Ikhwan
merenung jam jenama Bosnia di pergelangan tangan. Sudah hampir mencecah pukul
9.30 malam namun batang hidung Narisha belum juga kelihatan. Mana Risha ni? Selepas
kejadian dia mengucup bibir Ana, Ana kelihatan marah dan selalu mengelak
bertembung dengannya. Tadi pun, ketika membersihkan bilik sebelah, Ana mengunci
pintu. Ikhwan senyum, hatinya memuji tindakan Ana yang bijak mengambil langkah
keselamatan. Ikhwan tahu Ana takut padanya. Kerana dia nampak, setiap kali mata
mereka bertentangan, mata kuyu milik Ana seakan resah.
Bosannya.....
Ana
di bilik pula melipat kain sembahyang. Mujur juga tadi hatinya tergerak untuk
membawa kain sembahyang. Ana keresahan.. tidak tahu apa yang ingin dilakukannya
di bilik itu. Mahu keluar, takut Ikhwan akan mengapa-apakannya. Lelaki miang
itu bukannya boleh diberi muka. Ana mengusap bibir. Peristiwa tadi terlayar di
mindanya. Ana menggeleng pula. Sakit hatinya dengan tingkah laku Ikhwan yang
tidak tahu bersopan.
Ana
terdiam. Tiba-tiba dia teringat arahan Narisha yang menyuruhnya menyediakan
makan malam. Hati Ana gusar, sudah hampir pukul 10 tetapi tiada apa pun yang
terhidang. Pasti Narisha mengamuk lagi. Tergesa-gesa dia keluar dari bilik. Namun
saat Ana membuka pintu, dia terkesima tatkala menatap wajah Ikhwan yang berdiri
tegak di hadapan pintu bilik.
Ikhwan
juga turut terkedu. Dia baru sahaja hendak memanggil Ana. Cepat-cepat dia
tersengih.
“Ana bertafakur dalam bilik ke? Lama betul!!! Penat
I tunggu”. Halus Ikhwan menyindir. Ikhwan
kaget melihat kecantikan Ana biarpun sekadar berkain batik dengan blouse ungu.
Sungguh, Ikhwan tidak pernah pun merasakan cacat cela pada sesusuk tubuh Ana
kecuali pada bahagian mukanya itu.
Leher
jinjang Ana direnung. Aduh! Lemah iman aku macam ni. Bisik Ikhwan pada diri
sendiri.
Jantung
Ana bagaikan hendak keluar dengan tingkah laku Ikhwan.
“Maaf,
saya tak ingat nak masak. Saya nak pergi dapur ni.. nanti Kak Risha marah”. Jelas
Ana perlahan.
Ikhwan
senyum lagi. “Macam mana nak ingat kalau asyik berkurung? Ana takutkan siapa?”.
Soal Ikhwan sedangkan jawapan sudah jelas.
Ana
jeling Ikhwan sekilas. Kura-kura dalam perahu.
Tanpa menghiraukan Ikhwan, Ana terus melangkah ke
dapur.
Ikhwan
tarik nafas dalam-dalam. Perasaannya terasa dicabar. Tidak pernah seumur
hidupnya, perempuan memperlakukannya endah tak endah begitu. Dia membuntuti Ana
ke dapur.
Ana
membuka kabinet. Periuk elektrik dicapainya. Kemudian, dia membasuh beras. Ikhwan di belakang dibuat tidak nampak sahaja.
Ikhwan
geram. Matanya beralih ke punggung Ana. Sesak nafasnya melihat liuk lentok Ana.
Dek kerana tidak dapat mengawal keinginannya, Ikhwan tidak sedar dia sudah
memeluk pinggang Ana. Bibirnya dibenamkan di belakang leher Ana.
Ana
terperanjat. Periuk jatuh ke sinki. Jeritan Ana kuat memenuhi ruang dapur. Ana
ketakutan. Dia meronta-ronta, berharap pelukan erat Ikhwan akan terlepas.
Tanpa
mengendahkan rontaan Ana, Ikhwan terus mencumbui setiap inci belakang gadis
itu. Nafsunya kian memuncak tatkala tubuh idaman itu melekap di tubuhnya. Desah
nafasnya yang kencang dapat dirasai Ana.
“Tolong...!!!”.
Ana terus menjerit. Ikhwan tersedar dengan jeritan itu. Amarahnya menyapa hati.
Badan Ana dipusing kasar menghadapnya. Bibir Ana ditekup dengan tangan dan
leher jinjang itu diciumnya. “Come on
Ana. Just for a while. I tak nak dengar suara Ana menjerit”. Bisiknya di
telinga Ana apabila merasakan rontaan Ana kian bertenaga.
Air
mata Ana sudah mengalir. Dia betul-betul tidak rela diperlakukan sebegitu oleh Ikhwan.
Apabila tekupan tangan Ikhwan sedikit longgar, Ana mengambil peluang untuk menggigit
jari lelaki itu sekuat hati.
“Argggh!!
Ana!!!”. Ikhwan meradang. Ana mula berlari ke bilik namun ketika dia mahu
menolak pintu, tangan sasa Ikhwan dari luar tidak mampu dilawan. “Kurang ajar
you ni, perempuan hodoh.. berani you tolak kemahuan I”. Jerit Ikhwan dengan
wajah menyinga.
Bagai
dirasuk syaitan, tubuh Ana dicempung dan dihempas kasar ke katil. Ana terbaring
lemah di katil. Dia cuba bangun namun tenaga Ikhwan yang menekan kedua bahunya
membuatkan Ana tidak berdaya. Sepantas kilat, blouse dan kain batik Ana
direntap tangan ganas Ikhwan. Amukan dan rasukan Ikhwan kian menggila melihat
tubuh badan Ana tanpa pakaian. Wajah hodoh Ana seakan hilang dari matanya. Butang
baju miliknya dibuka sebelum tubuh Ana dihempap kasar.
“Jangan
Ikh.. Jangan Ikh.. Ana..Jangan…”. Ana menggeletar ketakutan. Tangannya
teraba-rabakan sesuatu dia atas meja di birai katil itu. Dan..! Pang.. Kepala
Ikhwan dihentak kasar dengan pasu kaca.
“Arggg!!!
Ikhwan menjerit marah. Dia memegang kepala. Matanya bersinar tajam. Tubuh Ana
dicengkam kasar. Tamparan kasarnya hinggap di pipi gadis itu lagi.
Tenaga
Ana semakin luntur. Hanya air mata dan doa yang ada padanya waktu itu. Dia membiarkan setiap tindakan Ikhwan pada tubuh
kecilnya dan hanya mampu menahan setiap kesakitan yang dirasainya.
Malam
bersejarah itu menjadi saksi penderitaan seorang Ana yang tiada bernoktah.
ANA
tersedar dari lena yang panjang. Hujung matanya masih basah dengan air mata. Tangan
Ikhwan yang erat melingkari pinggangnya dialih perlahan-lahan. Ana menahan
kesakitan di setiap inci tubuhnya. Seketika, Ana merasakan dunianya gelap. Apakah
yang sudah berlaku? Sudah hilangkah kehormatannya sebagai seorang perempuan? Allah!
Air mata mengalir sepi di pipinya. Betapa malang nasib Ana, baru semalam dia
hampir dinodai oleh Ikhwan dan hari ini segalanya telah terjadi. Ikhwan yang
terbaring disisi hanya dipandang sayu. Sampai hati Ikh buat Ana macam ni. Bisik
hati Ana penuh sendu.
Ana
mengutip pakaian yang berterabur di lantai. Teringat peristiwa semalam, dia terasa mahu menjerit sekuat hati. Pada
siapa dia ingin mengadu? Siapa yang akan mempercayai setiap bait kata darinya? Akan
adakah insan yang sudi mendengar rintihannya?
Ana
tinggalkan Ikhwan. Dan dia juga mahu tinggalkan villa mewah itu. Ana terdiam
selepas kakinya memijak tanah. Ke mana dia harus pergi? Ke mana dia mahu
melangkahkan kaki? Ana jadi takut jika perkara yang sama berulang andai dia
mengambil keputusan untuk pulang berjalan kaki. Ana tahu dia tiada pilihan, dia
perlu pulang pada esok hari, mungkin bersama Narisha.
Ana
masuk ke bilik tidur di sebelah bilik Ikhwan dan melangkah lesu ke bilik air. Dengan
pakaian yang masih lengkap di tubuh, Ana membiarkan air yang terasa hangat
menjirus tubuhnya. Ana faham dia perlu terus tabah. Dia tidak boleh terlalu meratapi
nasib malang ini.
Selesai
mandi, Ana menunaikan solat sunat dua rakaat, bermohon kepada Yang Esa supaya
memudahkan perjalanan hidupnya. Memohon supaya ditabahkan hati wanitanya untuk
menerima takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Kemudian,
Ana terlena di katil.
IKHWAN
membuka mata. Terkedu apabila merasakan dia tidak memakai apa-apa. Kejadian
semalam berputar dalam ingatannya. Ana? Ikhwan menoleh ke sisi. Where is she? Dia mencapai pakaian dan
menyarung ke tubuh. Dilihatnya pakaian Ana lesap entah ke mana. Dia dah lari
ke? Ikhwan duduk semula di katil. Apa aku dah buat ni? Tangisan dan rayuan Ana
yang penuh kesayuan semalam terlayar dalam ingatannya. Ikwan kebingungan
sendiri. Aku dah rosakkan dia ke? Ikhwan pasti Ana sudah lari, balik ke
banglonya barangkali. Ah!! Peduli apa dia.
Jauh
di sudut hati, Ikhwan tidak menyangka bagaimana dia boleh begitu bernafsu
terhadap Ana. Sedangkan dengan mana-mana perempuan sebelum ini, tidak pula Ikhwan
berperangai seperti semalam. Setakat tidur bersama sahaja. Tetapi Ana? Yang dia
tahu, dia tidak mampu menahan gelora nafsunya, tambahan pula dengan sikap Ana
yang sombong itu. Makin geram dibuatnya. Mungkin bayangan Ana terlampau
menggodanya.
Teringat
kata-kata Narisha. ‘Come on Ikh, muka
hantu macam tu, siapa yang suka. Even
kalau bagi kat perogol pun, diorang tak
mahu’. Ikhwan tergelak. Nampaknya Narisha sudah salah dalam membuat kesimpulan.
Ingatan
Ikhwan berpindah pada Narisha. Risha? Mana dia? Ikhwan tersentak. Adakah Risha
balik dan melihat apa yang telah terjadi? Tetapi masakan dia menghilang pula. Narisha
jenis yang panas baran, dan tentu Narisha mengamuk jika mengetahui apa yang
telah dilakukannya. Ikhwan menoleh ke arah ranjang. Menyaksikan tempat
pertarungan Ana dan dia semalam. Mulut Ikhwan terbuka. Warna merah di atas
cadar menarik perhatian. Apa tu? Ikhwan berfikir-fikir pula. Errr...alamak, that is......
Cadar putih ditarik. Kesan itu perlu dihapuskan.
YaAllah.. kesiannya Ana... sampai hati Ikhwan buat Ana
ReplyDelete