DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 16 February 2016

SAAT KAU JAUH - BAB 20




Ana hanya mampu menadah telinga mendengar Ikhwan membebel sejak tadi lagi. Ana tidak mahu masuk campur sekalipun dia sudah mula rasa geram dengan sikap Ikhwan yang terlalu memilih dan cerewet.
“Tengok la Ana, bawang ni berdebu. Kalau makan bawang ni alamak sakit perut setahun pun tak habis.. tak pun kena gastrik terus. Tak fasal-fasal dapat inflammation.”. Ikhwan menunjuk ke arah bawang merah.
Ana menggeleng. Ketika dia hendak membeli sos dan kicap tadi.. komen lelaki itu,
 “Ana…botol ni ah.. macam botol lama je, I rasa mesti dah basi ni. Tak elok la yang ni Ana”. Mujur juga ada botol yang baru diletakkan di situ. Kalau tidak.. jawabnya balik sajelah.
 “Suka hati Ikhlah.. Ikh beli sendiri. Ana nak balik kalau macam ni”.
Ikhwan berpaling lipat maut saat kata-kata Ana menerjah lubang telinga. “Amboi! Ana nak balik sendiri. Kunci kondo ada dengan I ni. Okey!! Ana beli.. I akan zip mulut I”. Ikhwan membuat isyarat kunci mulut.
Ana terus cepat-cepat memilih barangan dan memasukkan bahan-bahan ke dalam troli. Sesekali dilihatnya Ikhwan meletakkan kembali barang yang diambil ke tempat asal dan diganti dengan yang lain. Ana ketap bibir. Tanpa sedar, dia berpusing dan bercekak pinggang.
“Ikh ke Ana yang nak pilih ni?”
“Opss!! Ana la. I tak buat apa-apa. Tadi tu I tengok plastik tu berlubang”. Ikhwan sengih jahat.
“Ni apa ni Ana?”. Ikhwan tunjuk satu plastik kecil ke arahnya saat mereka sudah menuju ke kaunter.
“Aji.no-moto”.
Ikhwan terlopong. “What?? Haji naik motor? Benda apa yang Ana mengarut tu? Tak pernah dengar pun.”. Ikhwan sudah mula menilik plastik itu.
Ana pula yang terbeliak. “Bukan Haji naik motor la...AJI-NO-MOTO”. Ana mula mengeja.
Ikhwan angkat muka. Kerut di dahinya kian jelas. “Eh,ni bukan ke MSG..Monosodium Glutamate.. the flavouring of food, kan?”.
“Betul la tu”. Ana menghentikan langkah di hadapan kaunter.
“Loh..dalam bahasa melayu panggil Aji-no moto ye? Nape  I tak tahu pun?”. Ikhwan ketawa kuat.
“Tu kan dah tahu”.

THIS IS Pavillion Ana, salah satu shopping mall yang terkenal kat Malaysia. Pernah datang tak?”. Soal Ikhwan sekalipun dia sudah boleh mengagak jawapan isterinya itu. Ana geleng. Matanya masih tidak lepas memandang bangunan yang begitu gah di hadapannya. Ana begitu kagum Kali pertama dia menjejakkan kakinya ke tempat semewah ini.
 “Cantiknya..”.
“I nak beli pakaian untuk Ana..beli benda baru untuk you”.
“Pakaian??..tapi kan Ana dah ada banyak pakaian”.
“I tahu..”.
Ana bagaikan terpaku melihat deretan-deretan pakaian yang bersusun indah di hadapannya. Mahu terjojol biji matanya melihat harga yang  tertera. RM300.90. Mahalnya. Rasanya setakat hari ini baju yang paling mahal dibelinya berharga 35. Itupun dia masih hidup sehingga kini.
Ikhwan sudah memulakan tugasnya menyuakan baju blouse, t-shirt labuh dan banyak lagi jenis baju ke tubuh Ana. Yang mana dia rasa berkenan terus diambilnya. Ikhwan tahu jika disuruh memilih, pasti Ana menolaknya. Dan jika dipaksa tentu wanita itu akan mengambil sehelai atau dua helai baju sahaja. Jadi, baik dia yang pilih je kan. Yang pasti semuanya berjenama. Memang kena dengan taste dia.
Kemudian, Ikhwan beralih ke bahagian seluar dan kain kembang jenis labuh. Ana hanya mampu menjadi pemerhati apabila lelaki itu mengambil lima helai seluar dan lima helai kain. Mahu dilarang terasa tidak sempat pula kerana Ikhwan langsung tidak bertanyakan pendapatnya. Dua pasang sandal berwarna biru dan krim juga dibeli lelaki itu.
“ La..apa yang tercegat kat situ tu? Jom cari baju tidur untuk Ana and I pulak”. Ikhwan terus menarik lengan Ana. Tidak dipedulikan wajah-wajah yang merenung mereka berdua. Mungkin mereka ingin ketawa melihat  dia bergandingan dengan Ana yang berparut hodoh. Ah!! Peduli apa dia. Kerana yang tahu erti kecantikan yang dimiliki oleh Ana hanyalah dirinya. Dan sungguh.. Ikhwan bangga kerana menjadi satu-satunya lelaki yang dapat menikmati keindahan itu.
Ikhwan berhenti betul-betul di hadapan patung yang dipakaikan baju tidur. Dia tersengih-sengih nakal. Wow!! Seksi ya amat. Ana pula menggigit bibir bawah melihat tingkah Ikhwan. Dia sendiri rasa malu dengan baju tidur yang macam tak pakai apa-apa tu. Tak ingin dia nak berpakaian seperti itu.
“Cantik tak baju tidur ni, Ana..? I belikan satu, okey?”. Usik Ikhwan tapi memang dia mahu beli pun. Terus dicapainya baju tidur kain fishnet berwarna merah terang jenis babydoll dan nightdress yang direka ala-ala gaun malam yang sangat seksi dan menggoda. Kepala otaknya terus membayangkan Ana dalam pakaian yang sangat menawan. Huh! Kecur air liur dibuatnya.
 Ana terperanjat. Sempat dia merampas pakaian dari Ikhwan dan disembunyikan di belakang.
 Ikhwan angkat kening. Apa ni nak main sembunyi-sembunyi pulak?
“Ana tak nak Ikh beli baju ni. Maksud An..Ana, Ana tak nak pakai. Baik tak payah beli”.
 Ikhwan ukir senyum. Lupa pula yang dia sedang berhadapan dengan Ana yang memng jenis pemalu ni. Ehmmm..tapi Ana juga harus ingat dia lelaki yang pantang keinginannya ditolak.
  “La..siapa cakap I nak beli untuk you?”.
 Muka Ana jadi merah. Malu kerana tersilap tafsir. “Dah tu nak beli untuk siapa?”.
“Oh..untuk..”.
Ikhwan angkat kening. “Untuk ma I lah..”. Ikhwan aci redah.
Ana membeliakkan mata. Tidak percaya. Ikhwan terus mengambil baju tidur yang dihulur Ana sebelum memusingkan badan. Tidak mahu dilihat Ana yang dia sedang tersengih lebar saat itu.
Mereka beralih pula ke bathrobe. Ikhwan mengambil dua helai Classic bathrobe yang berwarna biru dan jingga untuk Ana dan sehelai full length bathrobe untuknya juga berwarna jingga.
“Nanti kalau you suka pakai bathrobe ni, I order lagi, yup”. Ikhwan mencuit dagu Ana. “Ehmm...Ana nak apa lagi? Cakap je. I belikan. Semuanya pakai kad kredit je”. Mereka sudah berada di kaunter pembayaran. Ikhwan mengeluarkan lima keping kad kredit miliknya. Tercengang-cengang Ana melihat.  Dia mahu tahu berapa jumlah harga kesemua barangan yang dibeli tetapi dia tidak tahu di mana hendak melihatnya dan malu pula untuk bertanya Ikhwan.
“Tak ada apa dah. Terima kasih sebab belikan semua ni untuk Ana”. Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Ana meskipun dia sebenarnya mahu menyuruh lelaki itu meletakkan beberapa pasang baju di tempat asal.
“Nak terima kasih apanya? Kan you wife I? Lagipun kan I dah cakap I nak Ana kelihatan cantik di mata I..Opss ya..lagi satu..let’s go baby”. Tangan Ana dipaut untuk kesekalian kalinya.
Mereka berhenti pula di hadapan tempat menjual telefon bimbit. Ikhwan tersenyum kepada jurujual Cina itu. “I want one...exactly same as mine”. Ikhwan mengeluarkan telefon Samsungnya dari poket.
“Cash.. please?”.
Jurujual itu membalas senyuman. Matanya bersilih ganti memandang Ikhwan dan Ana. “Okay boss but excuse me..may I ask something?”.
“Oh sure!!”.
“You are this guy, right. Datuk Umaira’s son”. Wanita itu menunjukkan majalah mingguan wanita. Terpampang jelas gambar Ikhwan dan Datuk Umaira di hadapan pintu pagar Mahligai Impian.
“Yeah..it is me”. Ikhwan ketawa. Ceh..amoi ni minat aku ke? Sori. I already have one.
“Glad to see you. You are so sweet..”. Amoi itu menghulur  tangan. Wajahnya ceria gila. Tentulah suka  bertemu lelaki idaman idaman hati.
“Thank you and me too but please be introduce to my girl ..Ana”. Ikhwan membalas huluran tangan. Tangan kiri memeluk bahu Ana yang dari tadi lagi tercegat memerhati. Ikhwan masih dengan senyuman manisnya.
Wajah gadis Cina itu terus berubah kelat. Sedangkan hati Ana kembang setaman. Mungkin seluas taman bunga lovenya atau mungkin luas lagi. Rasa terharu bertimpa-timpa.
Mereka kemudiannya berjalan beriringan keluar daripada Pavillion. Ikhwan memandu pula ke MPH.
Ana menggaru kepala. Ingatkan nak balik. “Kenapa kita datang sini?”.
Ikhwan sengih. Dia mengambil satu buku dan menghulurnya kepada Ana. “Buku masakan. Ana cakap Ana suka memasak kan, so I beli untuk Ana”.
Ana mengambilnya. Tersenyum. Ikhwan masih ingat rupanya, dia sendiri pun sudah hampir terlupa dengan kata-kata lelaki itu di restoran pagi tadi. “Terima kasih”.
“Eh..p ilihlah lagi Ana, I mana tahu nak beli buku yang macam mana”.
Ana terkebil-kebil. “Satu aje la”.
Ikhwan menggeleng. “Hish, Ana ni..memang!!”. Ikhwan pakai main ambil lima buah buku masakan yang berlainan. Dia senyum manja pada Ana bila mata wanita seakan mahu terkeluar melihat tingkahnya.






7 comments:

  1. weeeee.... best la pulakkkkkk.... ahaksssss...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Hi dear, kalau berminat nak beli novel ini boleh hubungi no ini ya 019-3729676 (Cik Shida). tq

      Delete
  3. Replies
    1. Hi dear, kalau berminat nak beli novel ini boleh hubungi no ini ya 019-3729676 (Cik Shida). tq

      Delete