Tuesday, 1 March 2016

UNTUK SEKALI LAGI - BAB 8



Angkat kepala, luruskan bahu, badan tegak! Rose Raihanah menghayun langkah yang bermula songsang. Beberapa saat berlalu barulah terasa keyakinan itu meresap di tubuh. Jadi Rose Raihanah yang baru! Jadi Rose Raihanah yang yakin dengan diri!

Kasut bertumit lima inci mengetuk lantai Synergy Power. Rambutnya yang panjang ikal ditocang mengurai ke bahu kanan. Mini dress dengan lengan sekerat bahu berwarna biru tua dan putih menyalut kemas tubuh yang langsing. Rimas juga dengan pandangan – pandangan nakal yang menyorotnya dari kawasan tempat letak kereta sehinggalah tubuhnya tegak berdiri di hadapan lif kakitangan.

Yang lelaki pandang macam nak tembus. Yang perempuan berbisik – bisik antara satu sama lain.

“Rose?” Rose Raihanah kalih pandang ke arah suara itu. Kata – kata sifu Sarinah tiba – tiba bergema di cuping telinga.

“Jangan menyombong! Kalau ada yang cuba nak tackle kau, kau buat – buat layan aje! Yang penting keep it classy, never trashy and just a little nasty!”

“Hmm...”

“Misi kita... Satu, tarik perhatian Hud Daniel! Dua, buat benda – benda yang boleh desak dia sampai terpaksa dedahkan status kau yang sebenar kat semua orang! Tiga, pancing cemburu dia... Afterall, cemburu kan bunga – bunga sayang?”

Rose Raihanah mengangguk perlahan.

“Ingat! ‘Guys like to play with other guys’ toys!”

“Huh? Mana ko cedok ayat tu?”
“Aku penah dengar kat dalam TV, citer apa tah! Tapi, banyak betulnya tau? Sangat relevan dengan kenyataan yang lelaki tu ego, diorang suka bertanding sape lebih hebat, yang lebih ‘power’ dalam hal melibatkan duit, kerjaya dan perempuan.”

“Habis kau nak aku jadi alat mainan pulak?”

“Bukanlah, kau ni bengap tak habis setahun! Kau tu kan memang selalu kene target oleh mamat – mamat Synergy ni, cuma kau je yang selalu buat ala bengong – bengong sombong! Kalau ko start melayan, saham kau gerenti naik! Kalau saham kau naik, laki kau mesti macam cacing kena siram air panas, menggeleparrr... mesti kepala lutut laki kau jadik longgarrr... ego babe! Ego! Dia mesti tercabar sebab dia nampak banyak saingan!” Bergulung – gulung ‘r’ disebut oleh Sarinah.

“Kau yakin sangat, kalau idea kau ni tak jalan?”

“Oho... Lelaki yang takde maruah je biar bini dia kene tackle ngan lelaki lain, babe! Dah kalau takde maruah kau nak buat bengap apa nak stay lagi?”

“Maksud?”

“Kau masih mudalah babe! Anytime je kau boleh cari yang lain lah! Jangan jadik typical heroin novel, asalkan ada dugaan je pasraaahhh! Stand up! Keeps our head high! That’s the way it should be! Lagipun, takde klausa pun dalam perjanjian korang yang sentuh bab – bab kalau kau mintak cerai kena penalti ke apa ke kan?”

Berderau darah Rose Raihanah mendengar perkataaan ‘cerai’ daripada mulut Sarinah. Jujur, tidak pula sampai ke situ sekali fikirannya melencong. Sungguh, dia cuma mahukan hak yang sama dengan Saffiya Safwa. Dia mahu Hud Danial ingat semula janjinya. Janji yang menyatakan Hud Daniel akan menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami.

Walaupun perkahwinan ini bermula dengan cara yang agak tidak seperti lazimnya, tapi, itu tidak bermakna ikatan ini tidak boleh berkembang dengan harmonis? Fikir Rose Raihanah lagi, mungkin saja punca kegagalannya memancing perhatian suaminya selama ini disebabkan oleh penampilannya. Yalah! Mana nak lawan Saffiya Safwa yang berimej sofitikated itu? Sesuailah dengan imej seorang Hud Daniel, ahli korporat! Sedangkan dia? Asyik dengan baju kurung kain kapas memanjang!

“Sampai satu tahap pasti dia akan terdesak untuk kenalkan kau sebagai bini dia yang sah! Tiba je saat itu, kedudukan kau dah 90 peratus dijamin selamattt...” Kata – kata Sarinah menyentak lamunan Rose Raihanah seketika.

Ye, ye aje Sarinah sembang...

Rose Raihanah keliru. Entah macam mana dia pula boleh terikut dengan idea gila Sarinah. Terdesak? Mungkin. Terdesak untuk selamatkan perkahwinan yang baru setahun jagung ini. Takkan dia mahu mengalah dengan dugaan sebegini? Tidak! Dia mengaku, sudah terlanjur sayang dan cinta pada suaminya itu! Pertahankan perkahwinan ini, jangan biar Saffiya Safwa merampas kebahagiaannya. Takdir sudah menentukan jodoh antara dia dengan Hud Daniel, bukan perjanjian itu! Perjanjian itu hanya medium pertemuan mereka.

Lagipun... tangan kanan menekap ke perut yang masih kosong. Kalau ada rezeki, perut ini berpenghuni, macam mana? Takkan aku nak biarkan anak ini lahir dalam keluarga yang kurang sempurna? Anak yang bapanya cuma datang berjumpa cuma sesekali sebab sibuk dengan isteri pertama. Dark witch pulak tu! Scary...

“Rose Raihanah!” Terhenjut bahu. Mata terkebil – kebil memandang Amirul Haikal yang menggawang kedua belah tangannya ke hadapan wajah si pujaan hati.

“Oittt! Siang lagi dah berangan?”

“Erk?”

Tanpa memperdulikan mata yang sedang melihat dan telinga yang siap dipasang, Amirul Haikal tersengih – sengih berpeluk tubuh. Mata menyorot tubuh si pujaan hati dari hujung kepala ke hujung kaki.

“Awak... errr... kelihatan lain sangat! Imej baru?”

Pergh! Pakai baju kurung berkelubung satu badan pun boleh tahan tergugat iman, inikan pulak dengan mini dress ketat paras lutut begini? Syuh! Syuh! Nyah kau fikiran jahat!

Rose Raihanah cuma mampu menahan rasa. Ingat misi! Dilorek juga senyuman manis kepada Amirul Haikal yang sudah serupa kucing jantan hendak mengawan!

“Saja, nak beralih angin sikit, napa? Tak okay ke?”

“Eh! Okay... apa pulak tak okay? Cuma terperanjat sikit aje, yalah! Tiba – tiba...”

“Awakkk... kadang – kadang dalam hidup ni, kena ada elemen tiba – tiba, kalau tak hidup tak thrill, betul tak?” Rose Raihanah jongket kening sebelah, sambil mengerdipkan mata menggoda. Amirul Haikal kulum air liur. Did she just do that? Like really? Is she flirting with me?

Whoah! Murah betul rezeki kau hari ni Haikal!

Ting! Pintu lif terbuka.

Rose Raihanah mengorak langkah penuh gemalai ke dalam perut lif. Sengaja!

“Ehem!”

Beberapa orang kakitangan lelaki tersenyum sumbing mendengar deheman Amirul Haikal. Amboi mata korang macam ada sinar X, tak berkelip tengok perempuan cun! Cucuk karang, sia – sia terpaksa berlajar main saksofon, jadik Kassim Selamat! Mata dicerlung tajam. Amaran! Jangan nak cuba – cuba masuk jarum dengan pujaan hati aku! Kaki dihayun cepat membuntuti Rose Raihanah yang sudah menanti di dalam perut lif.

Rose Raihanah cuma mampu tersenyum. Tak sangka seronok jugak jadi nakal – nakal sikit. Misi harus diteruskan! Yakin boleh Rose Raihanah!

####

Nada dering sistem pesanan ringkas berbunyi. Laju Rose Raihanah menggagau ke dalam beg tangan. Kening berkerut, amboi minah ni, mesti tak sabar nak tau perkembangan. Belum pukul 8.00 pagi kot!

+ Babe... hebat!

~ Apa yang hebat?

+ Kau belum jenguk email group ‘geng ikan2 bilis’ kita?

~ Aku baru sampai babe! Mende yang hebat?

+ Satu Synergy sibuk pasal kau! Makeover gitu! Orang sibuk cerita pasal ko ngan si Sengal tu bercengkerama kat dalam lif! Hahaaa... Cepat kau belajar teknik menggatal babe! Nampaknya misi bakal tercapai lebih awal dari jangkamasa yang kita rancang...

~ Tengoklah sape mentor nya?

+ Muehehehe... (Sambil angguk – angguk kepala tanda setuju) memang aku mentor yang bagusss!

~ Menyampah!

+ Kau pakai jurus ke berapa tadi?

~ Baru jurus buka langkah...

+ Uiksss... Boleh tahan, kalau begini habislah kau sapu semua jantan kat dalam Synergy!

~ Masalahnya, bukan semua jantan tu yang aku nak. Yang aku nak yang satu – satunya itulah. Kau pun tau siapa kan?

+ Yalah... ‘tacing’ pulak!

~ GTG, nak masuk keje, kau pun jangan nak bazir duit kompeni!

+ Takpe, kompeni pun laki bff aku yang punya!

~ Hampeh!

“Senyum – senyum sendiri makruh tau?”

“Eh! Awak buat pe kat tingkat ni?” Meremang roma tengkuk Rose Raihanah ditampar lembut desahan nafas Amirul Haikal yang sedang berdiri begitu rapat di belakangnya. Amirul Haikal tersengih. Suka melihat pipi Rose Raihanah yang merona merah.

“Saja nak hantar awak.”

“Saya bukan VIP nak guna pengiring.” 

“Oh! Tapi, you memang one Very Important Person to me, my dear.” Amirul Haikal kenyit mata. Rose Raihanah terkedu. Suara ala – ala dalam bilik tidur itu tiba – tiba buat rasa tidak enak menyirami jiwa. Melihat wajah cuak Rose Raihanah, Amirul Haikal ketawa tepuk dahi.

“Adoi! Janganlah serius sangat! Saya gurau lah. Saya pun kebetulan nak ke tingkat ni. Saya  nak jumpa dengan Ms. Monica. Ada hal sikit nak bincang.”

“Errr...”

“Jomlah. Lewat masuk pejabat nanti.” Amirul Haikal menggamit Rose Raihanah untuk jalan seiring dengannya.

“Rose, tunggu. Rambut awak.”

Rose Raihanah akur berdiri tegak di hadapan Amirul Haikal. Bagaikan dipukau Rose Raihanah cuma diam membiarkan tangan kekar Amirul Haikal menyebak juntaian halus rambut Rose Raihanah yang hampir menutup mata. Jarak yang cuma beberapa inci saja amat menyesakkan dada, jantung terasa berkerja dengan lebih keras!

“Hmm... Barulah kemas dan lebih cantik!” Ujar Amirul Haikal lembut. Namun tangan masih lagi bermain – main dengan helaian rambut si pujaan hati.

Ketinggian Amirul Haikal yang melebihi tubuh sendiri, memaksa Rose Raihanah untuk mendongak sedikit, mendalami sepasang mata yang berwarna hazel dengan asyik. Hidung yang lurus dan mancung. Ulas bibir yang merah. His sexy stubble beard. Oh! My English, keluar bahasa asing, Rose Raihanah!

Tapi, memang tidak boleh dinafikan yang Amirul Haikal memang kacak. Malahan, lebih kacak daripada Hud Daniel. Hud Daniel, si encik suami! Hud... Daniel? Ya! Allah, apa kena dengan aku ni? Rose Raihanah seolah – olah sedar dari mimpi. Langkah diambil setapak ke belakang.

“Rose?” Pelik Amirul Haikal dengan sikap Rose Raihanah yang berubah tiba – tiba. Baru saja tadi, dia benar – benar yakin yang mereka berkongsi rasa yang serupa. Lagak Rose Raihanah yang seperti hilang rasa segan menjamah wajahnya, sebagaimana dia juga asyik mengamati wajah wanita jelita itu.

“Ehem!”

Serentak Rose Raihanah dengan Amirul Haikal mengalih pandang ke arah suara garau yang memecah khayalan mereka. Bulat mata Rose Raihanah melihat Hud Daniel yang sedang merenung tajam ke arahnya. Di sisinya, kelihatan Saffiya Safwa yang sedang memaut lengan Hud Daniel dengan erat. Bibir yang dioles gincu merah, mengukir senyuman sinis penuh makna.

“Well... well... well, what we have here? Romance for breakfast?” Sindir Saffiya Safwa selamba. Hendak saja Rose Raihanah menghayun penumbuk ke mulut puaka itu. Biar berterabur gigi!

Amirul Haikal cuma tersengih – sengih, jauh dari menyedari aura kelam yang disedang menyelubungi ruang legar Jabatan Kewangan itu.

“Errr... Hi, Saffi! Hoi, bro! Lama korang cuti, takkan tak puas – puas honeymoon?

Oh! Please, kita orang memang always macam ni, hopeless romantic, right dear?” Leret Saffiya Safwa mengeratkan lagi pautan ke lengan Hud Daniel. Mata sempat melirik ke arah Rose Raihanah yang masih diam membisu. Eh? Perempuan kampung ni buat makeover ke? Lawak geli okay? Dia ingat dia boleh lawan aku ke kalau dia belajar setakat menempek bedak kat muka?

Anyway, what brings you here, Kal? Ini bukan tingkat you, pun. Nak mengorat, eh?” Sambung Saffiya Safwa lagi. Belum sempat Amirul Haikal hendak menjawab, dengusan Hud Daniel yang agak keras memancing perhatian mereka bertiga.

Rasanya Synergy tak bayar gaji untuk staff lepak ataupun bercinta di tengah – tengah hallway ni kan?” Sinis bunyi kata – kata Hud Daniel menerpa cuping telinga Rose Raihanah.

Bercinta? Pedih juga telinga mendengar sindiran halus itu.

Gosh! Sejak bila kau ni jadi that synical? Aku datang sini pun sebab nak jumpa Monica pasal additional manpower yang kau request last month!” Selamba saja Amirul Haikal membidas. Apa kena entah dengan perangai si Hud ni? Dah terjangkit dengan perangai si Saffi ni kot? Angin tak kena tempat!

Waktu itu juga Rose Raihanah mengambil kesempatan untuk melepaskan diri dari suasana janggal yang membelenggu ruang tidak seluas mana itu. Sakit hatinya mendengar sindiran sang suami. Dia faham sindiran itu sebenarnya ditujukan khas untuknya. Tau pulak nak naik angin? Yang angin aku ni dia tak nak ambik tau? Tinggalkan aku berminggu – minggu tanpa khabar berita. Tiba – tiba muncul kat sini, dengan si Dark witch ni pulak tu, memang membakar jiwa betul.

Hakenah! Yang Dark witch ni nak jeling – jeling aku pesal pulak? Karang aku bagi flying kick dengan kasut tumit tinggi aku ni baru dia tau erti penyesalan! Dia ingat aku heran sangat tengok bulu mata palsu dia yang dah serupa penyapu jamban! Cermat Rose Raihanah mengatur langkah. Tidak mengambil endah sorotan tajam Hud Daniel yang membututi pergerakkannya. Sorotan yang seolah – olah memberi amaran kepadanya!

No comments:

Post a Comment