Alissa
memaut lembut lengan Tuti Liyana. Sahabat baik dia sejak zaman universiti lagi.
“Lisa, bila Abang Khai keluar?”
“Belum
lagi. Rasanya lambat lagi.. Aku pun dah lama tak melawat dia dekat sana..”
“Ala,
tak payah pergilah Lisa, dia bukannya suka kalau kau ke sana. Buat sakit hati
kau aje kalau kau ke sana.”
Alissa
menggigit bibirnya lembut. “Aku rasa bersalah dekat abang aku Tut..”
Bahu
Alissa dirangkul lembut. “Dah dekat lima tahun Lisa, takkan sampai sekarang pun
kau masih rasa bersalah? Dah lah, aku cuma boleh doakan abang kau tu insaf!”
“Aku
pun harap macam tu jugak. Kau sendiri pun tahu banyak perkara yang aku lalui
seorang diri tanpa abang aku..”
“Allah,
Lisa! Dah macam-macam Abang Khai tu buat dekat kau, kau masih lagi nak bela
dia?”
Nafas
dilepaskan kasar. “Apa pun yang berlaku dia tetap abang aku, Tut. Dia jaga aku,
dia besarkan aku..”
Tuti
tergelak kecil. “Jagalah sangat kan.. Dia besarkan kau konon! Wei Lisa, masa
dia bela kau dulu kau memang dah besar. Dah ada akal fikiran yang boleh fikir
baik buruk waktu tu. Abang kau pun dah besar, dah tua bangka tapi otak letak
dekat lutut. Aku tak boleh bayangkanlah kau sebaik ini tapi ada abang macam
dia!” Tuti melepaskan rasa geram. Setiap kali keluar dengan Alissa pasti sahaja
Alissa akan membela Khairi. Kalau ikutkan hati dia memang dia dah tikam lima
belas kali dada Khairi.
“Dia
tetap abang aku.”
“Itu
ajelah yang kau boleh cakap kan? Dia abang kau? Lisa, kau ingat ada hubungan
darah ni dia bebas buat kau apa sahaja ke? Dia ingat dia boleh layan kau macam
sampah ke Lisa?”
Lisa
berhenti berjalan. Kerusi kosong di bahagian tepi jalan menarik pandangan mata
Alissa. Laju sahaja tangan menarik Tuti supaya mengikut dia. “Lenguhlah
berjalan. Jom duduk sana.”
Tanpa
banyak soal, Tuti hanya menurut langkah Alissa.
“Lisa,
aku cakap dengan kau tadi.. Belum habis lagi pasal Abang Khai. Kau jangan nak
mengelak pula.”
“Mana
ada aku mengelak apa-apa pun..”
“Kau
ingat ye Lisa, lepas dia keluar nanti jangan beritahu dia mana rumah kau, mana
kau kerja dan apa kereta kau pakai sekarang! Kau ingat pesan aku ni..” Anak
mata Tuti memandang wajah Alissa dengan garang. Dia benar-benar maksudkan apa
yang dia katakan ketika ini.
“Dengar..”
“Jangan
dengar saja tapi nanti kau buat. Kalau aku tahu dia cari kau lagi, siaplah
dia!”
Alissa
membuang pandang ke arah manusia yang berada di bahagian bawah bangunan. “Ada sales ya dekat ruang legar sana tu..
Wah, ramainya orang!”
“Kau
ubah topik?”
Alissa
memandang wajah Tuti dan senyuman manis dilemparkan kepada gadis itu. “Cik tuning
orang, janganlah marah. Muka kau kalau marah tak comel langsung Tut!” Alissa
mencuit hidung Tuti. Comel betul wajah pan-Asia Tuti. Dia suka pandang wajah
Tuti!
“Janganlah
usik hidung mancung aku.. Hidung mahal ni..”
Alissa
tergelak mendengar bebelan Tuti. “Mahal sangat sampai aku tak mampu nak bayar,
kan?”
Tuti
tergelak besar. “Mampu bayar kalau bos kau bayar kau gaji lima kali ganda dari
gaji sekarang.”
“Tut..”
Alissa bersuara perlahan. Perlukah dia membuka cerita tentang Zafril kepada
Tuti? Pasti gadis ini terlompat kerana terkejut.
“Apa?”
“Eh,
takde apa-apa..”
Tuti
menarik lengan Alissa yang mahu bangkit meninggalkan kerusi rehat. “Mana boleh
takde apa-apa. Kalau kau panggil nama aku dengan nada macam tadi tu mesti ada
apa-apa kau nak cakap dengan aku, kan?”
Alissa
sengih lebar. Hebat betul Tuti boleh membaca apa yang ada dalam hati dia!
Alissa masih mahu berdalih. “Mana ada apa-apa. Aku saja je nak bermanja dengan
aku..”
“Betul?”
Alissa
menggangguk bersungguh-sungguh.
“Kalau
ada apa-apa kau nak ceritakan dengan aku, kau cakap aje.. Walaupun nanti aku
dah kahwin, aku tetap kawan kau sampai bila-bila.” Bahu Alissa dirangkul erat.
Dia sayangkan Alissa.
Entah
kenapa dia terasa tersentuh dengan kata-kata Tuti. Dia tahu gadis ini memang
sangat baik. Inilah sahabat yang sangguh mengharungi kepayahan dan kepahitan
dalam hidup bersama dia.
“Kalau
aku ada apa-apa masalah nanti aku akan cakap dengan kau, ya?”
“Promise?”
“Janji!”
Kedua-dua
sahabat itu tergelak serentak.
“Macam
mana persiapan kahwin? Nak aku tolong apa-apa tak?” Soal Alissa sambil
tersenyum. Perkara paling dia suka! Perkahwinan. Ya Allah, seronoknya!
“Baju
aku dah siap ke?”
“Belum
lagi tapi aku akan siapkan sebelum majlis supaya kau boleh cuba baju dulu. Mana
tahu masa bertunang ni kau asyik happy
aje sampai makan banyak tak ingat dunia lepas tu baju pun jadi kecil.”
“Bukan
baju yang kecil tapi aku ni tak kurus-kurus.” Tuti membela diri. Dia akui
memang dia makan agak banyak kebelakangan ini kerana jadual makannya sudah
tidak teratur. Terlalu banyak kerja perlu diuruskan.
“Kau
makan tu jaga sikit. Jangan main bedal aje. Tadi pagi makan sandwich aje konon.. Memanglah makan sandwich aje tapi kalau sampai lima
keping takkan tak gemuk, kan?”
Tuti
tayang riak bengang.”Kau kata aku gemuk ke?”
“Ada
ke? Bila?” Alissa buat-buat tidak bersalah. Sengaja mahu menyakat Tuti.
“Tadi.”
“Bila?
Apa ayat aku sebut tadi?”
“Manalah
aku ingat kau cakap apa tadi kau ada sebut aku gemuk..”
“Bila
masa pula aku cakap kau gemuk.. Mana ada!” Ujar Alissa sambil tergelak kecil.
Dia tahu Tuti memang bengang dan pantang kalau ada orang cakap dia gemuk tetapi
itulah hakikatnya. Sejak bertunang enam bulan lalu berat badan Tuti naik
sedikit.
“Tut,
kau tu petite.. Kalau kau gain weight nampak gemuk nanti masa wedding. Kau nak ke macam tu?”
Tuti
geleng kepala sambil tayang riak wajah monyok.
“Kalau
tak nak, jaga sikit makan tu. Makan ikut jadual makan.. Jangan makan tak kena
pada masanya. Kalau lunch kau ambil pukul 5 petang, dinner pukul 9 malam, kau
rasa gemuk tak kalau amalkan setiap hari?”
Tuti
angguk pula kali ini. Diam mendengar syarahan Alissa.
“Jadi,
makan tengah hari pukul 12 tengah hari hingga pukul 2 petang. Makan malam pukul
6 petang hingga 7.30 malam sahaja. Kalau lapar, bertahan! Makan biskut dengan
air milo. Sleep early.”
“Kerja
aku tak menentu la Lisa. Macam mana nak makan on time?”
“Sleep
early, wake up early. Buat breakfast, tapau ke office.” Alissa sengih kemenangan. Dia tahu Tuti memang kaki tidur.
Kalau boleh memang gadis ini bangun lima minit sebelum pergi kerja. Langsung
tidak bersarapan.
“Tak
sempat..”
“Bangun
awallah. Kau malam-malam nak layan Astro dulu.. Kalau dah tahu takde kerja,
tidurlah awal. Ini tak, layan Astro sampai pukul 1,2 pagi.. Ada ke?”
“Bukan
setiap hari pun.. Kalau ada cerita best je.”
“Tak
boleh. Kau tu bakal pengantin tak lama lagi..Kalau tak jaga diri kau nak nampak
hodoh ke bila majlis kau nanti?”
Tuti
menggelengkan kepalanya laju.
“Tahu
pun tak nak.. Dengar cakap aku ni. Kau bukannya suka dengar cakap aku tapi bab
kahwin ni kau kena dengar cakap aku, tau?”
“Baik,
mama!”
Alissa
tergelak besar bila Tuti memanggilnya dengan panggilan mama. “Hoi, kenapa
panggil aku mama?”
“Iyelah
kau membebel macam mak nenek! Macam mama aku tahu tak?”
“Zaf,
tu bukan Alissa ke?”
Alissa
mana?” Zafril melilau mencari Alissa yang dimaksudkan oleh Hafizul. Mungkin
Alissa pekerja dia atau Alissa lain?
“Alissa
perempuan yang menangis dekat padang dulu tu..”
“Mana?”
“Tu.”
Mata Zafril mengikut telunjuk Hafizul. Wanita yang sedang bergelak tawa dengan
Tuti Liyana di bangku itu diperhati dari jauh.
Alissa
nampak santai dengan T-shirt sendat dan jegging yang tersarung
ditubuhnya. “Small world.”
Hafizul
tergelak kecil mendengar perkataan yang terpancul dari mulut Zafril. “Yeah, small
world. Aku ingat lagi budak tu menangis bagai nak rak sebab nak bercakap
dengan kau tapi kau buat tak tahu dekat dia. Pity her!”
“Kau
pernah jumpa dia lepas kita habis belajar?”
“Tak
pernah, Zaf. Ini kali pertama aku nampak dia lagi. Iyelah, lepas kita habis degree kau terus fly ke Canada
untuk sambung master kan.. Aku pun
kerja dengan papa aku. Sibuk sepanjang masa. Mana ada masa nak berfoya-foya..”
Zafril
tumbuk bahu kanan Hafizul. “Muka macam kau ni takde masa nak berfoya-foya? Ceh,
kirim salam ajelah..”
Hafizul
menyambut kata-kata Zafril dengan ketawa yang agak kuat. “Tak percaya sudah By
the way kau tak nak tegur ke perempuan yang tergila-gilakan kau sejak zaman universiti
dulu?”
“Nak
tegur ke?” Wajah Hafizul dipandang serius dengan tanda tanya.
“Kenalah
tegur, mana tahu dia masih kenal kau dan hmmm,
masih ada rasa sayang lagi.” Hafizul tergelak kecil. Mana mungkin dia lupakan
gadis jelita ini. Gadis yang dikatakan tergila-gilakan Zafril semasa zaman
universiti mereka dulu.
Zafril
melangkah tenang mendekati kerusi tempat Tuti dan Alissa bersantai. Bukan main
seronok lagi dua orang wanita itu bergelak ketawa. “Kuatnya ketawa sampai dekat
hujung sana dengar.”
Alissa
menoleh ke belakang. Sumpah terkejut beruk!
Apa
Zafril buat di sini? Mengekori dia? Mahu saja dia soalkan soalan yang bermain
di kepalanya kepada lelaki ini.
Mulut
Tuti terlopong. Ternganga luas gadis itu apabila ternampak Zafril berdiri di
belakangnya. Memang terkejut. Dia tidak sangka dia akan bertemu dengan lelaki
ini lagi. “Jom Lisa.” Tangan Alissa ditarik agak kuat. Dia tidak mahu Alissa
bertegur sapa dengan Zafril. Dia tidak mahu Alissa terluka lagi kerana lelaki
ini.
“Tuti,
rileks la.” Zafril masih tersenyum. Cuba menenangkan Tuti yang nampak seperti
bengang dengan dia. Pasti Tuti juga sama seperti Hafizul yang belum tahu bhaawa
Alissa dan dia bekerja di bawah satu bumbung.
“Apa
kau nak?” Ada nada geram dalam soalan Tuti.
“Takde
apa-apa. Saja nak tanya khabar rakan sekerja.”
Tuti
mengetap gigirnya kuat. “Hoi, siapa rakan sekerja kau ni Zaf? Sejak bila pula
aku kerja satu bumbung dengan kau? Tak tahu pun kau tu pekerja di Harmony Company.”
Senyuman
Zafril kian melebar. “Bukan kerja dengan kau Tuti tapi kerja dengan si jelita
dekat sebelah kau tu.”
Alissa
sudah kecut perut. Habislah kalau Tuti tanya tentang Zafril. Pasti gadis itu
akan menyoal itu dan ini kepada dia.
Tuti
menoleh mencari wajah Alissa yang buat-buat tidak dengar dengan kata-kata
Zafril. “Sejak bila kau kerja dengan dia Lisa? Aku tak tahu pun.”
“Actually baru seminggu, kan Lisa?”
Kening dijongket sedikit. Sengaja nak mengusik Alissa.
“Hai
Lisa. Ingat I lagi tak?”
Alissa
hanya buat tidak tahu sahaja kepada Hafizul. Dia ingat-ingat lupa sahaja
kawan-kawan Zafril semasa zaman belajar dulu. Dia bukannya kenal sangat kawan
Zafril.
Hafizul
ketawa kecil. “Mungkin you tak ingat
I sangat kot tapi I ingat sangat muka cantik you yang menangis dekat padang dulu. Ingat tak?” Sengaja mahu
mengusik Alissa. Dia tahu Alissa pasti tidak suka kalau memori lama diungkit
kembali.
“Sorry ya, saya tak ingat pula awak ni
yang mana. Takpelah saya jalan dulu ye.” Giliran Alissa pula menarik tangan
Tuti. “Jom.”
Zafril
dan Hafizul tanya melihat sahaja Tuti dan Alissa bergerak meninggalkan mereka.
No comments:
Post a Comment