Deretan
botol air yang terhidang di depan mata diperhatikan dari kiri ke kanan, dari
atas ke bawah. Tidak tahu air mana yang mahu dibeli. Mulut diherotkan ke kiri
dan ke kanan.
“Laici
ke oren?” Alissa menanya kepada diri sendiri.
Pintu
peti sejuk dibuka. Sebotol air oren jenama F&N diambil dengan tangan kanan.
Tubuh dikalih ke belakang dan terhenti seketika. Terkejut dengan manusia yang
sedang berdiri betul-betul dibelakangnya.
“What are you doing here?”
Alissa
mengangkat keningnya tanda pelik dengan soalan Zafril. Hoi, ini kedai
serbaneka, suka hati dia lah dia nak buat apa di sini.
“Beli
kain buat baju. Kenapa?”
Spontan
Zafril tergelak besar mendengar jawapan Alissa. Buat lawak bodoh.
“Oh,
ingatkan datang sini nak beli kereta.” Perli Zafril.
“Tepilah
saya nak lalu.” Alissa yang sedari tadi bergerak ke kiri dan ke kanan akhirnya
bersuara melepaskan geramnya kepada Zafril yang sengaja menghalang laluannya.
Dia ke kiri, Zafril juga sengaja bergerak ke kiri dan jika dia ke kanan, lelaki
itu turut sama bergerak ke kanan. Saja nak mengusik?
Ceh!
Usiklah
sangat. Lelaki kasar macam Zafril mana tahu nak mengusik. Kalau usik pun pasti
akan menyakitkan hati dia.
“Zaf!”
Zafril
menjongketkan keningnya ke atas. “Apa you sebut tadi?”
“Encik
Zafril saya nak lalu. Can you please excuse me?” Balas Alissa geram. Ton
suara sedikit keras dan cuba dikawal. Seganlah kalau ada pelanggan lain yang
ternampak sikap dengan dengan Zafril di sini. Bergaduh macam budak-budak.
“Lalulah..
Siapa yang halang you?”
Alissa
melepaskan nafasnya kasar. Berhenti sambil merenung garang ke wajah Zafril yang
nampak tenang. Sengaja mahu menguji hati dia. Nak buat dia meletup di depan
umum. Ei, sakitnya hati!
Kaki
melangkah ke sebelah kiri dan serentak itu Zafril juga turut ke sebelah kiri
sama menghalang laluannya.
“Encik
Zafril!” Ton suara kian meninggi. Botol air oren digenggam kuat. Geramnya Ya
Allah, sumpah geram!
“What?” Buat-buat
bodoh.
“Apa
yang Encik Zafril nak ni?”
“Takde
apa-apa. Saja nak beli air juga. Dahaga pula.”
Alissa
bergerak sedikit ke kiri. “Nak beli air kan? Silakan.” Memberi laluan kepada
Zafril untuk ke peti sejuk yang menempatkan pelbagai jenis minuman tin, botol
dan minuman dalam kotak.
Zafril
akhirnya mengalah sambil tergelak kecil. Suka melihat Alissa menahan geram.
Sudah lama tidak bertemu wanita itu, lain benar sikap Alissa sekarang ini.
Kaki
melangkah ke kaunter untuk membuat bayaran. Malas nak berlama-lama di dalam
kedai Mesra Petronas ini. Terasa panas bila dia berkongsi udara yang sama
dengan Zafril. Menyampah!
“Eh,
sama pula air yang kita beli. Same taste, perhaps?”
Wei,
mamat ni tak sampai seminit pilih air. Sah, memang sengaja nak cari pasal
dengan dia. Mesti Zafril nampak dia pegang botol air oren ni tadi. “Zaf, awak
ni takde kerja lain ke nak buat?”
“Takde.”
Alissa
menyeluk tangan ke dalam tas tangan. Dompet jenama Coach ditarik keluar.
“I bayarkan.” Serentak
itu tangan Zafril menghulur not kertas RM10 kepada juruwang perempuan di
hadapan mereka. “Done.” Bahu dijongket sedikit selepas mengambil wang
baki.
“Hey,
no thanks!” Alissa mengejar Zafril dari belakang. Mahu membayar RM2 air
minumannya. Tidak mahu terhutang apa-apa dengan lelaki ini.
“RM2
aje pun.. Bukannya dua juta.”
“RM2
pun duit juga kan?” Alissa mengekor dari belakang mengejar langkah Zafril.
“Belanja
you RM2 hari ni mungkin esok-esok I dapat projek dua juta, mana tahu..
Kan?”
Alissa
mengetap giginya geram. Dah belanja lepas tu harapkan balasan. Tak ikhlas
langsung! “Zaf, saya tak perlukan awak untuk belanja saya. I have my own
money to pay my drink!”
Buk!
Alissa
terlanggar dada Zafril apabila lelaki itu berhenti secara mengejut di
hadapannya. “Hey!” Alissa bergerak ke belakang dua tapak. Berdiri
ditengah-tengah jalan dengan Zafril.
“Sorry, I tak tahu you
ada belakang I tadi.”
What? Tak tahu. Penipu
punya orang. Habis tu Zafril ingat dia berjalan atas kepala Zafril ke apa? Dia
memang terkejar-kejar lelaki itu sejak tadi pun.
“Take this money. Tak
perlu belanja saya.” Not RM1 sebanyak dua keping dihulurkan kepada Zafril.
“Lisa,
my girl is waiting for me in the car. Can you please jangan nak kejar I
macam ni?”
“Kenapa
takut kalau your girl nampak saya?” Bola mata meliar melihat persekitaran
stesyen minyak. Mana satu kereta Zafril? Mana kereta yang ada perempuan?
Cantikkah wanita itu? Langsing? Putih melepak?
“No. I tak mahu ada
apa-apa masalah dengan girlfriend I sebab you.”
Bola
mata kembali merenung mata Zafril. Alissa tergelak kecil. Pengecut! “Oh, tak
sangka awak ni penakut rupanya.” Alissa sengaja melangkah setapak ke hadapan.
Mahu berada dekat dengan Zafril. Cari pasal? Lantaklah! Dia memang sengaja nak
sakitkan hati lelaki itu. Kalau Zafril bergaduh dengan teman wanitanya, padan
muka! Selesaikanlah sendiri.
“I
bukan penakut tapi tak pelik kalau perempuan kejar I. I tak nak nanti
timbul cerita yang you
terkejar-kejarkan I pula. Mesti tak seronok kalau jadi macam tu, kan?”
Hoi!
Hoi! Apa benda ni. Zafril yang cari pasal kenapa pula dia yang dikatakan kejar
lelaki itu.
“Zaf,
kalau you tak mahu ada masalah dengan your girl yang kononnya ada
dalam kereta tu, ambil duit ni!” Tangan lurus menghulurkan duit kepada Zafril.
“Pergi
tambah minyak you lagi RM2. I tak mahu duit you.”
Bulat
mata Alissa memandang wajah Zafril. Tambah minyak lagi RM2? Hoi, dia dah isi
minyak dia penuh tadi! “Minyak saya dah full. Thanks.”
Ikutkan
hati mahu saja dia menarik tangan Zafril dan memasukkan duit itu ke dalam kocek
seluar lelaki itu tapi nampak seperti dia perempuan tidak senonoh pula jika
melakukan perbuatan itu di khalayak umum seperti ini.
“Lisa,
ambil ajelah minuman tu. Bukannya I akan jatuh miskin dengan duit yang I
belanja you tu..” Suara Zafril mengendur sedikit. Dia tidak tahu
bagaimana dia mahu menguruskan Alissa Mohammad yang nampak tegas dan kasar
berbanding dulu.
Wanita
ini nampak tidak suka kepada dia. Ada sinar kemarahan dalam anak mata Alissa
terhadap dia.
“I got to go.”
Zafril
bergerak meninggalkan Alissa ditengah-tengah jalan di stesyen minyak Petronas
itu. Alissa hanya memerhatikan Zafril yang menghilang ke dalam BMW Z4. Matanya
menangkap seraut wajah wanita di dalam kereta itu walaupun kereta mewah Zafril
menggunakan cermin gelap.
Adakah
itu wanita sama beberapa tahun dulu atau Zafril sudah bertukar teman wanita?
Kereta Zafril bergerak meninggalkan perkarangan stesyen minyak. Alissa menggigit
bibir bawahnya.
Pon!
Pon!
Alissa
tersentak apabila dia dihon oleh sebuah Toyoto Estima. Pemandu kereta yang
nampak berusia itu kelihatan marah kepada Alissa yang berdiri di tengah-tangah
jalan raya.
Tangan
diangkat sebagai tanda memohon maaf kepada pemandu tadi. Kaki melangkah ke pam
minyak bernombor 10. Sebenarnya kereta dia berada di hadapan kereta Zafril
sebentar tadi. Ah, mana mungkin Zafril tahu Honda City itu adalah kereta dia.
Bukannya Zafril tahu dia naik kereta apa. Mereka bukannya pernah keluar
bersama.
Enjin
kereta dihidupkan. Alissa masih terasa seperti bermimpi. Air oren yang
diletakkan di atas kusyen tempat duduk penumpang diperhatikan.
“I
takkan jatuh miskin dengan RM2 yang I belanja you ni..”
Yeah.
Betul. Zafril takkan miskin pun sebab lelaki itu mempunyai banyak duit dan
harta. Makan lima enam keturunan pun belum tentu habis. Tambahan pula keluarga
Zafril keluarga kaya-raya yang sangat baik hati. Keluarga yang tidak sombong
dan keluarga yang sentiasa merendah diri.
“Siapa
tadi tu?”
“Mana?”
“Dekat
petrol station. I saw you, Zaf.”
Zafril
tergelak kecil. Dia tahu Juliza cemburukan wanita tadi. Juliza cemburukan
Alissa. “Nobody lah. She is our junior years back in university.
Remember?”
Kening
Juliza berkerut seribu. Cuba mengingati junior yang dikatakan oleh Zafril. “I
tak ingat pun. Siapa?”
“Ju,
takkan you tak ingat perempuan yang
meroyan marahkan I masa tournament rugby dulu tu?”
“Yes!
I remember her.” Juliza bertepuk tangan. Seronok kerana sudah mengingati
wanita yang disebut oleh Zafril sebentar tadi. “Apa dia nak tadi? I nampak you
macam bergaduh aje dengan dia.”
“Takde
apa-apa pun. Dia nak bayarkan minuman yang I bayarkan untuk dia tadi. Lama tak
jumpa so I saja belanja dia minuman..”
“Eleh,
belanja minuman pun sampai nak kejar you
keluar dari kedai Mesra tadi tu? Over acting!” Bibir Juliza menjuih
teringatkan sikap Alissa. Mengada-ngada! “Konon tak mahu terhutang budi dengan you kot?”
Zafril
jongket bahu. “No comment.”
“Sayang,
I ingat lagi dia duk merayu-rayu dekat you dulu tau! Cakap cintakan you
konon. Tak mahu betul!”
Zafril
mengangguk laju. Tak mungkin dia lupa insiden di padang universiti lima tahun
dulu. Memang meroyan habis Alissa ketika itu.
“You
ada berbual dengan dia ke tadi?”
“Nak
berbual apa pula? Ju, I takde apa-apa dengan dia. Jangan nak cemburu tak tentu
pasal.”
“Mestilah
I cemburu.. You kan kekasih I.”
Zafril
menggenggam tangan Juliza. “Ju,
I tak suka dengan sikap you. You tahu kan?”
“Kenapa you tak sayangkan I ke?”
“Ju, please.. Jangan mulakan..”
“Now tell me, you sayangkan I ke tak?”
Zafril mengeluh kecil. Sikap Juliza adalah suka
memaksa dan dia tidak sukakan sikap itu sejak dulu lagi.
“Tell me, Zaf!”
“Yes. Yes. I sayangkan you!”
Juliza
tersenyum manis ke arah Zafril. “Kalau betul you sayangkan I, lepas dinner
kita ke Zouk? Okay?”
Genggaman
di tangan Juliza segera dilepaskan. “Ju, kita dah janji yang you takkan
ke tempat-tempat macam tu lagi, kan?”
“Sayang!
Kan kita dah janji lepas kahwin I takkan bersosial lagi. Selagi kita tak
kahwin, I bebas buat apa yang I nak.”
Tumpuan
Zafril kembali ke arah jalan raya. Bengang dengan sikap Juliza yang tidak
habis-habis mahu berseronok. “Ju, sampai bila kita nak macam ni?”
“Zaf,
masa dekat Canada dulu bukan ini sikap you. You tak kisah pasal
kehidupan I, kenapa sekarang ni baru you
nak kawal?” Nada suara Juliza naik meninggi.
“Sebab
I nak kahwin dengan you. You ingat mommy I suka ke kalau dia tahu you
ni suka bersosial?” Stereng kereta digenggam kuat. Mengawal suhu kemarahan yang
kian naik meninggi.
“I
nak kahwin dengan you bukannya dengan
mommy you. Apa I nak kisah kalau mommy
you tak sukakan I? The most
important thing is you cintakan I. Thats all.”
Kepala
digeleng perlahan. Inikah persepsi Juliza tentang perkahwinan? Berkahwin hanya
dengan yang dicintai bukannya dengan keluarga? Susah! “Kalau macam inilah sikap
you, I tak tahu mana hala tuju
hubungan kita, Ju.”
Mulut
Juliza terlopong. “Oh, after you met your crush masa dekat universiti dulu, terus you rasa tak tahu mana hala tuju hubungan kita? Macam tu? Hey!
You dengan perempuan tu memang ada apa-apa behind me? Tell me the
truth!”
Juliza
mula menjerit di dalam kereta. Bahu kiri Zafril ditumbuk sekuat hatinya. Ya,
Juliza dan sikap panas baran serta cemburu buta memang sukar untuk dikikis.
“Jangan
buat I naik angin dengan you.”
“Naik
angin apa Zaf? I memang dah naik angin! Send me home. I tak mahu makan
dengan you.”
Berang
dengan sikap Juliza, BMW Z4 berdecit apabila Zafril membuat pusingan U secara
kasar di satu simpang. Nak balik sangat kan. “Fine! I send you home right
now!”
“Lepas
tu you bolehlah keluar makan dengan
perempuan tadi tu kan? Sebab tu you
memang sengaja nak cari pasal dengan I.”
“Jangan
nak menuduh I yang bukan-bukan. I takde masalah apa-apa dengan you. You
yang mulakan semua ni dulu.”
Nafas
dihembus kasar. “Dasar playboy! Memang you tak pernah puas dengan
seorang perempuan kan?”
“Juliza!”
Tengkingan Zafril sudah mencapai oktaf yang terakhir.
“You memang ada perempuan lain, kan?”
“Oh
my God!!! Apa yang you merepek ni
Ju?” Zafril mula menengking. Geram betul dia dengan sikap panas baran Juliza.
“Tell me! Tell me!”
Tangan Juliza bebas menumbuk bahu dan dada Zafril yang sedang memandu.
“I am driving, please behave.”
“I hate you. I hate you. Liar.”
Zafril
hanya menahan sakit di badannya yang ditumbuk oleh Juliza dan sakit hati yang
amat sangat apabila dituduh yang bukan-bukan oleh Juliza. Kalau dia menjawab
pun dia tahu Juliza takkan dengar dan takkan percaya.
Lantak
kau lah!
No comments:
Post a Comment