Monday, 29 February 2016

MY SOULMATE - BAB 3



 Sorrylah Ayu….mana aku tahu nak jadi macam ni….” nada kekesalan Hanis terserlah setelah mendengar cerita Ayuni tentang temuduga itu. 
           “Aku cuma ikut saranan Encik Taufik….mana pulak aku tahu benda tu dah memalukan kau….lagi pun…”
          “Takpelah Hanis dah bukan rezeki aku agaknya….”cepat-cepat Ayuni memotong kata-kata Hanis yang ketika itu merasa sangat bersalah.
 Sememang niatnya hendak membantu Ayuni.  Tidak disangkanya pula jadi begini kerana sebelum ini ideanya itu telah berjaya membantu seorang rakannya mendapat kerja di Menara Holding.
          “Ayu…kau jangan risau.  Aku tetap akan bantu kau untuk dapatkan kerja di Menara Hoding…” balas Hanis bersungguh-sungguh.
          “Kau nak tolong macamana?” pintas Ayuni sambil tersengih kerana dia merasakan adalah sangat mustahil untuk dia mendapat jawatan itu setelah apa yang berlaku tadi.
         “Kau tak payah risau.  Tahulah aku macamana nak buat…” jawab Hanis sambil tersenyum dengan penuh keyakinan.  Sesuatu sedang bermain di fikirannya.  Dia seolah-olah telah mendapat idea bagaimana hendak menolong Ayuni.
            “Errr….Ayu.  Aku tanya kau sikit, boleh?” tanya Hanis teragak-agak.
           “Hai, sejak bila pulak kau pandai minta kebenaran bila nak tanya soalan pada aku ni?  Selalunya kau main ‘boh’ aje.  Sebab tu aku gelar kau ni polis pencen” sindir Ayuni.  Dia sudah masak sangat dengan perangai rakan baiknya itu.
          “Alah…yang tu lain dan yang nak aku tanya ni lain dari soalan biasa” jawab Hanis dengan nada seakan-akan merajuk apabila disindir Ayuni tadi.
         “Hah, apa dia?  Suspen aje aku tengok kau ni…”balas Ayuni.  Hilang kisah temuduga tadi timbul pula cerita yang lain. 
         “Err…apa pendapat kau tentang Encik Taufik?” soal Hanis dengan senyum meleret.             
         “Alah…itu ke soalan yang kau nak tanya?  Aku ingat soalan maut apa kau nak tanya aku tadi” tertawa Ayuni bila mendengar pertanyaan rakannya itu. 
         “Aku tanya serius ni Ayuni.  Apa pendapat kau?” tekan Hanis apabila melihat Ayuni hanya ketawa mendengar pertanyaannya itu.
         “Yang kau beria-ia nak tanya aku ni kenapa?  Haaa..ni mesti kau dah syok dengan assistant CEO tu kan?” teka Ayuni. 
         “Hishh…apa pulak aku yang syok?  Kau ni, lain yang aku tanya, lain pulak yang kau jawab” potong Hanis. 
         “Yela…aku tengok kau bersungguh-sungguh nak tahu.  Lagipun, aku tengok tadi, bukan main mesra kau dengan dia.  So, pada pendapat aku Encik Taufik tu sesuai sangat dengan kau.  Ok, puas hati? tambah Ayuni. 
Dia sendiri tidak tahu apa pandangannya tentang Taufik sebab sememangnya tadi dia langsung tidak memberi perhatian pada Taufik.  Apatah lagi dia sendiri rasa rimas apabila asyik direnung Taufik.
         “Ayuni, aku tanya pendapat kau tentang Encik Taufik bukan sebab aku dah ‘tangkap cintan’ dengan dia tapi sebab dia dah berkenan dengan kau.  Aku dah lamalah  kerja sebumbung dengan dia dan tak mungkin aku syok pada dia sebab aku dah anggap dia macam abang aku sendirilah” jelas Hanis. 
            Kata-kata Hanis menyebabkan mulut Ayuni terlopong.  Taufik suka pada aku?
         “Ah, kau jangan pandai-pandai nak buat cerita Hanis.  Aku tengok tadi dia biasa aje.  Lagipun, mustahil dia suka kat aku.  Jumpa tak berapa minit dah boleh suka ke?  Kau jangan nak lebih-lebih ye Hanis” Ayuni masih tidak percaya dan seolah-olah memberi amaran kepada Hanis supaya tidak mereka-reka cerita.  Dia kenal sangat perangai rakan baiknya itu.
        “Apa pula aku buat cerita?  Mungkin kau yang baru jumpa dia beberapa minit tapi dia dah kenal kau lama.  Kau tak perasan ke yang Encik Taufik tu asyik tenung kau tak berkelip-kelip tadi” jelas Hanis. 
Ayuni tidak menyangka yang Hanis juga perasan akan perlakuan Taufik di sepanjang mereka menjamu selera tadi kerana Hanis kelihatan lebih memberi tumpuan kepada hidangan di depan matanya.
           “Kenal aku lama?  Hei, Hanis apa yang kau merepek ni?  Bila pulak dia kenal aku?  Kalau aku tak kenal dia, macamana pulak dia boleh kenal aku.  Hishh…dahlah Hanis. Kau jangan nak tambah serabut kepala aku ni boleh tak?” Ayuni kebingungan.
           “Dia dah lama minat kat kau.  First time dia tengok gambar kau yang ada kat atas meja  aku, dia dah mula minat.  Tak habis-habis dia merisik dengan aku pasal kau.  Lepas tu dia tengok pulak akaun facebook kau guna akaun facebook aku dan untuk pengetahuan kau, dialah yang bersungguh-sungguh suruh kau mohon jawatan pembantu akaun tu” tambah Hanis. 
Bertambah melopong mulut Ayuni bila mendengar tentang Taufik dan kaitannya dengan jawatan yang dipohonnya itu tetapi bila mengingatkan tentang hasil temuduganya itu tadi,  dia segera berasa lega kerana dia pasti jawatan itu tidak akan diperolehinya.  Jadi, kisah Taufik akan berakhir di situ saja. 
            “Dahlah Hanis, aku malas nak fikir lagi.  Kau pun tak payah susah-susah nak jadi match maker untuk aku ye….”jawab Ayuni selamba dan terus menuju ke bilik air meninggalkan Hanis yang masih ternanti-nanti akan jawapan Ayuni.
            Hanis menghantar Ayuni dengan pandangan matanya.  Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal.  Entah kenapa, dia sendiri sudah mati akal bagaimana untuk ‘memancing’ teman baiknya itu untuk Taufik.  Dia sendiri jadi rimas dan serba salah apabila kerap didesak oleh Taufik untuk mengenalkan dirinya dengan Ayuni.
            Hanis tambah tertekan dengan sikap selamba dan sejuk beku teman baiknya itu.  Kadang-kadang dia melihat Ayuni seperti seorang gadis yang tidak berperasaan apabila dia cuba mengajak Ayuni untuk bercerita mengenai lelaki.  Mood yang ceria dan gembira akan segera bertukar menjadi muram dan hilang mood apabila dia mula berbicara soal lelaki.  Tetapi dia langsung tidak menyalahkan Ayuni kerana bersikap begitu kerana kisah silamnya yang telah menyebabkan teman baiknya itu bersikap sedemikian.
            Sedang Hanis termangu-mangu memikirkan jalan untuk mendekatkan Taufik dan Ayuni, tiba-tiba kedengaran bunyi mesej masuk.

            Salam.  Macam mana Hanis?  Awak dah cakap ke belum pada Ayuni tentang hasrat saya ni…..tolong jangan lama-lama….saya dah gila bayang ni….pls help me!

            “Aduh!  Ini lagi satu bala.  Mamat ni tak tahu sabar agaknya?  Apa dia ingat nak pikat anak dara orang boleh main ‘boh’ aje?  Kalau yang kau nak ni bukan Ayuni, aku rasa kerja aku dah lama settle….tapi ni Ayuni ok??  Keras kepala…kepala batu tahap dewa….” Hanis merungut sendiri sebaik sahaja selesai membaca mesej dari Taufik dan dengan pantas tangannya membalas.

            Harap bersabar ye…..man man maaaaa……

            Hanis terus menapak ke tepi jendela di biliknya merenung malam yang gelap.  Dia sendiri sudah buntu bagaimana untuk memenuhi hasrat mamat angau sorang tu!
            Hanis termenung seketika memikirkan tentang rancangannya mahu membantu Taufik untuk mendapatkan Ayuni.  Kadang-kadang dia terfikir juga, adakah wajar tindakannya itu?  Adakah Taufik lelaki yang baik?  Atau dengan kata lain, adakah Taufik sesuai untuk teman baiknya itu.
            Namun, jika difikirkan secara mendalam, rasa-rasanya tiada salahnya untuk membantu Taufik mendapatkan Ayuni. Walaupun cerita-cerita yang kurang enak mengenai Taufik yang kononnya womanizer pernah sampai ke telinganya, tetapi dia yakin, Taufik jadi begitu pasti bersebab kerana sepanjang dia mengenali lelaki itu, dia tahu Taufik adalah seorang lelaki yang baik.
            Selama dia berkhidmat di Menara Holding, belum pernah lagi dia mendengar cerita-cerita kurang enak mengenai pembantu CEO itu.  Bekerja di syarikat mega ini, tidak banyak bezanya berada di dalam industri seni tanah air.  Gosip boleh didengar di sana sini terutamanya apabila melibatkan orang-orang kuat syarikat ini dan disebabkan faktor itu, Hanis amat yakin yang tindakannya untuk merapatkan hubungan Taufik dan Ayuni adalah tepat.







No comments:

Post a Comment