Alissa melangkah
masuk ke dalam rumah perlahan-lahan. Letihnya dia sepanjang hari ini. Dah la
berjalan ke sana ke sini dengan Tuti lepas tu Zafril pula culik dia sampai
malam.
“Ha, balik pun cik
puan ni.. Ke mana adik oi? Kak Una telefon tak dapat! Risau Kak Una tahu tak?”
“Lisa keluar dengan
bos Lisa tadi. Bateri telefon mati..”
Tubuh yang keletihan
dibaringkan selamba di atas sofa yang diduduki oleh Husna. Kepala direbahkan di
atas peha Husna. “Kak Una, picit kepala Lisa. Pening..”
“Jumpa bos mana ni
sampai pening kepala?”
“Bos paling gila..”
Husna tergelak kecil
sambil tangannya memicit lembut kepala Alissa. “Bukan ke Una keluar dengan
Tuti, macam mana pula boleh keluar dengan bos ni?”
“Dia culik Lisa..”
Urutan di kepala
Husna terhenti secara tiba-tiba. “Dia nak apa? Dia ugut Lisa? Dia ada
apa-apakan Lisa tak tadi?”
Alissa mencari
tangan Husna dengan keadaan mata yang terpejam. “Tangan tu janganlah berhenti
picit.. Picitlah lagi. Mulut aje cakap.”
Husna mencubit perut
Alissa. Sempat lagi nak suruh orang picit kepala dia. “Kak Una ni separuh mati
risaukan Lisa dekat rumah, Lisa boleh balik suruh Kak Una picitkan kepala? Now, tell me what happened.”
“Takde apa-apa pun
yang berlaku.”
“Alissa!” Sekali
lagi tangan Husna mencubit perut Alissa. Spontan mata Alissa terbuka luas.
“Kak Una! Sakitlah.
Ei, tangan tu dekat kepala Lisa bukan perut Lisa. Nasib baik tak terkeluar isi
tau..”
“Mana Zaf bawa Lisa?
Apa dia nak?”
“Pergi masuk hutan..
Tak nak apa-apa pun. Saja berbual.”
“Lisa, bangun..
bangun duduk sekarang!” Bahu Alissa ditampar sedikit kuat. Geram betul dia.
Macam mana nak berbual kalau mata Alissa terpejam macam ni. Silap-silap dia
bercakap seorang diri dan Alissa tidur.
“Kak! Sakitlah.”
“I said get up!”
Suara Husna sudah
naik meninggi sedikit. Alissa mengalah sebelum Husna mengetam dia dengan lebih
kuat. Kalau Husna mula ketam kau gila kalau tak menjerit. Sakit nak mampus!
“Apa.. apa. Kak Una
nak cakap apa. Sepuluh minit sebelum Lisa naik atas nak charge telefon. Abah mesti risaukan Lisa.”
“Ohh, abah risau
Lisa ambil berat ye. Ni Kak Una risaukan Lisa ni macam mana? Nasib baik tak
kena heart attack tau tak.”
“Kak Una ni.. Ada
pula minta sakit..” Jelingan tajam dihadiahkan kepada kakaknya.
“Dah jangan cakap
banyak. Mana dia bawa Lisa tadi?”
“Naik atas bukit..
Dalam hutan sikit.”
“Nak buat apa? Dia
ada apa-apakan Lisa tak?”
Alissa menggaru
kepala yang berserabut. “Kak! Takde lah.. takde buat apa-apa pun. Dia hanya nak
berbual dengan Lisa aje.”
“Lagi?” Ujar Husna
sambil mencapai alat kawalan jauh televisyen. Televisyen yang menayangkan
cerita Jodoh Itu Milik Kita di Mustika HD dipadamkan. Esok-esok boleh tengok
ulangan.
“Lagi apanya kak..
memang takde apa-apa. Berbual dan dia hantar Lisa balik.”
Bahu Alissa diketuk
dengan alat kawalan jauh televisyen. “Takde apa-apa Lisa cakap.. Kalau takde
apa-apa takkanlah sampai pukul dekat pukul 10 malam macam ni baru balik?”
“Zaf singgah solat
di masjid dulu.. lepas tu kami pergi makan dan balik. That’s all.”
Husna mengeluh
kecil. “Lisa, dia tu dah ada kekasih.. Lisa kena buka laman internet dan tengok
gambar-gambar mereka. Kakak tak mahu Lisa terluka.”
“Kak Una! Lisa takde
apa-apa perasaan pada Zaf lah kak! Apa benda Kak Una merepek ni?”
“Umi dengan abah
tahu tak pasal ni?”
“Maksud Kak Una,
Zafril?”
Husna mengangguk.
“Lisa tak cakap pun
dengan abah…”
“Umi takkan setuju
Lisa kerja dengan dia. Umi takkan setuju Lisa dekat dengan dia. Kami semua
risaukan Lisa!”
“Dia tanya pasal
Abang Khai..”
Wajah Husna berubah
terkejut. “Apa dia nak? Kenapa dia tanya pasal Khairi?”
Alissa jongket bahu.
“Lisa tak tahu.”
“Dia pasti sedang
rancangkan sesuatu! Lisa tak boleh terus kerja di pejabat tu! Kak Una nak Lisa
berhenti kerja..”
“Tak boleh. Lisa tak
boleh berhenti kerja.”
“Lisa! Bukan ke hari
tu Lisa juga yang beriya-iya nak berhenti kerja kenapa hari ni Lisa tak nak
pula?”
“Lisa dah janji
dengan Zaf yang Lisa takkan berhenti kerja.”
“Ya Allah, Lisa..
Janji apa lagi? Janji Zafril tu bukannya boleh pakai Lisa. Dia tu bukan seorang
lelaki yang berguna pun! Satu sen pun tak guna.”
“Lisa pening
kepala.. Lisa naik dululah. Kalau abah ada call
Kak Una bagitahu yang Lisa tidur awal ya? Jangan buat abah risau, please.”
“Kalau dia tanya
mana Lisa pergi seharian ni, apa Kak Una nak cakap?”
“Kak,
pandai-pandailah.”
Sebiji bantal
bersaiz kecil dihempuk atas kepala Alissa. “Pandai-pandailah.. Pandai Lisa ajar
Kak Una tipu abah ye?”
Samsung Mega di atas
meja berbunyi. Alissa segera melihat nombor pemanggil yang tertera. “Abah.”
“Jawablah..”
“Kak Una jawablah.
Kalau abah tanya pasal Lisa cakap Lisa keluar dengan Tuti lepas tu Lisa letih
balik terus tidur, ya?” Alissa terus bangkit dan berlari-lari memanjat tangga.
“Alissa!”
“Love you kak. Good night.” Alissa
menjerit dari tingkat atas,
“Assalamualaikum
abah.”
“Ya, abah.. Ya, Lisa
ada dah balik pukul 8.30 malam tadi. Lisa keluar dengan Tuti, bah” Husna
menarik sebiji bantal empat segi untuk dipeluk.
“Ha, abah nak cakap
dengan Lisa? Ala bah, Lisa dah tidur.. Letih sangat agaknya temankan Tuti beli
barang hantaran kahwin dia.. Banyak agaknya yang diborong Tuti tadi, abah..”
“Ye abah.. Una jaga
dia dengan elok. Abah janganlah risau.. Lisa tu bukannya budak kecil lagi abah.
Dia tu dah dua puluh enam tahun. Ye, abah.. Una faham abah risaukan dia..”
Husna memanjangkan
lehernya menjenguk ke tingkat atas. Mana tahu Alissa ada di tangga mencuri
dengar perbualan dia dengan abah.
“Ha, baiklah abah.
Abah jangan risau pasal Lisa tu ye abah. Eh, ada pula Una kena kahwin.. Taklah
abah, belum lagi..”
Husna terdengar ada
suara halus sedang ketawa. Dia tahu Alissa memang ada di tangga mendengar
perbualan dia dengan abah. Pasti ketawakan dia sebab abah membebel kerana dia
belum kahwin-kahwin lagi.
“Una kena tunggu
Lisa kahwin dulu bah baru Una boleh kahwin dengan senang hati. Kalau Una kahwin
siapa nak jaga anak kesayangan abah tu nanti.. Kan?”
Sekali lagi Husna
memanjangkan lehernya untuk mencari kelibat Alissa. Mana budak ni sembunyi!
Perlahan-lahan Husna
bangkit meninggalkan sofa berangkai tiga.
“Ye abah.. Abah pun
jaga diri, kirim salam sayang pada umi. InsyaAllah hujung bulan nanti kami
balik kampung. Ye, Una akan heret Lisa sekali lagi kampung.”
“Assalamualaikum..”
Husna menyimpan
telefon dalam seluar panjang yang dipakai olehnya. Bantal kecil bersaiz empat
segi dipegang kemas. Mencari mangsa yang ketawakan dia sebentar tadi.
Bam!
“Adoi!”
Yes, sasaran dia
kena. Alissa ingat dia sembunyi di sebalik meja computer dia takkan nampak
Alissa agaknya.
“Haaa, padan muka.
Curi dengar perbualan orang ye?” Husna tergelak melihat Alissa menggosok
kepalanya.
“Mana da curi
dengar. Kak Una tu yang bercakap kuat sangat siapa suruh..”
“Dah.. Pergi masuk
bilik. Kata nak tidur tadi kan..”
“Abah suruh Kak Una
kahwin ke?” Alissa tergelak kecil. Dia tahu pasti Pak Omar bebelkan anak
perempuannya itu. Apa lagi kalau bukan suruh kahwin.
“Sibuk aje Lisa ni.
Dah, pergi mandi lepas tu tidur. Esok nak kerja pula.”
Alissa menghilang ke
dalam biliknya.
Zafril membelek
telefon bimbitnya. Ibu jari scroll ke
atas dan ke bawah. “Alissa..” Nama yang tertera di Blackberry Z10 disebut
perlahan.
Butang berwarna
hijau disentuh perlahan.
“Baby..”
“Sayang! Where are you?” Ceria suara Juliza di
talian sana. Mungkin sudah hilang rajuk gadis itu. “Sayang! I tak dengar you cakaplah.. Can you please
speak louder?”
Zafri bangkit dari
pembaringan. “You dekat club?”
“Hello? Hello?
Sayang! Tak dengarlah..”
“Balik sekarang Ju!”
“I cannot hear you. I will call you back when I back home, honey.
Bye.” Juliza menamatkan panggilan. Zafril menumbuk
permukaan katil. Bengang dengan Juliza. Kaki clubbing!
Argh!
Bantal dicampakkan
ke lantai. Dia tidak pasti sama ada di mampu mengawal sikap sosial Juliza atau
tidak.
‘Balik rumah
sekarang!’
WhatsApp dihantar kepada Juliza.
Ting ting!
Rakus Zafril membuka
WhatsApp yang dibalas oleh Juliza.
‘Baru pukul 11.00
malam. Night is still young, honey.’
Zafril mengeluh
berat. Ke mana hala tuju hubungan dia dengan Juliza? Bukan sehari dua dia kenal
Juliza. Bertahun-tahun!
Mommy.
Ya, mommy dia akan sukakan gadis
itu?
Bukan dia tidak
faham mommy asyik perli dia di meja makan dua tiga hari ini pasal hubungan dia
dengan Juliza.
‘Mommy bukan tak suka tapi
lagi suka kalau perempuan lain yang elok sikit sikap dan pemakaiannya. Mommy ada calon yang sesuai.’
Perli makan dalam!
Bukan tak suka tapi
lagi suka kalau… Maksudnya tidak sukalah. Maksudnya kalau ada calon lain lebih
bagus.
Ah, senanglah cakap
kalau ada calon lain. Dia bukannya playboy.
Dia bukan lelaki yang tukar perempuan macam tukar baju.
Dulu.
Ya, dia memang macam
tu.. Tapi itu masa zaman dia belajar.. Zaman muda, zaman kegemilangan. Zaman
nak menikmati hidup kononnya tapi sekarang dia mahu settle down. Nak ada
keluarga sendiri. Nak ada anak kecil.
Angan-angan!
Boleh tahan juga
kalau berangan. Zafril tersenyum sendiri.
Bantal yang tadi
dicampakkan ke lantai di pungut semula dan diletakkan elok di kepala katil.
Kipas yang pegun
diperhatikan tanpa sebarang perasaan. Rasa dingin yang menyapa kulit tubuh
memaksa Zafril menyelak selimut tebal untuk membaluti tubuh. Dingin dek
penghawa dingin.
Zafril teringat
sepetang yang singkat bersama Alissa. Masa paling panjang dia habiskan bersama
Alissa selepas dia balik dari Canada.
Bibir tersenyum
sendiri. Kenapa Alissa comel sangat?
Buatlah garang dan
tunjuk muka benci macam mana pun, Alissa tetap comel dengan sikapnya.
“Saya nak balik! Nak
balik!”
Zafril buat pekak.
Alissa jerit lebih dari sepuluh kali dah yang dia nak balik, nak balik.
Baliklah, apa yang susah sangat pasal balik?
Kalau nak balik
sekarang ni, baliklah sendiri.
Tapi sebenarnya
dalam hati dia takut juga kalau Alissa tunjuk keras kepala dan balik petang
tadi. Kalau ada apa-apa berlaku kepada Alissa, apa dia nak jawab nanti.
Nasib baiklah Alissa
tak buat perangai siang tadi.
Sikap Alissa Mohamad
selepas lima tahun adalah sukar dijangka. Alissa tidak boleh dibaca
tindakannya. Kadang-kala lembut dan mengalah, kadang-kala sukar untuk
dilembutkan keputusan yang sudah dibuat.
Keras kepala.
Tak makan saman!
Nak tunjuk tegas
konon!
“Kenapa aku fikirkan
pasal perempuan ni pula? Gila!” Zafril bercakap seorang diri. Kepala diketuk
perlahan.
Dia sukakan Alissa?
Dia mahu
melaksanakan satu misi yang membawa dia ke Canada selama lima tahun!
Menghabiskan master selama dua tahun dan melancong ke serata dunia selama tiga
tahun!
Dia kembali kerana
misi itu.
Tidak sangka semudah
itu dia bertemu Alissa. Pertemuan tanpa usaha.
Takdir.
“Esok kerja Zaf,
baik kau tidur lena malam ini.”
Pasal Juliza
lantaklah. Pandailah perempuan tu jada diri. Selama lima tahun dia di Canada
pun Juliza pandai jaga diri takkan bila dia balik ke sini Juliza mahu dia
berkepit dengannya dua puluh empat jam.
Sorry!
Dia gila kerja.
Hidup dia sekarang adalah untuk keluarga dan kembangkan bisnes bukan nak
bercinta seperti zaman dulu lagi. Dia sudah puas bercinta dulu.
Lampu tidur
dimalapkan. Dia lebih suka tidur dalam suasana yang malap berbanding gelap
gelita.
Mata perlahan-lahan
dipejam dan akhirnya Zafril terlena.
No comments:
Post a Comment