Tuesday, 1 March 2016

UNTUK SEKALI LAGI - BAB 9



Saffiya Safwa ketawa berdekah – dekah. Nafas ditarik dalam. Mulut ini terasa seperti tidak mahu berhenti hendak memuntahkan ketawa.

“Alahai! Tak sangka segalanya akan menjadi begini mudah!” Tangan lincah mencari Iphone di dalam tas tangan, jari ligat menekan punat telefon bimbit.

Hello! Aku ni. Aku ada tugas untuk kau! Aku nak kau selidik semua pasal sorang perempuan dari Finance Department, namanya Rose Raihanah.” Saffiya Safwa mencebik geram. Sebut nama perempuan tak tahu malu itu pun sudah buat rasa menyampah berlumba – lumba keluar dari badan!

“Aku nak kau periksa, apa hubungannya dengan Amirul Haikal. Kau bagi aku laporan tiap – tiap hari, faham?”

Hahaha... rupanya hendak singkirkan perempuan kampung macam kau seribu kali lebih mudah dari nenek sihir tua tu! Ada skandal rupanya? The best part is, skandal dengan Amirul Haikal pulak tu! Baguslah, boleh kill two birds with one stone! Aku pun dah lama menyampah dengan si Haikal tu! Selalu kacau plan aku! Bukan aku tak sedar, dia tu bukannya suka sangat dengan aku sejak dari zaman kolej! Siap hasut Hud lupakan aku lagi, huh! Kali ini peluang besar untuk aku singkirkan duri – duri dari daging ini!

####

Telefon bimbit di tangan di campak kasar ke atas meja. Tali leher dilonggarkan. Panas! Badan dihempas ke kerusi pejabat yang empuk. Langit pejabat direnung dalam. Ya! Allah, sakitnya hati tengok dua orang manusia tadi! Hud Daniel memejam mata, cuba mengusir bayangan wajah Amirul Haikal dan Rose Raihanah.

“Kata tak kenal rapat! Tapi, boleh pulak main pegang – pegang, kemudian berdiri dekat dan rapat macam tu?” Hati mendongkol geram.

“Haih...” Hud Daniel mengeluh lagi. Takkan baru beberapa minggu hubungan mereka jadi begitu mesra? Apa yang berlaku sebenarnya?

Tok! Tok! Tok! Terdengar bunyi ketukan, pintu pejabat dikuak dari luar.

“Oitt! Bro...”

“Panjang pulak umur dia ni.” Gumam Hud Daniel perlahan tanpa sedar. Badan ditegakkan. Jengkel pula hati melihat Amirul Haikal dengan gaya flamboyannya masuk ke dalam bilik tersebut kemudian terus saja duduk di hadapannya.

“Kau tengah buat apa?”

“Cuci kain.” Selamba Hud Daniel menjawab. Soalan bodoh, jawapan mestilah bodoh! What do you expect? Jari – jemari terus menekan – nekan aksara papan kekunci komputer riba. Berpura – pura sibuk. Sakit hati masih lagi terasa. Yang paling menarik, salah satu punca penyakit dah ada di depan mata!

Amirul Haikal ketawa. Langsung tidak dapat mengesan rasa tidak puas hati sang sahabat. Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluar, tanpa menghiraukan Hud Daniel. Tiba – tiba rindu pula dengan si pujaan hati. Ah! Nak ajak makan tengahari lah, boleh lepas rindu!

+ Hai!

~ Hoi

Amirul Haikal tersengih. Ini yang buat jatuh cinta berkali – kali! Rose Raihanah, yang selamba dalam kalutnya, ayu dalam tegasnya, manis dalam dinginnya.

+ Tengah buat apa?

~ Tengah tak tau buat pe, tepi mungkin buat bodoh

“Hahahah... Rose, Rose... You’re so sweet!

Hud Daniel panggung kepala. Menggelegak darah! Apahal pulak sebut – sebut nama bini aku ni? Haisy! Ini yang buat rasa nak mengamuk aje. Hud Daniel sudah seperti cacing kepanasan. Telefon bimbit di tangan Amirul Haikal memberikan klu yang dia inginkan. Dia orang tengah berbalas SMS ke? Wah! Bertambah parah hati yang sudah sedia sakit.

“Eh! Don’t you have other things to do besides sitting here and smiling at your phone?”

Amirul Haikal jongket kening.

“Hah?”

“What makes you here in the first place? Do you want to discuss anything with me?” Mendatar saja suara Hud Daniel, cuba untuk mengawal perasaan sebenarnya.

“Alah! Apasal tegang sangat ni, bro? Kau gaduh dengan bini ke apa? Kau tak rindu aku ke berapa minggu tak jumpa? Heh! Dasar kawan tak guna betul kau ni. Dah dapat seronok – seronok dengan bini, kawan terus kau lupakan!” Amirul Haikal menarikan keningnya. Bibir masih lagi lebar dengan sengihan.

Hud Daniel mendengus. Badan disandarkan ke kerusi. Wajah Amirul Haikal direnung dalam. Dahi dikerut berlapis – lapis. Hairan!

“What’s got into you actually?”

“Apa?”

“Why the sudden change?”

“Apa?”

“Oh! My God, one more ‘apa’ I’ll kick your butt out of this office!” Hud Daniel menyambung kembali kerjanya. Malas melayan karenah sahabatnya, makin menyakitkan hati pulak nanti!

Amirul Haikal menjongket bahu. Mata dibawa kembali ke telefon bimbit di tangan. Gila apa mamat ni, sentap memanjang! Sama je dengan perangai bini dia yang serupa nenek lampir!
Sambung layan si pujaan hati lagi bagus!

+ Bodoh boleh dibuat ke? Apa bahan – bahannya?

Rose Raihanah tepuk dahi. Mamat ni takde keje ke? Senang betul jadik bos ni eh? Boleh pulak berSMS tengah waktu keje?

~ Awak takde keje eh?

+ Sedang buat keje lah ni...

~ Keje ape? Main – main?

+ Mengeratkan hubungan sesama manusia! Tapi, kalau dengan Rose main – main pun...

Jari berhenti menaip. Otak ligat berpusing. Dagu diketuk – ketuk, sedang berfikir konon.

“Bro, fun dalam bahasa melayu ape eh?”

“Seronok.” Tanpa angkat muka, Hud Daniel menjawab soalan dengan mendatar.

+ Mengeratkan hubungan sesama manusia! Tapi, kalau dengan Rose main – main pun pasti seronok, kan?

Rose Raihanah cebik bibir.

~ Syarikat bayar awak untuk buat keje tau? Nak makan gaji buta eh?

+ Bukan makan gaji buta, sayang... Nak makan teng...

Bro, lunch dalam bahasa melayu, macam mana nak eja?”

Wah! Kalau tsunami, sah kiraan dah sampai 9.0 skala richter! Berkepul – kepul asap keluar dari lubang telingan dengan hidung Hud Daniel rasanya.

“What the fff... hmm...ehem!” Hud Daniel tarik nafas dalam – dalam. Tak pasal – pasal rasa nak mencarut. Hilang macho aku, huh!

“What’s with the sudden interest in linguistics?”

“Hahaha... Sebenarnya.” Amirul Haikal tayang sengih lagi. Haisy! Sejak hubungan dengan si pujaan hati makin baik, hati rasa macam dalam taman aje. Nak sengih memanjang!

“Sebenarnya apa?” Desak Hud Daniel tidak sabar.

“Ada seseorang cakap kat aku...”

‘memang betul Bahasa Inggeris tu penting, kalau tidak takkan jadi bahasa kedua di Malaysia ni, tapi, janganlah sampai buang bahasa ibunda kita! Geli tau telinga ni dengar orang sesama Melayu bercakap bahasa luar! Jangan lupa, bahasa jiwa bangsa!’

Pergh! Siap hafal lagi tiap perkataan tu? Begitu punya teruk tahap angau kau wahai Amirul Haikal!

Hud Daniel termangu – mangu. Tidak menyangka dapat melihat sisi lain Amirul Haikal. Wajah yang ceria. Senyuman yang tidak lekang di bibir. He’s obviously happy because of something, or maybe... Someone?

“Siapa cakap begitu kat kau?”

“Satu – satunya, si pujaan hatiku, Rose Raihanah!”

Masa seolah – olah berhenti. Suasana tiba – tiba bertukar hening. Sekurang – kurangnya hanya di dalam diri Hud Daniel. Waktu ini, Hud Daniel sesungguhnya rasa bersyukur dia masih dikurniakan akal yang masih waras. Kalau tidak, mahu saja dicekiknya leher lelaki yang masih lagi asyik melayan angan di hadapannya ini! Kurang asam betul, bini kawan baik sendiri pun mau disebat! Erk? Masalahnya, Haikal ni tak tau pun si Rose tu bini aku?

Aduhai... Hud Daniel mengeluh lagi. Lagi sakit hati melihat sengihan tak putus – putus dari bibir Amirul Haikal. Hairan macam mana lah aku boleh tahan dengan perangai dia ni, boleh pulak jadi kamceng? Belum datang sorang lagi yang sikapnya memang memeningkan kepala. Macam biskut, sekejap ada, sekejap takde!

Tiba – tiba sekali lagi, dengan sekali ketukan, pintu dikuak dari luar. Hud Daniel mendengus lagi. Speaking of the devil!

####

Langkah gagah yang dibuka, setanding dengan ego dan keyakinan terbias dari wajah jejaka tampan ini. Senyuman nipis diberi kepada orang di sekeliling yang asyik memerhatinya dari hujung rambut ke hujung kaki. Sudah terlalu biasa diperhatikan begitu, tidak ada apa yang dihairankan lagi. Hariz Amrey menyambung hayunan kaki dengan perlahan.

Jam Tag Heuer Silverstone chronograph di tangan di lirik sekilas, berpura – pura tidak perasan kelibat kakitangan Synergy yang sedang mengintai dari balik pintu pantri nun jauh di sana. Yang buat geli, melihat seorang lelaki lembut yang tersengih meliuk lentok macam cacing. Mak aih! Meremang bulu roma bila terasa mata tu merenungnya dalam – dalam. Kalau perempuan takpe lah jugak, rasa diri ni memang dihargai, tapi, kalau spesis lembut ni, hai! Buat rasa diri dinodai adalah!

“Amboi! Handsome sungguh, macam nak pengsan mak tengok ni hah!” Si lembut Izz Basri, pembantu Amirul Haikal mula melentok – lentokkan badannya.

Sarinah juling mata ke atas. Allah! Si lembut ni, menggeletis macam agar – agar, nak saja aku pelangkung kepalanya kat sini, biar ingat asal keturunan! Mulut menyambung mengunggis biskut kering yang dicicah kopi. Sesungguhnya, breakfast awal pagi tadi memang tak cukup untuk perut Sarinah.

“Homai... bau perfume dia sampai sini noks! Pening mak, dia pakai minyak senyonyong cap Chanel ke ape ni?” Sambung Izz Basri lagi. Bukan main lagi promosi orang itu, macam kena upah aje!

Suasana di pantri agak meriah, terutama di muka pintu. Sanggup kakitangan Synergy berasak – asak di ruang sempit itu semata – mata untuk mencari kelibat ‘si handsome’ yang dikicau oleh Izz Basri.

“Aduhai! Tengok biceps and triceps dia Izz, drooling okay! Dada bidang dia, perut dia ooo... mesti six packs nih! Huhai! Geram aje tangan aku nak menjalar kat six packs dia! Oh! My Mr. Six Packs!” Teja Ratnasari, si penyambut tetamu pula menambah rencah. Kiri kanan tangan mengibas – ngibas muka, konon hot!

“Yalah... geram pulak aku tengok, kalau dapat baring kat dada bidang dia tu, wow! Seminggu aku berkampung atas katil je dengan Mr. Six Packs, tak makan pun takpe, cukup dapat ‘geget – geget’ those six packs!

Mak aih! Buntang mata Sarinah. Anak perempuan Uncle Ramasamy, si Anindita tidak kurang juga gatalnya. Bukan main lagi kakitangan Synergy ni rupanya, ingat semua sibuk kerja saja, sibuk menggatal pun sama juga! Kurang seorang lagi, kalau si Hope Chen ni buka mulut memang lengkap dah watak buat iklan kebangsaan. Masyarakat majmuklah katakan!

I kan, tak kisah sangat dengan six packs tu, tapi yang buat I tak lepas pandang dia punya very-the-sexy lips tu yang bikin I nak pengsan! Kalau dapat ‘cemolot’, pergh! Bukan seminggu, satu bulan I ikat dia kat pinggang tak bagi ke mana – mana, okay?” Hope Chen, si gadis tionghua akhirnya buka mulut juga.

Sarinah sudah tidak dapat menahan sabar. Kopi dihirup pantas, lekas – lekas dia menyelit di pintu pantri. Amboi! Cakap orang bukan main, kau pun dua kali lima, Sarinah! Hamboih! Sarinah hampir terlopong. Memang betul kacak gila ni! Yang kacak dia, yang gila orang melihat ni!

“Siapa sebenarnya Mr. Six Packs tu? Korang kenal ke?” Soal Sarinah sambil mengangguk – angguk kepala, tanda bersetuju dengan pernyataan teman – teman sekerja. Mamat tu memang hot stuff! Lagi handsome dari si mamat sengal tu, eh? Pesal pulak aku ingat mamat sengal tu?

“Mak dapat tau dari Jennifer, PA Encik Hud, Mr. Six Packs, Encik Haikal dengan Encik Hud tu member kamceng dari zaman kolej noks! Pandai diorang pilih kawan kan noks? Semua tampan and segak gitu! Aku rasa baik diaorang tubuh aje Kelab Jejaka Hot Stuff, member dah ada tinggal pengurus je yang kene carik... tak lain tak bukan aku ler tuh!”

I second that! Dahlah kacak, kaya pulak tu! Pakej lengkap lah katakan!” Hope Chen menambah pula.

“Buat aku jeles je, perempuan manalah yang bertuah dapat cinta diorang tu kan?” Teja Ratnasari pula ganti berangan. Kepala disandar di dinding, mata terkebil – kebil merenung siling pantri.

Alahai!

Sarinah jongket bahu. Kalaulah korang tahu yang sesungguhnya dua daripada ahli Kelab Jejaka Hot Stuff korang tu dah terikat ngan bff aku, hmm... maunya korang hentak kepala masing – masing kat dinding pantri ni!

####

Hariz Amrey tersengih lebar. Selamba saja dia masuk dan terus duduk di sofa empuk yang disediakan di ruang pejabat Hud Daniel.

“What’s up bro? Jom lunch!” Serentak Hud Daniel dan Amirul Haikal memandang Hariz Amrey.

“Kau ni bro, tenggelam timbul tenggelam timbul... kau dari mana ni?” Soal Amirul Haikal, terus saja mengambil tempat di hadapan Hariz Amrey.

“Sibuk sikit lah. Baru nak start venture bussiness kat Singapore, itu yang tenggelam timbul tu.” Jelas Hariz Amrey.

“Kata nak lunch, jom lah. Your treat Riz!” Hud Daniel sudah bersiap – siap menuju ke muka pintu.

“No, problem!”

“Err... aku ajak orang lain boleh?” Hariz Amrey dengan Hud Daniel bertukar pandang.

“Siapa?”

“Awek kat dari finance department,” Hud Daniel sudah mula tidak sedap hati. Jangan dia mengada – ngada nak ajak bini aku!

“Wah! Awek? Girlfriend ke bro?” Hariz Amrey menarikan keningnya sambil ketawa. Amirul Haikal tersengih – sengih. Hariz Amrey menghabiskan sisa ketawanya dengan gelengan kepala. Masak aku dengan mamat seekor ni, rambut dah hampir beruban lagak macam budak remaja baru belajar nak jadi jantan!

“Ewww! Geli okay? Yang kau malu – malu ni kenapa? Mengada – ngada macam teruna baru nak akil baligh!” Ujar Hariz Amrey lagi. Bahu Amirul Haikal ditumbuk perlahan.

“Aku bukan malu, seganlah!”

“Samalah tu! Ajaklah, the more the merrier. Aku nak jugak kenal awek mana yang mampu rantai kaki tangan kau tu!” Pancing Hariz Amrey.

Okay! Aku call dia dulu.” Cepat – cepat Amirul Haikal mengeluarkan telefon bimbit. Nombor telefon Rose Raihanah didail. Berdebar – debar pula menunggu pujaan hatinya menyambut panggilan.

Sementara Hud Daniel sudah mula seperti cacing kepanasan. Dalam diam dia berdoa isterinya itu menolak ajakan Amirul Haikal. Jangan Rose Raihanah buang tabiat nak ikut pulak, memang cari nahas dengan aku lah tu!

Hello! Rose, jom lunch sama!” Ceria saja nada Amirul Haikal, tak sedar Hariz Amrey buat lagak mahu muntah.

“Alah! Dengan buddies saya, saya nak awak kenal – kenal dengan dia, jomlah! Ajak Sarinah kalau awak segan sendiri... okay? Great! Kita jumpa kat main foyer.” Yes! Terubatlah rindu aku kat dia!

Bam!!!

Bunyi pintu yang ditutup kasar menyentak angan Amirul Haikal dan Hariz Amrey.

“Apa kena si Hud tu?” Amirul Haikal buat muka. Angin betul lah mamat sorang ni, dah macam perempuan, moody aje memanjang!

Hariz Amrey menggelengkan kepala. Senyum sinis disembunyikan daripada penglihatan sahabatnya. This is getting very interesting! Tak rugi aku datang sini, dapatlah tengok wayang percuma! Tak sia – sia pasang telinga dengan bebelan Saffiya Safwa sampai rasa nak pijar telinga.

Cerita cinta tiga segi antara Hud Daniel, Amirul Haikal dan seorang wanita bernama Rose Raihanah. Bertambah memuncak rasa ingin tahu Hariz Amrey. Teringin untuk melihat wajah yang sudah mencuri hati dua orang sahabatnya itu. Si kejung Hud dan si naif Haikal. Pergh! The excitement is mounting! Sengih penuh makna tersungging lagi.







No comments:

Post a Comment