“You
cakap dengan I apa semua ni? Sampai hati you buat macam ni kat I Ikh. Kita dah
nak kahwin..”. Narisha membentak mahukan jawapan. Sungguh dia terkejut menerima
panggilan ibunya mengatakan Datuk Umaira mahukan Ana sebagai menantu. Apatah lagi dengan kenyataan Datuk Umaira bahawa Ikhwan
cuba melakukan sesuatu yang tidak elok pada Ana. Akalnya menolak keras kenyataan
itu tetapi telinga tidak mungkin menipu. Dan sekarang dia mahukan jawapan
daripada lelaki yang sudah bergelar adik iparnya tiga jam tadi.
“I
cakap dengan you Ikh. Jangan nak buat pekak pulak”.
Ikhwan
menghela nafas berat. “You nak tahu apa lagi? Memang I nak rogol Ana and Ma I
ternampak kat dalam kemera tertutup dalam bilik dia. Dan ini natijahnya, Ana
dan I dah sah jadi suami isteri. Itu
aje ceritanya Risha. Are you satisfied?”.
Balas Ikhwan dengan suara malas. Jiwanya kacau sekarang. Ekor mata Ikhwan
mengerling Ana di sisi Ma di ruang tamu. Ketika akad nikah di masjid, jelas di
matanya Ana tidak sukakan apa yang berlaku. Mungkin takut akan reaksi Narisha
dan Datin Rozilah.
“What..senangnya you cakap? Kenapa dia Ikh,
kenapa dia? Kita dah bertahun bersama..tapi kenapa you pilih dia?”. Jerit
Narisha lantang di telinga Ikhwan. Sakit hatinya melihat Ikhwan yang seperti
tidak berperasaan itu.
Pranggg!!!
Bunyi pasu kaca dihempas kasar ke
lantai. Hancur berkecai.
“Boleh
tak you diam Risha? I dah letih dengar suara you memekik sana sini”.
“Ikhwan!!! Nak malukan ma depan Datuk dan Datin pulak? Tak cukup dengan apa yang Ikh dah buat
tadi?”. Datuk Umaira bercekak pinggang. Terperanjat
betul dia mendengar hempasan kaca ke lantai. Kulit mukanya sudah setebal lapan
inci dimalukan di depan besannya itu. Hati kecilnya terasa sangat sayu. Ikhwan
semakin kurang ajar nampaknya. Ana terkebil-kebil tanpa suara. Datuk Rozilah
dan Datuk Rahman berpandangan sesama sendiri.
Ikhwan
terkedu. Dia terlupa di mana dia berada sekarang. “Huh! I am getting tired for all of this ma”.
“You are the one who starts the
drama and now you are complaining here and there? What for?”.
Jerkah Datuk Umaira.
Tanpa
mengendahkan Datuk Umaira, Ikhwan terus memanjat tangga berlingkar unik ke
tingkat atas.
Datuk
Umaira berisighfar berkali-kali. “I am so
sorry, Datuk.. Datin”.
“Bukan
salah Datuk. Sepatutnya saya tak benarkan Ana datang ke rumah Datuk. Tapi saya
rasa apa yang Datuk buat ni salah. Mungkin Ana yang goda Ikhwan.. sebab tu la
jadi begini..”. Celah Datin Rozilah, Ana dijeling tajam. Marah betul dia dengan
anaknya yang hodoh itu. Lain yang diharap, lain pula yang terjadi.
“Saya
tak rasa begitu, Datin. Keputusan saya tepat. Saya harap perkahwinan Ana dan Ikhwan
akan kekal sampai bila-bila. Tapi saya perlukan masa untuk hebohkan perkara ni
pada media. Saya terima baik buruk Ana jadi ahli keluarga saya dan saya harap
Datin dan Datuk pun boleh terima Ikhwan seadanya”. Ujar Datuk Umaira tenang.
“In Sha Allah”. Balas Datuk Rahman. Ana yang
tunduk ditatapnya sekilas. Beruntunglah Ana menjadi menantu kepada wanita
sebaik Datuk Umaira. Mungkin ini adalah takdir untuk anaknya itu. Selepas
bertahun-tahun dia dilayan seperti orang gaji di rumah sendiri, dia ditakdirkan
pula melangkah masuk ke mahligai yang mungkin akan memberinya sejuta
kebahagiaan.
“Ibu..jom
kita balik. Risha rasa panas duduk kat dalam rumah ni. Hei hantu.. kau memang
sengaja nak rampas Ikh dari aku kan? Agaknya dari dulu lagi kau dah ada hati
pada dia”. Tengking Narisha yang masih tercegat di ruang itu.
Ana
mendongak. Lidahnya kelu untuk membalas kata-kata Narisha.
“TAK
usah ketuk Ana.. masuk saje. Bilik Ikhwan, bilik Ana juga”. Ujar Datuk Umaira
ketika ternampak tangan Ana diangkat untuk mengetuk pintu. Ana senyum, namun
dia masih serba salah.
“Ya ma. Ana masuk dulu”. Perlahan-lahan Ana
membuka daun pintu.
Sebaik
sahaja Ana melangkah masuk, pandangan Ana melekat pada koleksi lukisan yang
menghiasi dinding berlatar putih. Palitan warna kanvas dan taburan kusyen
kuning di sudut bilik terasa menyegarkan pandangan. Ruang bilik nampak begitu
luas dengan sentuhan kontemporari ala barat. Ana merasakan dirinya seakan
berada di negara barat seperti yang selalu disiarkan di televisyen. Kamar tidur
Ikhwan anggun dan elegan dengan sentuhan Empire Classic dilengkapi meja solek
dengan sebuah cermin berbentuk segi tiga khas yang mewah bentuknya.
Headboard
berparas tinggi yang diserlahkan dengan kilauan batu permata dalam lingkungan
cermin berpusat elok di ruangan bilik. Di sisi headboard, gantungan cermin
besar dengan lampu gantung melimpahkan biasan cahaya warm light ke seluruh kamar tidur. Ana tersentak. Baru dia
teringat. Mana Ikhwan? Hatinya tertanya-tanya. Bilik itu hanya diterangi warm light. Lampu bilik tidak terpasang.
“I ingat you nak tidur dengan ma I.”. Suara itu menyapa telinga Ana. Ana terus
berpaling. Serentak dengan itu kamar bilik diterangi cahaya lampu.
Wajah
Ana sedikit merah tatkala matanya berpapasan dengan Ikhwan yang hanya memakai
boxer hitam dan bersandar senang di kepala katil dengan tangan masih menggenggam
remote.
“Lama
Ana tengok bilik I? Berkenan ke?”. Soal Ikhwan masih dengan gaya yang sama. Kemudian
Ikhwan bangun dari katil. Berjalan ke arah pintu dan menguncinya.
“Lain
kali, lepas masuk bilik, kunci!!”. Wajahnya serius.
Bulu
roma Ana mula berdiri sendiri. Kejadian petang tadi bermain dalam mindanya. Dia
sungguh tidak selesa apabila batang tubuh Ikhwan tegak di belakangnya. Helaan
nafas lelaki itu menyapa lehernya. Ana sudah mula menggigil.
Tiba-tiba
tubuhnya diraih dari belakang. Ikhwan membenamkan mukanya ke rambut Ana. Dihidunya
puas-puas. Dari Ana mula-mula masuk lagi, dia sudah mengintip setiap gerak-geri
Ana. Di bawah cahaya suram itu, hatinya puas dapat meneroka lekuk tubuh Ana
tanpa gangguan, tidak seperti selalunya. Ikhwan memejamkan mata. Nafsunya mula
mendesah mahukan belaian.
“I
nak Ana, boleh?”. Ujar Ikhwan manja. Bibirnya mula mencari arah. Lupa dia pada
Narisha.
Ana
bermain-main dengan jari sendiri. Dia tidak mahu tetapi tidak berdaya hendak
melarang. Jika dulu dia menolak kerana Ikhwan tidak halal baginya, malam ini
dia tidak mampu berkata apa-apa sementelah tubuhnya sudah sah menjadi hak Ikhwan
sepenuhnya.
“Awak..awak..saya..”.
“Ehmmm..
I tak nak dengar you berawak saya dengan I lagi mulai malam ni. Panggil I Ikh
dan bahasakan diri you dengan nama you, okey”.
Ana
terkedu mendengar permintaan itu. “Errr..err..Ikh...An.. Ana ingat nak mandi
dulu. Lagi...lagipun Ana rasa tak selesa”. Ujar Ana cuba meloloskan diri.
Ikhwan
melepaskan keluhan. Sedikit geram kerana keinginannya tidak dipenuhi. Sabar!!
Panggilan Ikh dari Ana membuatkan dia sedikit terpaku tapi kedengaran manis
pada pendengarannya. Macam dulu-dulu.
“Okay fine, Ana mandi dulu. I tunggu kat
sini, ya”.
Ana
mengangguk sambil tunduk. Hatinya berdebar kali ini. Dia betul-betul tidak
menyangka nasibnya akan bertukar dalam sekelip mata. Dia sudah menjadi seorang
isteri kepada lelaki yang hanya mahukan tubuhnya, yang sepatutnya menjadi suami
kepada Narisha. Biarpun begitu Ana bersyukur kerana Ikhwan tidak menganggap
dirinya seperti perempuan simpanan. Paling kurang pun setakat ini, Ikhwan tidak
pernah berkasar terhadapnya.
“Pakaian Ana boleh simpan dalam almari I. Kat hujung
tu ada baju kerja I je. Banyak lagi tempat kosong”. Ujar Ikhwan tika matanya
menangkap beg pakaian Ana di kaki.
Ana
angguk. Ikhwan sudah mula memanjat katil. Ana membuka beg pakaian untuk
mengambil tuala dan baju tidur. Kemudian, Ana memulas tombol pintu bilik air. Mata
Ana tidak berkelip. Bukan bilik air yang ada tapi sebuah bilik lain yang sama
luas dengan kamar Ikhwan. Bilik itu menempatkan sebuah televisyen berskrin flat
dan sofa tiga segi berwarna merah hati.
Di tengah-tengahnya ada pula meja kopi
berbentuk bulat. Di sudut bilik bertentangan dengan tingkap yang dihiasi
langsir jenis luminette terdapat meja bacaan dan katil bujang. Mungkin tempat Ikhwan
membaca. Fahamlah Ana bilik Ikhwan bersambung dengan bilik khas untuk membaca
sambil menonton televisyen atau mungkin juga bilik studi. Ana terkebil-kebil
pula. Dia tidak nampak bayangan bilik
air di mana-mana pun.
Sekilas
Ana memandang Ikhwan yang sedang menekan Samsungnya. Entah dengan siapa lelaki
itu bermain mesej.
“Err..Ikh..”.
Ikhwan
menoleh sambil mengangkat kening. Apa dia buat dalam bilik tu?
“Bukan
Ana nak mandi ke? Kenapa masuk bilik studi I tu?”..
“Memang
Ana nak mandi tapi tak nampak pun bilik mandi”.
Ikhwan
ketawa dengan riak muka Ana yang tidak keruan. “Hah, lupa pula I nak cakap. Ana try pergi buka almari warna emas tu”. Bibir
Ikhwan memuncung ke arah headboard yang menjadi tontonan Ana seketika tadi.
Ana
tercengang. Dia hendak mandi bukannya pakai baju. “Tapi Ana kan..”.
“Pergi
je..”. Asak Ikhwan lagi.
Ana
diam tidak berkutik. Ikhwan menggeleng dengan reaksi Ana. Mungkin Ana takut dia
hendak mempermainkan wanita itu.
“Ana
still degil macam dulu lagi. Tak apa
asalkan I tak kena penampar Ana. I still ingat
sampai hari ni. Dua hadiah tangan yang you bagi kat I dulu”. Sindir Ikhwan. Dia
bangun dan menarik tangan Ana.
“Buka
pintu almari ni”. Arah Ikhwan apabila mereka berdiri di depan headboard. Perlahan-lahan
Ana membuka almari yang mempunyai tiga pintu besar itu. Pintu yang paling
hujung ditarik perlahan.
Ana
ternganga tidak percaya. Bilik air!! Itu yang terbentang luas di hadapannya
ketika ini. Pintu yang disangka almari itu rupanya pintu untuk melangkah masuk
ke bilik air. Ana merenung ruang luas di bilik air yang begitu menarik
minatnya. Di banglonya, Ana hanya mandi di bilik air yang terletak di dapur. Tidak
sekalipun dia berani mandi di bilik air ibu mahupun kak Risha yang mewah tetapi
masih tidak boleh melawan kehebatan bathroom yang sedang dilihatnya ketika
ini.
“You don’t need to be that shocked
Ana. Walk in wardrobe, anyway”. Ujar Ikhwan selamba.
Ana
mengusap pipinya yang terbakar dengan tangan. “Walk in wardrobe? Apa tu?”.
Ikhwan
terpaku merenung mata Ana yang bulat menatapnya, inginkan jawapan. Terasa mahu
diciumnya mata hazel yang cantik ini. Ikhwan teguk liur.
“Maksudnya
buka almari jumpa benda lain okey? Macam bilik I ni. Let me show you, ni bilik air yang ada bath tub, toilet and all needs for bathroom. Buka pintu ni pulak”. Ikhwan
menarik pintu headboard yang kedua.
Tangan kiri masih tidak lepas memegang tangan Ana.
“Ini
powder room atau bilik make-up. Kalau Ana nak terus make-up
atau gosok gigi lepas mandi bolehlah
masuk ikut pintu ni.”. Ikhwan mengetuk pintu di dalam powder room yang bersambung dengan
bathroom. Ana betul-betul ternganga melihat suasana yang sangat mewah dan
mengagumkan ini. Dia mengangguk-angguk tanda faham. Matanya jatuh pada sebuah
sinki dan ‘vanity top’ serta cermin besar untuk bersolek.
“Semua
dekat atas ni sabun wangian, minyak wangi and
toiletries. Alamak!”. Ikhwan tepuk dahi.
Ni semua untuk lelaki la Ana. Nantilah.. I suruh maid belikan untuk Ana..yang perempuan punya, okey”. Ikhwan
menjelaskan. Mata masih tetap segar menatap raut wajah Ana.
Ana
menggeleng. “Tak apa. Ana tak pakai minyak wangi”. Sememangnya sepanjang dia
hidup 21 tahun di bumi Allah ini, tidak sekali pun tubuhnya disembur dengan
wangian. Hidu wangian orang lain adalah. Lagipun masakan Datin Rozilah hendak
membazirkan wang membeli wangian untuknya.
“I don’t care. Since Ana dah jadi wife I, I nak Ana selalu wangi and sweet. Like this”. Ikhwan mengusap bibir Ana dengan bibirnya. Seketika
sahaja!!
“Dah..you
pergi mandi. Pakaian Ana letak kat powder
room. Lepas mandi terus datang sini, okey. Jangan lama-lama. Nanti I
intai”. Ikhwan senyum jahat melihat pipi kanan yang kemerahan. Malu barangkali.
“Biar
I buka pintu untuk Ana”. Ikhwan menarik pintu yang sudah tertutup rapat.
Di
bilik air, Ana memegang dadanya sendiri. Dia berdebar-debar dengan tindakan Ikhwan
yang spontan dan selamba. Juga dia rasa terharu kerana layanan Ikhwan padanya
sangat mesra. Seperti dia pula yang bercinta dengan lelaki itu bertahun
lamanya. Mungkin dulu Ikhwan pernah melakarkan sejarah hitam dalam hidupnya
tetapi kini lelaki itu membuatkan dia rasa sangat berharga. Air matanya menitis
perlahan. Terima kasih Ikhwan kerana buat saya rasa macam seorang manusia yang
ada harga diri. Ucap Ana jauh di sudut hati bersama deraian air mata.
No comments:
Post a Comment