Monday, 14 March 2016

JANGAN GANGGU BUAH HATIKU - BAB 14



“Nanti I call.  Promise.”

Itu katanya dua hari lepas tapi sampai sekarang Irsyad Rifqi belum menelefon.  Sudahnya hari Sabtu Samirah terperap di rumah.  Aidid sudah keluar dengan kawan-kawannya.  Papa masih di pejabatnya.  Hari Sabtu pun nak kerja juga papa ni, omel Samirah dalam hati.

Lusa dia akan mula bekerja.  Dari sibuk melayan perasaan, lebih baik dia periksa cukupkah baju-bajunya untuk dipakai semasa bekerja nanti.  Kalau tidak cukup dia masih ada hari ini dan esok untuk keluar membelinya.

Ada 10 pasang baju kurung kain kapas yang sesuai digayakan ke pejabat.  Cukup untuk dua minggu.  Blazer 3 helai, seluar palazzo dan blaus yang boleh dipadankan ada 7 pasang.  Skirt labuh, banyak.  Yang kembang ada, yang lurus bersusun kipas di belakang ada dan yang A-line pun ada.  Jubah, ada 2 pasang saja.  Cukuplah. 

Chest drawer empat tingkat dihampiri.  Tarik laci tingkat pertama.  Dalam laci penuh dengan selendang.  Macam-macam warna, corak, fabrik.  Cukuplah, tidak payah beli yang baru.  Tolak laci pertama, tarik pula laci kedua.  Yang ini penuh dengan tudung terus sarung yang digulung cantik supaya awningnya tidak rosak. 

Tolak laci kedua, tarik pula laci ketiga.  Yang ini penuh dengan baju kecil di sebelah kiri dan seluar kecil di sebelah kanan.  Sah-sah tidak perlu kira dan beli yang baru.  Masa di USA sudah banyak Samirah membeli.  Di sana lebih murah dan lebih cantik rekaannya.  Tolak laci ketiga, jarinya kaku di atas pemegang laci terakhir yang duduknya terkebawah.

Sudah lama Samirah tidak buka laci itu.  Malahan sejak balik belum sekali pun dia buka laci terakhir.  Seingatnya dalam laci itu mama simpankan telekung dan pakaian-pakaian lama.  Terasa ada debaran dalam dadanya.  Hairan, kenapa ada debaran?  Pemegang laci digenggam kemas dan baru saja dia hendak menarik laci, telefon bimbitnya berbunyi.

“Sihat?”  Soal Irsyad Rifqi selepas salamnya disambut Samirah.

“Alhamdulillah.  Awak?”

“Sihat.  Tapi saya sibuk sangat.  Sekarang ni saya di kampung.”

Kampung?  Maknanya dia di Alor Setar, di rumah ayahnya.  Samirah ingat Irsyad pernah bercerita selepas dia mengambil alih Duta Holidays, ibu dan ayahnya pulang ke Alor Setar dan menetap di sana bersama kakaknya.

“Awak tengah buat apa tu?”

“Saya tengah tengok-tengok pakaian, cukup tak untuk dipakai pergi kerja nanti.”

“Kerja?  Dah dapat kerja ke?”

“Yup.  Ingat tak hari tu saya pergi interview di Subang Jaya?  Lusa saya mula kerja.”

“Dapat di Subang?”  Ada nada ceria dalam suara Irsyad.

No.  Just two weeks here.  Lepas tu pergi Penang.”

“Oh.”  Sekarang ada nada sedih dalam suara Irsyad.  “Sampai hati tak bagi tau saya dah dapat kerja.  Awak kata kita kawan, tapi perkara penting macam awak dah dapat kerja pun awak tak nak kongsi dengan saya.”  Ada nada merajuk pula.

Samirah menggaru kepala yang tidak gatal.  Takkan tak bagi tau pasal dapat kerja pun boleh buat dia merajuk?  Bukan salah aku.  Siapa suruh lama tak call?

“Bukan saya tak mau bagi tau.  Awak tu sibuk sangat.  Tak call saya.  Tak ajak saya keluar…”  OMG!  Kau cakap macam tu kat dia Ira?  Hati Samirah bertanya.  Sungguh, dia sendiri tidak percaya dia boleh berkata begitu kepada Irsyad. 

“Habis tu kalau saya tak call, awaklah call saya.  Saya sedar saya ni bukan orang yang penting dalam hidup awak.”

“Irsyad, tak baik tau buruk sangka.”

 “Saya bukan buruk sangka.  Saya berandaian begitu sebab selama kita kawan, hanya saya yang telefon awak.  Sampaikan saya rasa… awak… tak kisah tentang saya… tak minat nak ambil tau…”

“Irsyad!’  Pantas Samirah memintas.  “Awak salah.  Saya bukan tak mau ambil tau tentang awak.  Awak selalu sibuk.  Saya tak mau ganggu awak, takut kalau-kalau saya telefon pada waktu yang salah.”

Jawapan Samirah membuatkan Irsyad rasa bersalah.  Memang betul dia selalu sibuk.  Terlalu banyak perkara yang menuntut masa dan perhatiannya kebelakangan ini. 

“Irsyad, girlfriend awak cantik.  Sesuai dengan awak,” Kata Samirah bila agak lama yang di sana senyap. 

Yes, she’s very pretty.  She’s also smart and confident.  Awak betul, dia memang sesuai dengan saya.”

“Kenapa tak kenalkan kepada saya hari tu?”

“Takkan awak tak kenal girlfriend saya?” 

Soalan Irsyad Rifqi membuahkan kehairanan dalam hati Samirah.  Wajah si gadis yang cantik dan anggun bergaya menerpa semula ke mindanya.  Dia cuba mengingati. 

“Errm.. saya tak kenal.  Dia tu model ke artis?”

“Dia orang biasa saja.”  Ketawa lagi si Irsyad.   

“Awak serius dengan dia?”

Of course.  Kalau saya dah suka seseorang gadis, saya akan serius berkawan dengan gadis tu.  Saya bukan playboy ya, dan saya tak ada masa nak try gadis itu, gadis ini.  Kalau date pertama saya dah rasa tak ada chemistry, I won’t proceed.”  Dengan panjang lebar Irsyad menerangkan dan dengan penuh minat Samirah mendengar. 

“Dengan dia saya terhibur.  Dia buat saya tersenyum, dia buat saya rasa hidup saya penuh.  Like I said before, she caused a stir in my heart.”  Irsyad menyambung penerangannya.  Ayat terakhir Irsyad buat dahi Samirah berkerut.

“Siapa nama girlfriend awak tu?”  Dada Samirah berdegup kencang bila soalan itu habis ditanyakan.

“Samira.”

“Itu nama sayalah!”

“Itulah nama buah hati saya!”

“Irsyad!  Jangan main-mainlah.  Saya serius ni!” 

I am serious!  Her name is Samira.”

Jeda.  Otak Samirah ligat berputar.  Maksud dia girlfriend dia punya nama yang sama dengan nama aku?  Hampir sama.  Agaknya sebab itu dia panggil aku Samira,bukan Samirah.  Atau… maksud dia… Haish!  Jangan perasan Ira.  Takkanlah dia tak tau aku bercakap pasal perempuan cantik yang ada dengan dia dua hari lepas.

“Samira.”  Irsyad memanggil.  Ada nada riang gembira dalam suaranya.

“Ya.” 

“Saya rindu awak.  Dua hari lepas saya seronok sangat nampak awak.  Kalau si merengek tu tak ada, dah tentu saya ajak awak naik kereta saya.”

Dahi Samirah berkerut lagi.  “Siapa si merengek?”  Soalnya spontan.

“Perempuan yang ada dengan saya masa kita jumpa dua hari lepas.  Jangan ingat dia tu girlfriend saya.  Saya tak minat perempuan macam tu dan dia pun tak minat saya.  Dia minat dengan angah.  Malang betul nasib saya, terpaksa temankan dia shopping sebab Angah lambat sampai.”

Kerutan di dahi Samirah hilang.  Jadi betullah, perempuan itu bukan girlfriend Irsyad.  Tanpa sedar bibirnya menguntum senyuman.

“Habis tu siapa girlfriend awak?”

“La, kan tadi dah cakap.  Tak ingat ke?  Okey saya ulang ya.  Nama buah hati saya Samira dan saya sedang bercakap dengan dia sekarang.”

Jantung Samirah terasa seperti hendak gugur.  Dadanya dipegang.  Biar betul Irsyad ni.  Kan kata kawan saja?

“Samira,” Irsyad memanggil lagi.  Suaranya kedengaran bagai berbisik di telinga Samirah. 

Do you miss me?”

Miss?  Rindu?  Entah.  Samirah tidak tahu.  Dia tidak pernah rindukan lelaki selain daripada papa dan abangnya.  Hendak kata dia teringat-ingat Irsyad Rifqi, tidak juga. 

Di hujung sana Irsyad Rifqi menanti dalam debaran.  Dia yakin Samirah rindukan dia dari nada suara Samirah yang kedengaran sangat teruja ketika menjawab panggilan dan berbual dengannya.  Dan dia berharap Samirah faham bahawa baginya Samirah adalah girlfriend, buah hati, kekasih atau apa saja pangkat yang seumpama dengannya. 

No answer?  Okey, that means you miss me.”  Dituturkan dengan keyakinan yang sangat tinggi.

“Irsyad… terima kasih kerana rindukan saya.  Terima kasih juga kerana anggap saya sebagai girlfriend awak.  Satu-satunya insan yang saya rindukan sekarang ialah mama.”  

Berterus terang lebih baik.  Tapi di hujung talian Irsyad terpempan.  Sampai hati dia tak rindukan aku, bisik hatinya.  Tak mengapalah, perasaan orang bukannya kau boleh paksa Qi.  Usaha lagi, jangan putus asa.  Selagi dia belum ada boyfriend, peluang terbuka luas. 

“Saya faham.”  Kata Irsyad.  Lega Samirah mendengarnya. 

“Awak sudi jadi buah hati saya kan?” 

Soalan yang ini buat Samirah terkedu.  Pantas dia mengingatkan dirinya dia belum bersedia untuk bercinta.  Dan misinya untuk mencari mama harus dilaksanakan sehingga berjaya sebelum dia boleh menjalin percintaan.

“Irsyad, selain daripada Aidid dan papa, awak sajalah lelaki yang rapat dengan saya.  Saya seronok berkawan dengan awak dan selebihnya, saya serahkan kepada takdir.”  Samirah berikan jawapan yang dirasakan paling selamat.  Dia tidak mahu memberikan harapan kosong kepada Irsyad, walaupun dia sedar CEO muda berambut pacak itu sudah menjadikan hidupnya bertambah meriah.

Irsyad Rifqi meraup rambutnya.  Mindanya berputar, mencerna kata-kata yang baru diluahkan oleh Samirah.  Aku lelaki yang rapat dengan dia, jadi maksudnya apa?  Kawan baik?  Bukan boyfriend?  Tapi kawan baik boleh juga jadi boyfriend kan?   Dia seronok berkawan dengan aku, jadi ada harapan untuk aku jadi boyfriend dia kan?  Ya, serahkan kepada takdir.  Semoga takdir menyebelahi aku.

“Irsyad, nanti kita borak lagi ya.  Thanks for calling.  Take care.  Balik nanti drive carefully ya.”

“Okey.  Terima kasih kerana sudi berbual dengan saya.  Samira…”

“Ya.”

Please miss me.” Ada nada merayu dalam ungkapan itu.  Dan dalam hatinya Irsyad sangat-sangat mengharapkan jawapan yang akan terngiang-ngiang di telinganya sambil bibirnya melebarkan senyuman sebelum tidur nanti.

I will.”  Dua patah perkataan itu sudah cukup membuatkan hati Irsyad berbunga.

No comments:

Post a Comment