Thursday, 4 February 2016

SAAT KAU JAUH - BAB 5

BAB 5


Ana mematikan langkah. Dulang di tangan seakan ingin  jatuh. Jantungnya bagai berhenti berdegup menatap tindakan seorang lelaki asing yang sedang menindih tubuh Narisha. Kakak! Ana cepat-cepat meletakkan gelas di atas dulang di sudut meja. Matanya jelas menggambarkan perasaan terkejut.
“Apa yang awak buat pada kakak saya, hah?”. Ana menjerit sebelum pranggggg..
Dulang emas itu dihentak kasar ke bahu Ikhwan.
“Argggghhh..oh my god? What the hell?”. Ikhwan meraung kesakitan. Dia sudah terjatuh ke permaidani. Gomolannya automatik terhenti. Tangan Ikhwan memegang bahu dan pipi yang tercalar terkena dulang. Mata helangnya mendongak ke atas, menatap wajah yang bersuara lembut tetapi tegas seketika tadi. Serentak itu, mata Ikhwan terbeliak. Terpaku melihat wajah yang hitam legam di pipi kiri.
Ana terkebil-kebil. Dia jadi takut melihat respons Ikhwan. Bulat mata Narisha. Dia membetulkan pakaiannya sebelum bangun. Kemarahan terus menyala naik ke hati. Dia mendekat dan mencekak rambut Ana kasar. Terdongak kepala Ana. Ana terjerit menahan sakit.
“Kurang ajar kau ya??? Berani kau tunjukkan muka hantu kau kat sini. Aku dah bagi amaran semalam”. Berkali-kali wajah Ana ditamparnya.
“Dasar perempuan hodoh..! Kau memang dengkikan aku, kan?”. Narisha terus mengherdik dengan tangan yang masih tidak berhenti menunjal-nunjal kepala Ana.
Ikhwan ternganga melihat kegilaan Narisha. Matanya tiba-tiba jatuh pada pakaian milik wanita berparut itu dan terpaku. Dia...
“Risha, stopped it!! Do you wish to kill her?”.  Ikhwan bangun dan menengking kuat. Tangannya menghalang tangan milik Narisha yang mahu menampar Ana sekali lagi. Ana memegang pipinya yang perit. Urat kepalanya terasa sakit. Dalam diam, dia berterima kasih kepada lelaki yang menghalang tangan itu dari terus menyakitinya. “Look..she is bleeding..”. Ana dengar suara itu berkata, masih dengan nada yang sama.
Ikhwan merenung wajah lesu yang sedang mengusap pipi. Dia benar-benar terperanjat. Dia tidak buta dan tidak mungkin juga dia lupa pada susuk tubuh yang ditatapnya seketika tadi. Namun, wajah itu? Kenapa wajah gadis yang bertubuh cantik itu begitu menakutkan?
“Dasar perempuan tak guna.. tengok dia dah pukul you”. Marah Narisha lagi.
“Sudahlah tu Risha. Dia tak sengaja agaknya”
Ana mendongak merenung lelaki  pertama yang menyebelahi. Wajah tampan itu memenuhi tubir matanya. Dadanya bagai bergetar. Perasaan Ana jadi sayu. Akhirnya, air matanya tumpah juga.
“Kau jangan nak buat menangis pula. Kau ingat aku kasihanlah kat kau tu?”. Herdik Narisha lagi.
“Risha!! Kan I dah kata stop”.
Ana alihkan pandangan pada Narisha yang bagaikan harimau mahu menerkamnya. “An..Ana minta maaf kak. An.. Ana ingatkan dia nak buat benda tak elok pada akak”.
Narisha mencebik. “Huh? Nak tunjuk baik pulak. Hey, kau tu tak tahu apa-apa. Jadi tak payah nak masuk campur urusan aku. Aku nak kau minta maaf pada boyfriend aku ni”.
It’s okay. Risha”. Ikhwan melarang. Entahlah, biarpun dia jadi geli hendak menatap wajah hodoh itu, dia  kasihan juga.
“Saya minta maaf, encik. Saya tak sengaja. Saya tak buat lagi”. Sayu suara Ana
“Err..tak apa”. Balas Ikhwan perlahan. Hujung mata mengerling tubuh Ana. Cantiknya body dia!
“Astagfirullah Ana, kenapa dengan muka Ana? Berdarah tu”. Suara Mak Mi bagaikan terperanjat. Dia tergesa-gesa menuju ke arah Ana. Pipi Ana diusapnya. Narisha meluat.
“Mak Mi.. Mak Mi tak payah nak tolong apa-apa. Lagi satu, kenapa hantu ni yang bawakan air? Kan saya suruh Mak Mi”. Narisha masih dengan nada suara marahnya. Langsung tidak dipedulikan Ikhwan yang erat menggenggam tangan kanannya.
“Cik Risha, Mak Mi minta maaf. Tadi Mak Mi sakit perut. Tu la sebab Mak Mi suruh Ana bawakan air”.
Mata Narisha menangkap sesuatu. Huh, geramnya aku! Narisha merentap tangan Ikhwan. Dia pantas bergerak ke sudut ruang tamu. Sekelipan mata, cappuccino panas itu tersimbah ke wajah Ana yang masih berdarah.
Ana terpaku, tidak sempat mengelak.
Mak Mi memandang simpati.
Narisha tersenyum sinis, puas hati.
Ikhwan terbeliak buat kali kedua melihat Ana yang menjerit kepanasan. Ana, gadis yang dikaguminya sebentar tadi itu berlari sambil memegang pipi.


IKHWAN menghentikan kereta di birai jalan. Dia mahu membawa Narisha keluar makan. Ah! Tidak! Dia tidak mahu gadis yang sungguh kasihan itu disakiti lagi.
Why?”. Soal Ikhwan.
Narisha kalih pandang. Kerut dahinya kelihatan.“Why?”.
Yes why? Why perempuan yang nama Ana tu panggil you kakak sedangkan you cakap you anak tunggal? Why you benci dia sampai you tergamak pukul dia separuh mati? Why muka dia macam tu? Why?Why? and why?”. Tinggi suara Ikhwan. Entah kenapa kepalanya jadi serabut sehingga dia terdesak untuk mengetahui semuanya.
“I malas nak jawab soalan you, Ikh”. Narisha berwajah selamba.
Ikhwan mengetap bibir. “You dengar sini Risha, I hate a liar. I hate those who dare to challenge me.. Kalau you tak nak jawab, tak apa! Tapi pastikan you are not in those categories. Kalau you ni jenis kaki penipu, lebih baik I cari perempuan lain”.  Keras Ikhwan memberi amaran.
Narisha tergamam. Ketakutan menerpa hatinya dengan suara keras Ikhwan. Dia tidak mahu kehilangan Ikhwan, lelaki yang dicintainya. “Okay, I am so sorry, Ikh. I tipu you”. Dia usap lembut lengan Ikhwan.
“Huh..I maafkan you kalau you ceritakan siapa dia dan kenapa...”
“Okey, dia Nurul Ana Liyana, my sister. 17 years old. My parents and I sangat bencikan dia. Dia cuma berkawan dengan orang gaji dan pemandu kitaorang je. Come on Ikh, muka hantu macam tu, siapa yang suka. Even kalau bagi kat perogol pun, diaorang  tak mahu”. Celopar Narisha menutur kata.
Ikhwan terkedu. Dia sudah mengagak bahawa Narisha ada hubungan dengan si cantik, oh, si hodoh yang malang itu.
“Kenapa muka dia macam tu?”
“Err..I.. I’m not sure tapi kalau ikut cerita ibu, Ana menyebabkan kematian adik lelaki kesayangan papa I. Adik I meninggal angkara dia dalam bilik air. Tu la sebab papa I benci sangat pada dia. Masa tu I pun ada sekali tapi I tak tahu sangat apa yang jadi sebenarnya. And then papa I mengamuk, dan terjirus muka Ana dengan I panas. Melecur habis muka dia. She end up like a  ghost”. Narisha kelihatan teragak-agak untuk bercerita. Ikhwan yang menadah telinga terasa simpati. Kasihannya, angkara ayah sendiri, Ana berwajah buruk.
“Dia tak pergi sekolah ke?”,
“Pergi, sampai PMR je. Asyik orang mengata je, baik tak payah. Buat takut orang je”.
“Oh..”. Hanya itu yang mampu dijawab oleh Ikhwan.
“So, kita dah habis pasal hantu tu.. You tak marahkan I lagi kan? How’s your shoulder and cheeks, honey?”. Narisha merengek manja sambil mengusap bahu dan pipi Ikhwan.
Ikhwan hanya beriak diam. Dia masih bingung.


YAZEED memejamkan mata. Ingatannya terhadap wanita berwajah manis itu muncul lagi. Semakin lama masa berlalu, semakin tidak tenang hidupnya. Sungguh, mungkin dia ada segala-galanya, tetapi dia sudah terlalu lama kehilangan wanita yang dicintainya. Lirikan mata yang menggoda milik wanita itu terbayang dalam mindanya, membuatkan rindunya kian membukit. Mungkin sudah tiba masanya dia rungkaikan semuanya. Biarpun bukan salahnya, tetapi dia tetap akan dicop sebagai pesalah jika dia masih berdiam diri.
Yazeed terdiam pula. Memikirkan kemungkinan bahawa wanita itu sudah berkahwin lain dan tidak lagi dapat dimilikinya. Ah! Dia tidak sanggup. Cukuplah lebih 22 tahun dia kempunan untuk menatap seraut wajah yang seringkali mengukir senyuman yang cukup menawan pada pandangannya.
Ladang epal dan anggur di Australia miliknya itu dipandang dengan perasaan yang cukup puas. Inilah hasil gigihnya selama ini. Dia sudah berjaya mencipta nama di bumi Australia kerana kehebatannya memiliki 20 ladang buah-buahan yang hampir semuanya mendatangkan pulangan yang lumayan. Topi koboi di kepala disangkut di pohon anggur. Udara segar pagi itu dihirup dalam-dalam.
Yazeed nekad untuk kembali ke tanah airnya, Malaysia. Cuma mungkin perlu menunggu sedikit masa lagi.
Tekad untuk mendapatkan kembali wanita yang dirinduinya atau paling kurang memohon maaf daripada wanita itu.
Daddy, are you done?.”. Suara seseorang yang serak basah di belakang mematikan lamunannya.



No comments:

Post a Comment