
adalah, lagi memeningkan kepala adalah. Berkepit dengan bos aje...” Dia
buat-buat mengeluh. Berlakon, beb... berlakon.
“Kalau
macam tu, apa kata you kerja dengan I aje. I boleh bayar you lebih lagi
daripada gaji you sekarang,” umpan Herdy.
Syarizad
angkat kening. Pura-pura tertarik dengan tawaran Herdy itu.
“Tak
apalah, I sayang lagi dengan kerja I ni. Lagipun, nanti apa pulak kata
Yana.” Sengaja dia menyebut nama Liyana ketika itu. Hujung matanya mencuri
pandang reaksi Herdy.
Herdy
tersandar sambil menarik nafas panjang. Dengar nama Liyana, hatinya terasa
memberat ibarat dihempap sebuah batu yang besar.
“Yana
tak syak you apa-apa?” tanya Syarizad. Dia naklah juga tahu apa yang telah
berlaku dalam hubungan Herdy dan Liyana. Dia kan orang ketiga.
“Tipulah
kalau dia tak syak apa-apa, tapi setakat ni I masih mampu selamatkan diri.”
Herdy tersenyum penuh makna.
Syarizad
mengangguk. Hmm, kagum.
“You
nak pakai kereta tak?”
Soalan
tiba-tiba Herdy itu membuatkan Syarizad pelik.
“Kenapa
you tanya? You nak hadiahkan kereta kat I?”
Herdy
mengangguk. “Kalau you nak.”
Syarizad
menahan senyuman yang hampir terukir. Bab kereta memang tak ada dalam senarai.
Tapi kalau Herdy dah offer, takkan dia nak tolak.
“You
ada lesen tak? Boleh drive?”
“Dah
lama tak bawak. Lesen, I dah ambik masa I sekolah dulu,” jelas
Syarizad. Sewaktu di tingkatan lima, arwah abah yang memujuknya supaya
mengambil lesen motosikal dan kereta. Kata abah, ambil awal-awal senang. Nanti
nak sambung belajar tak payah fikir dah pasal lesen.
Oh,
kenangan... menyakitkan!
“Baguslah
kalau macam tu. Nanti ada masa, you ikut I. Kita pergi tengok kereta.” Herdy
tersenyum gembira.
Syarizad
mengangguk. Hatinya berguling-guling mentertawakan Liyana. Padan muka kau!
“Malam
ni datang rumah I?” Syarizad bersuara manja.
“I’d
love to,” balas Herdy. Tangan Syarizad dicapai lalu dikucup mesra.
SPANAR yang digunakan sejak tadi diletakkan di atas lantai. Dia duduk di
sebuah kerusi sambil tangan mencapai sebotol air mineral. Setelah meneguk air
itu, dia termenung panjang.
“Hah,
Lan.”
Suara
Abang Bob mengejutkan Idlan. Botol air mineral tadi diletakkan semula di
tempatnya.
“Kenapa
pergi KL sekejap sangat? Pergilah lama sikit lain kali. Alang-alang dah jumpa
buah hati,” usik Bob lalu ketawa.
Idlan
tersengih kelat. Usikan Abang Bob itu ditepis daripada sampai ke hati.
“Buah
hatilah sangat, Abang Bob. Saya pergi sana pun asyik perang mulut aje dengan Ijad
tu.”
“Yang
selalu perang mulut dengan kau itulah yang kau rindu, kan?” balas Bob. “Ingat
aku tak tahu, kau selalu teringatkan dia? Tengok cara kau pun, aku dah
tahulah.”
Idlan
terdiam. Ya ke? Ketara sangat ke? Memanglah dia teringatkan Syarizad, tapi setakat
itu sajalah. Bukannya ingat sebab rindu ke apa. Eh, betul ke tak rindu?
“Ijad
tu cuma anggap saya kawan ajelah, Abang Bob. Tak mungkin punya dia nak kat saya
yang selekeh ni.” Idlan merendah diri. Fikirannya melayang mengingati Syarizad
lagi. Teringat kata-kata Syarizad tempoh hari.
Sejak
malam itu, dia sudah tidak menghubungi Syarizad lagi. Entahlah kenapa, hatinya
terasa berat. Namun bak kata Abang Bob, dia tetap tidak boleh berhenti berfikir
tentang gadis itu.
“Orang
perempuan ni sebenarnya bukan pemilih sangat. Asalkan ada lelaki yang boleh
sayang dia, yang boleh jaga dia, yang boleh terima dia seadanya, tentu dia
terima punya. Percayalah!” Bersungguh-sungguh Bob memberi semangat. “Lagipun,
aku tengok kau dengan Ijad tu sesuai apa?”
Idlan
ketawa cuma. Itu perempuan lain, Abang Bob. Syarizad lain. Sangat-sangat lain.
“SIAPA lelaki tu tadi?”
Langkah
kaki Syarizad terhenti. Tangan yang sudah memegang tombol dijatuhkan semula
seraya berpaling ke arah Ben yang sedang mencari fail di atas rak. Senyuman
mula bermain di bibirnya.
“Lelaki
mana ya?”
“The
one with you at the restaurant.” Ben bertanya lagi. Pun begitu, dia tidak
berpaling memandang Syarizad.
Herdy
ke yang dimaksudkan? Syarizad kembali mendekati Ben.
“Oh...
kenapa Encik Ben tanya?”
“Just...”
Ben berpaling. Syarizad berdiri dekat dengannya membuatkan kata-katanya mati di
situ.
Syarizad
mengangkat kening, meminta Ben menyambung ayatnya.
“Just
answer the question,” ujar Ben. Fail diletakkan di atas mejanya.
“Hmm...”
Syarizad berpeluk tubuh. Sengaja ambil masa untuk menjawab. Dia tahu Ben sudah
mula terpikat dengannya. Kalau tak, takkan tiba-tiba tanya? Apa lagi alasannya
kalau bukan cemburu?
“Boyfriend
awak?” tanya Ben lagi. Mencuba sedaya upaya untuk tidak memandang wajah
Syarizad.
“Hmm...”
Syarizad menggumam sambil mengetuk-ngetuk dagu. “Taklah, dia cuma kawan saya.”
Langkahnya semakin didekatkan dengan Ben.
Ben
telan liur. Mahu tidak mahu, pandangannya singgah juga di wajah Syarizad.
Jemari
Syarizad bermain di dada Ben.
“Encik
Ben jangan risau. Saya masih lagi single and available.” Sebelah matanya
dikenyitkan lalu dia berpaling dan berjalan keluar dari bilik itu.
Ben
terduduk di kerusi. Nafas terasa semput tiba-tiba. Semakin lama, Syarizad
semakin berani. Dia tidak boleh biarkan semua itu terus berlaku. Dia perlu
lakukan sesuatu sebelum terlambat.
BAGAI yang dijanjikan, Herdy muncul di rumah Syarizad malam itu. Sambil
makan, sambil berbual, sambil menonton filem. Aktiviti biasa tetapi Herdy tetap
berasa bahagia. Maklumlah, kekasih hati jauh di Melaka, jadi dia boleh buat apa
saja yang dia suka dengan Syarizad dan Liyana tidak akan tahu.
Syarizad
menarik tangan Herdy menuju ke bilik tidurnya.
“You
yakin Liyana okey dengan semua ni?” soalnya dengan nada penuh menggoda. Masuk
ke bilik, kedua-dua lengannya memaut leher Herdy, membawa wajah lelaki itu
dekat dengan wajahnya.
Herdy
tersenyum. Pelukan pada pinggang Syarizad dirapatkan. Bayangan wajah Liyana,
gadis yang selama ini bertakhta di hati kian memudar. Yang ada dalam fikirannya
ketika itu, dia mahukan Syarizad lebih dari segala-galanya.
“Dia
takkan tahu,” bisik Herdy rapat di telinga Syarizad.
Pintu
bilik tertutup rapat. Dan malam itu, kedua-duanya tewas dalam melawan hawa
nafsu yang beraja di hati.
Sementara
Liyana, dia gelisah di hotel penginapannya. Berkali-kali dia cuba menghubungi
Herdy namun tiada satu pun panggilannya berjawab. Dia berdiri di tepi tingkap,
merenung ke luar sambil memujuk hati untuk tidak terlalu berfikir yang
bukan-bukan.
Mungkin
Herdy sibuk, mungkin Herdy ada kerja. Yana, think positive. Tak mungkin
Herdy ada orang lain. Memang dia dah lain sekarang ni, tapi tu tak bermakna dia
buat hal di belakang kau. Positif, okey...
Liyana
baring di katil lalu memejamkan matanya. Setitis air matanya gugur ke pipi.
Titisan yang jatuh dek kerana rasa rindu yang sangat sarat di hati buat lelaki
yang sangat dicintai. Herdy...
“WHERE are you going?” Ben menegur Allison ketika berselisih dengan adiknya itu yang
sedang kalut menuruni tangga.
“Keluar
kejap dengan kawan.” Allison menjawab ringkas.
“Shazwan?”
teka Ben.
Dengar
nama itu, Allison terus berhenti melangkah. Kepala dipusing ke arah Ben dengan
riak muka menahan rasa menyampah.
“Tell
him to stop calling me, okay?”
Ben
ketawa.
“Why
not? He’s really into you.”
“But
I’m not!” tegas Allison. Susah sangat ke nak faham yang dia sudah tidak ada
apa-apa perasaan terhadap Shazwan lagi? Dulu masa dia nak, Shazwan yang tak
nak. Sekarang tahu pula terhegeh-hegeh. Serabut tahu tak?
“But
you were.” Ben mengingatkan.
“Were.
Past tense. Dahlah, nak keluar dulu. Bye!” Allison mencium ringkas
pipi abangnya itu lalu terus melangkah menuruni tangga. “Oh! One more thing.”
Allison berpaling semula apabila teringatkan sesuatu.
“What?”
tanya Ben.
“Ally
pinjam kereta boleh tak?” Allison sengaja buat muka comel untuk tarik perhatian
Ben.
Ben
buat muka.
“Please...”
Allison menekapkan kedua-dua belah tapak tangannya tanda merayu. “Lagipun
kereta abang kan park paling depan, senang nak keluar,” tambahnya lagi.
Ben
pura-pura mengeluh. Kunci keretanya dikeluarkan dari poket seluar lalu
dilemparkan ke arah Allison.
Allison
cekap menyambut.
“Thank
you. I love you!” Dia membuat aksi flying kiss lalu terus keluar
dari pintu rumah.
Ben
menjongket kening sebelum menyambung langkah ke tingkat atas. Di dalam bilik,
dia duduk termenung di atas katil. Sejak petang tadi, dia tidak dapat berhenti
berfikir tentang Syarizad. Bukan sejak petang tadi sebenarnya, malah sejak
berhari-hari yang lepas, atau mungkin juga sejak berminggu-minggu yang lepas.
Berat
untuk mengakui, tetapi Ben tahu dia sudah jatuh cinta terhadap Syarizad. Dia
sendiri tidak menyangka dia boleh jatuh cinta kepada gadis itu. Padahal kalau
diikutkan, Syarizad langsung tidak memiliki ciri-ciri isteri idamannya. Tetapi
itulah kuasa Allah S.W.T. Cinta yang hadir bukan dipinta, tetapi anugerah
daripada-Nya.
Ya,
memang dia cintakan Syarizad tetapi keadaan antara mereka tidak mudah.
Kadang-kadang dia merasakan Syarizad juga ada perasaan yang sama dengannya.
Tapi di sudut yang lainnya pula, dia merasakan Syarizad cuma berlakon. Sukar
untuk ditebak apa yang ada dalam fikiran gadis itu.
Malas
berfikir lagi, Ben akhirnya bangun menuju ke bilik mandi. Solat isyak lagi baik
daripada memikirkan perempuan yang jelas bukan muhrimnya itu.
No comments:
Post a Comment