Zafril
meletakkan cawan kopi dengan kasar. Interkom ditekan kasar.
“Nora, I want Alissa in my room now!”
Nora
yang berada di luar bilik Zafril terkedu buat beberapa saat. Ni apahal takde
angin takde rebut mengamuk dekat aku? Oh, apa dosaku padamu wahai bos yang
kacak sangat?
“Cik
Lisa..”
Alissa
yang kebetulan lalu di hadapan Nora diseru.
“Yes,
Nora?”
“Encik
Zafril nak berjumpa dengan Cik Lisa sekarang..”
“Cakap
dengan dia saya takde. Saya dah keluar jumpa klien.”
“Tapi
Cik Lisa, nanti saya kena marah.”
“Nora,
awak jangan takut sangat dengan dia tu.. Bos awak tu memang macam tu. Suka
buang tebiat. Jangan layan sangat ya?”
“Cik
Lisa, janganlah tinggalkan saya nak menjawab sorang diri. Kalau dia tahu saya
ada berbual dengan Cik Lisa nanti habislah saya..”
“No..” Belum sempat Alissa menyebut Nora,
interkom Nora sekali lagi berbunyi.
“Where the hell is she,
Nora?!” Bengis suara Zafril didengari oleh Alissa.
Nora
angkat kepala memandang Alissa memohon simpati.
“Iyelah,
iyelah. Saya masuk jumpa dia sekarang!” Akhirnya Alissa mengalah juga apabila
melihat muka sedih Nora. Tak sampai hati pula mahu membiarkan gadis kecil molek
itu dimarahi oleh Zafril.
“Sekejap
Encik.”
“Now, Nora! Now!”
Alissa
mengetuk pintu bilik Zafril dua kali.
Kedengaran
Zafril menjerit perkataan ‘masuk’ dengan garangnya.
“Saya
belum pekak, tak perlu nak menjerit.” Selamba badak kaki melangkah masuk ke
dalam bilik Zafril. Sumpah pagi tadi dia menggeletar habis masa terlanggar
Zafril tapi sekarang ini, sorry!? Dia tiada masa mahu mengalah dengan
kepala batu ini.
Tak
best lah kalau Zafril bergaduh seorang diri. Biar dia tolong bakar api
yang membara dalam hati Zafril terhadapnya. Alang-alang orang dah marah...
“Kau
sengaja nak kenakan aku kan, Lisa?”
Riak
muka terkejut jelas ditayangkan di hadapan Zafril. Memang over juga muka terkejut dia tapi rasanya macam real. “Nak kenakan apa bendanya? Encik Zafril cakap apa ni?”
“Hei!
Kau ingat aku tak tahu ke kau sengaja letak garam dalam air kopi?”
Mata
Alissa tertancap pada percikan air kopi di atas helaian-helaian kertas bersaiz
A4 di atas meja Zafril. Hati yang ketawa terbahak-bahak dikawal agar tidak
meletus di mulutnya. Sumpah kelakar!
“Eh,
saya silap masukkan garam ke?”
“Jangan
buat bodohlah!”
“Tak
bodoh tapi tersilap..” Perlahan Alissa membalas.
“Kau
ni dah kenapa Lisa? Kau sengaja nak kenakan aku ke?”
“Tak.
Siapa cakap saya nak kenakan Encik Zafril? Apa masalah kita sampai saya nak
kenakan Encik Zafril?” Kening diangkat sedikit. Mata Zafril ditentang dengan
pandangan lembut. Buat-buat tak bersalah.
“Buatkan
aku kopi yang baru.”
Alissa
kerling jam di tangan kirinya. Dah hampir pukul 12.30 tengah hari. Dia ada
janji makan tengah hari dengan klien. “Maaf Encik Zafril, saya ada janji makan
tengah hari dengan klien hari ini.”
“So?”
“Saya
tak sempat nak buatkan kopi yang baru. Encik Zafril boleh minta dengan Nora.”
Alissa
berlalu keluar dari bilik Zafril. Bengang dengan tindakan Alissa, Zafril
mencampakkan cawan kopi ke lantai.
Prang!
Cawan
kopi bercorak bunga-bunga kecil berwarna merah jambu pecah berderai. Alissa
yang terdengar bunyi kaca berderai dari luar bilik Zafril hanya saling
berpandangan dengan Nora. Akhirnya Alissa menjungkitkan bahunya tanda tidak
tahu apa-apa.
“Saya
nak keluar. Kalau Encik Zafril masih cari saya cakap saya dah keluar. Kalau dia
tanya apa-apa pasal saya cakap aje yang awak tak tahu apa-apa, ya?”
“Kenapa?
Habis nanti kalau dia mengamuk apa saya nak buat Cik Lisa? Cik Lisa tak kesian
ke dengan saya ni? Saya ni pekerja baru dekat sini Cik Lisa..”
Alissa
mengetap bibirnya kuat. Banyak tanya pula Nora ni! “Nora!”
“Sorry, sorry. Terbanyak tanya pula dengan Cik Lisa. Cik Lisa
keluar dengan siapa?”
“Jumpa
dengan Sofea, pemilik butik Anggun Lawa. Dia nak bincang pasal koleksi pakaian
terbaru di butiknya.”
Nora
mengangguk laju. “Kalau Encik Zafril tanya juga pasal Cik Lisa, macam mana?”
“Cakap
aje awak tak tahu apa-apa..”
“Kalau
dia paksa?”
“Nora,
boleh tak awak jangan banyak tanya? Cakap aje tak tahu, tak tahu dan tak tahu.
Boleh?”
“Boleh..
Tapi...”
“Takde
tapi-tapi lagi dah. Kalau dia banyak tanya sangat awak hempuk aje kepala dia
dengan fail atas meja awak yang berlambak-lambak tu, faham?”
Nora
mengangguk faham. Entah betul faham ke tidak budak ni..
“Cik
Lisa..”
Alissa
menoleh semula. “Apa lagi Nora?”
“Pasal
cawan pecah tu macam mana?”
Alissa
terdiam seketika. Aduh. Zafril ni kalau tak menambah kerja orang lain tak boleh
ke?
“Minta
Kak Nah tolong uruskan. Saya ada hal, tak sempat nak tolong cuci bilik bos
kesayangan awak tu. Bagitahu Kak Nah ada cawan pecah, minta dia tolong mop dan
bersihkan bilik tu.”
“Baik.”
Nora
melepaskan keluhan berat di mejanya. Aduh. Dia pun orang baru di sini. Dia
masuk seminggu yang lepas. Alissa yang banyak membantu dia semasa Zafril belum
masuk ke pejabat. Dan apa-apa masalah yang timbul atau dia tidak tahu memang
dia akan bertanya terus kepada Alissa.
Bila
Alissa keluar bermesyuarat atau berjumpa dengan pelanggan memang Nora akan
kesunyian. Rasa macam patah kaki pun ada juga!
Macam
ini ke perangai bos dia? Dia perlu bekerja di bawah Zafril? Muka kacak tapi
takkan gila kot?
Awal-awal
pagi tadi dia dah kena tengking sebab bilik Zafril kononnya berhabuk. Datang
awal tadi ingatkan Zafril akan terus masuk bermesyuarat rupanya melawat bilik
pejabatnya terlebih dahulu.
Memanglah
Kak Nah masih belum sempat nak kemaskan bilik Zafril sebab Kak Nah uruskan
bilik bos lain dahulu.. Ingatkan Zafril ni baik macam Datuk Ibrahim tapi
rupanya perangai macam singa! Garang ya ampun.
Selepas
itu lelaki itu melawat pantry. Paling
tak boleh tahan ialah Zafril menyuruh Nora membersihkan semua gelas, cawan,
pinggan dan sudu yang ada di dalam pantry
termasuklah menggantikan air yang baru dalam pemanas air. Gila pembersih ke bos
dia ni?
Semua
barang-barang dalam pantry adalah
bersih kot. Takde sesiapa yang pengotor pun bekerja di dalam syarikat ini. Ke Zafril
ni yang sebenarnya bersikap pengotor? Eii, tak tahulah! Serabut kepala aje nak
fikir pasal lelaki ini.
Tiba-tiba
telefon bimbit Nora berbunyi.
“Helo,
Cik Lisa.”
“Assalamualaikum,
Nora.”
Nora
termalu sendiri. Biasa sangat hello
aje. Tak bagi salam.
“Waalaikummussalam,
Cik Lisa.”
“Macam
mana dengan bos? Mengamuk lagi ke?”
Nora
menoleh kepalanya ke arah pintu bilik Zafril. Senyap aje. Zafril bunuh diri
pakai serpihan kaca cawan yang dia campak tadi tu ke?
“Ntah
la Cik Lisa.. Senyap aje dia dalam bilik tu.”
“Tak
keluar?”
“Tak
pun Cik Lisa. Saya takutlah Cik Lisa.. Entah-entah bos bunuh diri dalam bilik
dia kot? Manalah tahu kot-kot bos tertekan sebab kena paksa bekerja di syarikat
ni..” Nora berbisik perlahan. Bimbang juga kalau ada orang yang terdengar perbualan
dia dengan Alissa. Nanti mereka ingat dia berkomplot dengan Alissa untuk
mengenakan bos pula.
“Awak
ni Nora, jangan nak merepek sangat boleh tak?” Suara Alissa sedikit geram. Ada
ke fikir Zafril bunuh diri. Lelaki tu takkan mati dengan mudah macam itu.
Bukannya Zafril tiada agama sampai nak bunuh diri bagai.
“Saya
cakap-cakap aje..”
“Awak
takde masuk dalam bilik tu jenguk dia ke?”
“Cik
Lisa bimbangkan bos ke?”
Alissa
mengetap giginya kuat. Ya Allah, susahnya kalau ambil budak muda bekerja di
syarikat! Banyak sangat soalan bodoh yang Nora soal kepada dia.
“Nora,
awak ni habis belajar kan? Boleh tak kalau awak jangan tanya saya soalan
bodoh?” nada suara Alissa kedengaran agak garang.
Nora
menekup mulutnya. “Habis.. Saya belajar sampai ijazah.”
“Yes. Yes, saya tahu
tu. Jadi tolong tanya saya soalan yang sama levelnya dengan orang yang
ada ijazah. Faham?” Malas mahu melayan Nora yang baru berusia 23 tahun. Fresh
graduate dari UiTM Shah Alam.
“Sorry..”
“Kenapa
tak masuk jenguk bos dalam bilik?” Soal Alissa lagi.
“Takut.”
“Ya
Allah, Nora... Awak ni setiausaha bos. Kalau dia perlukan apa-apa awak kena
sentiasa pantau.”
“Macam
mana kalau saya masuk, bos mengamuk? Nanti bos tikam saya guna serpihan kaca
cawan tadi. Saya belum kahwin lagi Cik Lisa.”
Alissa
terasa seperti mahu ketawa berguling-guling! “Nora, awak ni umur 23 tahun tau.
Jangan nak berimaginasi bukan-bukan boleh tak? Bos awak tu umur 29 tahun.
Takkanlah bos awak tu tak boleh fikir yang mana betul yang mana salah.” Bebel
Alissa. Geram pula dengan Nora ni.
“Habis
tu saya nak kena masuk ke tengok bos?”
Alissa
terdiam dengan soalan Nora. Masuk ke tidak? Kalau kena tengking kang aniaya
anak orang pula. Maunya Nora menangis nak berhenti kerja mati dia nak cari
pengganti Nora.
“Nora!”
Mendengar
namanya dipanggil di bucu meja, Nora lekas-lekas meletakkan telefon bimbitnya
di atas meja kerja. Buat-buat seperti tidak pernah berbual dengan sesiapa
sebentar tadi.
“Ye,
bos?”
“Berbual
di telefon?”
“Eh,
tak adalah, saya tengok-tengok aje jam tadi pukul berapa. Ingat nak pergi lunch. Bos nak apa-apa ke?”
Alissa
yang terdengar jawapan Nora melalui talian yang tidak ditamatkan tergelak-gelak
kecil. Pandai juga budak ni menipu!
“Alissa
mana?”
“Keluar
bos. Jumpa klien.”
“Jumpa
klien? Sejak bila pula kerani jumpa klien?” Zafril tayang riak tidak berpuas
hati.
“Cik
Lisa tu bukan kerani bos. Dia fashion
designer syarikat kita..”
“Dia
tu fashion designer?”
Nora
mengangguk tanda mengiyakan pertanyaan Zafril.
Cis!
Alissa menipu dia rupanya.
“Dia
ke mana? Dengan siapa?”
Nora
mendiamkan diri sebentar. ‘Kalau bos tanya apa-apa pasal saya, awak cakap awak
tak tahu apa-apa..’
Alissa
yang mendengar perbualan Zafril dan Nora menahan nafasnya. Bimbang kalau-kalau
Nora memberitahu dia ke mana dan berjumpa dengan siapa.
“Tak
tahu bos.. Cik Lisa tak cakap.”
Fuh!
Alissa melepaskan nafas lega, nasib baik cerdik juga Nora ni. Kalau tak
habislah dia kalau Zafril muncul di meeting dia nanti.
“Awak
tahu mana Alissa tinggal?”
Nora
menggeleng.
Alissa
yang tidak mendengar jawapan daripada Nora sudah mula berasa tidak sedap hati.
Budak ni tulis alamat dia di atas kertas atau menggeleng atau mengangguk?
“Betul
awak tak tahu?”
“Betul
bos. Saya tak pernah tahu mana Cik Lisa tinggal. Saya pun baru seminggu kerja
di sini bos..”
“Mana
cleaner?”
“Maksud
bos, pembantu pejabat?”
Ah,
Alissa sudah tergelak besar di dalam keretanya. Boleh membayangkan muka blur
Nora sambil bertanya soalan itu kepada Zafril. Nora.. Nora. Memang
menghiburkan!
“I
don’t care what you call them. Mana orangnya? Saya nak dia bersihkan
pejabat saya sekarang!”
“Boleh
bos. Nanti saya akan minta Kak Nah bersihkan bilik bos.”
“Now!”
Nora
terkocoh-kocoh berlari untuk mencari Kak Nah. Baru dua tiga tapak dia
melangkah, Zafril sudah memanggil namanya semula.
“Nora.”
“Ye
bos?”
“Saya
nak keluar. Kalau ada yang cari saya cakap saya takde. Pastikan bilik saya
kemas sebelum saya masuk semula.”
Nora
mengangguk laju dan menghantar pemergian Zafril dengan ekor matanya. Nafas
dilepaskan kuat. Lega. Ketar urat-urat dalam badan dia berdepan dengan bos
sekacak Zafril.
Kaki
berlari laju mendapatkan telefon bimbit di atas meja.
“Cik
Lisa?”
“Ye.
Saya masih ada.”
“Bos
dah keluar. Ya Allah, kacaknya bos saya!!!” Nora menjerit kegembiraan. Kali
pertama berbual begitu lama dengan bos sendiri.
“Awak
ni Nora, nak kerja ke nak pikat bos?”
“Kalau
boleh dua-dua. Hati saya ni mencair bila tengok muka bos yang kacak sangat
tu..”
“Sudahlah.
Saya nak letak telefon ni. Jumpa awak petang nanti.”
Panggilan
telefon ditamatkan.
Kacak?
Ya,
Alissa akui Zafril memang kacak. Masih kacak dan lebih kacak berbanding dahulu.
Lelaki itu tampak lebih matang dan bekerjaya. Nampak lebih berkarisma. Dia
perlu akui memang ada banyak wanita yang jatuh hati pada Zafril sejak dahulu
lagi.
No comments:
Post a Comment