Empat tahun berlalu…
Mak
Mi resah di pembaringan. Pak Daud, suaminya di sebelah yang berdengkur halus
tidak dipedulikan.
Bunyi
meracau dari bilik sebelah kian jelas pada pendengaran Mak Mi. Mak Mi bangun
menuju ke bilik Ana. Sebaik sahaja membuka pintu, sekujur tubuh Ana dilihat
bergerak-gerak. Anak itu begitu resah dalam tidurnya dengan dahi yang sudah
dingin dek peluh. Mulut Ana terkumat-kamit berkata sesuatu. “Tolong...jangan!! Jangan
buat Ana macam ni”.
Perasaan
aneh terus bermukim di hati Mak Mi. Itulah yang sering Ana sebutkan di luar
sedar dalam tidurnya. Selama empat tahun ini, saban malam, Ana meracau-racau
dalam tidurnya. Makin menghairankan, hanya ketika waktu malam sahaja, Ana berkelakuan
seperti itu. Pada siang hari, lagak Ana tidak berubah, masih seperti biasa. Rasanya
sudah jenuh Mak Mi menyoal Ana tetapi jawapan Ana masih tetap sama sejak empat
tahun lepas.
“Tak
ada apa-apa Mak Mi”. Mak Mi tidak memaksa Ana supaya berterus-terang tetapi
dia tahu Ana membohonginya. Ana membesar
di pangkuannya, tentulah dia tahu bila mana mata Ana tidak jujur dalam
menuturkan kata.
Entah
apa yang terjadi pada gadis yang sangat kasihan itu. Mak Mi mengesyaki Ana
telah mengalami sesuatu yang buruk dalam hidupnya tetapi dia tidak dapat
mengagak apa yang telah berlaku.
Mak
Mi terus mengeluh. Dia tidak berniat mengejutkan Ana kerana sudah menjadi
kebiasaan Ana jika terbangun dari tidur, dia akan menangis teresak-esak
sehingga matanya menjadi bengkak. Kesudahannya Ana akan dimarahi Datin Rozilah
kerana beranggapan anaknya itu sengaja hendak membuat onar malas membuat kerja
rumah.
NUN
jauh di kota London, kelab malam di Australia sekali lagi menjadi saksi
pertarungan Ikhwan dengan disaksikan oleh rakan-rakannya. Ikhwan terus meneguk
arak jenis Vodka tequila untuk
kesekalian kalinya sambil mata masih berpandangan dengan Steve. Dia telah
dicabar oleh lelaki Amerika itu untuk tidur dengan Caroline jika dia berjaya
tetapi Narisha pula menjadi mangsa Steve andai sebaliknya yang berlaku. Dan
pemenangnya adalah si peminum arak terbanyak tanpa mabuk.
“I have had it enough, brother. You
are too good”. Ujar Steve tiba-tiba sebelum menghempas
gelas terakhir. Steve terbaring lemah di
bahu Narisha yang sudah ketawa kecil. Narisha senyum menatap Ikhwan. Rancangan
jahat mereka menjadi. Narisha mengangkat plastik kecil di tangan. Ubat pelali
yang sudah dicampurkan ke dalam minuman arak Steve dan minuman ditangan Ikhwan
yang sebenarnya bukan arak itu menjadi penyumbang utama kemenangan Ikhwan malam
ini.
Zikr,
Ikhwan, Narisha dan lainnya ketawa sakan. Yang pasti, Caroline akan lena dalam
pelukan Ikhwan malam ini.
Caroline
yang baru tiba dari bilik air terperanjat melihat teman lelakinya lena dipaha
Narisha yang putih gebu, langsung tidak ditutup. Wajahnya berubah, Dia
betul-betul berharap Steve akan menang kerana dia tidak mahu tubuhnya diratah Ikhwan
yang kurang ajar itu. Semasa mereka menari tadi, berani lelaki itu mengusap
dadanya sambil tersenyum manis.
Zikr
berdiri sambil membetulkan pakaiannya. Bibir menyapa telinga Caroline. “Well, you know who is the winner, right?”.
“Come to my apartmen, honey. Narisha
is free tonight but like what we have promised, you are absolutely mine”.
Ujar Ikhwan angkuh. Dia sendiri tidak ingat ini pertarungannya yang ke berapa
bersama rakan-rakan yang lain di London tetapi tidak pernah sekalipun dia
tewas. Pil pelali milik Narisha menjadi pembantu utamanya. Yang dia tahu, Narisha
perlu diselamatkan biarpun dia sendiri tidak pasti Narisha masih suci ataupun
tidak.
Mereka
meninggalkan ruang yang masih berkilau dan bergemerlap dengan cahaya neon itu
beberapa minit kemudian.
“I THOUGHT you want to enjoy with
me tonight”. Ikhwan
panggung kepala apabila mendengar bicara Caroline yang masih dengan baju tidur
biru bertali halus. Dia yang sedang menyarung T-shirt hanya tertawa sahaja. “I am not interested in you, Carol. Not even
my type”.
Caroline
seperti tidak percaya. Tidak ada seorang lelaki pun yang menolak untuk
menidurinya tetapi Ikhwan tanpa berselindung mengatakan dirinya tidak diminati.
“What do you mean, Ikhwan?”. Agak kasar
sergahan gadis dari New Zealand itu.
Ikhwan
menoleh menghadap Caroline. “Can’t you
hear me? You are not my type. But honestly, you are a impressive bedmate. Thanks!”.
“Damn!! You!! Get me back to Steve
right now”. Bantal dilempar kasar ke muka Ikhwan. Ikhwan
sempat mengelak.
“Come on baby, find your own way”. Balas Ikhwan
tanpa menghiraukan amukan Caroline. Hari ini hari terakhirnya berada di bumi
Australia setelah dua bulan bercuti di seluruh Eropah. Pengajiannya telah
tamat. Datuk Umaira pula sudah tidak sabar lagi mahu melantik dirinya sebagai
Pengerusi baru di NUR Holdings. Kepulangannya ke Malaysia akan diumumkan dalam
seluruh akhbar. Itu kata Ma.
“You are good for nothing”.
Amuk Caroline lagi sebelum mencapai beg sandangnya. Dia mahu berambus dari
pandangan Ikhwan. Sampai di muka pintu, dia berpaling. “But back then, who is your type or you are a gay?”. Sindir wanita yang berwajah putih itu
sebelum melangkah pergi.
Ikhwan
tidak beriak namun kata-kata Caroline menusuk ke jantungnya. “Who is your type?”. Otak Ikhwan ligat
berpusing. Ana!! Satu jawapan sahaja yang dia ada buat masa ini. Ikhwan jadi
tersentak dengan kata hati sendiri. Sudah empat tahun dia tidak pulang ke
Malaysia dan bermakna selama itu jugalah dia tidak tahu apa-apa mengenai Ana, adik kepada Narisha, teman
wanita merangkap peneman tidurnya. Setelah dia kembali ke UK empat tahun lepas,
langsung tidak ditanya keadaan Ana di hospital dan Narisha juga nampaknya tidak
berminat untuk bercerita mengenai adiknya yang malang itu.
“Ana...Ana...Ana”.
Ucap bibirnya tanpa amaran. Entah Ikhwan sendiri merasa aneh. Sudah berpuluh
wanita diangkut ke bilik tidur tapi satu pun daripada mereka tidak mampu
membuatkan dadanya bergetar menahan gelora. Sedangkan kecantikan mereka boleh
pula menggegarkan jantungnya. Satu pun tidak ada yang dirosakkannya. Tetapi Ana
yang hodoh itu pula yang begitu menarik minatnya. Very weird incident.
Hanya
itu jawapan yang dia ada buat masa ini tentang soalan yang berlegar-legar dalam
fikirannya.
Ikhwan
melekapkan telefon ke telinga. “Hello
Risha sayang, you masih dekat apartment
in Cairns, right”.
“Yup. And you
macam mana?”. Narisha tergelak di hujung talian. Dia sudah arif dengan Ikhwan
yang tidak akan membuat lebih-lebih terhadap mana-mana perempuan. Sebab itulah,
dia tidak kisah jika Ikhwan selalu menang dalam pertaruhannya.
“Macam
biasa je sayang, I
ada di Coloundra ni. Apa kata kita jumpa dekat banglo I di UK aje? Tak
sempat I nak ke Cairns sekarang. Lack of
time,honey”.
“Wait !!
Kenapa you sampai jelajah Coloundra?”.
“I
pun tak tahu. Carol yang bawak kereta. Sampai-sampai dah dekat sini”.
Narisha
ketawa lagi. Kali ini agak kuat. “Well nampaknya
you dengan Zikr senasib. Dia pun dah kena angkut sampai ke Newcastle by that Indian girl. So ganas lah”.
“A’ha.
Tu mujur sampai kat Newcastle...kalau kena angkut ke Brisbane. Tak ke gila and mereng namanya”. Seloroh Ikhwan
sambil tersenyum. Rambutnya disikat kemas. Jari menekan lamp-controller.
“Love can let everything happened”.
“Nope Risha, it is not about love
but all about sex”. Ujar Ikhwan. Ringan mulutnya mahu
menyambung.. like what i have done to
your sis, Ana...namun dibiarkan sambungan itu tergantung dalam fikirannya
sahaja.
Sanitizer
ditekan pula. Kedua-dua belah tangan digosok perlahan.
Telefonnya
sekali lagi berdering. Tanpa melihat nama si pemanggil, terus ditekap ke
telinga.
“Oit
Ikh, jom jalan-jalan. Text aku kau
kat mana. Huh, budak Indian ni menakutkan aku la. Asyik nak bergayut je. Hi!!
Geli tahap nak mati. Ah lagi satu.. Khalish pun ikut sekali”.
Ikhwan
tercengang mendengar bebelan Zikr. Apatah lagi sebelum sempat dia menjawab,
kawannya itu sudah memutuskan talian. Ikhwan garu kepala. Nak berjalan kat mana
pulak? Teringat akan bebelan Zikr, dia ketawa pula.
No comments:
Post a Comment