Ikhwan
menutup pintu kereta. “Cantiknya tempat ni sayang. Memang sesuai untuk kita”. Ujar Ikhwan. Ikhwan garu pelipis. Dia
telah menipu Datuk Umaira kononnya dia hendak menyewa hotel. Ma.. sorry.
Udara
segar di villa milik keluarga Narisha itu sungguh menyamankan keadaan.
Narisha
jongket bahu. “Come”.
Mereka
melangkah masuk. Sekali lagi Ikhwan terpegun. Hiasan dalaman villa bertemakan
ala Barat dengan dekorasi bunga-bungaan nampak indah di matanya.
“Sayang,
inilah bilik kita”. Narisha membuka pintu bilik utama. Luas! Terdapat King bedroom di tengah-tengah ruang
bilik. Dua buah almari kaca di sudut kiri dan meja empat segi di hadapan sofa
yang menjadi port rasmi untuk menonton televisyen Hi-Tech.
“All are perfect kecuali
environment villa ni. Berhabuk dan
kita tak ada makanan”. Ujar Ikhwan sambil memeluk Narisha yang duduk santai di
sofa.
“Betul
juga tu. Dah nak dekat asar ni. Kalau nak beli makanan gerenti tak sempat. Lagipun
jauh juga restoran. Ah wait!”. Narisha
petik jari. Dia sudah dapat idea. Dengan pantas dia berlari keluar untuk
mendapatkan telefonnya.
Ikhwan
membiarkan sahaja. Dia menguap. Matanya menatap syiling. Fikiran Ikhwan hanyut
dan dia akhirnya tenggelam dalam lena.
“APASAL
kau datang lambat sangat, hah?”. Tengkingan suara dari luar memeranjatkan Ikhwan.
Terpisat-pisat dia bangun. Hish, Risha ni.. memekak je kerjanya. Eh, tapi dia
marah siapa tu? Ikhwan sudah berjalan
dan membuka pintu bilik. Terpaku seketika menatap Ana. Apa pula yang dibuat di
sini?
Ana
terkebil-kebil dimarahi Narisha.
“Aku
cakap dengan kau ni, kau pekak ke?”.
“Er...tadi
jalan sibuk. Sebab tu la Ana lewat. Lagipun tadi pergi pasar dulu beli barang
dapur nak bawak ke sini”.
Narisha
bercekak pinggang. “Banyak la alasan bodoh kau. Kau dengar sini hantu, aku
suruh ibu hantar orang gaji iaitu Mak Mi bukan kau tapi kau pulak yang datang.
Kau bersihkan villa yang berhabuk ni. Lepas tu masakkan aku dinner. Cepat sikit. Aku dan Ikhwan dah
kebulur ni tau. Nanti aku panggil teksi hantar kau balik”.
Ana
tercengang. Ikhwan! Dia mengangkat muka. Matanya bersabung pandang dengan
renungan tajam Ikhwan yang menakutkan. Ana meneguk liur. Peristiwa semalam
masih segar dalam ingatannya.
“Apa
lagi yang kau tercegat kat situ? Pergi la buat kerja kau. Bersihkan bilik aku dengan
Ikh dulu”. Arah Narisha dengan muka masam.
Ana
berjalan lambat-lambat. Dia perlu melintasi Ikhwan. Narisha ketap bibir. Geram
melihat cara Ana berjalan. Bagi Narisha, Ana memang sengaja menyakitkan
hatinya.
Narisha
terus menolak belakang Ana dengan kasar sekali. Ana terkejut sehingga tidak
dapat mengawal imbangan badan. Dia jatuh tersungkur di kaki Ikhwan. Pipinya
bertukar merah. Malu.
Ikhwan
terperanjat. “Risha, apa yang you buat ni?”. Memang dia marah dengan Ana tapi
perbuatan Narisha sangat melampau baginya. Ikhwan menjauhkan kakinya yang
hampir tercium dek Ana. Ikhwan memegang bahu Ana untuk membantu Ana berdiri. Dia
sengih jahat dalam hati apabila merasakan Ana mengeraskan tubuh. Barangkali
tidak suka dengan tingkahnya tetapi tdak mampu bersuara.
“Pergi
masuk”. Arah Ikhwan lalu menutup pintu. “Let
her finish her work peacefully, Risha”. Ikhwan menyindir Narisha.
Narisha
cebik bibir. “Ala Ikh, dia sengaja berlakon la tu. I sakit hati tahu tengok dia
jalan lambat tadi. Memang sengaja”.
“Risha,
dia pun ada perasaan juga. You janganlah asyik nak malukan dia. Kasihan dia,
sayang”.
“Sejak
bila you berpihak pada dia ni?”. Narisha panas hati.
Sejak
semalam. Lepas I cium bibir dia yang manis tu. Ikhwan jawab dalam hati. “I tak
nak bergaduh dengan you pasal soal ni, Risha”.
“Huh..menyampahnya
I..”.
“Risha,
you tahu tak selama I hidup ni.. I nak sangat ada adik-beradik, so that I tak selalu rasa keseorangan,
I akan ada kawan untuk kongsi apa-apa yang I suka. Tapi, you.. sampai hati you
buat adik sendiri macam tu..”.
“Adik?”.
Terjengil mata Narisha. “Perempuan macam tu, you nak suruh I mengaku dia adik
I..? Oh come on.. Mati hidup balik
pun I takkan mengaku yang dia adik I. Memalukan”.
“Suka
hati you la..”.
Narisha
menjongketkan bahu, tanda tidak kisah. Dia pun tidak gemar bercerita sesuatu
yang menjadi kebenciannya sejak dulu lagi.
“So,
kita nak buat apa ni? Jalan-jalan?”. Soal Ikhwan. “Boring la”.
“Ops!! Sorry sayang. Tadi kawan lama I call. I cakap la I balik dan ada dekat
Kuala Selangor ni. Then, dia nak jumpa I. Boleh tak sayang? Dah lama I tak
jumpa dia. Rumah dia 45 minit je dari sini. I nak pergi kejap aje”.
“Habis
I?”. Ikhwan renung Narisha.
“Alaa,
you duduk kat sini la. Lagipun, mesti
you boring kalau I berbual dengan dia. You tengokkan hantu tu buat kerja. Marah
je Ana kalau dia tak buat betul-betul”. Narisha mengelus lembut rambut Ikhwan. Memujuk.
“You
janji akan balik awal”.
“Yup! I promise”. Bibir Narisha menyapa
pipi Ikhwan.
Kemudian,
kedengaran deruman kereta Narisha meninggalkan Villa. Ikhwan tarik nafas. Saat
Narisha berkata yang dia mahu keluar, dalam fikirannya ada satu wajah sahaja. Ana!! Rasanya masa sudah
tiba untuk dia mengharu-birukan gadis itu. Dia gelak jahat dalam hati.
ANA
berhenti menyapu apabila terdengar bunyi tombol pintu dipulas. Dia mengawal
pernafasan yang tidak seirama lagi tatkala menangkap kelibat Ikhwan di muka
pintu.
“Hai
Ana.. Rajin nampak.. ? Lama lagi ke?”. Ikhwan senyum. Kaki melangkah ke sofa
dua tiga inci dari muka pintu. Dilabuhkan punggung di situ.
Ana
diam sahaja. Dia sudah serik! Lelaki itu tidak akan dilayan lagi. Mana kak
Risha ni? Pintu bilik yang terbuka melegakan hati Ana.
“Ana!”.
Ikhwan menyeru perlahan.
Ana
diam tidak berkutik.
“Ana,
I cakap dengan Ana ni”. Ikhwan sakit hati dengan Ana yang acuh tak acuh. Dilihatnya
Ana masih dengan tugasnya.
“Ana!!!”.
Ikhwan menekan suara.
“Encik,
saya tengah buat kerja ni. Ada apa?”. Ana menjawab juga. Terpaksa!
“You
panggil I apa Ana? You nak kena cium macam semalam ye?”. Ikhwan tergelak sinis.
Ana
terperanjat dengan cakap lepas itu. Hatinya bergetar. Pantas tangannya menekup
bibir dengan mata membulat. Dia menoleh ke arah Ikhwan. “Err..maksud saya Ikh”.
Ikhwan
tersengih dengan reaksi spontan Ana. Tahu takut. “Ehmm. Macam tu la. I tak suka
orang panggil I encik. Lagipun tak lama lagi I akan jadi abang ipar Ana. Patutnya
Ana kena panggil Abang Ikh. Sound sweet what?”. Usik Ikhwan geli
hati.
Ana
bingung. Kenapa Ikhwan menggatal begitu? Matanya liar mencari bayangan Narisha.
“Ana
cari apa? Risha? Dia keluar. Pergi rumah kawan dia. Nanti dia balik”. Jelas Ikhwan
mengundang debar di hati Ana.
Jadi
dia berdua-duaan dengan Ikhwan di Villa kosong itu? Sudahla villa ini jauh
daripada orang. Ana mempercepatkan hayunan tangannya.
Ikhwan
perasaan muka Ana berubah sekalipun tidak berapa jelas.
Selesai
sahaja menyapu, Ana mengemas cadar yang senget. Satu persatu tindakannya
langsung tidak lepas daripada pandangan Ikhwan.
Ana
memandang sekeliling bilik dengan puas hati kecuali di bahagian sofa yang
sedang ditawan Ikhwan. Dia perasaan mata Ikhwan tidak lepas merenungnya. Hari
ini, dia belajar sesuatu tentang Ikhwan, lelaki itu sangat suka memaksa orang
lain mengikut kehendaknya. Pantang ada cabaran sikit!
“Kenapa
you sombong sangat ni, Ana?”. Ikhwan menghalang perjalanan Ana keluar bilik.
“Apa
Ikh cakap ni? Saya tak faham. Saya nak bersihkan bilik sebelah. Tolong bagi
laluan”.
“Bagi
laluan?”. Ikhwan angkat kening. “Boleh...tapi kena cium sikit?”. Usik Ikhwan.
Dahi
Ana sudah berlapis-lapis. “Saya bagitahu kak Risha nanti”. Ana cuba mengugut Ikhwan.
Ikhwan
ketawa tidak percaya. “Ana nak bagitahu dia? I takut bukan I yang kena tampar
tapi Ana pula yang kena”.
Pipi
Ana yang putih sebelah itu bertukar warna. Tentu lelaki itu suka melihat dia
dilayan kasar oleh Narisha. Entah mengapa, dia jadi sayu pula.
“You
know what, Ana.. Risha kata I boleh je sesuka hati
marah Ana.. Tapi I…ehmm I tak nak la.. I tak suka marah perempuan cantik macam
Ana ni..”. Ikhwan senyum nakal lagi.
“Encik
Ikhwan.. tolonglah jangan...”.
“Ikh....”.
Potong Ikhwan dan bibirnya pantas menyentuh lembut bibir Ana. Tangan yang
menghadang pintu jatuh.
Ana
terkesima. Dia menolak kasar tangan kekar yang erat memeluk pinggang. Tangannya
terangkat tinggi namun sempat dicapai Ikhwan.
“No...sweety. Not for this time”. Ujar Ikhwan
dengan senyuman sebelum berlalu meninggalkan Ana yang masih terkaku di pintu.
DI
MAHLIGAI IMPIAN, Datuk Umaira membelek dokumen kewangan yang memerlukan
tandatangannya. Bilik yang dilengkapi pendingin hawa membuatkan Datuk Umaira
sedikit kesejukan. Tangannya menekan interkom.
“Za,
tolong bawakan saya tea panas. Ke bilik bacaan ya”.
Datuk
Umaira mengusap rambut separas bahu. Sekali pandang, tentu tiada siapa yang
menyangka usianya sudah hampir mencecah 44 tahun. Dia kelihatan seperti awal 30-an.
Datuk
Umaira menarik laci meja yang sentiasa berkunci siap dengan kata kunci lagi. Matanya terpaku pada album
gambar miliknya yang sudah berusia hampir 24 tahun.
Tanpa
sedar, dia membelek album lama itu perlahan-lahan. Pandangannya disapa dengan
baju pengantin berkrim putih yang dipakai 24 tahun lalu. Alangkah bahagianya
saat itu!
Kemudian
dia menatap lagi wajah bersih seorang lelaki berjambang halus yang sedang
tersenyum di sebelah sisinya, juga turut memakai baju kemeja putih.
Kenapa?
Kenapa? Persoalan itu tidak mampu
dirungkai biarpun sudah hampir dua dekad berlalu. Dan Datuk Umaira pun sudah
letih untuk mencari jawapannya.
Tubir
matanya berkaca.
Apa
salahnya sehingga diperlakukan seperti tidak punya harga diri? Mengapa dia yang
menjadi sasaran? Mengapa setelah dia menyerahkan segala-galanya buat lelaki
itu, dirinya ditinggal pergi? Dan sehingga kini, dia masih tidak mempunyai
jawapan untuk persoalan demi persoalan yang sentiasa berlegar-legar dalam
benaknya. Tidak! Dia tidak pernah bersalah untuk itu. Lelaki itu yang memulakan
semuanya. Lelaki itu yang pergi tanpa
khabar.
Ketukan
di pintu membawa dia ke alam nyata. Segera dia menutup album. Air mata disapu
dengan belakang tangan. Bibirnya bersuara lembut.
“Masuk
Za”.
No comments:
Post a Comment