Ikhwan
yang sudah bersiap-siap mahu pulang ke Mahligai Impian tercengang melihat pintu
villa ditolak dari luar. Narisha terpacak di situ. Muka Narisha kelihatan agak
sembab, mungkin menahan rasa mengantuk.
“Sayang....I
betul-betul minta maaf”. Narisha bersuara manja.
“I
ingat you dah balik”. Ikhwan lega. Nampaknya Narisha tidak tahu apa-apa.
“No..
kenapa pula I nak balik? Ikh, sebenarnya macam ni…semalam ada sekatan jalan on my way back to villa. And you guess what.. I tak bawak my ic and license. Jadi, I terpaksa pusing balik ke rumah kawan I. I nak call you but handphone I dah habis bateri. Pening I semalam. Sorry Ikh, I dah rosakkan semua
rancangan kita”. Wajah Narisha kelihatan seperti mahu menangis.
Ikhwan
tiada pilihan lain kecuali mengukir senyuman. Kalaulah Narisha tahu apa yang
cuba dilakukan pada Ana, apa agaknya reaksi wanita itu? Kesian pula pada
Narisha yang bersusah payah semalam sedangkan dia langsung tidak mengendahkan
apa yang telah menimpa Narisha.
“Dah
la.. lupakan sahaja. Tapi apa kata kita balik je? Why don’t kita sambung honeymoon
kita di UK. I dah bosan tunggu you semalam”. Dagu Narisha dicuit dengan
hujung jari.
“Okey”.
Tangan Ikhwan dicapainya. Namun Narisha terdiam tika teringatkan sesuatu.
“Ana?
Mana hantu tu? Ni mesti sedap-sedap tidur ni...”. Muka Narisha merah.
Ikhwan
gusar. “Err...Ana.Dia dah bal...”.
“Dah!
Biar I cari dia”. Genggaman tangan Ikhwan dilepaskan. Belum sempat Ikhwan
berkata apa-apa, dia sudah membuka pintu bilik di ruang tamu. Ikhwan mengekori
langkah Narisha.
“Ana....!!!”.
Nyaring suara Narisha memekik memanggil adiknya. “Kurang ajar kau ya!”.
Ikhwan
terpaku di tempatnya sewaktu Narisha
menuju ke arah Ana. Dia merenung Ana yang masih lengkap bertelekung
putih. Sangkaannya yang mengatakan Ana sudah pergi ternyata silap sama sekali.
Ana
terpisat-pisat bangun. Tamparan kencang di pipinya terasa perit. Pipi diusap lembut. “Kak Risha!”.
Ana terketar-ketar.
“Apa!!?”.
Narisha membuntangkan mata. “Hei bodoh, aku bawak kau ke sini suruh buat kerja,
bukannya tidur. Kau ni memang suka buat tahi mata kan? Patutlah ayah dan ibu
bencikan kau. Kau ni memang menyakitkan hati aku je!!”. Telekung direntap kasar. Rambut Ana yang panjang
mengurai ditarik tanpa belas. Seketika kemudian, kepala Ana dihantuk
berkali-kali ke bucu katil.
Ana
tidak mampu untuk mengeluarkan sepatah kata pun. Sesungguhnya, kesakitan yang
dirasai pagi ini hanya sedikit sahaja dari apa yang dilaluinya semalam. Urat
kepalanya terasa hampir pecah.
Ikhwan
seakan berada di awang-awangan. Tidak percaya Narisha tergamak bertindak sejauh
itu. Darah merah pekat dari kepala Ana yang
langsung tidak bertenaga untuk melawan buat dia panik.
“Risha no!!”. Teriak Ikhwan kuat.
Tangannya mencengkam pinggang Narisha. Sesaat kemudian, dia mengangkat tangan.
“I said no!!”. Tamparannya hinggap kasar
di pipi mulus teman wanitanya.
Narisha
ternganga. “You...bela perempuan ni dan tampar I, Ikh? How could you?”. Narisha memukul dada bidang Ikhwan berkali-kali.
Seketika pula, dia memegang pipinya yang perit.
“Tak,
I tak bela dia but then yes I tampar
you. Look Risha, look. She is dying. You
nak bunuh dia ke?”. Tegang suara Ikhwan. Jari telunjuknya dihalakan ke arah
kepala Ana.
Pandangan
Ana berpinar-pinar. Raut wajah Narisha pucat. Pernyataan Ikhwan menggigit ulu
hatinya. Mana tahu kalau Ana meninggal dan dia dihukum penjara seumur hidup
atau dikenakan hukuman gantung sampai mati? Tidak! Dia tidak sanggup.
“Hei
Ana!!”. Nada suaranya perlahan. Tubuh longlai Ana diangkatnya. Berkati-kati
ketakutan Narisha waktu itu.
Belum
apa-apa, badan Ana senget, mahu jatuh. Ikhwan di belakang pantas menangkap
sekujur tubuh itu dan dibawa ke dadanya.
Narisha
dan Ikhwan berpandangan. Diam. Kedua-duanya bertukar bisu.
ANA
MEMBUKA mata perlahan-lahan. Silauan cahaya membuatkan dia pantas menutupnya semula.
Cuba lagi dan akhirnya mata bening itu terbuka luas. Di mana aku berada ni?
Desis hati Ana. Yang dia tahu dia sedang ditempatkan di sebuah bilik tetapi
tidak tahu di mana.
“Ana”.
Panggilan itu mengembalikan Ana ke alam nyata. Dan batang tubuh yang terbias ke
dalam matanya adalah Ikhwan. Jantung Ana
terasa mahu gugur, seperti semalam. Tangannya di luar sedar mula menggigil. Ana
mahu bangkit tapi tangan sasa Ikhwan menahan. Sepantas kilat, Ana menepis.
Digelengkan kepalanya. Air mata terus menitis laju. Dia bencikan Ikhwan! Dia bencikan
lelaki yang telah menodainya tanpa belas. Ana jijik melihat paras rupa Ikhwan
yang sedang menatapnya.
“Ana
kat hospital sekarang ni”. Ujar Ikhwan. Tubuhnya begitu dekat dengan Ana.
“Saya
nak balik”. Lembut suaranya. Kejadian pagi tadi sudah kembali dalam fikiran.
Wajah bengis Narisha yang menghantuknya muncul menghantui. Dan buat masa ini,
hanya Ikhwan, lelaki yang telah meninggalkan titik hitam dalam dirinya sudi
menghulurkan pertolongan. Mengapa? Mengapa harus lelaki ini?
“Tak
boleh. Ana tengah sakit sekarang.”. Ikhwan mendekatkan wajahnya ke muka Ana.
Ana berpaling, tidak mahu bertatapan dengan Ikhwan tapi sepantas itu juga Ikhwan
memagut kasar bibir Ana sebelum memegang dagu wanita itu.
Ana
tercengang dengan perbuatan yang tidak diduga itu. Lelaki ini memang kejam. “Kenapa
awak nak seksa saya lagi? Tak cukup ke apa yang buat semalam?”. Ana mengebam
bibir bawahnya. Hangat air mata yang menitis langsung tidak diendahkan.
Ikhwan
mengeluh. Ini bukan masanya untuk dia mengasihani Ana tapi masa untuk
memikirkan keselamatan diri sendiri. “Ana, dengar sini. Risha hantuk Ana kat
katil, Ana ingatkan? I bawa Ana ke hospital dan doktor muda tak guna tu nak
dekat sejam check tubuh you. Entah
apa yang dirabanya”. Ungkap Ikhwan. Di luar wad tadi, dia betul-betul bimbang
jika doktor itu mengesahkan sesuatu yang buruk menimpa Ana dan Ana memberitahu
bahawa dia adalah pelakunya. Nasibnya baik kerana Ana begitu lama terlena.
Ah!
Tentulah doktor itu tahu. Selain tubuh Ana, leher yang dipenuhi dengan kesan
merah akibat gigitan itu sangat jelas kelihatan.
“Apa
yang Ikh nak cakap ni? Ana nak balik”. Ana menepis tangan Ikhwan di dagunya.
Sentuhan Ikhwan menggerunkan.
Ikhwan mula merasakan bilik itu berbahang. Sudahlah
tadi dia bertengkar dengan Narisha yang tidak mahu ikut bersama menghantar Ana
ke hospital. Semua beban diletakkan di bahunya seorang. Panas betul hatinya
dengan Narisha hari ini. Setelah Ana dipukul separuh mati, dia cabut lari balik
rumah pula. Katanya takut jika masuk jail. Huh!
Itu seorang lagi perempuan yang menyakitkan hati atas dunia ni. Sumpah hati Ikhwan
geram.
Pandangannya
beralih ke arah Ana. “I tak kisah apa yang Ana nak cakap. Tapi dengar cakap I
baik-baik. Nanti doktor tu akan masuk bilik ni and of course dia akan tanya apa yang jadi pada tubuh Ana. I bagi
amaran, you jangan berani libatkan nama I sikitpun”.
“Apa
yang Ikh nak buat kalau Ana cakap Ikh
rogol Ana, hah?”. Suara Ana sedikit tinggi. Kebaikan lelaki ini rupanya mahupun
balasan.
Ikhwan
merenung Ana tajam. Kedua-dua tanganya memegang muka yang tidak sempurna itu.
Tindakan Ana yang mahu melarang membuatkan dia mengemaskan genggaman. “Ana, baik
Ana ikut apa yang I cakap. I boleh buat lagi teruk dari semalam. Ingat Ana, I
dah tengok semua barang-barang berharga Ana. Kalau I jadi Ana, I tak nak tubuh
I jadi bahan jajaan orang. Okey kalau Ana nak cakap, I mungkin akan masuk
penjara enam atau lima tahun. But then, I
akan buat Ana lebih seksa, faham”. Ikhwan mencuit hidung Ana, tidak kasar
tetapi sudah cukup membuatkan Ana gementar. Patah-patah kata Ikhwan bermain
dalam mindanya. Adakah lelaki itu mahu menceritakan hal peribadinya kepada
orang? Ya Allah! Sampainya hati dia. Hati Ana terasa sakit sekali.
“Kenapa
buat Ana macam ni? Apa salah Ana?”. Soal Ana tiba-tiba. Kolam matanya pecah
lagi.
Ikhwan
senyap. “Ana, okey pasal semalam I tersilap je. Dah lah tak payah fikir benda
tu lagi. Lagipun dengan muka macam ni, siapa mahukan Ana? Tak salah kalau I
tidur dengan Ana. Boleh Ana rasa seronoknya kena....”.
“Pangg!!”.
Belum sempat Ikhwan menghabiskan ayat kurang ajarnya, satu tamparan hinggap di
pipi.
Ana
merenung marah. Dia terkesima dengan kata-kata Ikhwan yang tidak berlapik. Mudahnya
lelaki itu berbicara. Tentulah lelaki itu tidak hilang apa-apa, tetapi dia? Sungguh,
bait-bait kata itu menusuk ke jantung hati. Lelaki itu terang-terangan menghina
kekurangan dirinya. Cacian dan makian yang diterima sebelum ini terasa tidak
separah ini. Perasaannya hari ini berganda-ganda lebih tinggi daripada itu.
“Awak
dah melampau!”.
Ikhwan
ketawa kecil. Sungguh, dia sebenarnya terpana dengan keberanian Ana. Pipi yang
menjadi mangsa tangan Ana dibiarkan. “I cakap benda yang betul. Kenapa nak
terasa?”.
“Awak....”.
“Dah,
tak payah nak cakap banyak”. Rambut Ana dielus lembut.
“Lepaslah!!”.
Ana menepis kasar. Terasa jijik tatkala tangan kotor Ikhwan menyentuhnya lagi.
Ikhwan
menjongketkan bahu. Kemarahan Ana seakan tidak menjadi kudis baginya.
“I
tak boleh lama-lama kat sini, Ana. Okey ni duit tambang untuk Ana”. Beberapa
keping not 50 ringgit diletak di atas cardiac
table.
“I dah panggil teksi. I ada kerja nak
diselesaikan. By the way, ingat apa
yang I cakap tadi”. Ikhwan menyimpan kembali dompetnya ke poket seluar. Dia
mula mengangkat kaki. Sampai sahaja di depan pintu, dia menoleh ke arah Ana.
Ada kesayuan di wajah itu. Tetapi Ikhwan tidak kisah.
“Lagi satu Ana, enam hari lagi I balik UK
dengan Risha. Ana jangan rindu I pulak”. Ikhwan ketawa sinis.
“And thanks for the nice night. I akan
kenang seumur hidup”. Sambungnya lagi sebelum membuka pintu. Ana yang masih di katil
hanya mampu mengalirkan air mata. Dia teresak-esak sendiri.
Satu
hal yang sangat Ana pasti. Sesungguhnya dunia gadisnya sudah tiada. Hilang di
tangan lelaki kejam seperti Ikhwan.
Bila nak smbg
ReplyDeletesambung lg... nk tau camner Ana terselamat dr dunia kekejaman keluarga dia
ReplyDeleteeeee.... damn u ikhwan!!!! akak nak cincang dia izz!!!!
ReplyDelete