ANA
menatap cermin tilik di bilik. Perlahan-lahan jarinya mengusap wajah. Ana
tersenyum. Nasib baik capuciano itu tidak terlalu panas, sekadar suam-suam
sahaja. Tetapi bibirnya masih juga perit dan bawah bibirnya jelas kebiruan. Kesan
tamparan kuat Narisha. Teringat amarah Datin Rozilah terhadapnya pada malam
kejadian. Bergegar rumah mereka dengan suara singa Datin Rozilah. Syukur, dia
tidak dipukul oleh ibunya itu.
Hari
ini, dia keseorangan lagi. Mak Mi ke pasar bersama Pak Daud. Narisha pula sudah
awal-awal lagi keluar shopping di Sogo katanya. Datin Rozilah pula seperti
biasa akan ke pejabat dan balik pukul 5 petang nanti.
Ana
menuju ke ruang tamu. Tiba masanya dia membuat kerja rumah pula. Diambil kain
yang sudah dibasahkan dari baldi dan dia mengelap cermin rumah perlahan-lahan. Tidak
sampai 15 minit, Ana dikejutkan dengan bunyi hon kereta di pintu pagar
automatik.
Ana
tercengang. Hatinya berdetik risau. Siapa? Dia menjengah keluar. Kereta
Mitsubisi Lancer masih tidak henti-henti menyembunyikan hon. Ana takut pula
kerana rasanya tidak pernah dia melihat kereta semewah itu. Namun dia bergegas
keluar dan menekan punat automatik.
Ikhwan
menjengah kepala keluar cermin kereta dan tersenyum pada Ana sebelum menekan
minyak. Kereta masuk ke garaj.
Ana
terpinga-pinga dengan tindakan selamba Ikhwan. Buat macam rumah dia pulak.
“Hai,
Risha ada?”. Ikhwan merenung Ana. Tangan menyeluk saku. Dia kelihatan santai
dengan T-Shirt Armani berwarna biru gelap dan seluar jean muda.
Ana serba-salah. Dia menggeleng. “Kak Risha
pergi shopping? Tak ada orang kat
rumah ni. Awak baliklah”. Katanya tidak berperasaan. Ana terus melangkah masuk.
Bulat
mata Ikhwan mendengar ayat yang sungguh dramatik itu. Giliran dia pula yang
tercengang sehingga kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan. Huh? Dia halau
aku ke? Berani betul minah ni. Kalau bagitahu Risha sure makan penampar pulak ni. Ikhwan memang datang tanpa
memberitahu Risha terlebih dahulu. Kononnya hendak surprise, kini dia pula yang tersurprise
dengan gadis yang berwajah hodoh itu. Matanya menatap bawah bibirnya Ana yang
jelas kebiruan. Ikhwan tidak pula berhajat hendak mengikut kata-kata Ana. Dia
melangkah tanpa rasa bersalah.
Ana
terperanjat apabila Ikhwan duduk bersilang kaki di sofa. ”Apa encik buat kat
sini? Kan saya kata kak Risha tak ada.” Dia menghentikan tugasnya.
Ikhwan
ketawa melihat wajah gusar Ana. “Cik Nurul Ana, I dah tahu. I call Risha tadi. Dia suruh I tunggu”. Bohong
Ikhwan, sengaja hendak berlama-lama di situ. Dia pandang Ana.
Ana
terdiam. Terperanjat apabila Ikhwan menyebut nama panjangnya. Akalnya
bersetuju. Hendak kata apa lagi jika Narisha sudah memberi kata putus.
“So, boleh
buatkan air untuk I?”. Ikhwan sengih.
Ana
mendongak memandang Ikhwan. Ada debar di hatinya. “Encik nak air apa?”.
“Tak
tahu. Air apa ada kat rumah ni?”. Ikhwan berteka-teki.
Ana
berkerut. Geram hatinya dengan sikap acuh tak acuh Ikhwan. “Fresh orange, boleh?”.
“Ehmm...Fresh apple or fresh lycee ada?”. Usik Ikhwan.
Ana
merenung Ikhwan. “Apa?”.
“Okey...Cik
Ana...fresh orange”.
Ana
terus menghilang ke dapur. Sewaktu melintasi Ikhwan, lelaki itu tidak berkelip
memandang tubuh Ana yang dibaluti skirt labuh dan t-shirt berlengan panjang. Cantik!
Macam budak sekolah. Desis hatinya. Ehm.. memang budak sekolah pun. Baru
tingkatan 5 kot. Suka pakai skirt agaknya budak ni.
Ikhwan
meliarkan mata ke sekeliling. Matanya tertancap pada kerusi yang dipanjat Ana
untuk mengelap tadi. Dia jatuh kasihan pula. Tak sangka ada ibu yang bencikan
anaknya kerana berwajah hodoh. Ikhwan selalu beranggapan semua ibu di dunia ni
penuh dengan kasih sayang, seperti Datuk Umaira yang sentiasa membuatkan dia
bahagia. Tetapi tidak sangka pula, dia akan bertemu dengan wanita yang begitu
malang hidupnya. Kasihan kau jadi orang gaji je.
“Encik,
ni air”. Ana menunduk sopan.
Ikhwan
mengangguk. Gelas dibawa ke bibir. Ehm.. sedap!
Ikhwan
mengangkat kening melihat Ana yang membawa baldi ke dapur. Nak ke mana pula
minah ni?
“Eh,
Ana nak ke mana?”. Soal Ikhwan penasaran.
Ana
berhenti. “Saya nak memasak di dapur. Encik tunggulah Kak Risha kat sini. Nanti
dia baliklah tu”.
Ikhwan
angkat bahu tanda mengiakan. Rajin. Memasak pula.
IKHWAN
mengeluh bosan. Sudah setengah jam dia tercongok di ruang tamu ini seperti
orang gila. Tu la siapa suruh berbohong hendak menunggu Narisha. Narisha tu
kalau bab shopping, memang first kelas. Tiga jam pun belum tentu
cukup. Ikhwan tersengih tatkala idea bernas singgah di kepalanya.
Ikhwan
menyandarkan sebelah bahu ke dinding. Kakinya bersilang. Bau haruman masakan
Ana menggoyangkan perutnya. Dia merenung lenggok Ana yang sedang sibuk mengacau
masakan dalam kuali. Membelakangkan dirinya. Ikhwan menggigit bibir bawah. Aduh,
dia tergoda lagi. Makin cantik susuk
belakang Ana dengan rambut yang diikat ekor kuda. Di luar sedar, Ikhwan sudah
berjalan sehingga badannya hanya tinggal dua inci lagi untuk bersentuhan dengan
Ana. Namun Ana masih tidak sedar.
Ikhwan
meneguk liur. Seakan tidak percaya, dia sedang berhadapan dengan semua ini.
Jantungnya berdegup pantas. Tidak pernah seumur hidupnya dia merasakan debar yang
begitu kencang. Sekalipun dia pernah lebih serapat ini dengan Narisha, tidak
pernah pula dia berperasaan sehebat ini. Belakang tengkuk Ana yang putih
kemerahan direnungnya. Rapatnya kedudukan mereka membuatkan Ikhwan dapat
melihat dengan jelas bahu Ana yang sedikit terdedah dan bintik-bintik kebiruan
di belakang leher Ana. Dia tidak pasti
apa itu. Barangkali tanda lahir.
Tanpa
sedar tangannya diangkat, mahu mengusap belakang leher yang menggoda hatinya.
Ana
berdebar tiba-tiba tatkala merasakan ada seseorang di belakangnya. Sepantas
kilat, Ana berpaling. Buntang mata Ana.
“Apa
ni encik? Apa encik buat kat sini? Keluar sekarang!!”. Suara Ana tinggi. Jelas dia terperanjat memandang
tangan Ikhwan yang terangkat. Entah apa yang mahu dilakukan lelaki itu
kepadanya. Mereka sudah berhadapan.
Ikhwan
terkejut dengan sergahan Ana. Cepat-cepat dia tersengih nakal, cover line. “Opss, sori Ana. Ada benda
dekat rambut Ana. I nak buang”.
Ana
kelam kabut. Pantas tangannya memegang rambut. “Mana?”.
“Eh,
dah terbang la. Ana tu la berpaling lipat maut tadi. Benda alah tu dah jatuh. Anyway, Ana masak apa ni? Sampai kat
ruang tamu baunya”. Ikhwan jenguk kepala ke dalam kuali.
Ana
diam. Dia berdoa supaya Mak Mi akan balik segera. “Saya masak nasi goreng
paprik. Encik nak air lagi ke? Saya buatkan”.
“Eh,
tak payah. I nak berdiri kat sini. Nak tengok Ana masak, bolehkan? Lagipun, I
boring la kat luar tu sorang-sorang”.
Ana
tiada pilihan lain. Dia mengangguk. Suasana jadi sunyi buat seketika. Ana masih
dengan tugasnya. Ikhwan tersenyum melihat kepakaran Ana di dapur.
“Taman
kat luar tu Ana ke yang buat?”. Soal Ikhwan tiba-tiba. Dia merapatkan tubuhnya
ke sisi Ana.
“Ya
Encik”.
“Ehmm..nama
I Ikhwan. Panggil je Ikh, tak payah nak berencik-encik. Bila Ana start buat?”.
“Lama
dah..”.
“Pandai
betul Ana ni”. Ikhwan semakin merapatkan tubuhnya. Sudah bersentuhan dengan
bahu Ana.
Bibir
Ana terkumat-kamit menahan geram, dijauhkan tubuhnya dari Ikhwan. Ana menutup
gas. Dia mencapai pinggan sebelum memasukkan lauk pauk.
Ikhwan
sudah sengih nakal dengan reaksi Ana . Tahu yang wanita itu sudah geram benar.
Kemudian
bergerak pula ke meja makan. Hidangan masakan paprik kampung sudah tersedia di
meja.
“Wow?
Sedapnya lauk...Ana buat semua ni? Hebatnya Ana..”. Giat Ikhwan lagi. Dia
sukakan tindak balas Ana yang mencuka itu.
Dia
bergerak ke belakang. Masih seperti tadi. Dekat sekali dengan Ana.
Ana
ketap bibir. “Encik Ikhwan, boleh tak tolong tunggu kak Risha di ruang tamu”. Ana
bergerak laju ke depan namun pantas tangannya digenggam Ikhwan. Tercengang dia
dengan reaksi Ikhwan.
“Kalau
I kata tak boleh tolong macam mana ye?”.
“Apa
ni Encik......?”. Tubuh Ana mula mengigil.
“Syyy”.
Ikhwan matikan kata-kata Ana dengan jari telunjuk. “I told you Ana, call me Ikh
not encik”. Ikhwan memeluk pinggang
ramping Ana yang menjadi idamannya sejak dua minggu lepas.
Dahi
Ana berpeluh. Menggeletar jari jemari Ana. “Ik..Ikh jangan buat macam ni. Saya
takut. Saya minta maaf tentang hari yang saya pukul Ikh kalau Ikh masih marah. Saya
tak sengaja. To..tolong lepaskan saya”. Ana menuturkan kata sepatah-sepatah.
Ikhwan
tergelak. Dia sudah lama melupakan hari bersejarah itu sekalipun malam kejadian
itu, dia memang tidak boleh tidur langsung kerana tubuhnya terasa
sengal-sengal. Separuh wajah Ana yang berparut itu ditatap. Dia mengusap kulit
muka Ana yang dikatakan terbakar. Jantung Ana seakan terhenti. Dia tergamam
dengan usapan mesra itu. Debaran hatinya berada di tahap maksima.
Tiba-tiba
Ikhwan menekup wajah Ana yang terbakar dengan tangan kanannya, membuatkan hanya
bibir mungil dan separuh mukanya kelihatan. Ikhwan tersenyum. “Ana cantik”.
Ana
terkebil-kebil. Entah mengapa, dia lemah untuk menghalang perbuatan Ikhwan.
Ikhwan
bagaikan dipaku. Pantas bibirnya mencapai bibir Ana. Lama. Ana meronta-ronta
dalam dakapan Ikhwan namun langsung tidak dihiraukan. Matanya buntang tika
tangan Ikhwan yang menekup muka sudah merayap ke dada.
Air
mata Ana menitis. Dia tidak berdaya hendak menolak tubuh sasa yang sedang
memeluknya. Di luar sedar, Ana menggigit bibir Ikhwan.
“Auchhh!!”.
Dakapan Ikhwan terlerai.
“Pangg!!”.
Ana menampar pipi Ikhwan. Bencinya dia
kepada lelaki yang cuba menodainya.
Ikhwan
tergamam. Dia memegang pipi. Matanya menangkap bibir mekar yang menjadi
mangsanya seketika tadi. Ana ditatap tajam. Sesaat, dia ketawa sinis, “Ana...it
is only for fun. Tak rugi apa-apa pun”.
Ana
ketakutan. Ikhwan cuba menangkap Ana sekali lagi tapi sempat Ana menendang
kelangkangnya membuatkan lelaki itu terjerit sakit. Sekuat tenaganya, Ana
berlari masuk ke bilik.
Ikhwan
mengusap bibir. ‘Ana...Ana….Hebat...akalnya berulang kali menyebut. Berani you
tampar I. Jangan cabar I, sayang. I akan dapatkan tubuh you, Ana. You akan
melutut depan I satu hari nanti’. Ujar hati Ikhwan yang marah. Ikhwan pulang ke
rumah dengan rasa bengang atas perbuatan Ana yang menolak kemahuannya.
ANA
menekup muka dengan selimut. Menggigil tubuhnya. Dia betul-betul takut dengan
tindakan Ikhwan. Dia berlari ke bilik air. Dibasuh bibir berkali-kali. Jijik!!
Sementara
itu, di Mahligai Impian, Ikhwan merebahkan tubuh ke tilam. Remote controller
pendingin hawa ditekan berkali-kali. Dia ketawa mengingatkan tindakan gilanya
dua jam tadi.
Bibirnya
diusap pula.
‘Tak
sangka aku akan cium perempuan hodoh’. Terbayang
di matanya reaksi Ana yang beku. Bagi Ikhwan, itu adalah cabaran baginya. Selama
ini tiada seorang pun perempuan yang menolak diciumnya. Tapi Ana...luar biasa. Siap menangis tak rela
lagi. Dalam hati, dia terpaksa mengaku, ciuman Ana adalah yang paling seronok
pernah dialaminya biarpun tidak dibalas.
Cellphone bordering.
“Hantu
tu cakap you datang rumah I”. Narisha memulakan perbualan dengan pertanyaan.
Ikhwan
kelip mata. “Yup. Tapi you tak ada. So, I baliklah”. Ikhwan berdebar juga. Manalah
tahu Ana menceritakan perbuatannya.
“You
ni..lain kali kalau you nak datang, please
let me know, okay?”
“Ala,
I ingat nak bagi you kejutan. Tak apalah, I penat ni”.
“Honey, you ingat tak I kata nak berhoneymoon dengan you and you said we can have a best place in Malaysia. I dah jumpa
tempatnya. Ibu I yang cadangkan.”.
“Kat
mana?”.
“Villa
keluarga I dekat Kuala Selangor. Jom pergi. Lagi seminggu kita nak balik UK.. pleaseee... I nak berduaan dengan you”.
Rengek Narisha di talian.
“Okey..tapi
petanglah, esok I have a meeting dengan
staf NUR Holdings. Ma I yang suruh”.
“Kita
tidur kat sana dua malam, okey sayang”.
“Okey,
bye”.
“Amboi
anak ma ni, manjanya suara”.
Ikhwan
berpaling ke arah pintu. Diurut dadanya. “Ma ni janganlah main sergah-sergah
macam tu. Mahu tamat riwayat Ikh”.
“Your girl?”. Datuk Umaira mengusap
lembut rambut Ikhwan yang sudah berbaring di pahanya.
“Yes ma. Oppss, Ikh tak ingat la nak
kirim salam ma kat dia, sorry”.
“Dah
bersedia for tomorrow meeting?”.
“Kena
buat persediaan juga ke? Lepas salam-salam, terus balik je kan”. Ikhwan buat
muka blur.
Datuk
Umaira ketawa dengan gelagat Ikhwan.
suka hati dia je nak kiss2...
ReplyDelete