Tuesday, 1 March 2016

UNTUK SEKALI LAGI - BAB 7



Terjungkit kening Amirul Haikal. Hati membungkam geram. Kalau ikutkan hati nak dihumban saja manusia ni kat dalam parit! Menyibuk aje! Takpe demi si pujaan hati, kau mesti bersabar Haikal! This could be it! Your time to shine! Pergh! Kalaulah dapat, tak tunggu lama – lama aku pinang aje Rose Raihanah ni, baru puas hati! 24 jam aku ajak berkepit, memadu asmara.

Oh! Indahnya hidup. Mesti anak – anak kami comel aje, yalah! Mummy and daddy dah lah drop dead and gorgeous! Sudah pastilah gen tu diturunkan kepada anak – anak. Anak – anak? Wah! Mesti best ada anak dengan wanita seindah Rose Raihanah. Nak cari rumah jauh sikit dari bandaraya, mesti tempat yang boleh dapatkan ketenangan, privacy is vital!

“Kita breakfast dulu ye? Laparlaaa...” Rengek Sarinah membunuh khayalan indah Amirul Haikal. Amirul Haikal mendengus geram, mak nenek sorang ni memang tak boleh tengok aku senang! Mata mencari wajah si pujaan hati di sebelah kiri.

“Rose, masih awal lagi ni, kita breakfast dulu ye?” Wah! Lembut betul suara engkau Haikal, bukan makin kau main peranan jadik romeo! Telinga sendiri pun boleh protes!

Rose Raihanah tersenyum segaris. Kepala diangguk perlahan.

“Rose nak breakfast di mana? Sa...”

“Alahai! Tak payahlah jauh – jauh, kat Synergy Cafe je! Senang nak ke office afterwards!” sampuk Sarinah bersahaja. Amirul Haikal menjeling Sarinah yang sedang menjengahkan kepala di antara dua kerusi hadapan keretanya.

“Eh! Aku bukan tanya engkau lah! Sibuk aje!”

“Apa pulak? Rose ni bff aku okay? Apa aku cakap dia pasti ikut aje! Kan, Rose?”

“Err...” Rose Raihanah memalingkan muka melihat wajah keruh Amirul Haikal. Dah mula dah dua orang ni, bertekak dari rumah sewa Sarinah lagi! Entah apa yang tak kena, mula – mula aje berbaik – baik siap dengan panggilan Encik Haikal – Cik Sarinah, lepas tu tukar saya – awak, karang ni dah siap aku – kau je!

“Eh! Kau tak tau malu ek? Aku kan tanya Rose, maknanya jawapan kau tak relevan dalam ini cerita okay? Rose I mean it, you just tell me where do want to have breakfast.”

“Oh! Please, it’s so obvious and you’re trying too hard, mister! Listening to you make me wanna puke! Uwekk!” Sarinah buat aksi nak termuntah.

Babe!” Rose Raihanah bulatkan mata, eh! Minah ni makin menjadi – jadi pulak!

“Oh! So what? Bff? Bff my foot, it’s between me and Rose and it’s none of your damn business!” Balas Amirul Haikal bersahaja. Rose Raihanah terlopong, amboi! Mamat sengal ni pun bukan main macam budak – budak!

“Orang tua – tua kata, kalau selalu bertekak lama – lama boleh jadi jatuh cin...”

“Euwww! Pleaselah!” Serentak Amirul Haikal dan Sarinah mencantas ayat yang belum lengkap daripada Rose Raihanah. Rose Raihanah tergelak.

“Tengok belum apa – apa dah seia dan sekata...” Tambah Rose Raihanah lagi.

“Dunia ni kalau semua lelaki dah takde, tinggal dia ni aje dengan kambing, aku rela lagi tinggal dengan kambing tu tau?” Ujar Sarinah bersahaja, namun kedengaran sinis. Rose Raihanah jungkit kening. Laaa... ingatkan dah selesai!

“Eloklah tu, memang pun kau layak dengan kambing tu aje!” Amirul Haikal tak lepas peluang melawan balik.

“Wei!” Laju sahaja tangan Sarinah menampar lengan Amirul Haikal.

“Oi! Apa raba - raba anak teruna orang ni? Kau ingat aku ni kambing kau senang – senang nak sentuh?”

“Eh! Tolong, itu pukul bukan raba! Kalau bukan kau tengah memandu aku hempuk aje kepala engkau tu dengan steering lock ni biar alignment urat saraf kau lari! Kalau ikut hati takdenye aku nak bersentuhan dengan kau! Geli okay? Lepas ni sah aku samak aje tangan aku yang kira dah ternoda ni!” 

“Kau ingat aku ni najis ke nak samak – samak segala? Amboi! Sedapnya kau cakap nak hempuk kepala aku, kau ingat aku senang – senang aje bagi kau hempuk? Kau fikir kepala aku ni kau yang bayar zakat fitrah? Silap – silap kau dulu aku humban keluar dari kereta ni, biar tergolek kat luar tu!”

“Sudah!” Suara Rose Raihanah sudah naik seoktaf.

“Macam budak – budak lah korang berdua ni! Pening tau kepala dengar korang bertekak dari rumah lagi tak habis – habis. Naik muak dengar suara korang menjerit – jerit!” Bebel Rose Raihanah laju.

“She started it!”

“No I’m not! You started it!”

“Cukup! Kita sarapan kat Synergy Cafe je lepas ni, kalau korang berdua tak boleh berbaik, esok Haikal tak payah lagi jemput dan hantar Rose dengan Sarinah, kitaorang naik bas aje.”

“Rose, I’m sorry okay! My bad, I apologize, but please let me keep my promise to fetch you and send you home everyday, at least until your have your car back from the workshop!”

“I’m sorry too... I promise to keep my mouth shut afterwards! Tak nak lah naik bas, panas lah! Berhimpit – himpit lagi, kereta aku pun masih kene pinjam ngan abang ngah kat kampung tu! Rengek Sarinah minta simpati. Susah juga kalau Rose Raihanah tolak budi baik mamat sengal tu! Tak pasal – pasal balik ke zaman darurat, berhimpit – himpit dalam bas dah macam ikan sardin dalam tin!

Rose Raihanah toleh kepala mencari wajah dua orang yang perangai macam Tom & Jerry, muka Sarinah yang minta simpati, muka Amirul Haikal yang bersungguh – sungguh hendak menjadi seorang budiman. Terlepas keluhan ringan dari mulut.

“Ok! Tapi janji, kalau tak boleh berbaik – baik pun sekurang – kurangnya cubalah jadi orang yang lebih dewasa! Satu lagi...err...”

“And what is that?” Amirul Haikal koyak senyum lebar, phew! Thank God! Masih ada kesempatan nak lancar misi mencuri hati si pujaan hati!

“Boleh tak korang berdua cakap Melayu aje? Korang ingat korang ni kat mane? London? Orang luar datang Malaysia pun berusaha nak belajar Bahasa Melayu, kita ni pulak bukan main lagi nak agung – agungkan bahasa luar!”

Amirul Haikal kerut dahi. Sarinah pula tersengih – sengih.

“Memang betul Bahasa Inggeris tu penting, kalau tidak takkan jadi bahasa kedua di Malaysia ni, tapi, janganlah sampai buang bahasa ibunda kita! Berpadah – padahlah. Geli tau telinga ni dengar orang sesama Melayu bercakap bahasa luar! Jangan lupa, bahasa jiwa bangsa!” Sambung Rose Raihanah lagi. Tak dapat bendung lagi rasa tidak puas hati mendengar lidah Melayu menutur selamba bahasa yang bukan milik sebenar bangsa Melayu.

Amirul Haikal mengangguk perlahan. Seumur hidupnya belum pernah lagi dia ditegur begitu. Hampir semua orang di sekelilingnya pun berbahasa Inggeris. Kadang – kadang, memang boleh lupa kaki ni berpijak di bumi mana. Paling tidak, bahasa rojak! Sekejap Inggeris, sekejap Melayu. Mata melirik wanita yang sudah benar – benar mencuri hatinya.

Okay! Kena pasak dalam minda! Si pujaan hati memang pencinta bahasa ibunda! Mulai hari ini, kena asah lidah untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Selamat berjaya Amirul Haikal!

####

Rose Raihanah memanggung muka. Renungan tajam Sarinah buat dia tidak keruan. Mata mencari kelibat Amirul Haikal yang sedang beratur mendapatkan kopi untuk mereka bertiga.

“Apa?”

“Kau ni memang kan? Macam takde perasaan aje aku tengok.” Sarinah menyilang tangan ke dada.

“Takde perasaan apanya? Tak faham aku, cuba cakap terang – terang sikit!”

Sarinah menghela nafas panjang. Semalam dia dikejutkan dengan hikayat kisah Rose Raihanah dengan Hud Daniel. Itupun selepas puas dia memaksa, setelah terhidu bau – bau hanyir tentang karenah Rose Raihanah yang seolah – olah menyembunyikan sesuatu. Ini Sarinah lah... Tak sia – sia aku ni jadik peminat tegar siri kartun Detektif Conan! Mana taknya aku curiga, tiba – tiba nak berlakon bagai. Aku yang tak minat berlakon pun terjebak sama! Nasib baik aku ni memang ada bakat semulajadi!

Pergh! Setakat mamat sengal tu, kacang je aku auta! Rose Raihanah tu kononnya nak elak daripada si mamat sengal! My foot! Macam aku nak percaya ngan si Rose ni, nak membohong pun tak pandai, errr sana... errr sini... Muka merah semacam aje! Yalah, budak suci, kalau membohong nampak sangat! Lambat – laun bukak cerita jugak budak Rose ni, tapi, aku pulak yang migrain dengan kisah hidup diorang, dah macam novel melayu!

“Hoi! Berangan!” Sarinah tersentak.

“Amboi! Kau berangan sampai mana dah babe?” Rose Raihanah menahan gelak, lawak melihat muka terperanjat Sarinah.

“Hah! Gelak, gelak! Kau dengan mamat sengal tu sama aje!”

“Kau janganlah babe, syukurlah Haikal tu nak tumpangkan kita, percuma pulak tu! Jimat duit tambang, kadang – kadang duit sarapan dengan makan tengahari pun kita jimat!” Ujar Rose Raihanah tersengih – sengih mengenang Amirul Haikal sudah seperti pemandu peribadi mereka berdua. Pagi berjemput, pulang dihantar. Pergh! Nikmat juga hidup beberapa hari ini!

“Sebenarnya, Haikal tu baik orangnya, kacak pulak tu! Aku senang dengan dia, sikap nakalnya tu kadang – kadang buat hati aku tercuit jugak!”

“Kau jangan ingatkan aku pasal mamat sengal tu, aku tak boleh lupa hari pertama dia nak jemput pergi kerja! Malu aku ni dua tiga tahun pun belum tentu hilang tau?”

Rose Raihanah menahan gelak. Terimbas pula hari pertama Amirul Haikal menjemputnya untuk pergi ke pejabat. Riuh blok taman perumahan Sarinah dengan bunyi hon yang tidak henti pagi – pagi buta! Jiran semua pun berpusu – pusu keluar rumah masing – masing, rasa nak maki tuan punya kereta mewah yang bersadai di rumah bujang Sarinah. Sarinah pulak, yang sedang asyik menenyeh gincu di bibir, tak terfikir langsung bunyi hon yang menjengkelkan itu datang dari kereta Amirul Haikal.

Nasib baik Kak Salmiah sebelah rumah terus menghubungi telefon bimbit Sarinah. Kak salmiah beritahu ada seorang lelaki kacak dengan kereta mewah sedang menunggu di luar rumah. Wah! Sempat lagi Kak Salmiah tu, nak kena lapor agaknya dengan suami dia! Kepochi betul, siap nak tau sudah kahwin ke belum si Amirul Haikal tu!

Jatuh rahang Sarinah melihat kelibat Amirul Haikal yang melambai – lambai ke arahnya. Ah! Sudah, dia betul – betul ingat si Rose tu duduk sini ke? Adoyai... Budak Rose ni betul – betul dah susahkan aku! Telan air liur juga nak menyuraikan dan meminta maaf kepada jiran – jiran yang berkumpul di luar rumahnya. Nasib semua selesai dengan aman, kalau tak ada jugak yang kena bambu dengan jiran – jiran! Hailaa... Terpaksa menipu bagitau yang Amirul Haikal tu abang sepupunya, pertama kali sampai ke Malaysia, baru balik dari London!

Ceh! Menipu tak ingat Sarinah waktu itu.

Sudahnya, Sarinah terus menghubungi Rose Raihanah yang sememangnya dalam perjalanan ke pejabat, dihantar oleh Abang Hisyam pemandu peribadi Engku Junaidah. Berkerut dahi Abang Hisyam apabila Rose Raihanah memintanya berpatah – balik menghantarnya ke rumah Sarinah pula! Tak sudah – sudah Rose Raihanah buat kerja bodoh menyelinap masuk ke dalam rumah Sarinah dari pintu belakang.

Itulah yang berlaku sehingga pagi ini. Pagi Amirul Haikal menjemput mereka berdua, pulang dia juga yang menghantar pulang ke rumah sewa Sarinah. Rose Raihanah pula akan dihantar dan dijemput oleh Abang Hisyam balik ke rumah keluarga Hud Daniel. Betul – betul membazir masa! Mujurlah juga Engku Junaidah dan Datin Zara tidak pernah menyoal kenapa Rose Raihanah kerap pulang lewat sejak akhir – akhir ini.

“Hoi! Dia pulak yang berangan!” Laju tangan Sarinah menepuk lembut bahu Rose Raihanah.

“Kau dengar tak apa aku cakap tadi?”

“Ap... apa?”

“Kau tu sedar tak yang si Haikal tu serius nak usyar kau babe!”

“Entahlah!”

“Kau jangan babe, Haikal tu member baik laki engkau!”

“Susyhhh!!!” Jari telunjuk di luruskan di mulut.

“Mulut kau tu jagalah sikit! Karang tak pasal – pasal rahsia aku terbongkar!”

Sorry, tapi, betul tak apa aku cakap! Haikal tu rapat dengan Encik Hud, kalau si mamat sengal tu tau status kau dengan member dia, parah tu babe!” Rose Raihanah cuma mampu mendiamkan diri.

“Aku bukan apa, kesian pulak dengan si sengal tu nanti! Sebab aku tengok dia tu memang beriya – iya nak usyar kau!” Jujur saja Sarinah meluahkan apa yang dirasa.

Melihat wajah keruh Rose Raihanah, Sarinah belas pula.

“Laaa... babe! Aku bukan nak rumitkan lagi hal ni, aku susah hati dengan keadaan kau ni babe!”

“Entahlah. Aku buntu, tak tau nak buat apa. Aku sendiri tak tau ke mana arah perkahwinan aku, rahsia atau pun tidak seolah – olah takde makna pun, babe! Dah hampir sebulan Hud tinggalkan aku, jauh di sudut hati aku dapat rasa, Saffiya takkan biarkan semua ini berjalan dengan lancar, aku rasa dia memang rancang untuk jauhkan Hud daripada aku!”

Sakit hati teringat kisah dua malam lepas. Rose Raihanah tidak menyangka dalam hanya mencuba – cuba untuk menghubungi Hud Daniel, tiba – tiba saja taliannya bersambung. Menanti panggilan disahut, dada makin berdebar – debar.

“Assalamualaikum, abang?”

“Hmm... it’s you!” Rose Raihanah tersentak, Saffiya Safwa?

“Kak Safi... err... abang ada?”

“Oh! God, who’s your sister? Nak berkakak bagai dengan aku! Huh! Abang konon... Perempuan kampung tak sedar diri! Dah lah kau rampas laki aku, berani pulak kau nak cari – cari dia waktu dia dengan aku ya?”

“Tak, bukan macam tu, Rose, err... Saya...” Kelu lidah Rose Raihanah dibuatnya. Tidak langsung menyangka seumur hidup ini dia akan digelar perempuan perampas.

“Oh! Save your breath, woman! For your information, Hud Daniel memang dengan aku sekarang ni, kami sedang meluangkan masa bersama – sama, celebrating our endless love together! Aku akan pastikan kau menyesal bersetuju untuk berkahwin dengan Hud Daniel! Aku nak kau rasa sakitnya hati aku ni, aku nak kau rasa terseksa sepanjang perkahwinan kau dengan Hud Daniel! Sampai satu masa, engkau sendiri yang akan angkat kaki! Kau faham tu?!”

“Dear? Whose that on the phone?”

“No one, wrong number!” Talian diputuskan. Rose Raihanah memejamkan mata seketika. Berharap semua ini hanya mimpi. Suara Hud Daniel yang kedengaran begitu ceria seolah – olah belati yang menoreh jantungnya. Dia langsung tak fikirkan pasal aku? Rose Raihanah mengeluh lagi.

Sarinah menggenggam kekura tangan Rose Raihanah, seolah – olah ingin menyalurkan sedikit kekuatan.

“Jangan mengalah Rose!” Rose Raihanah panggung muka, melihat Sarinah yang sedang tersenyum menjongketkan kening.

Babe, kau bukan paksa pun si Hud tu kahwin dengan kau! Korang bukan kahwin kontrak, keluarga dia restui hubungan korang! Perkahwinan korang sah! Even si Dark Witch tu dah setuju benarkan laki dia kahwin lagi satu, ikhlas tak ikhlas biar dia dengan Allah saja yang tau!”

“Dark Witch?”

“Hehe... madu kau tu lah!” Sarinah angkat dua jari isyarat, peace!

“Yang penting, kedudukan kau dengan Dark Witch sama saja di sisi laki korang, kau pun ada hak tau? Jadi kenapa tidak gunakan saja hak kau tu?”

“Maksud?”

Come on lah babe... Kau tu ada rupa, muka ala – ala artis! Lelaki kalau nampak kau, walaupun dengan kurung kapas macam ni je, toleh pandang dua kali tau? Kalau lelaki lain boleh tergoda dengan kau, takkan laki sendiri kau tak boleh goda? Bayangkan ko make over wardrobe kau! Pakai baju – baju moden sikit! Pergh! Terangkat!”

Rose Raihanah kerut kening, jari ligat garu kepala yang tidak gatal.

“Dah! Tak payah nak berlakon jadi beruk! Tergaru – garu... kau yang kata perkahwinan korang takde cintalah, apalah, pupuklah cinta tu! Binalah kasih – sayang! Kau godalah laki kau! Pastikan kau pregnant cepat – cepat, biar melopong si Dark Witch tu! Berani dia nak dajalkan kawan baik aku!”

“Nak buat macamana? Aku tak reti lah nak make over, nak goda – goda semua ni!” Sarinah tersenyum lebar. Tangan kanan menepuk – nepuk dada.

“Ni anak Pak Naim nak ajarkan bab menggoda. Biar aku je jadi mentor, kau jadi protege! Kau panggil aku sifu! Walaupun aku ni nampak suci dan murni, tapi, berkat selalu bergaul dengan makcik – makcik cleaner, tea lady, akak – akak receptionist dan yang sewaktu dengannya, ilmu rumah tangga ngan ilmu pasal lelaki memang penuh kat dalam dada, kau tau?” Rose Raihanah mencebik.

“Jadi, aku nak buat apa sekarang? Kau rasa patut tak aku terus – terang aje dengan Haikal?”

“No! Jangan dulu, Haikal sangat penting dalam plan kita ni. Dia merupakan senjata rahsia kita! Dialah umpan untuk pancing cemburu laki kau nanti!” Tegas Sarinah bersungguh.

“Kau jangan nak ajar aku peralatkan orang babe!” Bentak Rose Raihanah pula tidak setuju.

“Haisy! Bukan peralatkan, kita follow with the flow aje. Bukankan dia tu memang tengah usyar kau kan? Kita guna lah kesempatan yang ada untuk plan sendiri! Biar si Hud tu tau, kau ni bukannya tak laku! Lelaki babe! Penuh dengan ego, mesti dia akan bertindak kalau terasa dicabar! Manusia ni kalau dah dihadapkan dengan kehilangan, barulah nak belajar menghargai! Lagipun, kau pernah dengar tak satu pepatah ni? Ignore the risk, and take the fall, if it’s meant to be, it’s worth it all!

Sorry, lama nak bawa kopinya, ramai orang!” Tiga cawan kopi yang semerbak harumnya disua ke hadapan dua wanita itu. Amirul Haikal terasa pelik, mata bersilih – ganti memandang wajah Rose Raihanah dan Sarinah, yang tunak merenungnya.

“Kenapa? Dah lapar sangat eh? Napa tak makan je tadi, tak payah tunggu saya.” Mata terkebil – kebil berbalas pandang dengan Rose Raihanah yang masih lagi  terdengar – dengar bait – bait kata Sarinah. Amirul Haikal yang masih termangu – mangu langsung tidak diendahkan.

Aku nak goda Hud? Nak ngorat lelaki? Pandai ke aku ni? Setahu aku si Sarinah ni pun takde pakwe, memandai je dia nak jadi sifu aku! Berlapis dahi Rose Raihanah cuba membaca gerakkan bibir, Sarinah.

Mulakan, misi!


No comments:

Post a Comment