Wednesday, 16 March 2016

DARIPADA SEKEPING SURAT SAMANMU - BAB 3



 Sewaktu aku sampai di Kompleks Islam, aku terlebih lima minit dari masa setengah jam yang diberikan Izyan kepadaku.  Itu pun disebabkan insiden aku disaman tadi.  Kalau tidak, aku yakin boleh sampai sebelum tempoh setengah jam itu tamat akibat gaya pemanduanku yang setaraf dengan Michael Schumacher.  Jalan raya yang agak lengang di hari sabtu, membuatkan aku seronok menekan pedal minyak dengan sekuat hatiku.  Sekadar hendak melepas geram terhadap insiden tadi.  Nasiblah kalau ada pula speed trape polis trafik yang biasa berada di bawah fly over di Kemayan City.  Jawabnya memang meriahlah aku dengan saman hari ini.  Saman speed trape pulak!
Aku lihat wajah Izyan sudah berubah macam ikan siakap masak sweet sour yang sekejap masam dan sekejap manis, menunjukkan betapa dia sedang bengang tahap gaban dengan diriku tapi aku buat muka selamba sebaik sahaja memakirkan kereta dan berjalan menuju ke arahnya.  Seolah-olah akulah orang yang terawal sampai di majlis itu.  Memang begitu sikapku.  Jika aku sama menggelabah seperti Izyan di dalam keadaan aku yang sudah terlewat ini, aku akan semakin menyalah.  Pasti berbagai-bagai kesilapan yang lain pula akan aku lakukan akibat perasaanku itu.  Oleh itu, aku harus bersikap tenang untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini pula berlaku.
Izyan bercekak pinggang menyambut kedatanganku.  Aku pula menghadiahkan senyuman semanis gula kepadanya.
“Kau tau tak kau dah….”
“Syhhh!!!”, aku meletakkan jari telunjukku ke atas bibirku menandakan arahan untuk dia diam.
“Aku dah sampai dengan selamatnya.  So, mana partner aku?”, soalku selamba kerana malas untuk mendengar bebelannya.
Izyan tidak terkata dengan tingkah laku aku.  Dia hanya menunjukkan dengan isyarat matanya di mana partner aku berada.  Aku pun dengan gaya anggun melangkah ke arah cikgu Azman yang kulihat khusyuk membaca skrip di tangan.
“Assalamualaikum cikgu Azman.  Dah lama tunggu saya?”, soalku manja.
Kulihat cikgu Azman tidak terkata melihat sikap selambaku.  Dari riak wajahnya aku tahu dia ingin mengatakan how could you?
“Alah….rilekslah cikgu Azman.  I’m here right now…ok, kita nak start dari mana?”, sambungku dengan senyum menggoda.


ALHAMDULILLAH.  Walaupun aku agak terlewat pagi ini, tetapi majlis yang aku acarakan bersama cikgu Azman berjalan dengan jayanya seperti yang dirancang.  Langsung tidak ada cacat celanya.  Mungkin disebabkan pengalaman kami yang sudah biasa digandingkan bersama dalam banyak acara menyebabkan kami dapat mengendalikan majlis tanpa ada banyak masalah.  Kebetulan VIP yang dijemput pun sampai agak terlewat dari jadual yang sepatutnya.  Mungkin VIP itu pun senasib dengan aku.  Kena saman!
Izyan menghampiriku dengan wajahnya yang jelas kelegaan dan ceria kembali.  Mungkin seksa yang ditanggungnya telah berakhir.
“Tahniah Wani….tahniah Man….terima kasih banyak-banyak..korang memang hebat…”, puji Izyan.
“Kau aje yang menggelabah tak tentu fasal….kan aku dah kata everything will be fine…”, balasku berlagak walaupun dalam hati cukup bersyukur kerana tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang kami mengacarakan majlis tadi.
“Habis tu, kau nak ke mana lepas ni?”, soal Izyan lagi.
“Apalagi?  Takkan nak pergi shopping pulak kot?  Balik sambung tidur ler….”, jawabku dengan bahagia sambil mata sudah terbayang katil dan tilam empukku.
“Sambung tidur?  Anak dara apa tidur tengahari buta ni?…”, cikgu Azman mencelah.  Entah bila dia berada bersamaku dan Izyan, aku pun tak perasan.
“Daripada buat maksiat, lebih baik tidur….tak buat dosa, malah baik untuk kesihatan dan tumbesaran saya ni….maklumlah, saya nikan sedang nak membesar….”, balasku selamba sambil menunjukkan barisan gigiku yang putih melepak tidak ubah seperti iklan colgate.
“Dah tua macam ni, nak membesar lagi?”, soal cikgu Azman jengkel.
Excuse me….correction…bukan tua tapi dewasa….oklah guys, patik pacal yang hina minta diri dulu ye….katil sudah memanggil-manggil…..”, balasku selamba sambil terus berjalan meninggalkan dua orang manusia yang menggeleng-gelengkan kepala kerana tidak terkata dengan sikap selambaku.
Aku memang tidak berminat untuk berlama-lama di situ lagi.  Sebaik sahaja selesai majlis dan minum pagi sebentar tadi, aku terus bergegas untuk pulang.  Hanya kerana ingin menyelesaikan misiku yang tertunda tadi, iaitu mengqada’kan tidurku.
Sebaik sahaja menghidupkan enjin keretaku, aku menunggu sebentar.  Sekadar ingin memanaskan enjin kereta yang tidak sempat aku lakukan pagi tadi.  Bimbang kereta kesayanganku ini akan rosak jika aku teruskan dengan tabiat burukku itu.  Sementara menunggu enjin keretaku panas, aku mencapai telefon bimbitku.  Sekadar ingin memeriksa status terkini dari facebook walaupun aku tidak berminat langsung untuk mengupdate apa-apa status diriku kerana padaku fungsi facebook  hanya untuk mengetahui apa yang berlaku di sekelilingku dan bukannya untuk berkongsi kisah-kisah peribadi yang kadang-kadang aku lihat cukup memualkan.  Tidak mahu dikatakan seperti katak di bawah tempurung.  Malah ramai dalam kalangan rakan-rakan facebookku yang menyangkakan aku telah menutup akaun facebookku.
Setelah ‘meneliti’ semua status facebook  yang aku anggap tidak menyumbang kepada pembangunan mindaku, aku melihat pula senarai panggilan masuk dan keluarku.  Mataku tertancap pada satu nombor yang agak asing bagiku kerana biasanya aku akan menyimpan semua nombor di dalam senarai kenalanku.  Apa yang lebih pelik, nombor asing itu adalah panggilan keluar.  Bermakna aku yang mendail nombor itu tetapi beradasarkan ingatanku yang masih waras ini, aku belum sempat untuk menelefon sesiapa sejak dari pagi tadi.  Dengan keadaan aku yang sudah terlewat, sudah tentu aku tidak punya masa untuk menelefon sesiapapun dan seingat-ingat aku hanya menerima dua panggilan dari Izyan.
Aku meneliti pula masa panggilan dibuat.  Jam 7.56 pagi.  Lama aku berfikir dan akhirnya baru aku teringat.  Kalau tidak silap, itu adalah waktu di mana aku sedang ditahan dan disaman tadi, dan akhirnya baru aku terfikirkan sesuatu.  Sewaktu aku serahkan telefon bimbitku kepada pegawai trafik yang hot itu tadi, aku ada terdengar bunyi deringan telefon yang hanya berbunyi sekali dan kemudiannya berhenti.  Adakah ini bermakna, dia mendail nombor telefonnya sendiri.  Jika benar, tetapi kenapa pula?
Aku semakin bingung dan mulalah hendak menyiasat kerana aku bukan jenis yang hanya mendiamkan diri jika ada sesuatu yang membuatkan aku tertanya-tanya.  Aku memberanikan diri untuk cuba mendail nombor tersebut.  Aku sekadar ingin mencari kepastian supaya aku tidak terus tertanya-tanya.  Sebaik sahaja aku menekan butang hijau telefon bimbitku, aku mendengar dengan berhati-hati.
Yes…what’s up?”, soal satu suara garau di hujung talian.
Pelik!  What’s up?  Aku melihat semula ke skrin telefon bimbitku.  Aku kenal dia ke?  Atau dia kenal aku?
“Kalau nak jadi bisu, baik jangan telefon!”, bidasnya.
Amboi!  Sombongnya.  Dahlah tak reti beri salam.  Aku pulak dihentamnya.
“Maaf, saya kenal awak ke?”, soalku geram.
“Aikk?  Siapa telefon siapa ni?  Dah awak yang call saya, dah tentu awak kenal saya”, perlinya lagi.
Tak boleh jadi ni…asyik aku yang terkena.
“Masalahnya kenapa nombor telefon awak ni ada di dalam telefon saya?”, soalku tambah geram dengan sikap berlagaknya itu.
“Eh, manalah saya tahu!  Ada saya call awak ke?  Ada awak terima panggilan dari saya?  Sekarang ni terang-terang awak yang call saya….bermakna awaklah yang kenal saya…”, kedengaran tawa sinis di hujung talian.
“Ok…ok….dah tak payah main teka-teki lagi.  Straight to the point….saya call awak ni bukan sebab nak berkenalan atau apa-apa niat lain pun…..saya cuma pelik macam mana nombor telefon awak ni ada di dalam senarai panggilan keluar saya sedangkan saya langsung tak kenal awak siapa apatah lagi nak mendail nombor awak.  So, saya call ni cuma nakkan kepastian.  Adakah awak ni polis trafik yang tahan saya tadi?”, soalku tegas. 
Semakin lama semakin mual dengan sikapnya yang berdolak-dalih.  Dahlah mataku masih mengantuk, dia pula hendak buat lawak bodoh denganku.  Memang silap besarlah!
“Wah!  Ini sudah jadi satu tuduhan.  Macam mana awak boleh tahu saya yang menyaman awak tadi?”, soalnya lagi.
Bingo!  Memang dia belum cukup bijak untuk mempermain-mainkan aku.  Aku tidak sebut langsung fasal saman, tapi dia pula yang menyebutnya.  Nampak sangat kan?  Aku ketawa besar.  Lebih kepada sengaja ingin mentertawakan sikapnya itu.
Well…Tuan Irfan…err…betul ke cara panggilan saya ni?  Kalau salah sorrylah ye sebab saya tak faham cara-cara panggilan dalam polis ni.  Soalan Tuan tadi sudah cukup bagi saya.  Anyway terima kasih banyak-banyak.  Cuma saya nak tanya satu soalan.  Memang itu prosedur biasa polis ke kalau hendak menangkap pesalah trafik yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu?  Meninggalkan nombor telefonnya sendiri kepada pesalah trafik….atau memang Tuan sengaja buat begitu?  Sebab nak berkenalan dengan saya….well, kalau itulah niat Tuan, minta maaflah….Tuan dah silap orang sebabnya saya memang tidak berminat…..ok peace no war….Assalamualaikum….”, aku terus mematikan talian sebelum sempat suara di hujung sana membalas kata-kataku.
Yes!!  Padan muka.  Apa dia ingat dia aje boleh main-mainkan aku.  Silap oranglah!
Aku terus mengundurkan keretaku dengan riangnya dan terus memandu pulang.  Aku rasa seolah-olah aku baru menang dalam satu pertandingan yang cukup besar.  Memang pantang aku, orang nak main-mainkan aku macam tu.  Aku peduli apa siapapun dia.  Kalau dia seorang menteri pun, ada aku kisah?
Tidak lama selepas aku menamatkan panggilan pegawai polis perasan hot tadi, telefon bimbitku berbunyi lagi.  Nama ‘Jejaka Perasan” yang baruku gelarkan kepada pegawai polis trafik yang perasan  tadi, tertera di skrin telefon bimbitku.  Aku biarkan saja telefon bimbitku terus berbunyi.  Tidak berminat untuk melayannya.  Nampaknya dia pasti tidak berpuas hati dengan tindakanku memutuskan talian tadi.
Ah!  Lantaklah…ada aku kisah?
Tiba-tiba berbunyi pula mesej masuk.  Hmmm….masih tak puas hati lagi nampaknya.
Aku memberhentikan seketika keretaku di tepi jalan dan mencapai telefon bimbitku.  Entah kenapa, hatiku meronta-ronta ingin tahu kandungan mesej yang baru masuk itu.  aku hanya mampu tersengih membaca mesej dari seorang pegawai polis yang ku anggap seperti budak-budak.
I’m not finished yet & you better watch out!!
Wah!  Ini sudah mengugut namanya.  Agak-agaknya kalau aku buat report polis, dia boleh kena tangkap tak?  Aku abaikan saja mesejnya itu.  Aku menyambung kembali pemanduanku untuk segera bertemu janji dan berkasih sayang dengan katil dan tilam empukku.
Lee Min Ho….tunggu aku dalam mimpiku.  Tak dapat jumpa secara real, dapat jumpa dalam mimpi pun jadilah!  Oklah tu…..korang ada?
















No comments:

Post a Comment