Kentang
goreng dicucuk dengan garpu sebelum disumbat ke dalam mulut. “Kau tak cakap pun
dengan aku yang Lisa tu kerja dengan kau. Ju tahu ke tidak?”
Zafril
mencapai air coke di atas meja makan dan disedut perlahan. “Dua hari lepas aku
ada jumpa dengan Lisa dekat petrol station. Masa tu Ju ada dengan aku.. Aku dah
cakap dengan Ju pasal Lisa ni..”
“Soalan
aku Ju tahu ke tidak yang kau dengan Lisa kerja satu bumbung?”
Zafril
menggeleng. “Kau rasa kalau Ju tahu apa dia buat?”
Tawa
Hafizul meledak kuat. “Mak singa tu nak buat apa lagi selain mengamuk. Silap
hari bulan cermin kereta kau boleh berkecai bro!”
Bukan
dia tidak kenal dengan sikap cemburu buta dan panas baran Juliza. Memang tahap
tak mampu nak kawal. Kalau mengamuk memang jenis pukul orang, jenis campak
barang dan menjerit macam nak keluar anak tekak.
“Zaf,
aku bukan nak takutkan kau tapi aku rasa elok kalau Ju tak tahu..”
Kepala
diangguk perlahan. “Aku memang tak cakap dengan Ju. Kes aku jumpa dengan Alissa
di stesyen minyak pun dia boleh cakap aku duk terkenangkan Lisa semula. Gila
kau tahu tak. Gila!”
“Entah-entah
betul apa yang Ju cakapkan tu. Kau ada hati dengan Lisa tu ke?”
“Gila!”
Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada Hafizul. Steak daging dipotong kecil dan
disumbat ke dalam mulutnya. “Lisa dengan aku takde apa-apa. Aku secara tak
sengaja tahu yang dia kerja dengan syarikat papa aku. Kebetulan.”
“Jodoh,
mungkin?”
Zafril
tergelak-gelak. “Mungkin Tuhan sengaja hantar Lisa kerja di syarikat keluarga
aku sebab nak temukan aku dengan dia.. Untuk aku dan dia sama-sama betulkan
kesalahan dulu. Untuk bagi peluang dia minta maaf pada aku sekali lagi.”
Suapan
kentang ke dalam mulut Hafizul terhenti. “Apa dia buat pada kau dulu?” Riak
terkejut memang jelas di wajah Hafizul. “Setahu aku kau yang kenakan dia
dulu..”
Tesedar
dia sudah tersasul, Zafril segera membetulkan suaranya. “Ish, bukan. Maksud aku
iyelah dia kan dah malukan aku masa dekat padang dulu. Terjerit macam orang
gila yang kononnya aku cintakan dia dekat padang tu.. Kau ingat aku ni tak malu
ke?”
“So?”
Zafril
angkat sudu dan garpu dengan tangan kiri dan kanan naik sedikit ke udara. “So.. takde apa-apalah.”
“Iyelah
kau tu takde apa-apa. Entah-entah ada apa-apa dengan Lisa tu..”
“Kau
jangan nak merepek boleh tak?”
“Mana
ada aku merepek pun. Aku cakap-cakap aje..” Mata Hafizul meliar ke sekeliling
restoran. Tiba-tiba matanya terbuka luas. “Lisa dekat sana.. dengan Tuti.”
“Where?”
“Dekat
sudut sana.”
Pantas
Zafril menoleh ke arah pisau yang terhala oleh Hafizul. “What is she doing here? Mengintip aku ke?” Soal Zafril kepada
Hafizul.
“Kau
rasa Lisa tu takde kerja sangat ke sampai nak intip kau? Kau ada buat salah apa
dengan dia sampai dia nak intip kau ke sana sini?”
“Aku
nak ke sana kejap. Kau tunggu sini!”
Melihat
Zafril menolak kerusinya dan bergerak ke arah meja Alissa, Hafizul segera
bangkit mengekori Zafril dari belakang. Takkan nak ketinggalan drama sebabak
kot. Rugilah.
“What are you doing here, Lisa?” Tegak dia berdiri di sisi meja Alissa.
“Encik
Zafril, saya ke sini nak makan.. Takkan nak beli kereta pula!” Pedas sindiran
Alissa. Apa, Zafril ingat ni kedai bapak dia ke sampai Alissa tak boleh nak ke
sini?
“I
tak cakap you ke sini nak beli kereta
tapi I tanya apa you buat di sini?”
“Makan.”
Ringkas jawapan Alissa. Mata kembali ke buku menu yang dipegang olehnya.
Jelingan Tuti yang menyoal ‘apa ni.. apa ni..’ hanya dibiarkan sahaja. Nantilah
dia jawab dengan Tuti.
“We need to talk. Now.”
“Weekends bukan masa kerja saya. Tunggu
esok ajelah lepas saya masuk kerja..”
“Alissa, I said now.” Buku menu yang dipegang
oleh Alissa dirampas kasar. Buku menu itu kembali diletakkan di atas meja sebaik
sahaja Alissa berdiri kasar.
“Apa
Encik Zafril nak ni? Saya ada ganggu encik ke?”
“Yes,
ganggu pandangan mata dan selera I dekat sini.”
Nafas
dilepas kasar. “Kalau takde selera boleh makan di kedai lain.. Takde kena
mengena dengan saya!”
“Jom.”
Lengan Alissa ditarik sedikit kuat. Memaksa Alissa supaya mengikutnya.
“Zaf,
kau nak dah kenapa?” Rasa tidak sanggup pula melihat Alissa dipaksa oleh
Zafril. Walaupun Alissa berahsia dengan dia tentang Zafril dia pasti Alissa ada
sebab yang tersendiri.
“Ikut
I or I will reveal everything?”
Ugut?
Zafril ugut dia sekarang ni? Alissa memandang wajah Zafril dengan pandangan
mata yang tajam. Geram! Dia geram dengan Zafril.
“I
tak main-main, Lisa..”
“Lisa,
Zaf.. Apa ni? Korang ni dah kenapa? Reveal
apa? Kau nak cakap apa Zaf? Tell me!”
Tuti pula sudah semakin geram dengan sikap dua manusia di hadapan mereka ini.
Main tarik tali pula. Sorang mengugut yang sorang lagi pula buat donno.
“Nak
cakap apa? Awak nak bagi tahu Tuti semuanya? Bagitahulah.. Mesti Hafizul pun
tak sabar nak tahu juga.” Eleh, ingat dia takut kot? Tuti dah tahu semuanya
pun.. Mungkin kawan-kawan Zafril aje yang tak tahu sangat.
Pegangan
tangan Zafril di lengan Alissa bertambah kuat. “Jangan cabar I, Lisa. You tahu apa yang I boleh buat..”
Ya,
ugutan yang membuatkan dia takut! Dia faham maksud ‘boleh buat’ yang disebut
oleh Zafril. Lelaki itu boleh buat apa sahaja yang kadang-kala tidak terjangkau
pemikiran dia. “Tut, kau order dulu
ya..”
“Tapi
Lisa..”
“Aku
okay. Kejap aje.. Kejap lagi aku datang
semula.”
Mahu
tidak mahu Tuti mengalah juga. Wajah Hafizul dijeling geram.
“Eh,
kenapa kau jeling aku pula.. Bukan salah aku. Aku pun tak tahu apa masalah
dorang tu.” Hafizul membela diri. Sumpah dia memang tak tahu apa-apa.
“Diamlah
kau. Berambus dari muka aku.” Nah, tak pasal-pasal Tuti melepaskan kemarahannya
kepada Hafizul pula. Lantaklah, janji dia memang bengang habis denga Zafril.
“Tut,
kau nak emo dengan aku ni kenapa… Kau kalau tak puas hati dengan Zaf, dengan
Zaf sorang aje dah lah. Aku ni bukannya Zafril.. Yang kau nak marahkan aku
kenapa?” Selamba badak sahaja Hafizul menarik kerusi dan duduk di sebelah Tuti.
“Kau
duduk dekat meja aku ni kenapa? Blah
lah.”
“They won’t come back. Biar aku temankan
kau makan, okay?”
Mulut
Tuti herot ke kiri dan ke kanan menaharan rasa geram terhadap Hafizul. “Kau
dengan Zaf sama ajekan.. Buaya!”
“Hooo…
ho. Kau jangan samakan aku dengan Zafril pula. Aku bukan playboy. Aku just be nice with everyone aje bukan playboy. Tak sama tu..”
“Kau
nampak tak garpu ni Afiz? Kau nak kena tikam ke?”
Melihat
gelagat Tuti yang garang membuatkan Hafizul tergelak besar. “Kau ni umur dah
dua puluh enam tahun tapi perangai macam budak-budak. Hoi, zaman universiti dah
habis dah.. Kau boleh tak matang sikit?”
Garpu
kembali diletakkan di atas meja. “Mana kawan kau bawak kawan aku?”
“Jangan
risau.. Mungkin Zaf nak berbual dengan Lisa.”
“Office kan ada.. kenapa nak berbual di
luar?”
“Privacy kot.”
Tuti
menggelengkan kepalanya. “Aku tak percaya. Mesti ada benda yang Lisa sorokkan
daripada aku. Apa kawan kau tu nak?”
“Ish,
manalah aku tahu. Dah la, kau nak makan kan? Biar aku temankan kau.”
Tangan
kiri dan kanan disilangkan ke dada. “Kau dah takde kerja lain nak buat ke? Kau
nak mengurat aku? Too late la bro,
aku dah nak kahwin.” Nah, straight to the
point.
“Kau
rasa aku nak mengurat kau ke Tut?”
“Yes, you are!”
“Rasa
kau tu salah. Aku sikit pun takde rasa nak pancing kau. Aku just nak temankan kau makan aje. Kita
pun bukannya tak kenal masa dekat universiti dulu kan..”
“Afiz,
kau call Zaf sekarang. Aku nak dia
hantar Lisa balik ke sini sekarang jugak!”
“They will not come back. Kau percayalah
cakap aku. Nanti Zaf akan hantar Lisa balik ke rumah dia. Kau jangan risau, Zaf
tu bukannya orang jahat.” Buku menu di hadapannya dicapai. Buku menu yang sama
digunakan oleh Alissa sebentar tadi. “Kau nak makan apa?”
“Kau
boleh tak stop tanya aku nak makan
apa.. Aku risaukan Alissa!”
Hafizul
mengeluh perlahan. “Zafril will send her
back home safely. Don’t worry..”
“Aku
tak percayakan Zafril. Sikit pun aku tak percayakan jantan tak guna macam tu.
Kalau aku tahu Lisa kerja dengan dia memang aku paksa Lisa letak jawatan
sekarang juga!”
“See. That’s why Lisa tak cakap dengan
kau yang dia kerja dengan Zafril.. Kan?”
Tuti
terdiam. Mencerna sebutir-sebutir kata-kata Hafizul sebentar tadi. Betul juga.
Kalau dia tahu Alissa bekerja di bawah Zafril pasti dia akan memaksa wanita itu
meletakkan jawatan.
“Lisa
ni memang degil!” Getus Tuti tiba-tiba.
“Kau
tahu ke kenapa dia terkejar-kejarkan Zafril dulu?”
“Bila?”
“Masa
kita di universiti dulu.. Kau lupa yang dia terjerit terlolong nama Zafril masa
pertandingan rugbi dulu?”
Kepala
otak Tuti mengimbas kembali memori zaman belajar lima tahun dulu. “Entah.”
Hanya itu jawapan yang terbit dari bibir mungkil Tuti.
“Takkan
kau tak tahu.. Kau ada dengan Lisa waktu tu..”
“Aku
tak tahu. Aku tahu.” Suara Tuti sedikit keras. Menegaskan kata-kata bahawa dia
memang tidak tahu apa-apa tentang Alissa dan Zafril ketika itu.
“Aku
tak pernah denagar apa-apa gossip pasal Lisa dengan Zafril sebelum tu, tup-tup
Lisa muncul dekat padang tuntut janji Zafril pada dia.. Kau betul tak tahu
apa-apa?” Hafizul kurang yakin dengan Tuti. Dia percaya gadis kacukan
Indonesia-Pakistan ini tahu sesuatu tetapi sengaja mahu merahsiakan perkara
itu.
“Aku
cakap aku tak tahu.. Kau ni tak faham bahasa ke?”
Perbualan
Tuti dan Hafizul terganggu apabila seorang pelayan menghampiri meja makan
mereka. “Order miss?”
“No, thanks!” Tuti menolak kerusi ke
belakang. “Kau makanlah sorang-sorang. Aku takde selera.” Beg-beg plastik yang
penuh dengan barang yang dibeli olehnya dengan Alissa sebentar tadi diambil
kasar.
“Tut,
kau belum makan lagi ni..”
“Kau
ingat ya, kalau Zafril apa-apakan Lisa.. Aku takkan lepaskan korang berdua!”
Hafizul
tercengang-cengang. Alih-alih dia pula yang ditinggalkan di sini seorang diri.
Mana Alissa dan Zafril sumpah mati hidup balik pun dia tidak tahu ke mana dua
orang manusia itu menghilang.
Tuti
pula sudah berlalu meninggalkan dia.
Sudahnya
Hafizul berlalu ke kaunter bayaran dan membuat bayaran makanan dia dan Zafril.
No comments:
Post a Comment