Tuesday, 1 March 2016

UNTUK SEKALI LAGI - BAB 10



“Car pool?”

Okay.”

“Where to?”

“Pullman.”

Bro, mana awek kau?”

Amirul Haikal lirik telefon bimbit di tangan. Tiada panggilan tidak berjawab dan tiada SMS yang masuk. Lambat pulak pujaan hati ni. Janganlah tak jadi, orang dah teruja nak jumpa ni. Siap nak tunjuk kat Don Juan malaya kat sebelah dia ni...

Hud Daniel yang sedang menunggu di ruang legar Synergy merenung tajam ke arah dua orang sahabatnya.

Keliru. Seperti tidak faham dengan perasaan sendiri. Marah. Tapi entah pada siapa. Rose Raihanah? Amirul Haikal? Atau diri sendiri? Keluhan terlepas dari mulut buat kesekian kalinya.

Sedar silap sendiri. Dia yang tekad untuk merahsiakan perkahwinan ini. Bukan apa, dia sebenarnya bimbang dengan tanggapan orang terhadap dirinya. CEO yang gatal berbini dua. Aduh! Tercalar imej pencinta setianya. Wah! Tak menahan langsung statement tak sedar diri aku. Jujur, sebenarnya dia masih belum sedia. Mata tiba – tiba tertancap ke arah susuk wanita yang sedang melangkah ke arah mereka.

Pagi tadi, hati berdetup – detap melihat transformasi wanita itu. Kaki seolah – olah tidak berpijak di atas bumi melihat keanggunannya menyarung pakaian moden yang menyerlahkan sisi femininnya. Sebenarnya, pagi itu dia sengaja menjengah ke bahagian kewangan. Hendak berjumpa dengan Rose Raihanah. Tebal rasa bersalah pada isteri yang satu ini. Pandai atau tidak memujuk, Hud Daniel tekad nak redah saja. Nak jumpa wajah yang sentiasa menghiasi mimpinya sejak akhir – akhir ini.

Yang buat malas, Saffiya Safwa merengek nak ikut sama! Puas dia memujuk meminta supaya Saffiya Safwa menunggunya di pejabatnya sendiri saja. Tak jalan langsung! Mahu tidak mahu terpaksa juga dia membawa isteri pertamanya itu ke sana ke mari.

Rimas.

Alahai! Kalaulah Amirul Haikal dan Saffiya Safwa tidak ada di situ, sudah pasti tubuh wanita itu akan diraih dan dipeluk kejap.

Rindu!

“Maaf, lama tunggu?” Soal Rose Raihanah sopan. Hariz Amrey terpana. Tekak rasa kering. Lidah hilang kosa kata. Terpampang imej seorang gadis di layar mata Hariz Amrey. Senyuman itu, mengingatkan dia pada seseorang. Cepat – cepat Hariz Amrey menghalau imbasan kenangan.

Snap out of it Hariz!

Hariz Amrey memaku pandang kepada wanita yang sedang memateri senyum kepada mereka semua. Ini Rose Raihanah? Padanlah Saffiya Safwa macam beruk kena belacan. Kalau inilah saingannya, dia memang patut susah hati. Mata Hariz Amrey meliar memandang Rose Raihanah dari hujung rambut ke hujung kaki serupa helang.

Sexy but still classy.

Sweet and demure.

Very interesting!

Terasa diri diperhati, Rose Raihanah memberanikan diri membalas renungan Hariz Amrey, senyuman manis dilayangkan seikhlasnya. Hariz Amrey terpana lagi. Baru saja Amirul Haikal mahu membuka mulut, laju dia dipintas Hariz Amrey yang sedia menghulur tangan untuk bersalam.

“Hi, I’m Hariz, and you are Rose right? The famous Rose Raihanah.” Rose Raihanah cuma tersenyum menutup rasa bersalah kerana tidak mahu menyambut salam Hariz Amrey. Kepala sedikit diangguk.

“Maaf. Panggil saja saya Rose.” Senyuman manis dihadiahkan juga.

Hariz Amrey menarik tangannya semula, terus masuk ke dalam poket seluar. Segan juga salamnya tidak disambut. Again, very very interesting. Tiba – tiba perutnya disinggung oleh Amirul Haikal.

“In case you forgot, she’s mine, bro.” Bisik Amirul Haikal perlahan, cuma untuk didengar oleh Hariz Amrey.

Why? Rasa tercabar?” Amirul Haikal mendengus geram dengan jawapan Hariz Amrey.

Dasar buaya darat!

“Aku bukan rasa tercabar, cuma nak ingatkan kau sikit.” Amirul Haikal mendekatkan badannya sedikit.

“Perempuan lain kau boleh caras yang ini jangan harap! Over my dead body.” Hariz Amrey cuma ketawa mendengar ugutan Amirul Haikal.

“Then all I need to do is to kill you.”

Amirul Haikal tersentap.

“Kidding!” Meledak ketawa Hariz Amrey, memancing perhatian beberapa kakitangan Synergy yang sedia ada di ruang legar tempat mereka berdiri.

Rose Raihanah dan Sarinah juga terpinga – pinga melihat telatah dua orang lelaki itu. Diorang buat lawak ke? Bukan main lagi suka. Amirul Haikal mengemam bibir menahan perasaan. Sedikit pun dia tidak fikir apa yang diutarakan Hariz Amrey itu lucu.

“So, what are we waiting for? Atau rasa nak duduk bersila makan kat sini aje?” Sinis nada suara Hud Daniel kedengaran setelah berjalan melepasi mereka berempat. Emosinya berkerja keras hari ini, macam naik rollercoaster. Berasap kepala melihat gelagat Amirul Haikal dan Hariz Amrey yang jelas cuba mendekati Rose Raihanah. Tak habis dengan si Haikal, sekarang Hariz pulak? Berapa banyak lelaki yang berkehendakkan Rose Raihanah? Bergegas mereka yang lain mengekorinya dari belakang.

“Apahal laki kau tu, babe? Macam period je aku tengok.”

“Agaknya lah tu. Senggugut!” Tutur Rose Raihanah disambut dengan ketawa kecil dari Sarinah. Tapi...

Babe, kau kena hati – hati.”

“Kenapa pulak?”

“Lain macam aku tengok. Cemburu kot?”

“Aik? Bukan kau yang ajar aku pancing cemburu dia?”

“Aku ajar pancing cemburu, aku takut kita terpancing lain.”

“Apa?”

“Marah.” Rose Raihanah mencebik.

“Marah dia aje ko takut, habis, marah aku?”

“Erk? Ko marah siapa babe? Janganlah marah – marah aku pulak.”

“Bukan kau, laki aku tu! Nak marah kat aku pulak! Patutnya aku yang marah dia buat aku macam ni, ni terbalik pulak! Eh! Tak pasal menyirap pulak darah aku!”

Tak agak – agak perempuan ni mengumpat laki sendiri, bisiknya di dalam hati. Sarinah kemudian senyum segaris. Mata rasa sukar percaya memang ketiga – tiga orang pemuda kacak ini berada di hadapannya sekali gus. Macam budak disua gula – gula! Rasa menggelenyar satu badan. Rasa macam model iklan pun ada, model iklan minyak wangi yang diapit oleh lelaki – lelaki ganteng!

Homai! Meletup pembuluh darah Izz Basri kalau nampak aku dengan siapa sekarang, hahaha! Hai... Rose, kau memang bertuah! Bukan Sarinah tidak perasan, pandangan tajam Hud Daniel yang semarak dengan api cemburu. Bukan juga Sarinah tidak nampak yang Hariz Amrey pandang Rose Raihanah macam nak telan! Yang mamat sengal jangan cakaplah, memang pun dah jelas dia menaruh hati pada sahabatnya itu.

“Bro, kita guna kereta kau, eh?” Suara garau Amirul Haikal memecah lamunan Sarinah.

“Hmm...” Malas Hud Daniel hendak buka mulut. Tak sabar tunggu balik rumah. Wajib soal siasat Rose Raihanah pasal Amirul Haikal!

####

“Abang...”

“Hmm...” Rose Raihanah ketap bibir gementar. Lain macam bunyinya?

“Kereta Rose rosak lagi. Nak naik bas atau teksi...”

“Tunggu abang kat parking lot. I’ll be ready in 30 minutes.

Telefon bimbit dicampak ke dalam beg tangan. Huh! Suara Hud Daniel yang dingin betul – betul buat Rose Raihanah seram. Serius! Meremang bulu roma. Geram sangat agaknya Hud Daniel terhadap dia. Memang kau saja nak cari penyakit kan, Rose? Haisy! Kereta ni pun waktu macam ni lah nak buat hal. Elok – elok baru keluar dari bengkel, sekarang sakit pulak lagi.

Rose Raihanah mengeluh lagi. Menyesal pulak dia mengikut sangat cadangan si Nour Sarinah anak Pakcik Naim tu. Sudahnya dia juga yang terpaksa berdepan dengan Hud Daniel. Sendiri. Si Sarinah entah pegi mana. Telefon pun tak angkat. Takkan nak cari pasal balik tumpang Amirul Haikal?

Tak pasal – pasal dia kena tekanan perasaan memikirkan apa agaknya tindakan Hud Daniel lepas sesi dia menggedik dengan kawan baik suami sendiri? Minda saja buat pasal mengimbau saat makan tengahari beberapa jam yang lalu.

“Cuba kek keju ni, sedap!”

Erk!

Rose Raihanah kaku. Mata sempat menangkap jelingan tajam Hud Daniel, dan sengihan Sarinah. Nak buka mulut ke tak? Kalau buka rasanya Hud Daniel dah bagi isyarat jelas aku memang menempah bala. Kalau tak buka jatuh pulak air muka si sengal ni. Beriya – iya nampaknya nak suap aku. Dia ingat aku ni budak kecil nak bersuap bagai? Yang si Sarinah dengan si Hariz Amrey ni pun dah jadi penonton tak berbayar. Teruja agaknya nak tengok aku bukak mulut atau tidak.

Melihat Rose Raihanah yang masih teragak – agak hendak menerima suapannya, Amirul Haikal sengaja merapatkan lagi sudu berisi kek ke bibir Rose Raihanah. Saja. Nak tunjuk dekat Hariz Amrey, sisi romantik seorang Amirul Haikal. Biar dia tau, bukan dia saja boleh jadi Don Juan! Aku pun boleh. Entah kenapa, berkobar – kobar dia hendak membuktikan diri di depan Hariz Amrey. Mungkin saja sebab dia hendak menyangkal sangkaan Hariz Amrey yang dia ni memang gagal kalau berdepan dengan perempuan.

Yang pelik, Hariz Amrey tampak tenang saja. Macam tidak ada apa yang berlaku. Aku je yang fikir bukan – bukan kot?

Akhirnya, Rose Raihanah terima juga suapan itu. Amirul Haikal koyak senyum. Sarinah pulak besar mata melihat reaksi Hud Daniel. Bergerak – gerak rahang CEO muda itu. Amboi! Marah sangat ni, mau digulainya si Rose dengan si sengal ni!

“Sedap kan?” Amirul Haikal sudah tersengih – sengih senang hati.

“Hmm... boleh tahan.”

“Nak lagi?”

“Eh! Cukup, kek red velvet Rose ni pun...” Belum pun habis patah ayat Rose Raihanah, mulutnya disuap sekali lagi dengan kek keju. Tidak cukup dengan itu, selamba pula Amirul Haikal mencapai napkin mengesat sisi bibir Rose Raihanah yang comot dengan krim.

“Comot.”

“Err... terima kasih.” Sumpah! Rose Raihanah tidak sanggup melihat reaksi Hud Daniel. Khayalan ataupun tidak, Rose Raihanah seolah – olah terasa dirinya naik rentung dek panahan berapi mata Hud Daniel yang tidak lepas merenungnya tajam.

Sarinah tidak lepas peluang mencuri pandang wajah Hud Daniel. Rautnya masih tenang, namun bibir jelas diketap rapat. Tahan marah ni! Sorotan mata Hud Daniel sangat tajam ke arah Rose Raihanah, boleh tertikam tubuh isterinya kalau begini. Berpeluh ketiak berada dalam situasi sekarang. So awkward!

Childish and amateur! Hariz Amrey menggerutu di dalam hati. Jengkel sebenarnya dengan Amirul Haikal yang tak sudah – sudah berlagak romeo. Yang si Hud ni pulak suami jenis apa entah! Kalau Rose ni isteri aku, dah selamat garpu berkilat ni terbenam atas tangan jantan tu. Eh! Hariz Amrey kerut kening. Yang aku ni kenapa? Kalau Rose isteri aku? What’s with that thought Hariz?

####

Rose Raihanah tersentak. Bunyi hon kereta yang membingitkan telinga menghalau pergi lamunannya. Hud Daniel yang sedang memandu mendengus geram.

“Stupid driver!” Bentak Hud Daniel sambil menghentak stereng. Panas hatinya dengan sikap pemandu kereta Ford Ranger yang sudah memecut jauh di hadapan. Memotong tak bagi isyarat, dia ingat jalan ni bapak dia punya?

Terkebil – kebil mata Rose Raihanah memandang wajah tegang Hud Daniel. Cara dia hentak stereng tu buat Rose Raihanah telan air liur. Mata sibuk beralih dari tangan kekar Hud Daniel ke tangan sendiri. Bukan main jauh beza saiznya! Ni kalau dia bagi penampar kat aku, silap – silap satu minggu makan bubur! Sarinah, ni semua kau punya pasal! Salahkan Sarinah lagi, yang kau pun ikut aje cakap si Sarinah tu pasal apa?

Suasana sepi di dalam kereta Land Rover Range Rover Sport SUV Hud Daniel buat Rose Raihanah semakin tertekan. Hanya terdengar sayup – sayup bunyi radio yang berkumandang dengan lagu – lagu Inggeris. Diam Hud Daniel yang langsung tidak menegurnya buat hatinya bertambah galau. Nampak sangat Hud Daniel marahkan dia sebab melayan Amirul Haikal. Hailah! Rose Raihanah, memang kau ni lembik. Baru dapat ‘silent treatment’ dari encik suami, kau dah menggelabah! Ni konon nak pancing cemburu dia?

Bergegas Rose Raihanah memanjat tangga meninggalkan Hud Daniel yang masih berbual dengan Engku Junaidah dan Datin Zara. Telinga dapat menangkap suara keras Engku Junaidah memarahi cucu lelaki tunggalnya. Mesti pasal dia tiba – tiba hilangkan diri dengan si Dark Witch itu. Padan muka dia, marah dia Tok! Tegakkan keadilan untuk Rose ye? Eh! Kau ni pun Rose, tak sedar diri dalam bahaya. Biarkan mereka anak beranak Rose, kau ada misi yang lebih penting, misi mengalih perhatian encik suami dari peristiwa siang tadi!

“Kau goda dia!”

“Hah?”

“Kau goda dia habis –habisan malam ni. Kau pakai nightgown yang kita beli tu. Kau lumur badan kau dengan wangi – wangian! Biar dia dibius dengan cinta dan kasih sayang kau! Aku doakan dia lupa apa kau dah buat siang tadi!”

“Hah?”

“Kau ni asyik hah, hah... The art of war, babe. A diversion. Itu yang kita perlu buat! Alihkan perhatian dia dari hal – hal siang tadi, untuk itu kau mesti goda dia habis – habisan, masa ni lah kau asah skill menggoda kau! Alah! Kau relax and chill, kacang aje ni.”

Wah! Bukan main selamba Sarinah berhujah. Konon nak tenteramkan Rose Raihanah, siap quote kata – kata Sun Tzu. Padahal, sebenarnya lebih kepada nak tenteramkan diri sendiri! Dia pula yang berdebar – debar memikirkan apa agaknya Hud Daniel nak buat dekat isteri muda merangkap kawan baiknya ini? Yalah, sejak dari Hotel Pullman muka Hud Daniel macam nak cekik orang. Sah – sah yang bakal dicekik Rose Raihanah lah! Alah! Memang betullah dia yang rancang semua ni, tapi, mana nak tau si Amirul Haikal sengal tu sikit punya daring nak jual minyak urat kat si Rose ni.

Rose Raihanah tepuk dahi di dinding jubin. Eh! Kurang asam punya kawan. Bukan main senang Sarinah bercakap, yang nak buat tu semua aku! Ingat senang nak goda orang yang kejung macam Hud Daniel? Kalau dia tergoda takpe jugak, kalau tak? Berapa keturunan malu tak habis tu? Siapa nak jawab? Lagi haru kalau dia tuduh aku dah tak betul, ada jugak yang kena humban dalam wad sakit jiwa. Rose Raihanah garu kepala yang tidak gatal. Sudah lama mereka berdua ‘lepak’ di dalam tandas wanita hotel ini. Karang tak pasal kena tuduh sistem penghadaman bermasalah!

####

Pintu bilik dikuak dari luar. Hud Daniel melangkah masuk, langsung tidak mengendahkan si isteri yang sedang tunak memerhatikannya dari meja solek. Masih berasap telinga dengar ceramah daripada Engku Junaidah, marahkan dia kerana menghilangkan diri begitu sahaja. Kaki dihayun masuk ke dalam bilik air.

Cepat – cepat Rose Raihanah mencapai Bodyshop Japanese Cherry Blossom Body Butter. Tangan ralit menyapu krim badan itu ke seluruh tubuh. Gaun tidur bahagian luar dilucut dari tubuh.  Hanya tinggal gaun tidur satin singkat, berwarna merah, bertali halus dan berenda di dada. Sepadan gaun merah itu menyaluti tubuh Rose Raihanah yang putih gebu.

Hati masih berdetup – detap. Aduhai! Belum apa – apa muka sudah terasa panas. Malu. Tak pernah – pernah buat kerja macam ni. Ni semua Sarinah punya pasal!

Bunyi tombol pintu dipulas menyentak Rose Raihanah. Jari mencolek lagi krim badan, kali ini tangan Rose Raihanah dengan gemalai melumas krim dari kaki ke pangkal paha. Kaki yang terdedah sehingga ke pangkal paha sengaja disilang antara satu sama lain. Nak bagi efek seksi. Yalah tu! Telinga menangkap bunyi pergerakan dari belakang. Sengaja Rose Raihanah buat tidak tahu.

Fokus!

“Rose, abang nak cakap sikit ni.” Mendatar saja nada Hud Daniel.

Merasakan Rose Raihanah tidak ada tindak balas, Hud Daniel panggung kepala. Tercegat Hud Daniel memerhatikan isterinya yang sedang asyik membelai – belai kakinya. Mata enak menjamah belakang tubuh Rose Raihanah yang dibalut dengan gaun tidur yang sungguh seksi! Tak sangka Rose Raihanah punya koleksi baju – baju tidur begini!

Tidak sedar tangan sudah bersilang ke dada. Badan disandar di dinding putih. Bau haruman yang terbit dari tubuh sang isteri menusuk ke rongga hidung. Lupa Hud Daniel tentang rancangannya yang sudah dipateri dalam kepala sewaktu sedang mandi tadi. Nak buat perhitungan dengan Rose Raihanah! Kalau ikutkan hati yang sedang marah, tangan Amirul Haikal yang begitu berani menyentuh isterinya hendak saja dia patahkan. Dia hendak bagi amaran keras pada Rose Raihanah, jangan berani melayan lelaki lain! Malah, Hud Daniel tekad terfikir untuk memaksa Rose berhenti saja kerja. Hari ini saja naik sengal biji mata dijamu dengan lagak kedua orang manusia ini. Bukan main mesra lagi!

Tunggulah di rumah, dia akan buat perhitungan dengan Rose Raihanah! Balik – balik pernyataan itu diulang – ulang, sejak dari pejabat lagi. Sudah macam mantera, Hud Daniel oi! Mana nak tahu sang isteri bermain dengan perasaannya dengan cara ini pula? Marah yang beraja di hati entah hilang ke mana. Rindu pula datang menjelma. Rasa teruja bermaharajalela!

Rose Raihanah memusingkan badan mendongakkan kepala. Senyuman terlebih manis, seikhlas hati dipersembahkan kepada suami yang kelihatan tercengang memerhatikan lagaknya. Yes! Berguna juga otak si Sarinah ni! Nampaknya si kejung bakal ditawan?

“Abang?” Rose Raihanah bangkit dari kerusi meja solek menuju ke arah Hud Daniel. Lenggangnya sengaja dilembutkan, lebih gemalai. Hendak menghasilkan impak, kena buat kerja sehabis ektrem!

Hud Daniel meneguk air liur. Rongga dada terasa semakin sempit. Kalau dengan melihat bahagian belakang Rose Raihanah saja sudah buat dia tercengang, kali ini Rose Raihanah yang berhadapan dan sedang menuju ke arahnya berjaya buat dia rasa kaku. Tiba – tiba saja peluh merecik – recik di dahi. Apahal dengan aku ni? Belakang leher digosok perlahan.

“Abang okay?

“Hmm... Tak... Err... Ya! Eh? Tak!”

“Abang panggil Rose tadi, kan? Kenapa bang?”

Apa kena dengan aku ni? Aku tau apa yang tak kena... Mata mengintil jari jemari Rose Raihanah yang sedang elok melekap di atas dada bidangnya. Rose Raihanah yang sememangnya perasan dengan kekalutan Hud Daniel itu semakin ligat mengusik perasaan sang suami.

“Err... Err...” Kalut sungguh Hud Daniel saat ini. Meremang segala bulu roma melihat aksi Rose Raihanah. Bukan tidak pernah digoda. Saffiya Safwa kalau menggoda, besi pun boleh cair! Tapi, lain betul perasaannya bila Rose Raihanah yang beraksi.

Kenapa, ya?

“Abang tak rindu Rose ke? Lama abang tinggalkan Rose...” Rengek Rose Raihanah manja. Suara sengaja dibiar meleret – leret. Hambik! Jangan ingat perempuan kampung tak boleh jadi penggoda!

Okay! Hud Daniel hela nafas panjang – panjang. Kali ini Hud Daniel memang betul – betul sudah lupa tentang tujuan utama dia mogok bisu. Untuk malam ini, biarlah dia menyerah kalah! Takpe, besok masih ada...

Pantas tangan Hud Daniel menangkap kedua tangan Rose Raihanah yang semakin nakal menjelajah. Hanya dengan sekali rentapan tubuh kecil itu terdorong ke hadapan. Terus saja melekap ke tubuh Hud Daniel. Pinggang kecil Rose Raihanah diraih rapat ke dalam dakapan Hud Daniel. Wajahnya dibenam ke leher Rose Raihanah. Kali ini, giliran Rose Raihanah pula yang terdiam.

“Abang memang rindu, rindu sangat... and let me show you how much.

Homai! Rose Raihanah sudah tidak keruan. Sekelip mata tubuhnya dicempung oleh Hud Daniel. Yang ingin menggoda sudah jadi tergoda! Sarinah ini semua kau punya pasal!

####

“Sayang...”

“Hah?” Sayang?

“Sayang pakai krim badan apa ni?” Sayang lagi?

“Kenapa?”

“Wangi.”

Bodyshop Japanese Cherry Blossom Body Butter. Murah je, tapi, Rose memang suka bau dia.”

“Okay.” Mental note – besok ajak Rose Raihanah beli krim ni banyak – banyak. Kalau boleh semua toiletteries pun mahu bau yang sama. Krim mandian, minyak wangi, skrub badan...

“Sayang...”

Adeh... Orang dah nak tidur kot? Rose Raihanah buka mata. Muka serius Hud Daniel ditatap lama. Hud Daniel yang sedang baring mengiring menghadap si isteri, menongkat kepala sambil merenung dalam wajah putih itu. Muka itu kali ini kelihatan agak tegang. Janganlah...

Alamak! Tak habis lagi ke? Janganlah dia tiba – tiba nak tanya soalan yang bukan – bukan, soalan pasal siang tadi misalnya? Karang sia – sia aje aku berlagak macam kucing siam tadi! Rose Raihanah jadi gelabah. Rasa sejuk yang mencengkam tubuh dek penangan penghawa dingin yang dipasang oleh Hud Daniel kali ini gagal menghentikan peluh yang mula merenik di dahi. Comforter yang menutup tubuh sehingga ke bahu dilorot ke pangkal dada. Panas!

“Sayang!” Garau suara Hud Daniel menyentak lamunan Rose Raihanah.

“Hah?” Soal Rose Raihanah sedikit gugup.

Air muka Hud Daniel kali ini berubah. Tampak lebih tenang. Mulut tersengih seketika.

“Sayang beli nightgown ni kat mana?”

Berlapis dahi Rose Raihanah. Hilang rasa kantuk. Soalan apakah?

“Kenapa?”

“Cakap ajelah beli kat mana?” Desak Hud Daniel tidak sabar.

“Errr... butik La Senza.”

Okay! Sok kita pegi beli lagi banyak – banyak. Only this time I want you wear something in black, lacey and lesser...” Leret Hud Daniel sambil tersengih – sengih.

Rose Raihanah hembus nafas lega. Ingatkan kenapa tadi... fuh! Eh? Rose Raihanah jongket kening. Hud Daniel sudah mula merapatkan mukanya ke wajah Rose Raihanah. Tangan sudah menjalar macam sotong. Huwaaa!!! Ni semua Sarinah punya pasal! Tak habis – habis lagi kau salahkan Sarinah, Rose Raihanah, oiii!

No comments:

Post a Comment