Tuesday, 1 March 2016

CINTA JANGAN SAKITI AKU - BAB 1




Tekocoh-kocoh Alissa menolak daun pintu pejabatnya. Terlambat!
Jarang benar dia terlambat datang kerja. Hari ini memang malas yang amat sangat. Puas Husna membebel dan menarik tangan dia supaya bangkit meninggalkan katil. Bosan dan sakit telinga dengan bebelan Husna, Alissa bangun juga dengan berat hati.
“Lambat hari ni , Cik Lisa?”
Wajah Suhaila penyambut tetamu menyapa pandangan mata.
“Hai Su yang cantik! Lambat sikit hari ni sebab ada sindrom Monday Blues!” Alissa tergelak mengekek.
“Samalah Cik Lisa.. Saya pun malas nak bangun tidur hari ni.”
“Sama pula kita ye. Okaylah Su, saya terlewat ni. Pagi ni ada meeting.
“Belum lambat lagi pun Cik Lisa. VVIP belum sampai..”
Langkah Alissa mendekati meja Suhaila. “VVIP? Siapa?”
Suhaila menjongket bahunya. “Tak tahu. Datuk suruh saya tunggu VVIP tu.. Saya tak tahu siapa tapi dengarnya pekerja baru syarikat ni.”
Kening Alissa terangkat sedikit. “Bahagian apa?”
Sekali lagi Suhaila menjongket bahunya.
“Pelik.. Datuk takde pun cakap dengan saya yang dia nak ambil pekerja baru.. Tiba-tiba aje ambil pekerja baru, bahagian apa ye?” Alissa berfikir sendiri.
“Entahlah Cik Lisa, saya ni penyambut tetamu aje.. Lagilah saya tak tahu apa-apa pasal urusan ambil pekerja ni.” Suhaila tersengih-sengih.
“Takpelah Su, nanti kita tahu juga orangnya siapa, kan? Okay, saya gerak dulu ye, nanti lambat pula nak meeting.. Jumpa lunch nanti.”
Okay!” Balas Suhaila sambil mengangguk.
Sebaik sahaja Alissa kalih ke belakang, tubuhnya berlanggar dengan seseorang.
Buk!
Tanpa memandang wajah siapa yang dilanggar olehnya, Alissa menggosok dahi yang terasa sakit sambil kalut menunduk mengutip fail yang jatuh di lantai. Adoi, ada paku ke dekat dagu! Nak marah ke nak buat apa dia pun tak pasti, tapi dia yang langgar lelaki di belakangnya ini.
You okay ke?” Alissa angkat kepalanya memandang lelaki yang turut menunduk mengutip failnya yang jatuh.
Degupan jantung terhenti.
Tangan terasa menggeletar tiba-tiba. Tempo nafas lintang pukang. Terasa semput melihat wajah yang muncul dihadapannya ini.
Alissa dan lelaki itu sama-sama kaget. Terkejut dengan perjumpaan yang tidak dijangka ini. Tangan kalut mengutip satu lagi fail dihujung sudut meja Nisda, kerani pejabat.
“Cik Lisa okay tak?” Suhaila yang berada di situ turut turun padang untuk membantu Alissa. Mesti sakit terhantuk tadi. Adoi!
Tanpa membalas pertanyaan lelaki itu dan Suhaila, Alissa terus bergerak ke bilik menyuarat.
“Encik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
Alissa mendengar soalan Suhaila kepada lelaki itu namun dia melangkah dengan lebih pantas. Tidak mahu mendengar suara lelaki itu lagi! Takut pula kalau Suhaila memerlukan bantuan dia untuk membantu lelaki itu. No! Never!

Terasa melayang-layang langkah kaki. Tidak percaya apa yang dia lihat sebentar tadi. Tangan naik menyentuh dada yang terasa berdegup laju.
Ya Allah.. Mimpi atau kenyataan?
Alissa menggelengkan kepalanya. This is crazy! Takkanlah lelaki itu masih wujud di Malaysia?
Lisa! Jangan berangan.
Mungkin dia hanya bermimpi sahaja atau mungkin juga pelanduk dua serupa? Ah, jangan terlalu banyak berkhayal Lisa. Kalau rindu pun janganlah sampai nampak bayangan di mana-mana. Parah Lisa, parah!
Tak mungkin lelaki sama. Tidak mungkin!
Pintu bilik mesyuarat ditolak tanpa diketuk terlebih dahulu. Ya Allah, terlupa habis etika dan protokol yang perlu dibuat. Sumpah dia rasa serba tidak kena sekarang ini.
Langkah kaki menuju ke tempat duduk yang masih kosong. Kiri dan kanan kosong. Malas mahu berbual dengan sesiapa jadi dia memilih untuk duduk bersendirian seketika sebelum perkerja lain masuk memenuhi kerusi-kerusi kosong.
“Lisa, you okay?
Teguran Datuk Ibrahim mengejutkan Alissa yang nampak masih terkejut.
Sorry, Datuk, saya tak perasan Datuk dah sampai dulu.” Alissa tegak berdiri. Malu pula bila ditegur oleh majikannya. Biasanya dia tiba lebih awal berbanding Datuk Ibrahim, entah mengapa hari ini malas benar dia mahu bergerak ke pejabat.
Rasa berat hati aje. Puas Husna membebel kepada dia barulah dia bangun mandi. Kalau tidak memang masih berlingkar di atas tilam empuk miliknya.
“Tak apa. I datang awal sedikit hari ni. You okay ke tidak ni?” Datuk Ibrahim nampak bimbang dengan wajah Alissa yang nampak berbeza hari ini.
“Yeah. Yeah. I am okay, Datuk. Terkejut sedikit tadi..” Maunya tidak terkejut, bertahun-tahun tidak bersua tiba-tiba muncul dalam keadaan dia langsung tidak bersedia, haruslah dia terkejut bagai nak gila.
“Patutlah muka you nampak cuak. Terkejutkan apa?”
“Saya okay, Datuk. No worries.” Bimbang pula dengan sikap Datuk Ibrahim yang nampak caring kepada dia.
Rambut kalut diselak ke belakang telinga. Segan pula bila ada beberapa pasang mata dalam bilik menyuarat itu memandang dia dengan pandangan pelik. Dia bukan ada skandal dengan Datuk Ibrahim lah! Macam nak jerit aje macam itu.
Datuk Ibrahim memang macam tu. Layan dia dengan baik sejak dia mula bekerja di sini dan dia pun tidak tahu mengapa. Memang sikap seperti bapa-bapa.
“Kalau you cakap takde apa-apa, takpelah. Kalau ada apa-apa masalah jangan pendam seorang diri,”
“Baik Datuk.”
Datuk Ibrahim menganggukkan kepalanya.
“Baiklah, kita tunggu seorang lagi pekerja baru yang akan memulakan tugasnya pada hari ini.”
“Siapa Datuk?” Celah Roslan, Pengurus Eksekutif Mehelea Tekstile.
“VVIP pada hari ini. VVIP dalam hidup saya.” Bibir Datuk Ibrahim mengukir senyuman. Nampaknya seseorang yang dinanti ialah sangat penting pada hari ini.
“Siapa lagi penting selain Datin Maheran, Datuk?”
Ya Allah, Roslan ni tak boleh senyap dua minit pun. Banyak sangat benda di nak tanya. Alissa mula serabut mendengar suara sokseh-sokseh dalam bilik menyuarat. Semua kalut nak tahu siapa tetamu penting Datuk Ibrahim.
“Adalah. Lelaki penting dalam hidup saya selepas arwah bapa saya.” Bersinar-sinar wajah Datuk Ibrahim bercerita tentang lelaki penting dalam hidupnya itu.
Siapa? Anak dia? Cucu Datuk Ibrahim?
Ya Allah, siapa pun orangnya yang penting Alissa tidak suka!
Alissa mencebik. Dasar VVIP mesti lambat! Tak boleh nak datang awal sikit daripada orang biasa ke? Semua orang nak kena tunggu dia. Menyampah! Hati mula menyumpah seranah. Bukan apa, dia memang anti betul kalau orang yang tidak menepati waktu. Dah janji menyuarat pukul 9.00 pagi, datanglah awal sikit.
Kalau dulu-dulu, Tun Dr. Mahathir pun akan cepatkan jam beliau awal lima minit untuk memastikan beliau tidak lambat menghadiri apa-apa majlis. Ni VVIP mana pula yang sudah lewat lima minit ni?!
Alissa berasa tidak puas hati. Memang tak suka kalau orang tak menepati masa. Come on lah, orang bukan takde kerja nak buat kalau asyik nak kena tunggu VVIP aje.
“Em, Datuk, lambat lagi ke orangnya?” Alissa mungkin kelihatan tidak sabar-sabar untuk mengetahui siapakah gerangan VVIP itu tetapi yang sebenarnya ialah dia dah mula rasa meluat sebab bilik mesyuarat mula bising dengan orang berbual-bual.
“Wah, you dah tak sabar ke Lisa?”
Bibir Alissa tersengih kelat. Segan pula ditegur seperti itu. “Takdelah Datuk.. Tanya aje.”
“Orangnya kacak kali ini, penantian you memang tak sia-sia kali ini.”
Erk? Penantian apa? Apa yang dia nantikan selama ini?
“Lisa, you tunggu seseorang ke?” Humairah yang duduk bertentangan dengan Alissa bertanya. Ingin tahun siapa yang ditunggu oleh Alissa selama ini.
“Lisa segan nak cakap agaknya..” Datuk Ibrahim tergelak kecil.
Really?” Suara Humairah bertukar nada teruja.
“Takdelah.. Datuk melawak aje tu. Mana ada I tunggu sesiapa pun.” Balas Alissa sedikit geram. Datuk Ibrahim ni sengaja aje nak timbulkan gosip di pejabat!
Humairah mengangguk beberapa kali. Mungkin tidak berani menyoal lagi apabila melihat wajah Alissa yang sedikit mencuka.
Tiba-tiba pintu bilik menyuarat diketuk dari luar.
Semua mata di dalam bilik menyuarat terarah ke pintu yang ditolak sedikit.
“Dah sampai ke?” Soal Roslan dengan tidak sabar-sabar.
Alissa mencebik. Roslan ni memang dasar kaki kipas! Kalau VVIP, golongan-golongan ada title Datuk tu memang dia suka sangatlah nak berhimpit. Nak dapatkan tender konon!
“Maaf Datuk, saya lambat sikit.”
Suasana dalam bilik mesyuarat riuh-rendah. Mukhriz rupanya!
“Masuk Mukhriz. Duduklah. Kami belum mula mesyuarat pun lagi. Masih menanti seorang lagi pekerja baru pada hari ini.” Balas Datuk Ibrahim ramah.
Mukhriz berjalan laju menuju ke kerusi kosong di sebelah Alissa.
“Dah lama sampai?”
Almost 15 minutes tunggu VVIP Datuk hari ini. Dah kata pekerja baru, tak faham kenapa dia mesti lambat!” Degus Alissa sedikit geram. Suara sedikit keras namun perlahan.
“Sabarlah sikit...”
“Hari ni mood tak baik. Tak boleh sabar!”
Mukhriz tergelak kecil. “Kenapa? Siapa buat mood awak tak baik ni?”
Hmm, takde apa-apa lah.” Malas pula mahu bercerita dengan Mukhriz. Biarlah dia simpan seorang diri.
“Tak nak cerita sudah. Kalau cakap dengan saya boleh saya tolong hiburkan hati awak tu.”
“No need.” Balas Alissa geram.
“Tak nak sudah.. Awak yang rugi Lisa..”
Alissa buat-buat tidak mendengarkata-kata Mukhriz. Tangan sibuk membuka fail kuning di hadapannya. Membaca isi laporan yang sudah lima belas kali dia baca benda yang sama.
Rasanya dah boleh hafal apa yang hendak dia bentangkan pada hari ini.
Corak rekaan pakaian yang terbaru dibelek beberapa kali. Rasanya dia memang berpuas hati dengan hasil rekaan dia pada kali ini.
“Baju baru?”
Alissa angguk mengiyakan pertanyaan Mukhriz.
“Dah twenty-minutes! Tak reti bawak kereta laju-laju ke apa orang penting Datuk ni?” Sekali lagi Alissa berbisik keras di telinga Mukhriz. Bengangnya!
Kalau dia duduk di meja kerja dia agaknya dia dah boleh siapkan dua jenis rekaan terbaru dalam masa dua puluh minit ni!
“Sabarlah. Mungkin jalan jammed. Tapi masa saya datang pun jalan jammed tau!”
Alissa tayang riak tidak berpuas hati. Kalau tahu jalan jammed bangunlah awal pagi. Keluar awal sedikit.
Sudahnya Alissa melayan geram seorang diri. Roslan yang asyik sibuk menyoal tentang pekerja baru kepada Datuk Ibrahim dijeling oleh Alissa. Tak suka Roslan! Jangan nak berpolitik sangat dalam kerja boleh tak?
Semua orang di sini cari makan.. Janganlah over sangat nak ambil hati majikan.

Pintu bilik menyuarat sekali lagi diketuk dari luar dan wajah Nora, setiausaha bos kedua di Ibrahim Tekstile tersembul di muka pintu.
Yes Nora?” Datuk Ibrahim memandang wajah gadis genit yang berdiri di muka pintu.
“Datuk, your VVIP is here.” Nora menekankan perkataan VVIP kepada Datuk Ibrahim.
“Wah, VVIP kita dah sampai. Tak sabar nak tengok wajah kacak pekerja baru kita.. Bolehlah buat cuci mata, kan Datuk?” Wajah Roslan bercahaya.
Alissa menjeling Roslan. Eiii, tak sukanya dengan lelaki ini!
“Jemput dia masuk.”
Nora mengangguk dan menolak daun pintu dengan lebih luas. Memberi laluan kepada lelaki yang sedang berdiri di belakangnya untuk masuk.
Alissa tunduk memandang fail mesyuarat sambil mengepal penumbuk. Memang tak boleh nak tengok muka lelaki yang kononnya sangat penting kepada syarikat sebab dia meluat! Dah la lambat dua puluh minit, nak kena jemput bagai.
Tak boleh masuk sendiri ke? Nak sangat orang layan macam raja!
Ah, Alissa. What is wrong with you? Semua benda tak puas hati ni kenapa?
Tangan digenggam kuat. Mesti kes berlanggar tadi. Hilang mood betul bila nampak lelaki itu. Kenapa mesti muncul? Kenapa?! Ingatkan dia takkan jumpa lelaki itu lagi seumur hidup dia.



No comments:

Post a Comment