Datuk
Umaira tekun mendengar idea yang dikemukakan oleh En. Syukri Hisham, salah
seorang orang penting NUR Holdings. Bilik mesyuarat lembaga pengarah itu
menempatkan hampir 200 orang pekerja.
“That’s all?”. Soal
Datuk Umaira.
“Ya
Datuk”. En.Syukri mengambil tempat duduknya.
Seperti
biasa, giliran Datuk Umaira bangun.
“Ok, thank you. Mr Syukri. I do
agree with Dept Head’s Syukri proposal. Like what he said, the business
environment must also move into NUR Holdings. Rather than continuing with the
old models, the idea of working from home is a good one. Our business productivity
could be increased. But, we should not focus solely on new method. There is
still the old method in place. That are feasibility and timing. Yes..timing..”.
Datuk
Umaira meneruskan ucapannya. Ucapan yang ringkas namun padat berisi.
Dari
dahulu lagi, pemilik nama Nur Umaira itu sememangnya terkenal dengan seorang
ahli perniagaan yang tegas. Tatkala dia berucap, terserlah kehebatannya sebagai
tokoh korporat terkemuka. Dia seringkali membuatkan para jejaka kagum dengan
kehebatan yang dimilikinya.
“I should end it with thank you but
before that I would like to introduce my son, the one who will take over NUR
Holdings, may be in the next four or five years”.
Ujar Datuk Umaira yang menawan dalam sut birunya dengan tudung dari rona yang
sama.
Rata-rata
yang ada di situ tercengang. Satu kejutan buat mereka.
Pintu
kaca bilik mesyuarat terbuka. Ikhwan muncul dengan kemeja putih dan kot hitam.
Rambutnya tersisir rapi. Datuk Umaira tersenyum melihat Ikhwan berjalan ke
arahnya. Dia mendekatkan wajah ke mikrofon.
“I
kenalkan, ini satu-satunya anak saya. Ikhwan
Fazail bin Yazeed. Anyway dear, you may
introduce yourself”. Datuk Umaira tersengih.
Ikhwan
tersenyum manis, menutup kegugupan diri. Dia perlu menjaga air muka Datuk
Umaira sebagai pemilik NUR Holdings. Giliran dia pula berjalan ke mikrofon
apabila Datuk Umaira memberi laluan.
“Hello.. happy to make your
acquintance. I am...”. Ikhwan meneruskan bicara dengan
keyakinan yang mula tumbuh sedikit demi sedikit.
“KAGUM
I tengok anak lelaki you, Datuk. You mesti bangga ada anak lelaki seperti Ikhwan
sebagai pewaris tunggal you”. Puji
Datuk Rahman yang merupakan rakan kongsi
Datuk Umaira di beberapa syarikat cawangannya di sekitar Selangor.
Datuk
Umaira membalas dengan senyuman. “Of
course I do. Tapi bukan sebab dia anak lelaki. I rasa kalau anak perempuan
pun, I tak pernah kisah. I tetap
bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada I. Lelaki atau perempuan, tak ada
bezanya, Datuk. Tetap juga zuriat I. Persoalannya bagaimana kita mendidik
anak-anak kita untuk jadi manusia yang baik”. Balas Datuk Umaira jujur.
Datuk
Rahman terkedu. Dia hanya ada anak perempuan, yang baginya tidak boleh menjadi
pewaris untuk mengambil alih syarikatnya, tetapi wanita yang berada di
hadapannya ini tidak kisah sedikitpun. Lantaran itu, dia tidak pernah rapat dengan
kedua-dua anak perempuannya. Anak perempuan atau lelaki...dianggapnya sama
rata. Sedangkan dia?
“Lagipun,
sebenarnya menjaga anak perempuan ni, besar pahalanya Datuk. Sebab banyak benda
yang kena jaga. Auratnya, pergaulannya..ehmm…kalau I bercerita, takut pula you
cakap I ustazah yang tak diiktiraf..”. Datuk Umaira tergelak kecil di hujung
kata-katanya.
Datuk
Rahman makin terpaku. Begitukah?
“Ma….
Ikh dah nak pergi ni”. Ikhwan muncul dari belakang dan berbisik di telinga. Datuk
Umaira mengangguk. Dia sudah tahu Ikhwan akan berada bersama teman wanitanya
dua malam. Tetapi dia sudah memberi amaran supaya menyewa dua bilik hotel yang
berasingan.
Ikhwan
berjabat tangan dengan Datuk Rahman sebelum meninggalkan majlis itu.
No comments:
Post a Comment