Tuesday, 1 March 2016

CINTA JANGAN SAKITI AKU - BAB 12



Alissa memeluk tubuh. Angin petang yang menyapa perlahan pipinya dibiarkan sahaja. Rambut panjang dibiarkan ditiup angin.  Zafril mencuri pandang ke arah Alissa. Dahulu rambut Alissa hanya panjang sedikit dari paras bahu sekarang rambut Alissa panjang mengurai sehingga ke paras pinggang.
Dia perlu akui Alissa anggun dengan rambut panjangnya. Rambut hitam pekat yang tidak diwarnakan.
“Ehem..”
Alissa buat pekak. Dia tahu Zafril memang sengaja bawa dia ke sini. Nak berbincang konon. Nak bincang apa lagi?
“Ehem!” sekali lagi suara Zafril sedikit kuat berbanding tadi. Oh, nak dua mulakan dulu? Kenapa perlu dia pula yang bersuara dahulu? Bukankah lelaki itu kata mereka perlu berbincang. Dia bukannya ad apa-apa nak bincang pun.
You dah berangan sampai ke mana?”
“Johor Bahru.”
Spontan tawa Zafril terlepas. Alissa lima tahun dahulu bukannya jenis yang menjawab seperti ini. Dulu tunduk menikus. Penakut yang amat sangat!
Well, Alissa Mohamad is totally change yeah.”
“Apa awak nak?” Mentara sahaja suara Alissa.
“Balas dendam.. kot?”
Tangan yang bersilang di dada dijatuhkan ke bawah. “Zaf, saya minta maaf kalau saya pernah sakitkan hati awak. Biarkan saya hidup dengan tenang, please.”
“Oh, I thought you have nothing to discuss.”
Alissa terdiam. Senyap tidak terkata.
“I tak sangka I akan jumpa you dengan mudah..” Memang tidak pernah terlintas di fikiran dia  bahawa Alissa bekerja dengan papa dia selama ini. Hari pertama dia masuk kerja dia sudah terlanggar Alissa. Ah, jodoh!
Sumpah Alissa rasa seperti mahu menangis! Kalau dia tahu Zafril kembali untuk membalas dendam dia akan mengaku kalah. Dia bukan lawan Zafril. Dia tidak mampu untuk menandingi lelaki itu.
Stop hurting me and my brother!” Keras amaran Alissa.
“Kalau I tak mahu?”
“Apa awak nak daripada saya, Zaf?!” Suara sudah naik sedikit. Menjerit sedikit kuat berbanding tadi.
“Main-mainkan you. This game just on, Lisa. Let’s enjoy the game!” Sengaja mahu mengusik. Dia suka Alissa marah. Biar Alissa lepaskan semua marahnya. Dulu Alissa tidak mampu untuk meluahkan rasa marah yang terbuku di hati.
“Kalau awak tak suka saya kerja dengan company awak, I will resign. Saya sanggup letak jawatan kalau itu dapat puaskan hati awak.”
“Don’t you ever dare to leave the company.” Lurus jari telunjuk Zafril ke muka Alissa. Mengugut adalah kepakaran dia sejak dulu.
“Habis apa yang awak nak saya buat?”
“Apa you buat dekat Berjaya Mall dengan Tuti?”
Kening Alissa berkerut-kerut. “Why?”
“Jangan balas soalan I dengan soalan.”
Amboi-amboi, Zafril ingat dia tu siapa? Kalau dia balas pertanyaan Alissa dengan pertanyaan boleh pula.. “Suka hati sayalah nak baut apa pun dekat sana.”
You ikut I?”
“Gila.” Perlahan sahaja perkataan itu meluncur keluar dari bibir Alissa namun berjaya ditangkap oleh Zafril.
“I can hear what you said just now.”
“Zaf, saya takde masa nak ikut awak, nak intip awak. Awak ingat saya ni dah takde kerja sangat nak buat ke sampai nak habiskan hujung minggu saya untuk intip awak? Oh, please!”
“Mungkin.. Tak mustahil sebab lepas I tinggalkan Malaysia dulu you separuh gila cari kawan-kawan I sebab nak tanya pasal I, kan?”
“Stop talking about the past!”
Dia boleh terima kalau Zafril nak kutuk dia nak mengata dia pasal kerja tapi bukan pasal masa lima tahun dulu. Dia akui lima tahun dulu dia bodoh! Dia bodoh sebab gilakan Zafril. Dia bodoh sebab kejar cinta lelaki itu.
“Kenapa tak suka ke kalau I ungkit cerita lama?”
“Yes, tak suka plus benci sangat-sangat!”
“Malu?”
Anak mata hitam pekat milik Alissa mencari anak mata Zafril yang memandang ke arah langit. “No, saya tak malu. Sikit pun tak malu tapi mungkin awak patut malu!”
You tak malu lepas apa yang you dah buat pada I? Wah, dahsyat ya perempuan zaman sekarang.” Renungan mata Alissa ke dalam anak matanya membuatkan hati Zafril berdegup laju. “Kalau tak suka kenapa tak buat apa-apa?” Jika Alissa tidak sukakan cerita lama diungkit-ungkit kerana tidak dia tamatkan sahaja cerita mereka? Kenapa Alissa masih menyepi selama lima tahun?
Apa yang Alissa harapkan?
“Hantar saya balik.”
“I belum habis cakap dengan you lagi.”
Alissa bergerak menjauhi Zafril. “Nak cakap apa lagi?”
“Abang you sihat?”
“Takde kaitan dengan awak.”
Mendengar Zafril tergelak kecil, Alissa bengang. Dia tahu Zafril ketawakan dia. Ketawakan keluarga dia. “Saya dengan abang saya takde kaitan dengan awak. Leave us alone! Kenapa awak nak ganggu hidup kami?”
“I ada ganggu hidup you ke Lisa? Siapa cakap? I atau you yang ganggu hidup I dulu?”
Alissa sudah menggenggam kedua-dua belah tangannya. Ikutkan hati mahu sahaja dia menumbuk muka Zafril. Mahu saja dia menumbuk mulut Zafril yang tiada insurans!
“Saya nak balik.. Saya nak balik!”
“Baliklah.”
Ya Allah, kenapa dia bertemu dengan lelaki ini semula? Zafril sengaja bawa dia ke atas bukit ini.. Langsung takde orang dan Zafril suruh dia balik sendiri kalau nak balik? Bongok punya lelaki tak guna!
“Awak yang bawa saya ke sini jadi awak patut hantar saya balik!”
“Tak mahu.”
Alissa ketap bibir menahan geram. Zafril jawab tak mahu? Hoi, dia takde masa nak layan lawak Zafril dekat bukit tiada orang waktu senja-senja macam inilah. “Zaf, awak jangan main-main boleh tak?”
“Betul, I memang tak mahu hantar you balik sebab kita belum habis berbual lagi.”
Alissa bergerak laju ke hadapan Zafril. “Apa benda lagi yang awak nak cakap? Cakap cepat!”
“Kenapa you kerja dengan papa I?”
Mulut Alissa ternganga sedikit. Terkejut dengan soalan Zafril. “Kenapa awak nak tahu pasal saya? Rindukan saya ke?” Buat lawak bodoh dan Alissa tergelak sendiri.
“Yeah. Rindu sangat. Nak peluk you, boleh?”
“Jangan harap.”
“I boleh buat kalau I nak, kan?” Bulat mata Alissa mendengar ayat Zafril. Ei, lelaki ini!!! Saja nak uji hati dia. “You jangan perasan sangat.” Laju sahaja kata-kata meluncur keluar dari bibir Zafril. Tangan menyeluk ke dalam poket seluar jeans Zara yang dipakai olehnya. Sekotak rokok dikeluarkan. “Kalau tak suka bau asap rokok boleh duduk jauh sikit.”
Alissa memejamkan matanya beberapa saat. Ya Allah, geramnya dia dengan Zafril ni! “Nak hisap rokok dalam kereta pun saya tak kisah asalkan awak hantar saya balik sekarang.”
“Sejak bila pula you boleh tahan dengan bau asap rokok?” Bibir tergelak kecil. Sanggup betul Alissa. Bukan dia tidak tahu Alissa mudah pening dengan bau asap rokok.
“Sejak sekarang ni lah..”
“I belum habis lagi berbual dengan you. Kalau dekat pejabat susah sangat nak cari peluang bercakap dengan you. Sibuk memanjang.”
“Memang sibuk nak siapkan baju-baju yang awak nak.. Saya ke pejabat nak kerja bukannya nak berbual.”
Zafril tergelak kecil. Pedas dan sinis betul kata-kata Alissa. Perli dia lah tu. “Seronok ke kerja dengan papa I?”
“Seronok sangat sebelum awak muncul.” Mata yang tadinya memandang wajah Zafril dikalih ke tempat lain. Kaki berjalan dua tapak ke hadapan. Busuk pula asap rokok Zafril ni.
Uhuk! Uhuk!
Alissa terbatuk kecil. Puas dia cuba kawal reaksi muka dia apabila Zafril menghembuskan asap rokok tetapi apabila bau asap memenuhi rongga hidungnya dia memang tak tahan! Busuk sangat.
“Kan dah suruh duduk jauh sikit tadi.” Puntung rokok yang masih berbaki dicampakkan ke tanah dan dipijak dengan kasut untuk memadamkan api. “Nak air?”
Alissa pantas menggeleng. Entah air jampi apa yang Zafril nak bagi pada dia. Tak mahu terima apa-apa lagi pemberian lelaki itu.
“Dah nak masuk waktu Maghrib, jomlah.”
Nafas kelegaan dilepaskan. Ingatkan nak bermalam di atas bukit ni!
“Jangan kutuk I dalam hati you because I can read people’s mind.”
What?! Tak guna punya Zafril. “Mana ada saya cakap apa-apa.”
Zafril menghentikan langkah kakinya dan segera menoleh ke arah Alissa. “Apa you cakap dalam hati you tadi?”
“Mana ada cakap apa-apa. Jangan nak merepek boleh tak?”
“Kalau macam tu you balik sendirilah.”
Ya Allah, dia rasa nak menangis sangat sekarang ni! “Zaf, awak jangan nak ugut saya macam ni boleh tak?” Kalau ikutkan hati dia memang dia nak balik sendiri aje tapi dia tak tahu jalan balik! Kalau sesat memang matilah dia takde siapa nak tolong dia. Bateri handpone dah la dah mati..
“Get in now.”
Pintu kereta BMW Z4 dibuka kasar. Alissa menghenyak punggungnya di atas kerusi penumpang. Pintu ditarik sekuat hati. Bengang!
“You slammed my car door?”
“What? It’s just a car.” Alissa membela diri. Tidak puas hati betul dia dengan sikap Zafril. Kereta aje pun bukannya manusia. Dan yang paling penting bukannya tercabut pintu kereta dia.
“Get out and say sorry to the door ten times.”
Mulut Alissa berubah menjadi bentuk O. Ternganga tidak percaya dengan sikap Zafril. Gila! “Hei, bukannya tercabut pintu kereta awak ni! Kereta aje pun… Bukan ada perasaan.”
“My car not your car. Do it now.”
“Tak nak.”
Fine. Kita duduk dalam kereta ni sampai esok siang!”
Alissa pandang wajah Zafril tanpa kelip. Tidak percaya betul sikap Zafril macam ni.
“I can wait..”
Alissa membuka pintu kereta dan keluar dari perut kereta itu. Zafril memeluk tubuh dan memandang ke arah Alissa. “I am waiting..”
“Pintu, I am sorry.” Pintu kereta dibuka dan ditutup perlahan-lahan. Alissa membuat tindakan itu dengan hati yang sebal.
“Nine times more.”
Perbuatan sama diulang sehingga cukup sepuluh kali. Ya Allah, rasa macam nak ambil lesung batu lepas tu tumbuk-tumbuk cili dan bayangkan dia tumbuk lumat muka kacak Zafril. Ei, kereta pun nak cari pasal! Memang sengaja lelaki itu nak kenakan dia. Sengaja!

No comments:

Post a Comment