Tuesday, 16 February 2016

SAAT KAU JAUH - BAB 18




Ana menyimpan pakaiannya ke almari di kondominium Ikhwan. Mereka sudah berpindah ke sini petang tadi. Ikhwan sudah lesap entah ke mana. Seusai kerjanya, Ana merenung bilik tidur mereka. Ana memang terkejut tika melangkah masuk ke ruangan bilik tidur utama petang tadi. Masakan tidak, bilik itu sebijik sama dengan bilik mereka di Mahligai Impian. Langsung tiada perubahan. Dari warna hingga ke jenis perabot. Semuanya sama.
Ana menarik nafas. Dia tahu mulai hari ini, kondo inilah dunianya. Dia pasti akan rindukan Mak Mi dan Pak Daud, suasana rumah dan mungkin juga taman bunga love miliknya. Tetapi apakan daya, dia sudah berada di sini bersama Ikhwan.
Jauh di sudut hati, Ana berharap perkahwinannya dengan Ikhwan akan memberi sinar baru dalam hidupnya walau mungkin untuk mencapainya dia perlukan seribu kekuatan. Kerana apa yang dia tahu Ikhwan tidak pernah sukakan dirinya.
Ana menarik nafas. lagi Dia sudah memaafkan Ikhwan atas semua yang pernah dilakukannya. Ana menuju ke dapur. Mahu memasak untuk Ikhwan. Mungkin Ikhwan akan balik sekejap lagi.

SERONOK dapat kahwin dengan perempuan tu?”. Herdik Narisha sinis.
Ikhwan hanya mengangkat bahu. Dia menerima ajakan Narisha untuk keluar dinner dan meninggalkan Ana yang sibuk mengemas tadi.
“Sampai hati you buat I macam ni, Ikh..you ingat I ni anak patung ke?”. Mata Narisha mula berkaca. Dia masih sakit hati dan terkilan dengan perlakuan Ikhwan.
Ikhwan mendiamkan diri. Dia tahu memang salahnya mahu menodai Ana buat kali kedua.  Sungguh, dia tidak faham dengan keinginannya sendiri. Dia tidak faham kenapa dia begitu bernafsu melihat Ana sedangkan pakaian Ana tidaklah menjolok mata seperti Narisha ataupun wanita yang pernah diangkut ke apartment. “I am so sorry, Risha. I tak sengaja”.
“Tak sengaja!!! Go to hell lah, Ikh. I boleh maafkan you kalau you nak rosakkan perempuan lain but not that ghost. You dah rogol dia sekali dulukan? Don’t try to keep it. Ma you dah explain everything.”.  Handbag jenama Gucci dicampak kasar. Beberapa orang pelanggan sudah mula berlapis dahinya. Raut wajah mereka mungkin mahukan jawapan.
Ikhwan menjengilkan mata. Terperanjat dengan tindakan gila Narisha. “Apa ni Risha? You jangan nak malukan I kat sini pulak?”. Ujar Ikhwan separuh berbisik. Dia mengawal amarahnya.
“Why? You takut kalau I pecahkan rahsia you tu? Mesti semua orang terkejut giler kalau tahu anak pemilik NUR Holdings cuba nak merogol perempuan hodoh kat rumah sendiri”. Narisha menguatkan suara sambil tergelak-gelak.
“Kurang ajar you ni ye”. Lengan Narisha ditarik kasar. Langsung tidak diendahkan mata-mata yang memandang. Laju langkahnya keluar dari restoran.
“Apa ni? Lepaslah bodoh. You ingat I ni anak kambing ke nak main tarik-tarik hah?”. Tengking Narisha. Lengannya direntap kasar sehingga pegangan kejap Ikhwan terlepas.
Tajam Ikhwan merenung Narisha. Berani betul wanita itu ingin mengugutnya. Macamlah perangainya di London  dulu alim macam ustazah.
You listen here.. Ikh, mulai malam ni..we are over”.
Ikhwan tergelak sinis. “Mulai malam ni??”. Ikhwan tunjuk muka geli hati. “Bukan malam ni, okey, malam kelmarin.. since your beloved sister, Ana lena dalam pelukan I. I nak cakap sikit dengan you.. jangan nak hina-hina Ana. Ana tu muka je tak cantik, tapi body..”. Ikhwan sentuh pipi Narisha dengan hujung jari.
“Meletup!!!. More than you”. Bisiknya di telinga Narisha yang sudah merah padam menahan perasaan.
“Bye honey”. Pintu kereta ditutup. Narisha ditinggalkan terpacak di ruang parkir. Sesaat kemudian tingkap kereta dibuka.
Well, Risha..pergi masuk balik dalam restoran dan ambil handbag you. Ada ic kat dalam kan? Nanti tak pasal-pasal pula you masuk lokap sebab polis ingatkan you dari pendatang asing. I nak balik ni, nak peluk isteri I yang tersayang”. Ucap Ikhwan dengan muka selamba.
Deruman enjin kereta kedengaran pergi jauh meninggalkan Narisha keseorangan. Hati Narisha membengkak. I  takkan lupakan apa yang you buat kat I hari ni Ikh. I akan pastikan you menyesal satu hari nanti. Dan kau Ana, jangan kau ingat kau boleh hidup bahagia dengan Ikhwan. Kau langsung tak layak. Seru hati Narisha bersama dendam yang mula memenuhi segenap ruang jiwanya.
  
 
BAU  haruman jenama Cologne menusuk hidung Ana. Ana kalih pandang. Dilihatnya Ikhwan sedang baring-baring di katil, masih dengan pakaian kerjanya. Bila dia balik? Tak dengar pun. Ana langsung tidak mendengar bunyi pintu. Mungkin kerana dia berada di bilik studi Ikhwan untuk mengaji.
“You masak apa, Ana?”. Ikhwan membuka mata apabila sedar akan kehadiran Ana. Hatinya masih sakit dengan kelakuan Narisha seperti orang hilang akal sahaja lagaknya.
Ana terdiam. “Maaf Ikh, Ana tak masak sebab..”
“Tak masak?!! Ana, you jangan ingat I bawa you masuk kondo ni nak suruh you goyang kaki je. Lain kali you wajib masak, I nak makan malam setiap hari, faham”. Ikhwan sudah mula membebel.
Ana terpana dengan suara kasar itu. Tidak menjangka Ikhwan akan berkata begitu. Ana jadi sedar diri. Bukankah Ikhwan hanya menganggapnya sebagai pemuas nafsu, kenapa pula hendak dilayan seperti pasangan yang bercinta?
“Ana memang nak masak tapi tak ada apa-apa kat dapur. Barang-barang nak masak langsung tak ada”. Jelas Ana.
Ikhwan garu kepala. Alamak!! Apasal la aku ni bengap sangat? Betul juga tu. Kan kondo ni dah lama tak guna. Barang dapur pun tak pernah nak ada.
“Fine..dah tu, Ana tak makan lagi la ni?”. Kesian pula aku dengan dia ni. Menyesal layan perempuan tak betul tu.
“Belum”.
“Ikhwan mula berdiri. “Dah jom, kita pergi restoran. Ana mesti lapar kan?”.
“Eh, tak apa. Ana tak lapar pun. Lagipun dah nak pukul 11 ni”. Ana menolak.
Ikhwan tatap wajah ikhlas itu. “Okey..suka hati Ana la”. Ikhwan mula berbaring semula. Sungguh, dia sangat mengantuk. Maklumlah hari pertama mula kerja. Masih diingat lagi riak terkejut ahli lembaga pengarah apabila diumumkan jawatannya sebagai pengurus. Namun apabila diterangkan oleh Datuk Umaira, barulah mereka bersetuju.
Perlahan-lahan Ana menghampiri Ikhwan. Tangannya sedikit menggeletar tatkala menyentuh dada bidang Ikhwan. Satu persatu butang baju Ikhwan ditanggalkan. Ikhwan menelan liur. Dia jadi bisu seketika dengan tindakan tak terduga itu. Namun dibiarkan kerana hati sangat merelakan belaian itu. Ana yang menunduk ditatap. Rambut kerinting hitam pekat milik Ana menjadi tatapannya. Sungguh. Cantik sekali lenggok tubuh Ana.
“Ikh tukarlah pakaian dulu, baru selesa nak tidur”.
Tanpa menunggu sesaat pun, Ana diraih dalam pelukannya.

No comments:

Post a Comment