Sesekali
Alissa toleh ke arah sofa di tengah-tengah biliknya. Zafril masih lagi tidak
bergerak dari situ. Masih leka membelek majalah.
“Encik
Zafril nak minum?”
“Kau
nak buatkan ke?” Ei, menyampah betul dengan Zafril ni.
“Tak,
saya minta Nora hantarkan ke sini kalau Encik Zafril nak minum..”
Zafril
memandang ke wajah Alissa. “Aku nak kau buatkan aku kopi kurang manis. Now.”
Sumpah
menyesal tanya tadi! Kalau tahu Zafril nak suruh dia bancuh kopi, memang dia
tak tanya!
“Saya
tak reti bancuh air.”
Pandangan
mata Zafril melekat pada wajah jelita Alissa. “Really? Patutlah semalam
kau masukkan garam dalam kopi aku.”
“Yeah.
Tak kenal gula dan garam.”
“Oh,
pity your husband.” Kepala kembali ditundukkan. Mata kembali menatap dada
majalah fesyen di tangan.
Sempat
lagi nak kritik dia! “Ye, kesian dia.”
Zafril
panggung kepala semula. “You dah kahwin ke?”
Alissa
diam tidak menjawab soalan Zafril. Entah apa motif Zafril melontarkan soalan
itu kepada dia.
Iphone
5S yang berdering dijawab laju. Nasiblah ada yang menelefon dia ketika ini,
jadi tidak perlulah dia menjawab soalan Zafril. Tuti. Penyelamat dia kali ini.
“Assalamualaikum, Tut. Ada apa?”
“Kau
dekat mana Lisa?”
Ei,
minah ni tak tengok jam ke apa? “Pukul 4.50 petang, kau rasa aku ada di mana
sekarang ini?” Menjawab soalan Tuti dengan soalan juga.
“Sorry.
Ei, garang sangat kau ni! Weekend free tak?”
“Free. Kenapa?”
“Jom
lepak tengok wayang. Aku nak shopping sikitlah barang-barang kahwin.”
“Set.”
Tuti
bersorak gembira. “Jumpa kau weekend nanti ya! Aku dah rindu kau.”
“Iyerlah
kau tu. Rindulah sangat kan.. Kerja separuh mati, rindu konon!”
“Hey,
aku rindu kau lah. Kau je takde masa rindukan aku kan. Yelah, orang ada buah
hati sekarang ni kan..”
Alissa
tersenyum nipis. Buah hati konon. Pandai-pandai aje Tuti nak buat gosip tentang
hubungan dia. Padahal dia tidak pernah meletakkan apa-apa hubungan dengan
sesiapa. Semua dia berkawan sahaja.
“Pandailah
kau. Mana ada buah hati. Aku biasa-biasa ajelah.”
“Konon!
Boleh jalanlah kau.!” Alissa dengar Tuti ketawa kuat.
“Bukan
main ye nak mengata aku. Dah la, malas nak berborak dengan kau lagi. Aku ada
banyak kerja nak kena siapkan ni. Kalau tak siap kerja nanti bos marah pula!”
Sengaja
dia menekan perkataan bos marah itu dihadapan Zafril, dia tahu lelaki itu
memasang telinga mendengar perbualan dia dengan Tuti.
“Iyelah,
aku letak telefon sekarang. Jumpa kau weekend nanti ye. Bye, love
you.”
“See
you this weekend. Love you too.”
Alissa
masih tersenyum walaupun panggilan telefon dengan Tuti sudah ditamatkan. Kawan
baik dia memang ada sahaja benda bodoh yang nak dibuat lawak. Ada sahaja cara
Tuti menghiburkan hati dia. Ada sahaja ayat-ayat Tuti yang akan membuatkan dia
ketawa dan senyum meleret walaupun tidak bersua muka.
“Buah
hati?” Alissa mencari arah suara itu.
“Eh,
taklah.”
“Siap
love
love bagai tu, bukan lagi?”
Hesh,
kenapa dia nak explain kepada Zafril pula siapa yang menelefon dia!
“Seseorang
yang istimewa dalam hidup saya.”
Zafril
tergelak kecil. “Papa dah bagitau I yang you ni still
single so tak payah lah nak mereka-reka status you tu..”
“Done! Ini rekaan yang
berbutang di depan.” Alissa menolak kerusi kulit berwarna hitam dan berjalan ke
arah Zafril.
Fuh.
Nafas kelegaan dilepas. Siap juga lakaran dia. Asyik ralit mencuri pandang ke
arah Zafril yang duduk tenang di atas sofa, dia pula serba tidak kena untuk
menyiapkan kerjanya. Punyalah rasa satu gangguan Zafril di sini.
“Nah.”
Kertas bersaiz A4 dihulurkan kepada Zafril.
“Wow,
impressive! Kerja yang sangat bagus. Tangkas dan cekap.”
Alissa
buat dek dengan kata-kata Zafril. Tidak pasti lelaki itu perli atau memuji dia
ketika ini. Takkan puji pula. Zafril bukannya pernah memuji dia. Asyik
mengherdik dia, adalah.
“So,
Encik Zafril masih mahu meneruskan rekaan ini atau dengan rekaan saya aje?”
“You
rasa?”
Suara
dibetulkan sedikit. “Nak dengar pendapat saya ke?” Zafril mengangguk. “Baiklah.
Kalau Encik Zafril nak dengar pendapat saya, pendapat saya masih sama seperti
perbincangan kita tengah hari tadi. Saya masih tidak setuju dengan rekaan ini.”
“I
dah agak!” Zafril tergelak kecil. Memang dia dah agak Alissa takkan setuju
dengan rekaan ini.
“Why?”
“Sejak
bila you jadi keras kepala sampai macam ni? Tak boleh nak terima
pendapat orang lain. You rasa you bagus sangat?”
Apa
benda Zafril ni! Nak tuduh dia yang bukan-bukan. Tadi tanya pendapat dia
sekarang ni nak marah-marah tak puas hati pula. “Kalau Encik Zafril tetap nak
terbitkan rekaan ini saya tiada masalah. Saya boleh jahit rekaan ini untuk
dipersembahkan dalam meeting minggu depan. Takde masalah langsung.”
Malas!
Dia malas mahu bertekak dengan lelaki ini. Tiada guna bertekak dengan Zafril
kerana lelaki ini tidak akan mengaku kalah.
“Bagus!
Kalau macam tu harapnya dua minggu lagi I boleh sentuh rekaan ini dengan tangan
I.”
Alissa
menganggukkan kepalanya. Dah tambah satu lagi kerja. Dia ada lapan rekaan perlu
disiapkan dalam tempoh dua minggu ini, sekarang Zafril tambah satu lagi kerja.
Memang sengaja!
“Baiklah.
Saya menurut perintah.”
Alissa
mengalihkan pandangannya ke arah Zafril yang sedang ketawa sambil bertepuk
tangan. “This is my old Alissa! Tak sangka you masih takut dengan
I.”
“Kita
kenal ke sebelum ini?”
Tawa
halus dan tepukan Zafril serta-merta terhenti. Nah, sengaja dia memulangkan
kata-kata Zafril semula. Zafril kata mereka tidak pernah mengenali antara satu
sama lain sebelum ini, kan?
“Jangan
selalu sangat cabar I, Lisa. You tak tahu apa I boleh buat
pada you.”
“Tak
tahu dan tidak mahu tahu. Sekarang saya nak buat kerja saya, can you please
leave?” Tangan dihalakan ke arah pintu keluar. Cakap lapik-lapik memang
Zafril takkan faham, kena cakap straight to the point baru faham.
Kalau
ikutkan hati mahu saja dia ajuk cakap Zafril. I you konon! Bukankah lelaki itu memang sudah biasa menggunakan aku
kau apabila berbicara dengan dia. Ei, boleh blah!
Mee
goreng di dalam pinggan dilenyek-lenyek sampai lumat. Ya Allah, sakitnya hati
dia!
“Ni
kenapa yang muka macam kerang busuk ni? Lisa marahkan siapa?”
“Bos
baru.” Sengaja dia tidak menyebut sebaris nama yang membuatkan dia geram
sepanjang hari.
“Bos
baru di syarikat?”
Alissa
mengangguk mengiyakan pertanyaan Syahmi.
“Syah,
Lisa rasa nak berhenti kerja aje tau tak!” Bentak Alissa geram. Kalau boleh
memang dia nak berhenti kerja tapi mengenangkan keadaan ekonomi yang tidak
stabil sekarang ni mungkin agak sukar untuk dia mendapatkan kerja lain.
“Lisa,
nak cari kerja sekarang ni bukan senang. Macam ni, Syah tak tahu apa masalah
Lisa dengan bos baru Lisa tu tapi kalau Syah berada di tempat Lisa, Syah takkan
biarkan benda macam ni mempengaruhi hidup Syah.”
“Maksud Syah?”
“Kerja
hanya di pejabat. Habis kerja balik rumah adalah masa untuk diri sendiri.
Berehat dan menghiburkan diri. Masa untuk keluarga, kawan-kawan dan diri
sendiri. Syah takkan bawa apa kerja di pejabat keluar dari pejabat.”
Alissa
sedikit terguris dengan kata-kata Syahmi. Memanglah selama ini dia tidak pernah
mengadu tentang kerjanya namun itu tidak bermakna dia tiada masalah langsung
dengan kerjanya. Kali ini dia cuba untuk mengadu kerana dia geram sangat-sangat
dengan Zafril!
“Kenapa
tiba-tiba senyap aje ni? Lisa terasa hati dengan kata-kata Syah ke?”
“Ah,
takdelah. Lisa ni yang mengada-ngada sangat nak mengadu pasal kerja. Takde
apa-apalah.”
Syahmi
meletakkan sudu ke dalam pinggan. “Lisa, Syah tahu Lisa tertekan dengan kerja
tapi Syah tak mahu pasal kerja Lisa seharian murung sampai lenyek mee tu lumat.
Apa yang Lisa dapat? Makin membuak-buak rasa amarah tu, kan?”
Alissa
mengangguk. “Lisa sakit hati dengan cara bos layan Lisa. Dia buat macam Lisa ni
tak tahu apa-apa!”
Syahmi
mengeluh perlahan. “Lisa, takde orang yang takde masalah. Lisa kena kuat. Kalau
Lisa asyik nak tunjuk muka tak puas hati pada bos Lisa, lagilah bos Lisa suka
sangat nak kenakan Lisa.”
“Jadi
Syah tak nak dengar masalah Lisa?” Dia bukan selalu meluahkan apa yang terbuku
di hati dia kepada Syahmi. Bertahun-tahun dia mengenali Syahmi, dia sering
berkongsi pendapat dan sering bercerita dengan lelaki itu tentang kerjanya.
“No. Bukan Syah tak nak dengar masalah
Lisa tapi Syah nak Lisa kuat. Lisa tak pernah buat perangai macam ni, kenapa
tiba-tiba aje Lisa tak suka dengan kerja Lisa?”
Nafas
dilepaskan perlahan. “Bukan Lisa tak suka kerja Lisa tapi Lisa tak suka bos
Lisa.”
“Siapa
bos Lisa tu? Biar Syah ajar dia sikit!”
Alissa
menggigit bibir. Takkan nak cakap yang bos dia ialah Zafril? Mahu Syahmi
terlopong nanti.
Sudu
kembali diambil. Mee goreng yang sudah dilenyek tadi diperhatikan lama. Rasa
kelakar pula melihat keadaan mee di dalam pinggannya. Takkan dia lenyek mee
sampai macam ni sekali? Aduh!
“Takde
apa-apa. Makanlah. Mee Lisa ni macam dah tak boleh nak makan lagi.” Alissa
tertawa halus dan disambut oleh Syahmi.
“Nak
order yang lain?”
“No,thanks.
Lisa pun dah kenyang.”
“Sikit
je Lisa makan. Nah, makan nasi goreng Syah ni.” Pinggan nasi goreng diletakkan
di hadapan Alissa. “Kena makan sampai habis.”
“Ala..”
“Takde
ala-ala. Makan sampai habis.”
Lama
Alissa merenung nasi goreng kampung di dalam pinggan yang Syahmi letakkan di
hadapan dia. “Tapi..”
“Lisa,
boleh tak kalau jangan degil?” Suara Syahmi sedikit garang. Sengaja mahu
menakutkan Alissa. Biar wanita itu tahu yang dia tidak main-main sekarang ini.
Kenyang konon. Padahal berapa suap sangat Alissa makan mee goreng tadi. Yang
selebihnya habis dilenyek-lenyek.
Perlahan
sahaja suapan nasi goreng masuk ke dalam mulutnya.
“Lepas
ni nak tengok wayang tak?”
Mata
Alissa mencari wajah Syahmi. “Tak mahulah. Lisa nak balik rehat. Esok Lisa nak
kena kerja lagi. Minggu ni banyak kerja.”
“Okay.
What about this weekend?”
Spontan
bibir mengukir senyuman manis. “Weekend Tuti dah booked! Nak cari
barang-barang untuk majlis sikit. Sorry
yea..”
“Amboi,
Tuti ni lagi awal dari Syah ye. Baru hari Selasa dia dah booking Lisa awal-awal lagi ye!” Syahmi ketawa perlahan.
“Ala,
Lisa kan busy sepanjang masa. Kalau nak jumpa pun kena janji awal supaya
Lisa boleh adjust jadual Lisa. Kalau tak memang gigit jarilah.” Alissa
ketawa mengekek.
“Iyelah,
macam Syah sekarang inilah terpaksa gigit kuku aje sebab tak boleh keluar
dengan si cantik manis ni kan.” Syahmi masih ketawa kecil. Suka melihat Alissa
yang ceria dan ketawa seperti sekarang.
“Mana
ada cantik pun!”
“Paling
cantik di mata Syah.”
“Merepek!”
“Iye,
paling cantik di mata Syah sebab tu sampai sekarang ni Syah takde perempuan
lain. Hati ni masih setia pada Lisa.”
Alissa
meletakkan semula sudu. Kalau bincang pasal soal hati dan perasaan memang buat
dia tak senang duduk. Dia tahu Syahmi banyak membantu dia untuk bangkit disaat
dia terkungkur suatu ketika dahulu.
“Syah,
Lisa minta maaf sebab Lisa belum bersedia.”
“Jangan
risau, Syah tak pernah paksa Lisa. Bila Lisa dah bersedia just tell me. Syah
sentiasa ada di sisi Lisa sampai bila-bila.”
“Lisa
banyak menyusahkan Syah, kan?”
“No! Tak pernah. Syah
tak pernah anggap Lisa ni menyusahkan Syah sebaliknya Syah memang ikhlas
terhadap Lisa.” Bersungguh-sungguh Syahmi cuba meyakinkan dia. Sebenarnya
Syahmi tak perlu yakinkan dia apa-apa kerana dia yakin bahawa lelaki itu memang
ikhlas cuma dia sahaja masih belum bersedia sehingga kini.
“Lisa
minta maaf. Lisa belum bersedia.”
“Syah
faham. Jangan risau ya?”
Alissa
merenung ke dalam mata Syahmi. Dia rasa bersalah terhadap lelaki ini. Lima
tahun lelaki ini setia menanti, entah kenapa hati dia masih belum ada ruang
sedikit pun untuk Syahmi. Nak kata tidak baik, sangat baik dan sempurna.
Kerjaya yang bagus, wajah yang kacak dan keluarga yang kaya raya. Tiada apa yang
cela tentang Syahmi. Mungkin dia yang bermasalah agaknya!
“Kalau
Syah jumpa perempuan lain yang better
than Lisa, I hope you choose her
instead of me. Lisa tak mahu Syah terlepas permata di depan mata kerana
Lisa.”
“No! Syah nak Lisa. Syah hanya sayang dan
cintakan Lisa. Syah yakin Syah boleh jaga Lisa dengan baik.”
Nafas
disedut dalam-dalam. “Lisa minta maaf sebab Lisa tak boleh..”
“Syah
sanggup tunggu!” Balas Syahmi laju. “Syah ikhlas terhadap Lisa. Dah, jangan
fikir lagi. Kata esok nak kerja, makan cepat.”
No comments:
Post a Comment