Grill rumah dikunci
semula selepas kaki melangkah masuk ke dalam rumah. “Baru balik ke Lisa?”
Alissa
menoleh ke arah Husna yang mengunyah keropok Twisties sambil menonton rancangan
FBI di kaca televisyen.
“Haah,
kak. Baru habis kerja. Kak Una dah lama ke balik?” Kaki melangkah ke sofa
berwarna coklat cair yang bercorak bunga-bunga besar.
“Dah
lama dah Kak Una balik. Pukul 5.00 petang tadi lagi dah sampai rumah. Yang Lisa
ni balik lambat sangat kenapa?”
“Banyak
kerja..”
Husna
menghulurkan twisties kepada Alissa.
“Tak
nak. Lisa takde selera nak makan.”
“Eh,
bukan Lisa suka ke makan Twisties
tomato ni? Ni kenapa pula tak nak ni?”
Alissa
menggeleng. Tubuh langsingnya direbahkan di atas sofa berangkai tiga. “Penatnya
hari ni Kak Una. Lisa rasa macam nak berhenti kerja.”
Tawa
Husna meledak kuat. “Lisa nak berhenti kerja kenapa pula? Bukan ke Lisa suka
dengan kerja Lisa sekarang ni?”
“Suka
tapi tak suka dengan orang-orang di pejabat tu..”
“Roslan
tu bukannya ada apa-apa kesan pada Lisa pun. Tak payah nak ambil hati sangat
sikap dia tu.. Bukan senang nak cari kerja sekarang ni Lisa.” Husna
memperlahankan suara televisyen. Mahu berbual dengan Alissa dengan lebih
selesa. “Lagipun dia dengan Lisa bukannya sama hala kerja. Lisa lukis, dia pasarkan.”
Alissa
mengeluh berat. Tubuh diangkat duduk bermalas-malasan di atas sofa.
“Zafril
dah balik.”
Twisties yang baru mahu masuk ke mulut dicampakkan ke dalam plastiknya semula.
“Siapa?”
“Zafril..”
“Dia
balik ke mana? Malaysia? Mana Lisa tahu? Lisa jumpa dia? Dia buat apa pada
Lisa? Ada dia ugut Lisa? Ada dia pukul Lisa? Ada tak dia cakap dia nak saman
Lisa? Atau dia nak buat apa-apa lah pada Lisa? Ada tak?”
Dah
agak dah reaksi Husna macam mana. Kalut. Macam inilah. Tanya soalan
bertubi-tubi.
“Boleh
tak kalau Kak Una tanya tanya satu per satu. Macam ni banyak sangat soalan..
Lisa pun tak tahu nak jawab soalan yang mana dulu.”
“Okay. Okay. Sorry. Terkejut
dan teruja. Kak Una memang terkejut sungguh-sungguh ni! Kejap. Bagi Kak Una
bernafas sekejap.” Husna meletakkan plastik keropok Twisties di atas meja kopi di hadapannya. Nafas disedut berulang
kali. Penat juga dia menyoal tanpa henti sebentar tadi.
Alissa
masih bersandar malas di sofa. Kipas siling yang sedang berpusing membuatkan
kepalanya menjadi pening tiba-tiba.
“Bila
dia balik?” Sekelip mata sahaja Husna sudah berada disebelahnya dan menyoal
sambil menampar kuat peha Alissa.
“Kak!
Sakitlah.”
“Ala,
Kak Una minta maaf,. Kak Una tak sengaja tadi tertampar kuat.”
Alissa
menggosok kuat pehanya. Pedih!
“Jawablah
soalan Kak Una. Bila dia balik?”
Alissa
jungkit bahu.
“La,
tadi Lisa kata dia dah balik Malaysia. Macam mana Lisa tahu dia balik Malaysia?”
“Lisa
kerja dengan dia sekarang.”
“What?!” Suara Husna
bergema kuat. Alissa menekup telinga.
“Kak
Una ni boleh tak kalau jangan menjerit?”
“Macam
mana Kak Una tak menjerit? Lisa tak jawab apa yang Kak Una tanya pada Lisa
mestilah Kak Una menjerit sebab terkejut.”
Ish.
Leceh betul Husna ni. Alissa membetulkan duduknya. Rambut panjang yang dibiar
lepas dicekak sedikit demi sedikit dan disanggul ke atas kepala seperti orang
sedang berpantang.
“Lisa
pun baru terserempak dengan dia padi tadi..”
“Memang
itu dia ke? Mungkin pelanduk dua serupa.. Lisa teringat-ingatkan dia sangat
sampai tersalah lihat orang lain?”
Alissa
mengeluh kecil. “Takkanlah Lisa tak kenal.. Lisa tak pernah lupa muka dia,
kak.”
Husna
mengangguk kecil. “Lepas tu?”
Alissa
memandang wajah Husna dengan garang. Dia nak bercerita, Husna sibuk nak
mencelah.
“Okay.. Okay. Kak Una
diam, Lisa cerita.” Husna mengangkat tangan menyerah kalah. Dia tahu Alissa
geram dengan dia sekarang ini.
“Dia
tu rupanya anak Datuk Ibrahim.” Wajah Husna yang terlopong memang tidak dapat
disembunyikan lagi. “Lisa pun baru tahu yang Datuk Ibrahim ialah bapa Zafril.
What a small world. Dua tahun Kak Una, dua tahun Lisa kerja dengan Datuk
Ibrahim, Lisa tak pernah tahu yang dia ada anak lelaki.. Dan yang paling
penting ialah anak lelaki dia ialah Zafril!”
“Lisa
okay?”
Nafas
dihembus berat. “Lisa buat-buat okay.
Tapi Lisa bukannya Lisa yang dulu, lemah dan tak bersemangat. Lisa dah kuat.”
“Lisa,
kalau Lisa tak mampu nak berdepan dengan dia Kak Una rasa elok kalau Lisa berhenti
kerja. Kak Una bukannya apa, Kak Una takut dia apa-apa kan Lisa. Orang macam tu
bukannya boleh buat kawan Lisa.”
Alissa
senyum nipis kepada Husna. Tadi Husna juga pesan yang zaman sekarang susah nak
cari kerja sekarang kakak dia pula bagi cadangan supaya angkat kaki. “Tak
semudah tu kak. Kalau Lisa berhenti kerja, Lisa lari dari kenyataan. Mungkin
Allah nak temukan Lisa dengan dia semula..”
“Untuk
apa?”
“Banyak
perkara yang belum selesai antara kami.. Mungkin Zaf tahu Lisa kerja dengan
bapa dia sebab tu dia balik sini semula.. Atau dia memang dah tahu sejak dulu
lagi Lisa kerja di situ.. Dia sengaja nak buat Lisa rasa terhutang budi pada
dia dan keluarga dia?”
“Mungkin…
dan Kak Una tak suka dengan cara dia. Lisa tahu apa dia buat pada Lisa dulu kan?”
“Lisa
pun ada salah Lisa juga kak. Lisa yang heret dia ke dalam masalah ni.”
“Lisa
mempertahankan hak Lisa. Apa yang Lisa buat takde salahnya cuma dia yang tidak
mahu menerima takdir. Bodoh sombong!”
Alissa
diam. Membiarkan Husna melepaskan perasaan amarahnya terhadap Zafril. Lelaki
itu memang sangat-sangat tidak disukai oleh Husna walaupun tidak pernah sekali
pun mereka bertentang mata. Husna hanya mengenali Zafril melalui cerita dia
sahaja.
“Kerja
hari ni okay?”
“Zaf
sengaja nak kenakan Lisa. Dia suruh Lisa bancuh kopi untuk dia.”
Husna
duduk bersila atas sofa. Tidak berpuas hati dengan layanan Zafril kepada
adiknya. “See, itu baru sehari Lisa
kerja dia dah suruh Lisa bancuh kopi. Kalau sepuluh hari nanti entah apa pula
yang dia akan aniaya Lisa.”
Alissa
tergelak kecil teringatkan peristiwa siang tadi. “Tapi Lisa masukkan garam
dalam kopi dia kak. Tiga sudu besar garam Lisa letak. Padan muka dia!”
Tangan
Husna automatik mengambil sebiji bantal berbentuk silinder dan diketuk ke
kepala Alissa. “Ya Allah, nakalnya adik Kak Una ni!!”
Kedua-dua
mereka tergelak besar.
“Kalaulah
Lisa boleh tengok muka dia masa dia minum kopi tu memang Lisa akan gelak
guling-guling atas lantai waktu tu. Tapi Lisa tak berani pula nak tunggu dalam
bilik Zaf. Lepas hantar aje kopi tu terus Lisa keluar. Tak sampai sepuluh
minit, setiausaha Zaf dah cari Lisa lagi.” Alissa masih menekan perutnya yang
terasa senak.
Memang
bengang habis muka Zafril ketika dia masuk.
“Tak
marah ke?”
“Maunya
tak marah. Memanglah dia marah Lisa, siap suruh buatkan kopi yang lain tapi
Lisa berkeras yang Lisa tetap tak nak bancuh kopi baru sebab Lisa ada urusan
lain. Padan muka dia!”
“Nakalnya
adik Kak Una ni!”
Husna
mengesat air mata yang mengalir keluar bersama tawa besarnya tadi. Memang dia
gelak gila-gila. Ada ke Alissa boleh letak garam dalam kopi Zafril. “Kalau abah
tahu perangai Lisa macam ni, habislah Lisa kena ceramah percuma dengan abah
nanti.”
Alissa
mengangguk laju. “Rahsia okay. Kalau abah tahu memang kerja Kak Una
sorang aje!”
“Kak
Una boleh dipercayai. Takkan membocorkan rahsia pada sesiapa!”
Husna
dan Alissa sambung ketawa.
“Dah
la Kak Una, Lisa nak naik atas nak mandi lepas tu nak call umi kejap. Dah tiga hari tak telefon ke rumah..”
“Kak
Una dah cakap dengan abah tadi, dah merajuk dah dengan Lisa..”
“Abah
merajuk sebab Lisa tak call ke rumah ke?”
Husna
mengangguk.
“Lisa
tak sempat nak call umi dengan abah hujung minggu hari tu sebab Lisa
kerja sampai lewat malam. Kak Una mesti tak bela Lisa langsung kan?” Alissa
mencampakkan sebiji bantal kecil ke arah Husna.
“I did! Kak Una dah
cakap yang Lisa banyak kerja tapi abah cakap lebihkan kerja sampai lupa pada
umi dan abah..”
Alissa
menggigit bibir bawahnya. Tak sukanya kalau abah dia merajuk. Nanti mesti dia
kena perli habis-habisan. Suami tak ada tapi dah lupakan mak abah, nanti dah
ada suami terus tak balik kampung. Abah dia memang macam tu, kuat merajuk!
Mudah sangat terasa hati.
“Lisa
naik dululah. Nanti lewat sangat takut abah tidur pula.”
Husna
mengangguk laju.
“Good night, Lisa.”
“Hmm..”
Husna
memandang Alissa yang memanjat anak tangga. Lesu sahaja Alissa hari ini,
Kesian
adik dia terpaksa berdepan dengan Zafril sekali lagi. Ingatkan kisah mereka
berdua sudah tamat sejak lima tahun yang lalu rupanya masih ada sambungan. Ah,
pasti sahaja ada sambungan kerana Alissa tidak mahu memutuskannya.
Setiap
kejadian yang berlaku, pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Husna
hanya mendoakan yang terbaik sahaja untuk adiknya. Dia yakin Alissa sudah
membina kekuatan yang utuh dalam dirinya. Husna yakin Alissa boleh berdepan
dengan Zafril kali ini.
Zafril
menghempaskan beg kerja dan kot di atas sofa. Baru sehari dia bekerja dengan
Datuk Ibrahim, dah terasa tekanan yang menggila. Kalaulah dia bekerja dengan
papa dia selama bertahun-tahun, agaknya boleh gila dia menghadap muka Alissa.
Damn it!
Tak
sangka dia akan berjumpa dengan Alissa selepas lima tahun! Ingatkan wanita itu
sudah menghilang ke dunia yang lain rupanya masih ada di Malaysia. Paling tidak
boleh blah ialah Alissa bekerja untuk keluarganya selama ini!
Jam
Marc Jacob yang tersarung ditangan ditanggalkan rakus dan diletakkan di atas
meja. Tubuh yang keletihan dihempas ke atas tilam.
Alissa!
Dia
langsung tidak tahu Alissa bekerja dengan Datuk Ibrahim. Mommy atau papa langsung tidak pernah buka mulut tentang perkara
ini.. Atau mereka tidak tahu Alissa yang bekerja dengan mereka ialah Alissa
yang sama dia pernah bercerita sebelum ini?
Perlahan-lahan
bibir mengukir senyuman. Teringat wajah tidak bersalah Alissa siang tadi.
Sengaja Alissa mahu kenakan dia. Boleh pula Alissa buat muka selamba sahaja
bila dia bengang.
Teringat
air kopi yang diminum pagi tadi. Berani betul Alissa nak kenakan dia. Tak
sangka Alissa boleh berubah 360 darjah! Sungguh, Alissa dahulu begitu penakut
dan lemah.
Lima
tahun tidak bertemu dengan Alissa ternyata banyak yang berubah pada Alissa.
Wajah itu bertambah ayu dan cantik pada pandangan matanya. Namun sifat lembut
dan takut Alissa mulai hilang. Alissa pada mulanya nampak gentar semasa bertemu
kali pertama dengan dia.
Ah,
dia ingat Alissa masih seperti dulu. Menikus!
“You are wrong, Zaf..
Kau silap!” Zafril berbisik sendirian.
Dia
sebenarnya keliru bagaimana dia perlu melayani Alissa. Bersikap baik dan lembut
dengan Alissa dan membiarkan Alissa memijak kepala dia? Oleh sebab tidak tahu
bagaimana dia perlu melayani Alissa, dia tunjukkan juga sikap kasar dia kepada
Alissa. Mahu Alissa berada dekat dengan dia selalu. Kalau dia berlembut dia
pasti Alissa akan terus lari daripada dia.
Telefon
bimbit yang berteriak menyebabkan Zafril tersentak. Kelam-kabut dia menyeluk
poket seluar slack hitam jenama Givency yang dipakaianya untuk mencari telefon
bimbit. Iphone 5S Gold ditarik keluar.
“Yes,
Ju?”
“Baby..
Where are you?”
Tubuh
yang terbaring tegak duduk di atas katil. Jam di atas meja di capai laju. Pukul
10.30 malam! Dahi ditepuk kuat.
“Sorry,
babe. I memang terlupa sangat yang kita ada janji nak celebrate birthday
Hanifa malam ni!”
Sumpah
dia memang terlupa gila! Sibuk sangat membelek fail-fail kewangan pejabat
sehingga lewat malam.
“You
dekat mana now?”
“Rumah.”
“Betul
ke rumah atau you keluar dengan
perempuan lain?” Ada nada curiga dalam suara Juliza..
“Ju,
jangan nak tuduh I bukan-bukan boleh tak?” Zafril mula tidak senang dengan
tuduhan Juliza. Bukan dia tidak suka dengan soalan seperti itu, dia tahu Juliza
mengambil berat pada dia tapi kalau asyik sangat menuduh dia yang bukan-bukan
memang dia akan panas hati.
“I tanya aje.. Manalah
tahu kalau you memang curang dengan I.”
Zafril
mendengus kasar. “You nak I ke sana sekarang ke?”
“Tak
perlulah. I dah minta Izzat temankan I malam ni. I hope you
tak kisah..”
Zafril
melepaskan nafas lega. Ingatkan Juliza akan memaksa dia ke sana juga malam ini.
Bukannya tidak suka berkumpul dengan rakan-rakan yang turut sama belajar
sewaktu mereka di Canada, tapi sekarang bukan masa untuk dia bersuka ria. Mommy dan papa sudah mual bising dengan
corak kehidupan dia dan cara Juliza bersosial.
“Send my regard to
Izzat.”
“Zaf!”
“Ha,
Kau Jat.”
“Kau
tak nak datang sini ke? Kesian Ju sorang-sorang kat sini takde teman..”
Zafril
berbaring semula. Telefon masih melekap di telinga kiri. “Kau kan ada, kau
temankan Ju, takkan tak boleh tolong member kot?”
“Kau
ni asyik harapkan aku aje. Kalau asyik aku berkepit dengan Ju ni bila masa aku
nak tackle awek lain?”
Zafril
melepaskan tawa mendengar kata-kata Izzat.
“Aku
tak laratlah malam ni Jat. Banyak kerja di office. Kau tahulah ini hari
pertama aku masuk, papa aku bagi fail kewangan bukan main banyak lagi pada
aku.”
“Iyelah,
aku cover kau malam ni. Kalau Ju merajuk malam nanti dengan kau, urus
sendiri okay.”
Zafril
melepaskan nafas kelegaan. Nasib baik ada kawan macam Izzat. Kalau tak, memang
terpaksalah dia bersiap-siap untuk keluar menemani Juliza di parti hari jadi
Hanifa.
No comments:
Post a Comment