Wednesday, 16 March 2016

ITALIAN BOY - BAB 10

“NAMPAKNYA Oddie kena berehat
panjanglah…” Mama bersuara sebelum mengurut bahuku
dengan lembut. Allah, sedapnya.
Aku senyum kepada mama. Mama mengambil duduk
di sisiku. Dia menongkat dagu dengan siku di atas meja
sambil merenungku dengan senyuman manisnya.
Mujurlah kedai aku ada insurans. Mereka masih
tidak hubungi aku mengenai kes pecah kedai aku tu. Aku
ada syak seseorang, tetapi… malaslah! Kalau salah nanti, tak
pasal-pasal dapat dosa kering pulak aku. Orang tu dah tak
ganggu hidup aku pun aku dah bersyukur.
Dulu memanglah pemilik butik di barisan kedai
belakang aku tu pernah buat kecoh sebab aku buka butik
dekat situ. Katanya butik aku tu sepatutnya menjadi tempat
sewa kawan karibnya yang mahu membuka kedai makan.
Nak buat macam mana? Permohonan aku yang diluluskan
dahulu. Nak marah pun tidak ada guna. Tapi sekarang, tak
ada masalah dah, kut? Asalkan kami tak bertegur sapa lagi
dah, tak ada apalah agaknya. Mungkin bukan dia.
“Nak roti?” Aku mempelawa mama sambil
menghulurkan roti yang telah aku gigit. Mama
menggeleng-gelengkan kepalanya. Hehehe, gelilah tu. Aku
baru bangun tidur, tak basuh muka, tak gosok gigi, terus ke
dapur, bersarapan. Lapar. Senyuman mama masih di bibir.
“Kenapa mama senyum lain macam ni?” Senyuman
mama semakin lebar apabila aku menegurnya.
“Benji datang…” ujar mama.
“What?” Terus berdiri aku dibuatnya. Kenapa dia
selalu datang mengejut macam tu? Dulu datang waktu
nak minta maaf dengan aku dekat rumah. Lepas tu, datang
mengejut dekat butik. Lepas tu, buat lagi sekarang. Dia
memang nak bagi aku sakit jantung ke apa?
“Dia ada kat mana?” soalku dengan mata membesar.
Kalau dia ada dekat belakang aku, memang masalah besar.
Aku tengah selebet sangat ni.
Mama gelak. Aku harap dia duduk kat dalam kereta
aje. Hesy, nak apa pulak dia datang pagi-pagi dekat rumah
aku ni?
“Dekat ruang tamu.” Lega sikit.
“Dia tak boleh tengok Oddie macam ni. Mama tolong
pegang roti ni kejap. Oddie nak pergi tukar baju dulu.” Aku
menghulurkan mama roti yang baru aku gigit tadi. Mama
nampak terkejut, tapi dia pegang juga roti yang aku hulurkan
tadi.
Dari dapur, aku mengintai keluar. Aku nampak dia,
berdiri di depan gambar keluargaku sambil memasukkan
kedua belah tangan ke dalam kocek seluar. Apa yang dia suka
sangat dengan gambar keluarga kami tu? Dulu dia tenung
gambar itu juga. Ah, tapi bagus juga. Dia membelakangiku.
Jadi, aku boleh menyusup naik tangga dalam dia tidak
perasan.
Perlahan-lahan aku jengkitkan kaki dan berjalan
dengan penuh berhati-hati supaya dia tidak sedar. Berjaya!
Aku dah sampai dekat tangga. Aku kena bergerak dengan
kelajuan cahaya untuk sampai ke atas.
“You dah kenapa berjalan macam tu?”
Busted! Gulp!!!
Langkah aku mati. Perlahan-lahan aku jatuhkan
tumit kaki ke lantai. Tak payahlah terjengket-jengket lagi,
aku berpaling memandangnya dengan wajah yang busted.
“Good morning.” Dia menegurku dan tersenyum.
Kemudian, dia memandang jam tangannya dan berkerut
sedikit.
“Well, lewat you bangun.” Tegurnya.
Arghhh! Muka aku tengah selebet. Tidak sangka dia
tengok muka aku yang baru bangun tidur ni. Tak mungkin!
“Morning,” tegurku. Sengihan aku pamerkan
kepadanya sebelum aku memecut naik tangga dengan
kelajuan cahaya. Aku dengar ada tawa yang bergabung. Mama
dan dia.
“Wait up!” jeritku dari atas.
“KENAPA AWAK tak beritahu dulu yang awak nak datang?”
soalku sambil merapi-rapikan rambut yang masih basah.
Kaki berlari menuruni tangga.
“I ada mesej you malam tadi. You tak balas. I ingatkan
you baca hari ni.” Ujarnya.
Alamak, aku tak belek telefon langsung hari ni!
Lupa. Patutlah sewaktu mamai malam tadi, aku ada dengar
bunyi mesej masuk. Ingatkan mimpi, rupanya betul.
Lagipun aku fikir, apabila kedai sudah kena ceroboh
macam tu, dengan notis yang ditinggalkan dekat customer,
aku tidak perlu berbisnes untuk sementara waktu. Terlupa
pula yang telefon itu juga berguna untuk social life aku. Yalah,
sebelum ini aku mana ada social life sangat. Ikram mana nak
SMS aku. Dia biasanya call terus. Amzar? Bukannya kaki SMS
juga. Benji ajelah yang suka bermesej. Macam budak-budak.
“Oh, salah sayalah. Sorrylah buat awak tunggu
lama.” Aku berkata.
“Tak apa. I had a very nice conversation with your
ma anyway. Kan aunty?” katanya sambil mengenyitkan
mata kepada mama. Dia raih tangan mama, kemudian
mengucupnya ala-ala lelaki mat salih yang gentleman.
Aku julingkan mata ke atas. Aku pandang mama,
dia usap dadanya dan tayang muka terkejut. Kemudian
dia angkat kening dan senyum nakal. Huh, tahu sangat
reaksi gedik mama tu. ‘Contoh bakal menantu yang bagus.
Gentleman!’ Dapat aku dengar mama berkata begitu melalui
isyarat matanya.
Aku kecilkan mata. ‘Cut it off, ma!’
Mama masih dengan senyuman nakal hendak
mengenakan aku.
“Ya. Banyak kisah tentang Oddie yang mama
ceritakan pada dia.” Mama buat muka Oopsie.
Okey, aku rasa aku tahu kisah aku yang mana mama
ceritakan kepada Benji... kalau muka mama macam tu.
“Oh no, not that! Please!” Hati aku kuat mengatakan
yang cerita ‘itulah’ yang mama sudah beritahu dia.
“Yes that…” Mama senyum sambil gigit bibir bawah.
Rasa bersalah.
Benji kemam bibir tahan gelak. Bahu sudah bergegar.
“My life’s a mess.” Aku mengeluh.
Mama dan Benji tiba-tiba ketawa sebaik saja aku
bersuara. Ketawa melihat wajah aku yang sudah hendak
menangis ini. Kalau kisah aku yang mama suka kongsikan
dengan orang, tentulah kisah aku pakai baju pengantin
mama yang besar, lepas tu pegang buah epal dan pura-pura
pengsan di atas katil. Tunggu putera datang kucup sehingga
aku terjaga. Oh no! itu kisah paling memalukan seumur
hidup aku!
I was thirteen and dumb! Terlalu terpengaruh
dengan kisah dongeng. Dan tentulah Sofian dengan papa yang
akan datang kucup kedua-dua belah pipi aku. Oh gosh, no!
I’m a loser! Patutlah bukan main berlagak macam gentleman
lagi dia hari ni. Rupa-rupanya mama ceritakan tentang hal
itu. Gerenti dia nak menganjing aku dengan berpura-pura
gentle macam prince charming. Huh!
“Are you ma, for real?” soalku.
Mama ketawa lagi lantas bangun dari duduknya. Dia
mengambil cawan yang kosong ke dapur. Mujur mama sudi
melayan Benji. Papa, macam biasalah. Awal-awal pagi lagi
dah ke tempat kerja.
“Have fun.” Sempat mama tersenyum dekat Benji.
Benji ucap terima kasih dekat mama. Have fun? Apa
maksud mama? Benji hendak bawa aku ke mana-mana ke?
“Kenapa awak datang?” soalku tanpa menunggu
lama.
“You tertinggal barang-barang yang you beli dekat
Publika semalam dalam kereta I.” Ujarnya.
Erk. Terlupa aku ada beli barang dekat Daiso
semalam. Itulah, kenapa dia lekakan aku dengan poster dia
tu?
“Oh. Kenapa tak bagi dekat mama saya aje?” soalku.
Saja hendak kurangkan rasa hangat dekat muka.
“I dah bagi. Tapi sekarang I nak ajak you keluar.”
Ujarnya.
Alah! Kalau dia beritahu awal-awal, aku dah
bermekap bagai dah tadi. Tapi aku patut dah tahu, kalau dia
datang, mesti dia nak ajak aku keluar.
“Ke mana?”
“I tak sarapan lagi.” Dia usap perut dia.
Perut dia? Yang ada garisan ketak-ketak macam roti
ban enam buku tu? Eh! Fokus aku terganggu. Semenjak dapat
poster tu, setiap saat aku dibayangi badan ketak-ketaknya. Dia
tidak adalah sado pun. Dalam kategori kurus. Tapi badan dia
masih menawan.
“Dah nak tengah hari ni.” Aku kerling jam dinding.
Sarapan pun tak lagi? Perut apa yang dia ada ni? Kalau aku,
dah lama kena gastrik.
“So, apa masalahnya? I nak ajak you pergi brunch
dengan I.” dia bercekak pinggang pula sambil menghampiri
aku.
“Brunch pulak? Hmm, kejap. Saya ambil barang.”
Aku beri alasan hendak ambil barang supaya aku ada masa nak
bersiap, merapikan diri. Dahlah aku langsung tak kenakan
sebarang bedak sekarang. Lepas tu, lepas tu… dengan pakai
baju yang aku main sarung aje ni. Arghh! Buruk!
“Tak payah. I belanja.”
“Tapi handphone...” Aku cuba beri alasan lagi.
“You takut Amzar tertunggu-tunggu mesej selamat
pagi dari you ke?”
Hesy, macam tu pulak! Apa yang dia tak suka sangat
dengan Amzar tu? Amzar tidak ada pun cari pasal dengan dia,
setahu aku.
“Ammm, tak kut. Saya nak tukar baju.” Aku terpaksa
mengaku.
Dia mencemik. Alamak, tak approve jugak ke? Apa
masalah dia ni?
“Tak payah. Dah okey macam ni. Nak tukar baju
untuk apa? Bukan kita nak pergi date pun.” Selamba dia
membidas sehingga aku rasa nak terbatuk. Aku tidak terfikir
pula pasal date. Perasan betul mamat Itali ni.
“Memanglah bukan date. Tapi nanti orang lelaki lain
nampak saya dalam keadaan macam ni, terus diaorang tak
pandang untuk kali kedua. Market saya pun kena jaga.” Aku
membebel.
Dia mencemik lagi. Kali ini dia berpeluk tubuh
dan berdiri di hadapanku. Kemudian dia menilik wajahku.
Tidak cukup dengan itu, dia pandang dari atas sehingga ke
bawah. Kemudian sebelah tangannya diangkat ke dagu dan
diusap-usap dagu licinnya itu.
“Kalau I, I akan cari perempuan yang kurang pakai
mekap. Macam you sekarang.” Jawabnya.
“Kenapa pulak?” Berkerut-kerut keningku dibuatnya.
Dengan muka aku yang nampak pucat ni? Ada ke lelaki nak
pandang? Biar betul Benji ni? Entah-entah dia seorang saja
yang sukakan perempuan yang tidak pakai mekap?
“Natural beauty, tahu? Waktu itulah baru you tahu
lelaki tu cintakan you sebab apa. Pernah terfikir? Kalau
tak pernah, you should. Lagi satu, perempuan yang jarang
pakai mekap akan buat lelaki terpegun bila mereka pakai
mekap. Perempuan yang selalu bermekap akan buat lelaki...
hmmm… tak amazed pun bila mereka kenakan mekap. Sebab
dah biasa tengok. Faham?” Langsung tiada riak bersalah, dia
mengutarakan pendapatnya.
Oh… logik juga alasan dia. Tapi aku bukannya selalu
pakai mekap pun. Cuma aku rasa aku patut kenakan bedak
Johnson Baby tu sikit kat muka ni! Perasaan aku, rupa aku
macam Zombie apabila tak pakai apa-apa dekat muka.
“Okay, makes sense. Tapi, still… saya perlu
keringkan rambut.” Aku beri alasan lagi. Aku perlu berbedak!
Walaupun sedikit.
“It’ll dry. Besides, you look gorgeous. You already
are.” Ujarnya.
Okey, aku dah faham sekarang. Ada sebab dia tak
approve semua kata-kata aku tadi. Dia kebulur sangatlah tu.
Sampai memuji. Benji yang aku kenal sangat ego.
“Alah! Mengaku ajelah dah lapar sangat. Kan
senang?” sindirku.
Dia ketawa apabila dibidas aku. Eleh, mengaku
siang-siang lagi bagus. Tak payahlah bagi alasan natural
beautylah, apalah. Mengarut sungguh! Mana ada dah lelaki
zaman sekarang ini yang hendak pandang perempuan kulit
kusam macam aku? Kuat membodek betul dia ni.
“Jom.” Ajaknya.
“Saya pergi beritahu mama. Don’t worry, tak sampai
seminit pun.” Aku cakap macam tu sebab aku tahu mama
akan approve dengan gembiranya. Benji kan kesayangan
mama?
“I dah beritahu, tapi pergilah minta izin.” Ujarnya.
Mujur dia approve kali ini.
“THANKS…” UCAP Benji tiba-tiba. Aku kerutkan kening.
“Kenapa?”
“Nasihat you semalam. Berguna. I umm… I ajak
adik-adik I melepak karaoke. We had so much fun. I rasa
Bienda dengan Bella masih lagi adik-adik baby I. Thanks to
you!” nadanya ceria sungguh.
“Wow… saya tak expect secepat itu.” Sungguh! Aku
fikir, dia akan ambil masa juga untuk kembali rapat dengan
adik-adiknya memandangkan dia itu spesies yang ego.
“Me too. Kebetulan I balik semalam, diaorang ada
dekat rumah. Mungkin sedang plan nak keluar. I teringat
kata-kata you. Jadi I cuba berbual dengan mereka. Ajak pergi
keluar.” Ceritanya. Auww, sweetnya...
“Diaorang terkejut tak?” soalku sambil ketawa.
Kalau aku jadi Bienda dan Bella, gerenti aku terkejut.
“Indeed. Sangat-sangat terkejut!” Benji pun ketawa
sama.
“But… they kinda love the idea, so… yeah. I cadang
nak ajak you, tapi I teringat yang you mesti penat sebab
hiking Broga Hill.”
Bagusnya. Memahami sungguh dia. Aku mula rasa
yang hubungan kami semakin rapat semenjak dia terbuka
untuk berkongsi masalah dengan aku.
“Eh, tak apalah. Itu kan masa awak dengan adik-adik
awak. Lagipun, betul apa yang awak cakap tu. Saya tidur
awal semalam sebab penat. Nak-nak bila otak pun penat
memikirkan keadaan kedai saya.” Aku berterus-terang.
“Oh yes, kedai you macam mana?” soalnya.
“Still tak ada apa-apa berita. Come on, baru semalam.
Lagipun polis cakap susah diaorang nak siasat sebab tak ada
CCTV yang dipasang di luar kedai saya dan kedai orang lain
yang berhampiran.” Ujarku.
“You ada syak sesiapa yang mungkin tak berpuas
hati dengan you?” soal Benji lagi.
“Tak ada syak sesiapa pun.” Bohongku. Malaslah aku
hendak cakap dekat dia yang aku syak pesaing aku. Biarlah
hanya aku saja yang fikir begitu.
“Betul takde? Pelik. Kenapa mesti dia nak rosakkan
kedai you?” soalnya lagi.
“Entahlah Benji. Saya pun tak tahu kenapa mesti
ada orang yang berdengki dengan saya sedangkan saya tak
usik sesiapa pun.” Keluhku. Sungguh! Aku tak usik sesiapa
langsung. Aku menceburi bidang perniagaan ini dengan duit
dan niat yang bersih.
“Itulah dunia, Oddie. Maaflah kalau apa yang I
cakap ni buatkan you rasa meluat sebab I ni bukannya jenis
orang yang suka berlagak alim atau apa. Tapi, I cuma nak
you terus bersabar dengan masalah yang menimpa you.
Tak kiralah masalah pasal butik atau apa-apa saja. Ingat,
langit tak selalunya cerah. Tak ada seorang pun hamba
Allah yang terlepas dari ujian-Nya. Dan pasti you dah biasa
dengar orang cakap benda ni, tapi I nak cakap juga, I pasti
akan ada hikmah yang lebih besar untuk you. Macam I diuji
dengan ‘kehilangan’ daddy I dan diganti dengan papa yang
sangat-sangat awesome. I couldn’t be more grateful. Lebih
kurang macam apa yang berlaku pada you. Just wait for your
hikmah, jangan putus asa. That’s all.” Benji berkata.
Aku senyum.
“Wow, that was a good speech.” Pujiku dengan
penuh ikhlas. Tak sangka langsung yang aku akan terima
nasihat sebegitu dari mulut Benji.
Dia sengih.
“Amm, mama pernah cakap benda yang sama pada
I.” Benji buat muka oopsie.
Aku ketawa. Tidak kisahlah. Asalkan dia pandai
sejukkan hati aku dengan nasihat dia yang membina tu.
“Ah yes, dari tadi lagi I nak tanya you. Dekat mana
eh you letak poster semalam?” soalnya setelah lama kami
mendiamkan diri.
Gulp!!!
“Drive, mata pandang depan!” bebelku, cuba
mengalih tumpuannya.
Dia menurut.
“OKAY, NOW, eat eat eat.” Arahku sebaik sahaja dia
membaca doa apabila makanannya sampai. Tepat sungguh
pada waktunya. Sebab dia tanya aku soalan yang sama macam
dia tanya ketika kami di dalam kereta tadi. Aku tidak mampu
hendak jawab soalan dia mengenai posternya.
“I tak nak makan. You jawab dulu soalan I tadi.”
Dia menyandar ke kerusi dan berpeluk tubuh, sengaja nak
menunjukkan ketegasan dia dalam menanti jawapan daripada
aku. Bukannya penting sangat pun jawapan tu. Lantak akulah
nak letak dekat mana pun.
“Hei tadi lapar sangat, kan?” Aku menjegilkan mata.
Dia senyum senget. Aku menyampah apabila tengok
dia senyum senget ni. Satu, sebab dia mendebarkan aku. Dua,
sebab dia sedang mengejek aku.
“I tak cakap pun I lapar sangat.” Dia angkat kening
sebelah.
Kerek pulak mamat Itali ni. Eleh... kalau tak lapar,
tak ada mananya dia bagi pelbagai alasan tadi. Sanggup pulak
dia skip rasa lapar dia semata-mata nak tahu dekat mana aku
campak poster dia tu.
“But your disapprovalssssss dekat rumah tadi
membuktikannya.” Sengaja aku panjangkan bunyi ‘s’ tu
untuk menunjukkan betapa banyaknya dia tidak bersetuju
dengan aku tadi.
“My disapprovalssssss have nothing to do with perut
I sama ada I lapar ke tak. I beritahu you apa yang I rasa saja.
You tak percaya ke?” dia menyoal.
Jadi, betullah dia kata aku gojes? Huh! Jangan
perasan Oddie, dia saja cakap macam itu sebab dia dah tak
sabar nak tunggu jawapan kau.
“Ammm… but you look hungry. Awak tak breakfast
lagi, kan? Mesti awak teringin nak makan french fries yang
nampak menyelerakan ni.” Kataku sambil mengambil
sebatang french fries dari pinggannya dan aku sumbat ke
dalam mulut. Saja nak hilangkan rasa gugup aku.
“Boleh tunggu. I nak jawapan I.” Dia ketuk meja.
Maknanya memang dia seriuslah tunggu jawapan?
Kalau aku jawab yang aku letakkan di dalam kotak rahsia,
nanti mulalah dia ingat yang dia tu spesial sangat, walaupun
itulah kenyataannya. Tapi dia tidak boleh tahu. Jangan sebut
kotak rahsia. Sebut kotak saja. Besar bezanya, Oddie.
“I put it in a box. Bawah katil. Sebab tak nak mama
tahu. Nanti mama ejek. Bila mama ejek, saya sakit hati. So…
yeah. Bawah katil.” Aku mengeluh.
Dia senyum. Puas hati apabila dapat jawapan. Oleh
itu fries pertama disuap ke dalam mulutnya. Matanya masih
memandang aku sambil mulut seksinya mengunyah. Eh! Apa
aku merepek ni?
“Kenapa? Tak cukup mengancam?” soalnya dengan
kening yang terangkat.
“Sebab mengancamlah saya letak dalam box. Mama
tengok nanti macam mana? Mulalah dia tuduh saya yang
bukan-bukan. Lagipun gambar tu macam inappropriate
sangatlah! Too 18SX. That wonderful V line… the strong
abs... it’s crazy! Saya tak naklah sampai mama fikir saya ni
pervert.” Aku bersuara geram.
Dia tersengih nakal. Okey kejap... aku cakap apa?
Lain macam aje sengihan dia.
“Oh so you think my V line’s wonderful?” suara dia
berentak seksi. Atau aku yang fikir macam tu lepas dapat
poster berhantu semalam? Entahlah! Tapi aku asyik rasa dia
seksi aje hari ni.
“Mana ada saya cakap macam tu?” Aku merungut
geram.
Dia tergelak kecil. Kemudian, tanpa sepatah kata
dia mengacau air jus orennya menggunakan straw dan
menghirupnya. Senyuman masih tidak padam.
Kadang-kadang pelik juga aku. Payah nak tengok
dia senyum dulu. Sekarang, asyik tersenyum pulak. Senyum
yang buat aku rasa meluat pulak tu.
“I bagi you poster tu untuk you tampal dalam bilik.
Or at least... dalam closet you.” Ujarnya sambil mengunyah.
Aku angkat kening sebelah. Ada lagi, komen dia?
“Hah! Better bagi poster yang lebih sopan lain kali.
Dekat belakang pintu pun saya boleh tampal. Tapi, jauh lebih
baik daripada saya letak dalam trash, kan?” Aku menjegilkan
mata. Geram dengan kata-katanya yang berbaur ejekan itu.
“Yup! Nanti I bagi yang sopan macam yang you
request. Tapi you wajib tampal dekat closet.” Ujarnya.
Eleh, sesuka hati dia aje nak suruh aku tampal kat
mana-mana. Banyak cantik, muka dia.
“Sekarang, makan!” Aku menjeling geram.
Dia ketawa kecil. Tapi dia dengar arahan aku sebab
dia terus makan tanpa komen lagi.
“I NAK ke washroom kejap.” Dia bangkit setelah
menghabiskan makanannya. Cara dia berdiri pun seksi. Aku
rasa aku kena mandremlah! Dia mesti ada letak love-potion
dekat poster semalam tu.
“Handphone awak ni tak bawak sekali ke?” soalku
apabila telefon dia dibiarkan saja di atas meja.
“Biarlah. You tunggu sini, kan?” soalnya.
Aku angguk. Dia terus pergi.
Beberapa ketika kemudian, telefon bimbitnya
berkelip-kelip dan bercahaya menandakan ada panggilan
masuk. Tiada getaran. Tiada nada dering. Aku menilik
namanya si pemanggil. Darling!
Saat itu juga hati aku rasa digenggam sampai
hancur. Kenapa aku berharap lebih? Takkanlah disebabkan
senyuman dia? Takkanlah disebabkan dia meminta maaf
dengan penuh ikhlas? Takkanlah disebabkan poster yang dia
bagi tu? Dan takkanlah disebabkan dia ada meluah isi hati dia
tentang adik-adiknya dekat aku?
Aku buat tidak nampak saja pada nama si pemanggil.
Malah, aku buat tidak nampak langsung dan berpura-pura
tengah baca surat khabar sehinggalah dia muncul.
“Sorry, lama. I terserempak dengan member tadi
dekat washroom. Kebetulan dia makan dekat sini. Berbual
sekejap dengan dia.” Dia berkata.
Aku buat-buat terkejut.
“Eh, lama ke? Wow, time flies.” Aku bersuara dengan
nada bersahaja. Kononnya. Surat khabar aku lipat. Sepanjang
aku buka tu, satu bacaan pun tidak masuk dalam kepala otak.
Siap aku gambarkan Benji berdating dengan perempuan tu
lagi. Tak boleh nak fokus!
Dia tengok telefonnya. Mukanya agak terkejut.
“Ada orang call I ke tadi?” dia tanya aku.
Aku berkerut kening.
“Tak ada rasanya. Tak ada bunyi pun. Kenapa?” Aku
berpura-pura tak tahu apa-apa.
“Oh I lupa, I silent phone I. Dah siap, kan? Lepas
ni I ada rehearsal untuk event besok.” Dia berkata sambil
mengerling ke arah jam tangannya.
Event? Datinglah tu. Kenapa tidak mengaku aje
yang dia nak pergi dating instead of menipu aku? Kenapa
dia ajak aku pergi brunch kalau dia dah ada girlfriend? Ajak
ajelah makwe kau tu pergi makan pagi dan tengah hari. Apa
salahnya?
“Siapa yang call awak tadi? Mama saya eh?” Aku
menyoal lagi. Nak tengok reaksi dia. Mujur juga soalan itu
valid sebab aku tidak bawa telefon.
“Eh, taklah. Member kerja I. Dia partner I kat event
tu.”
Partner??? Partner in crime ke apa? Hesy, tiba-tiba
rasa cemburu menusuk-nusuk hati. Sakit hati dengan dia.
Partner? Pigirahhh! Nak aje aku luku kepala dia. Kenapa dia
macam berikan aku harapan? Atau aku yang terlalu berharap?
“Okeylah. Jom balik. Karang lambat pulak awak ke
event awak tu, kan?” sinisku.
Dia tidak mengesyaki apa-apa lalu mengangguk.
Boleh tak kalau aku luku kepala dia sekarang? Jangan bagi
aku harapan, Benji! Bunga-bunga bahagia pun jangan!

No comments:

Post a Comment