Ana
menarik nafas perlahan. Dia menilik muka di cermin besar dalam bilik air. Dia
hanya bertuala paras paha. Mukanya yang jelas kontra itu terbias ke cermin. Ana
tersenyum. Dia tidak benci lagi pada diri sendiri. Kerana dia sudah belajar
menerima apa yang telah ditakdirkan dalam hidupnya.
Ana
menarik pintu untuk masuk ke powder room.
Sebaik sahaja melangkah masuk, Ana tersentak. Ikhwan sedang menyilang kaki di
depan pintu. Mahu sahaja Ana menghilangkan diri saat itu apabila perasan
tubuhnya hanya dibaluti sehelai tuala pink.
“Lamanya
mandi.. kan I dah cakap jangan mandi lama-lama”. Keras suara Ikhwan. Sakit
betul hatinya menunggu Ana. Jam sudah pun menunjukkan pukul 1 pagi, memang
lewat benar. Matanya beralih pula pada batang tubuh Ana. Rambut panjang Ana
yang kerinting dan masih basah mengocak naluri kejantanannya. Ikhwan menahan
nafas. Inilah aura yang dimiliki Ana, yang tidak terdapat pada mana-mana
kenalan perempuannya. Aura yang membuatkan keinginannya menggila.
Ana
serba salah. Mata helang Ikhwan agak menggerunkannya. Lama ke aku mandi? Seingatnya tidak sampai 15
minit pun. Kalau lambat pun mungkin kerana dia bingung bagaimana hendak membuka
shower di bilik mandi sebentar tadi.
“You have a nice towel, nice hair
and a very sexy body shape, Ana”. Ucap Ikhwan tiba-tiba.
Ana
tidak menjawab. Dia hanya mampu berdiri tegak di hadapan Ikhwan yang tidak
sampai satu inci pun darinya. Apabila Ikhwan memeluk tubuhnya erat, Ana
merasakan urat sendinya seperti mahu longgar. Sesak nafasnya waktu itu.
Ikhwan
terus menikmati Ana yang sudah sah bergelar isterinya selama beberapa jam.
“Ana..nak
pakai baju dulu, boleh”. Ujar Ana dalam seribu kepayahan.
Ikhwan
mendengus. “Tak payah! Tak ke mana pun baju you tu nanti”.
Ana
hanya mampu memejamkan matanya tika pelukan Ikhwan kian erat dan tubuhnya terasa
melayang diangkat lelaki itu.
IKHWAN
membuka mata. Berkerut-kerut dahinya menahan rasa tidak senang. Pancaran lampu
warm light mengejutkannya dari lena. Terimbau kenangan malam tadi, tangannya
bergerak ke sisi. Mahu mencari si isteri. Tiada! Kosong! Ikhwan terduduk. Mana
perempuan ni?
Dia
terkedu melihat satu objek berpakaian putih sedang sujud di atas sejadah. Hati Ikhwan
disinggahi perasaan syahdu dan bersalah. Dia sudah lama tidak solat lima waktu
sehari semalam. Kecuali solat Jumaat. Dia dan Zikr sama sahaja. Bukan macam
Khalish yang tak pernah sekalipun miss
solat fardu tu.
Jika
tidak Zikr yang mengajak ke masjid, dialah yang mengajak pada hari Jumaat. Itupun
kerana dia ingat akan ajaran Ustazah Hamilah yang mengatakan Nabi pernah
bersabda sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat lebih dari tiga hari tanpa
alasan, pintu hatinya akan tertutup untuk menerima hidayah. Itulah pegangan
yang membuatkan dia tidak pernah mengabaikan solat Jumaat. Jahatnya dia, solat
Jumaat pergi, solat hari lain tidak buat pula.
“Ana..”.
Panggilnya selepas melihat Ana sudah selesai melipat telekung.
Ana
berpaling. “Ikh dah bangun”. Ujarnya lembut.
“Kenapa
tak buka lampu?”. Tanya Ikhwan.
Ana
tidak bersuara. Bagaimana dia hendak cakap
ya? Masih ingat lagi sewaktu dia bangun setengah jam tadi, seperti mahu
gila dia mencari suis lampu. Langsung tidak jumpa. Mujur lampu gantung itu
terpasang hanya dengan menarik juntaian tali sahaja. Itu pun dia main agak-agak sahaja. Sudahlah
dia tidak memakai apa-apa, gelap pula tu.
“Ana tak jumpa suis lampu pun”. Ujar Ana terus
terang. Di terduduk di riba Ikhwan apabila lelaki itu menariknya. Pinggang
rampingnya dipeluk Ikhwan dengan sebelah tangan.
Ketawa
Ikhwan sekali lagi ingin meletus tetapi ditahannya. Aduhai Ana ni. Tak tahu
apa-apa pun. Naif dan lurus sangat. Lain benar dengan Risha.
“Ana,
dalam bilik I ni tak ada suis, kalau nak buka apa-apa guna remote”. Ikhwan
memanjangkan tangannya mencapai remote di meja kecil bersebelahan katil. Ada
tiga semuanya. “Yang ni remote lampu. Cuba Ana tekan yang hijau ni..”. Tunjuk Ikhwan.
Ana pantas mengikut arahan. Bilik itu kemudian terang benderang dengan limpahan
cahaya lampu.
“See.. kan dah nyala tu. Kalau nak warna colourful, tekan butang sebelah ni and kalau nak tutup tekan yang hujung, faham?”
Ana
angguk. Sedikit malu kerana Ikhwan terpaksa mengajar satu persatu. Nampak
sangat dia tidak tahu apa-apa.
“Good! Yang ni untuk air-cond and yang ni untuk tingkap atau langsir”. Terang Ikhwan
lagi. Bibirnya sudah mengucup lembut pipi kiri Ana.
Ana
terpaku saat itu. Ikhwan langsung tidak jijik mengucup pipinya yang hitam legam
itu. Sedang orang lain memandang pun geli, lelaki itu hanya biasa-biasa sahaja.
Sekali lagi dia terharu.
“Ikh..
Ikh.. Ana nak tanya boleh..?”. Tergagap-gagap Ana menyusun kata.
Ikhwan
menatap si isteri. “Tanya je la..”.
“Se..
semalam tu.. semalam.. Ana…”. Ana menggigit bibir bawah. Terasa pijar mukanya
mengingat apa yang terjadi semalam antara dia dan Ikhwan. Ikhwan tergelak kecil.
Dia sudah tahu apa yang ingin Ana katakan.
“Semalam…”.
“Semalam
you masih suci… dan hari ni dah tak kan?”. Ikhwan mengerling nakal. Anak
matanya jatuh ke susuk badan Ana. Hmm.. geram pula rasa.
Ana
berkerut kening. Anak matanya mencari mata Ikhwan, memohon sebuah kepastian.
Dia juga sesungguhnya merasakan hal yang sama tetapi jika benar dia tidak ternoda
dulu, apa yang telah berlaku? Apakah dia salah sangka terhadap Ikhwan selama
empat tahun ini. Dan jika benar Ikhwan tidak merogolnya dahulu, mengapa
perkahwinan ini masih diteruskan?
“Jadi,
dulu..?”.
Jari
jemari Ana disentuh Ikhwan. “I tak buat apa-apa pada you dulu Ana.. Ehmm..”.
Ikhwan sengih, bila kenangan itu terimbau.. dia pun rasa diri gila. Jahatnya
dia dulu nak merogol anak orang.
“Tapi..”.
Ana bagaikan masih tidak percaya.
“You
pukul I dengan pasu kaca tu.. sampai pening kepala I dibuatnya.. siap berdarah
lagi cadar tau.. Apa lagi.. lepas you pengsan, I pun pengsan sekali..”. Ikhwan
ingat lagi.. Selepas Ana ditampar sehingga wanita itu tidak sedarkan diri, baru
sahaja dia hendak mengucup pipi Ana, matanya terasa berpinar-pinar sebelum
semuanya menjadi gelap. Dan itu sahaja yang dia ingat.
Dia
sangka Ana tahu bahawa tiada apa yang terjadi antara mereka. Namun, kejadian di
hospital di mana Ana mengugut mahu melaporkan pada polis membuatkan Ikhwan
terpaksa meneruskan rentak Ana. Berpura-pura menjadi perogol.
“Err..
Ana.. kalu Ikh tak buat apa-apa dulu, kenapa nak kahwin dengan Ana..? Kenapa
tak berterus terang dengan ma?”.
Ikhwan
angkat bahu. “You ingat ma mudah-mudah nak percaya ke? No way! Lagipun
selama ni you sangka I rogol you.. Lepas tu, mesti nak kena buat banyak procedure..
Oh..so boring!”. Ikhwan buat
muka. Kang senang je kalau main angguk.
“Tapi..”.
“You
nak ke pergi hospital dan jaja semua ni pada orang? Nak check dara semua
tu, you ingat tak perlukan doktor ke? Tak perlu orang luar? Dah kalau orang
luar terlibat… maknanya menyusahkan semua orang.. malukan keluarga I..”.
Ana
termangu-mangu. Cerita Ikhwan ada logiknya. Entah mengapa, hati Ana menjadi lapang buat seketika.
Sekurang-kurangnya dahulu, Ikhwan tidak pernah melakukan hal terkutuk itu.
Nampaknya mimpi ngerinya selama ini hanyalah kerana trauma.
“I
nak mandi and pergi kerja tapi
sebelum tu. I nak Ana, boleh?”. Ikhwan sudah sengih nakal.
Ana
diam tidak bersuara ketika lelaki itu sudah erat memeluk batang tubuhnya.
HATI
Ana bergetar mendengar tengkingan Datuk Umaira yang sedang memarahi Ikhwan di
meja makan. Ana yang masih di dapur tidak berani untuk menjengah muka. Zainah
yang berada di situ juga langsung tidak bersuara. Ana memasang telinga.
“Ikh
jangan main-main dengan ma. You have
promised me to become the boss in NUR Holdings”. Datuk Umaira bercekak pinggang.
“Ma.. look.. listen to me, okay.
Ikh bukannya tak nak ambil alih jawatan timbalan pengarah tu.. Cuma nak mula
dari bawah. Nothing wrong with that
la ma. Ikh nak starts sebagai
pengurus”. Ikhwan menyuap roti bakar ke mulut.
Datuk
Umaira menarik nafas lega. Kegusaran hatinya berkurang. Dia mula duduk di meja
makan. “What for Ikhwan? I don’t think it
is a good decision”.
“But I think yes
ma. Ikhwan mahu staf NUR Holdings hormat Ikhwan kerana kemampuan dan keupayaan Ikh
bawa syarikat kita ke peringkat antarabangsa. Not because I am your son. Not because my mother, Datuk Umaira”. Ucap
Ikhwan tegas.
Datuk
Umaira menggeleng. Ikhwan memang berprinsip. Itu yang dia tahu dari dulu. “So, how’s your first day as a husband?”.
Ikhwan
berhenti menyuap dan mendongak merenung ma nya. Dia angkat bahu. “Biasa je. Nothing’s change, I bet so”.
“Ma
tak sangka Ikh sanggup buat kerja terkutuk tu..”. Ucap Datuk Umaira penuh
kesal.
Ikhwan
meneguk liur yang terasa kesat. Melihat wajah kelam Datuk Umaira, hatinya
terhiris pedih. Dia sudah melukakan hati wanita yang selama ini sangat
menyayangi dan menaruh harapan tinggi kepadanya.
“Ma..
Ikh.. minta maaf. Ikh mengaku salah Ikh. Ikh…”. Hendak mengakui sekarang yang
tiada apa yang berlaku dahulu, rasanya tidak penting lagi. Nasi sudah menjadi
bubur. Masakan ma nak percaya.
“Apa
salah Ana tu, Ikh? Such an innocent girl
and Ikh sampai hati buat dia macam tu..”.
“Ma,
Ikh dah bertanggungjawabkan..?”.
“Ya…sebab
ma yang paksa”. Selar Datuk Umaira geram.
Ikhwan
menggaru kepala.
“Cuba
Ikh bayangkan macam mana perasaan Ana kalau Ikh kahwin dengan Narisha and Ikh jadi kakak ipar dia..? After what you have done to her, do you think dia boleh hidup satu
bumbung dengan Ikh?”.
Boleh.
Sebab dulu tak buat apa-apa pun. Ikhwan jawab dalam hati. Tak berani dah nak
keluarkan suara.
Ana
yang menelinga sejak tadi cuba menahan air mata dari mengalir. Sungguh, dia
terharu dengan pembelaan Datuk Umaira terhadapnya.
Ikhwan
masih diam tidak berkutik mendengar kemarahan Datuk Umaira.
“Jaga
Ana elok-elok Ikh sebab dia dah jadi amanah Ikh and ma nak mulai hari ini putuskan hubungan Ikh dengan kakak ipar Ikh
tu. Nanti boleh jadi fitnah pula. Faham?!!”.
Ikhwan
angguk. Malas hendak mengulas apa-apa. Lagipun dia tidak rasa hubungannya
dengan Narisha akan sama seperti dulu selepas kejadian semalam. Yang dia pasti
satu sahaja. Dia langsung tidak mencintai Ana. Huh! Lagipun perempuan cacat itu
tidak sesuai untuk bergandingan dengannya. Dia hanya mahukan layanan Ana
sahaja. Memiliki tubuh yang menggiurkan itu merupakan satu kepuasan buat
dirinya. Sekalipun dia tidak sukakan Ana, bukan jenisnya menengking tidak tentu
pasal. Kerana itu, layanannya kepada Ana seperti pasangan suami isteri.
“Ma..lagi
satu..?”.
“What??”.
“Ikh
nak duduk kondo, boleh?”.
Datuk
Umaira tercengang. “Kenapa? What’s wrong
with the house? And don’t say that you want to have a honeymoon with Ana”.
“Saje.
Lagipun lagi dekat dengan company?”.
“Ikhwan!!
Jangan nak jadikan itu sebagai alasan. Ma pergi kerja tiap-tiap hari. Tak
adanya rasa macam nak mati pun jarak sejam tu. Mahligai Impian ni ma bina untuk
Ikh. I wish you could have a happy moment
here with your wife and childrens”. Datuk Umaira sungguh tidak setuju. Sebenarnya
dia takut Ikhwan mahu memperlakukan Ana seperti orang gaji. Ataupun membalas
dendam terhadap gadis itu. Manalah tahu Ikhwan mempunyai niat yang tersembunyi
di sebalik agendanya itu.
“Ma..please. Ikh bukannya nak tinggal
selama-lamanya kat kondo tu. At least,
sampai Ikhwan jadi CEO..okey ma?”. Ikhwan senyum manis, memujuk.
“No…”.
“Ma..boleh
la ma..”. Ikhwan terus merengek manja.
Datuk
Umaira mengeluh. “Huh, suka hati Ikh lah. Bila nak pindah?”.
“Petang
ni pun boleh? Nantilah Ikh suruh Ana kemaskan baju”.
“Ana!!”.
Panggil Datuk Umaira apabila teringatkan menantunya itu.
Ana
gugup tetapi dia melangkah juga. Apabila sampai di meja makan, dia tersenyum.
“Duduklah
Ana!!”. Jemput Datuk Umaira.
“Ya.
Terima kasih, ma”. Ana mula menarik kerusi. Terasa janggal apabila Ikhwan
seakan-akan tidak melihat kewujudannya di situ. Ana pelik dengan layanan Ikhwan
pagi itu sedangkan semalam lelaki itu baik-baik sahaja.
“Okey,
ma dah nak pergi kerja. Ana jangan segan-segan nak terokai rumah ni. Mahligai Impian ni dah jadi hak Ana
juga”.
Ana
mengangguk. Apabila Datuk Umaira bangun, dia turut berbuat demikian. Ana
menghulur tangan. Ekspresi Datuk Umaira agak terkejut namun membalas dengan
memeluk Ana erat.
“Ehmm,
anak ma ni. Kalau ada apa-apa yang berlaku, telefon ma, ya”. Datuk Umaira
mengusap lembut kepala Ana.
Ana
sungguh terharu dengan pelukan hangat itu. Pelukan pertama dari seorang ibu. Dia
memandang langkah Datuk Umaira dengan senyuman.
Ikhwan
mengerling isterinya yang masih tercegat. Sungguh, dia terpaku melihat tindakan
Ana kerana dia jarang-jarang sahaja menyalami ma. Kalau nak pergi jauh macam UK
tu barulah bersalam. Tapi kalau setakat nak pergi kerja hanyalah ucapan ‘bye ma’, atau ‘okey, Ikh pergi dulu’
“Ana,
nanti Ana kemas baju-baju I and baju
Ana. Petang ni kita nak pindah masuk kondo I. Mungkin lima atau enam bulan kita
kat sana. Beg pakaian I ada dalam powder
room”. Ikhwan mengarah sebelum mencapai
briefcase. “I dah nak pergi ni”.
Ana
tersedar. Pantas melangkah dan mencapai tangan Ikhwan sebelum tunduk
menciumnya.
Sekali
lagi Ikhwan terpaku di tempatnya. Dadanya bergetar hebat. Bibir yang mencium
tangannya dibalas dengan bibir.
No comments:
Post a Comment