Alissa
memeluk tubuh. Angin petang yang menyapa perlahan pipinya dibiarkan sahaja.
Rambut panjang dibiarkan ditiup angin. Zafril mencuri pandang ke arah Alissa. Dahulu
rambut Alissa hanya panjang sedikit dari paras bahu sekarang rambut Alissa
panjang mengurai sehingga ke paras pinggang.
Dia
perlu akui Alissa anggun dengan rambut panjangnya. Rambut hitam pekat yang
tidak diwarnakan.
“Ehem..”
Alissa
buat pekak. Dia tahu Zafril memang sengaja bawa dia ke sini. Nak berbincang
konon. Nak bincang apa lagi?
“Ehem!”
sekali lagi suara Zafril sedikit kuat berbanding tadi. Oh, nak dua mulakan
dulu? Kenapa perlu dia pula yang bersuara dahulu? Bukankah lelaki itu kata
mereka perlu berbincang. Dia bukannya ad apa-apa nak bincang pun.
“You dah berangan sampai ke mana?”
“Johor
Bahru.”
Spontan
tawa Zafril terlepas. Alissa lima tahun dahulu bukannya jenis yang menjawab
seperti ini. Dulu tunduk menikus. Penakut yang amat sangat!
“Well, Alissa Mohamad is totally change yeah.”
“Apa
awak nak?” Mentara sahaja suara Alissa.
“Balas
dendam.. kot?”
Tangan
yang bersilang di dada dijatuhkan ke bawah. “Zaf, saya minta maaf kalau saya
pernah sakitkan hati awak. Biarkan saya hidup dengan tenang, please.”
“Oh, I thought you have nothing to discuss.”
Alissa
terdiam. Senyap tidak terkata.
“I
tak sangka I akan jumpa you dengan
mudah..” Memang tidak pernah terlintas di fikiran dia bahawa Alissa bekerja dengan papa dia selama
ini. Hari pertama dia masuk kerja dia sudah terlanggar Alissa. Ah, jodoh!
Sumpah
Alissa rasa seperti mahu menangis! Kalau dia tahu Zafril kembali untuk membalas
dendam dia akan mengaku kalah. Dia bukan lawan Zafril. Dia tidak mampu untuk
menandingi lelaki itu.
“Stop hurting me and my brother!” Keras
amaran Alissa.
“Kalau
I tak mahu?”
“Apa
awak nak daripada saya, Zaf?!” Suara sudah naik sedikit. Menjerit sedikit kuat
berbanding tadi.
“Main-mainkan
you. This game just on, Lisa. Let’s enjoy
the game!” Sengaja mahu mengusik. Dia suka Alissa marah. Biar Alissa
lepaskan semua marahnya. Dulu Alissa tidak mampu untuk meluahkan rasa marah
yang terbuku di hati.
“Kalau
awak tak suka saya kerja dengan company
awak, I will resign. Saya sanggup
letak jawatan kalau itu dapat puaskan hati awak.”
“Don’t you ever dare to leave the company.” Lurus jari telunjuk Zafril ke muka Alissa.
Mengugut adalah kepakaran dia sejak dulu.
“Habis
apa yang awak nak saya buat?”
“Apa
you buat dekat Berjaya Mall dengan
Tuti?”
Kening
Alissa berkerut-kerut. “Why?”
“Jangan
balas soalan I dengan soalan.”
Amboi-amboi,
Zafril ingat dia tu siapa? Kalau dia balas pertanyaan Alissa dengan pertanyaan
boleh pula.. “Suka hati sayalah nak baut apa pun dekat sana.”
“You ikut I?”
“Gila.”
Perlahan sahaja perkataan itu meluncur keluar dari bibir Alissa namun berjaya
ditangkap oleh Zafril.
“I can hear what you said just now.”
“Zaf,
saya takde masa nak ikut awak, nak intip awak. Awak ingat saya ni dah takde
kerja sangat nak buat ke sampai nak habiskan hujung minggu saya untuk intip
awak? Oh, please!”
“Mungkin..
Tak mustahil sebab lepas I tinggalkan Malaysia dulu you separuh gila cari kawan-kawan I sebab nak tanya pasal I, kan?”
“Stop talking about the past!”
Dia
boleh terima kalau Zafril nak kutuk dia nak mengata dia pasal kerja tapi bukan
pasal masa lima tahun dulu. Dia akui lima tahun dulu dia bodoh! Dia bodoh sebab
gilakan Zafril. Dia bodoh sebab kejar cinta lelaki itu.
“Kenapa
tak suka ke kalau I ungkit cerita lama?”
“Yes,
tak suka plus benci sangat-sangat!”
“Malu?”
Anak
mata hitam pekat milik Alissa mencari anak mata Zafril yang memandang ke arah
langit. “No, saya tak malu. Sikit pun
tak malu tapi mungkin awak patut malu!”
“You tak malu lepas apa yang you dah buat pada I? Wah, dahsyat ya
perempuan zaman sekarang.” Renungan mata Alissa ke dalam anak matanya
membuatkan hati Zafril berdegup laju. “Kalau tak suka kenapa tak buat apa-apa?”
Jika Alissa tidak sukakan cerita lama diungkit-ungkit kerana tidak dia tamatkan
sahaja cerita mereka? Kenapa Alissa masih menyepi selama lima tahun?
Apa
yang Alissa harapkan?
“Hantar
saya balik.”
“I
belum habis cakap dengan you lagi.”
Alissa
bergerak menjauhi Zafril. “Nak cakap apa lagi?”
“Abang
you sihat?”
“Takde
kaitan dengan awak.”
Mendengar
Zafril tergelak kecil, Alissa bengang. Dia tahu Zafril ketawakan dia. Ketawakan
keluarga dia. “Saya dengan abang saya takde kaitan dengan awak. Leave us alone! Kenapa awak nak ganggu
hidup kami?”
“I
ada ganggu hidup you ke Lisa? Siapa
cakap? I atau you yang ganggu hidup I
dulu?”
Alissa
sudah menggenggam kedua-dua belah tangannya. Ikutkan hati mahu sahaja dia
menumbuk muka Zafril. Mahu saja dia menumbuk mulut Zafril yang tiada insurans!
“Saya
nak balik.. Saya nak balik!”
“Baliklah.”
Ya
Allah, kenapa dia bertemu dengan lelaki ini semula? Zafril sengaja bawa dia ke
atas bukit ini.. Langsung takde orang dan Zafril suruh dia balik sendiri kalau
nak balik? Bongok punya lelaki tak guna!
“Awak
yang bawa saya ke sini jadi awak patut hantar saya balik!”
“Tak
mahu.”
Alissa
ketap bibir menahan geram. Zafril jawab tak mahu? Hoi, dia takde masa nak layan
lawak Zafril dekat bukit tiada orang waktu senja-senja macam inilah. “Zaf, awak
jangan main-main boleh tak?”
“Betul,
I memang tak mahu hantar you balik
sebab kita belum habis berbual lagi.”
Alissa
bergerak laju ke hadapan Zafril. “Apa benda lagi yang awak nak cakap? Cakap
cepat!”
“Kenapa
you kerja dengan papa I?”
Mulut
Alissa ternganga sedikit. Terkejut dengan soalan Zafril. “Kenapa awak nak tahu
pasal saya? Rindukan saya ke?” Buat lawak bodoh dan Alissa tergelak sendiri.
“Yeah.
Rindu sangat. Nak peluk you, boleh?”
“Jangan
harap.”
“I
boleh buat kalau I nak, kan?” Bulat mata Alissa mendengar ayat Zafril. Ei,
lelaki ini!!! Saja nak uji hati dia. “You
jangan perasan sangat.” Laju sahaja kata-kata meluncur keluar dari bibir
Zafril. Tangan menyeluk ke dalam poket seluar jeans Zara yang dipakai olehnya.
Sekotak rokok dikeluarkan. “Kalau tak suka bau asap rokok boleh duduk jauh
sikit.”
Alissa
memejamkan matanya beberapa saat. Ya Allah, geramnya dia dengan Zafril ni! “Nak
hisap rokok dalam kereta pun saya tak kisah asalkan awak hantar saya balik
sekarang.”
“Sejak
bila pula you boleh tahan dengan bau asap rokok?” Bibir tergelak kecil. Sanggup
betul Alissa. Bukan dia tidak tahu Alissa mudah pening dengan bau asap rokok.
“Sejak
sekarang ni lah..”
“I
belum habis lagi berbual dengan you.
Kalau dekat pejabat susah sangat nak cari peluang bercakap dengan you. Sibuk memanjang.”
“Memang
sibuk nak siapkan baju-baju yang awak nak.. Saya ke pejabat nak kerja bukannya
nak berbual.”
Zafril
tergelak kecil. Pedas dan sinis betul kata-kata Alissa. Perli dia lah tu.
“Seronok ke kerja dengan papa I?”
“Seronok
sangat sebelum awak muncul.” Mata yang tadinya memandang wajah Zafril dikalih
ke tempat lain. Kaki berjalan dua tapak ke hadapan. Busuk pula asap rokok
Zafril ni.
Uhuk!
Uhuk!
Alissa
terbatuk kecil. Puas dia cuba kawal reaksi muka dia apabila Zafril
menghembuskan asap rokok tetapi apabila bau asap memenuhi rongga hidungnya dia
memang tak tahan! Busuk sangat.
“Kan
dah suruh duduk jauh sikit tadi.” Puntung rokok yang masih berbaki dicampakkan
ke tanah dan dipijak dengan kasut untuk memadamkan api. “Nak air?”
Alissa
pantas menggeleng. Entah air jampi apa yang Zafril nak bagi pada dia. Tak mahu
terima apa-apa lagi pemberian lelaki itu.
“Dah
nak masuk waktu Maghrib, jomlah.”
Nafas
kelegaan dilepaskan. Ingatkan nak bermalam di atas bukit ni!
“Jangan
kutuk I dalam hati you because I can read
people’s mind.”
What?! Tak guna punya Zafril. “Mana ada saya cakap apa-apa.”
Zafril
menghentikan langkah kakinya dan segera menoleh ke arah Alissa. “Apa you cakap dalam hati you tadi?”
“Mana
ada cakap apa-apa. Jangan nak merepek boleh tak?”
“Kalau
macam tu you balik sendirilah.”
Ya
Allah, dia rasa nak menangis sangat sekarang ni! “Zaf, awak jangan nak ugut
saya macam ni boleh tak?” Kalau ikutkan hati dia memang dia nak balik sendiri
aje tapi dia tak tahu jalan balik! Kalau sesat memang matilah dia takde siapa
nak tolong dia. Bateri handpone dah la dah mati..
“Get in now.”
Pintu
kereta BMW Z4 dibuka kasar. Alissa menghenyak punggungnya di atas kerusi
penumpang. Pintu ditarik sekuat hati. Bengang!
“You slammed my car door?”
“What? It’s just a car.” Alissa membela diri. Tidak puas hati betul dia
dengan sikap Zafril. Kereta aje pun bukannya manusia. Dan yang paling penting
bukannya tercabut pintu kereta dia.
“Get out and say sorry to the door ten times.”
Mulut
Alissa berubah menjadi bentuk O. Ternganga tidak percaya dengan sikap Zafril.
Gila! “Hei, bukannya tercabut pintu kereta awak ni! Kereta aje pun… Bukan ada
perasaan.”
“My car not your car. Do it now.”
“Tak
nak.”
“Fine. Kita duduk dalam kereta ni sampai
esok siang!”
Alissa
pandang wajah Zafril tanpa kelip. Tidak percaya betul sikap Zafril macam ni.
“I can wait..”
Alissa
membuka pintu kereta dan keluar dari perut kereta itu. Zafril memeluk tubuh dan
memandang ke arah Alissa. “I am waiting..”
“Pintu,
I am sorry.” Pintu kereta dibuka dan
ditutup perlahan-lahan. Alissa membuat tindakan itu dengan hati yang sebal.
“Nine times more.”
Perbuatan
sama diulang sehingga cukup sepuluh kali. Ya Allah, rasa macam nak ambil lesung
batu lepas tu tumbuk-tumbuk cili dan bayangkan dia tumbuk lumat muka kacak
Zafril. Ei, kereta pun nak cari pasal! Memang sengaja lelaki itu nak kenakan
dia. Sengaja!
No comments:
Post a Comment