Monday, 14 March 2016

JANGAN GANGGU BUAH HATIKU - BAB 5




Damn, she’s right.”  Kata Irsyad Rifqi sambil memasukkan tangannya ke dalam saku seluar.  Matanya memandang ke arah Jalan Tun Razak di bawah.  Dari pejabatnya di tingkat 22, kenderaan yang bertali arus di atas jalanraya kelihatan seperti kereta mainan. 

Baru kelmarin mereka berjumpa, hari ini dia sudah teringin sangat-sangat hendak bertemu dengan gadis kecil molek itu.  Tetapi perasaan itu harus dikawal, semata-mata untuk menidakkan kata-kata si gadis bahawa Irsyad Rifqi akan merinduinya. 

Who is damn and who is right?”

Irsyad Rifqi terkejut.  Pantas dia menoleh ke belakang.  Dato’ Ibrahim tersenyum memandang anak bongsunya sambil berjalan ke arah Irsyad Rifqi.

Daddy ni, buat Qi terkejut saja.  Bukan ke daddy yang buat peraturan, sebelum masuk office ketuk pintu tiga kali, buka pintu, bagi salam kemudian baru masuk?”

Daddy dah buat semua tu, tapi Qi yang tak dengar.  Entah fikir apalah tu sampai tak sedar daddy sampai.”

Tangan ayahnya disalami dan dicium.  Dato’ Ibrahim memegang bahu Irsyad Rifqi dan memandang anaknya dengan mata yang sengaja dikecilkan.

“Tak bagi tau pun daddy nak datang.  Nasib baik Qi ada di office hari ni.  Mummy tak ikut ke?”

“Daddy ada board meeting di Cekal Berhad, habis meeting daddy datanglah ke sini.”  Dato’ Ibrahim melabuhkan punggung di atas sofa kulit berhadapan dengan meja kerja Irsyad Rifqi.  Tokoh korporat berusia 69 itu memandang tepat ke arah anak lelaki keduanya.  Anak kesayangan kerana dialah sahaja yang mahu mewarisi perniagaan yang telah berpuluh tahun Dato’ Ibrahim usahakan.  Tiga bulan lepas, setelah yakin dengan kebolehan Irsyad Rifqi, Dato’ Ibrahim melantiknya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.  Kini dia bersara dari menguruskan syarikat secara aktif.  Hidupnya lebih tenang kini bertemankan dua orang cucu dari anak pertamanya Rafiqa.

“Kak Long dan budak-budak sihat?”

“Sihat.  Si Syasya dan Johan selalu tanya bila Pak Su nak balik Alor Star?”

Irsyad Rifqi tersenyum sebaik sahaja nama dua anak saudaranya disebut.  Terbayang di mata wajah comel Syasya yang berusia lima tahun dan Johan yang berusia tiga tahun.  Kali terakhir dia balik ke Alor Star, tempat asal ayahnya ialah dua bulan lepas. 

“Qi sibuk sangat sekarang ni daddy, projek di Kuala Selangor kan baru mula?”

Dato’ Ibrahim mengangguk.  Dia sedia maklum projek resort baru di Kuala Selangor pastinya memerlukan perhatian penuh Irsyad Rifqi.  Dia sangat-sangat faham kerana dia sendiri dulu, ketika menguruskan perniagaan resort ini, sangat sibuk.  Dengan dua buah hotel, dan dua buah resort untuk diuruskan, ditambah pula satu resort yang baru sahaja bermula pembinaannya di Kuala Selangor tentu sahaja Irsyad Rifqi semakin sibuk. 

So, who is this girl?” 

“Qi jumpa dia dalam penerbangan balik dari LA hari tu,” Irsyad Rifqi memulakan cerita.  Dato’ Ibrahim mendengar dengan penuh minat.  Tentu saja dengan penuh minat kerana Irsyad Rifqi jarang bercerita tentang perempuan, melainkan dia betul-betul sukakan perempuan itu.

“Dia muda, baru habis study.  Sepanjang penerbangan dia duduk sebelah Qi.”

“Tak minta nombor telefon dia?”

“Ada.  In fact, Qi dah jumpa dia kelmarin.”

Bibir Dato’ Ibrahim menyungging senyuman.  Harap-harap dapat menantu tak lama lagi, bisik hatinya.  So?  Soalan dilontarkan bila Irsyad Rifqi diam.  Matanya merenung jauh ke arah luar.

So, Qi rasa nak kenal dia dengan lebih lanjut, mana tau kalau-kalau ada chemistry, boleh jadi girlfriend.”

“Kalau ada chemistry, terus lamar dia.  Qi bukannya muda lagi tau.”

Irsyad Rifqi mengangguk.  Matanya bersinar.  Dalam hatinya membenarkan kata-kata ayahnya, memang sudah sampai masanya dia mendirikan rumah tangga.  Usianya bakal mencecah 30 tahun hujung tahun ini.  Bukannya selama ini dia tidak mencari calon isteri, tetapi dua faktor menjadi penghalang.  Satu, kesibukkan bekerja.  Dua, gadis-gadis yang pernah didampinginya tidak mampu mencetuskan keterujaan dalam hatinya.  Tetapi gadis bernama Samirah itu… lain.

Muka diangkat.   Wajah daddy dipandang.  How do I know if she’s the right girl for me?”

“Senang saja.”  Dato’ Ibrahim tersenyum.  Kakinya disilangkan.  “If every time after seeing her, you don’t feel enough and you keep wanting to see her… that’s the first sign. Keduanya, you get along very well dan Qi rasa dia menyenangkan hati Qi.  Ketiga, Qi boleh tahan karenahnya.  Rajuk dia, marah dia, semuanya Qi boleh layan.  Yang keempat, mintalah kepada Allah.  Kalau dah jumpa gadis yang berkenan, berdoa kepada Allah, minta Allah permudahkan.”

Irsyad Rifqi mendengar dengan penuh tekun.  Dato’ Ibrahim menepuk lembut peha anaknya sambil tersenyum.  I think you have found the right girl.”  Dato’ Ibrahim cuba menebak.

“Eh tak adalah daddy.  Qi baru sangat kenal dia.  Baru sekali keluar dengan dia.”

“Qi, hati kalau sudah tercuit, tak perlu kenal lama untuk jatuh cinta.  Tak pernah dengar ke love at the first sight?”

Irsyad Rifqi tersenyum. 

All this while, you have gone out with so many girls, tapi inilah kali pertama Qi tanya daddy soalan tu.”  Dato’ Ibrahim ketawa.  Hatinya berbunga keriangan.  Memang dia mahu Irsyad Rifqi segera berumahtangga, agar hidupnya yang keseorangan di KL lebih terurus.

Irsyad Rifqi senyum dengan lebih lebar lagi.  Jangan haraplah boleh disorok apa-apa daripada daddy. 



Samirah merenung cincin yang tersarung di jari manis kirinya.  Jatuh lagi setitis airmata, meluncur di atas pipi lantas diseka agar tidak jatuh di atas kertas yang penuh dengan tulisan tangan mamanya.  Sejak kelmarin sudah tiga kali dia membaca setiap bait kata-kata yang tercoret di atas kertas itu.  Setiap kali membacanya, hatinya luluh.  Perpisahan mama dan papa adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikirannya.  Seumur hidupnya tidak pernah dia menjangka mama dan papa akan bercerai kerana mereka baginya adalah pasangan suami isteri dan ibu bapa yang sangat ideal.  Tapi kini perkara itu telah pun terjadi. 

Surat mama tidak menerangkan dengan terperinci mengapa mama mahukan perpisahan.  Mama sekadar mengatakan antara dia dan papa sudah tiada persefahaman.  Samirah tidak dapat menerima alasan itu.  Setelah melayari bahtera rumah tangga selama 24 tahun apakah mama dan papa belum cukup mengenali hati budi masing-masing?  Samirah mahu berjumpa dengan mamanya dan menanyakan soalan itu kepada mamanya.

Deringan telefon mematikan lamunan Samirah. 

“Awak sihat?” suara Irsyad Rifqi di hujung talian kedengaran sebaik saja Samirah menjawab panggilan.

“Ya.” 

“Saya call sebab nak bagi tau… awak betul… saya rindu awak.”

Samirah terkedu.

“Boleh kita jumpa?”

Jumpa dengan dia lagi?  Atas dasar apa?  Semua ini berlegar di dalam minda Samirah, hinggakan Irsyad Rifqi di hujung talian kehairanan mengapa Samirah mendiamkan diri.

“Samira,” Irsyad Rifqi memanggil.

“Ya,” lembut dia menjawab, melegakan Irsyad Rifqi yang tiba-tiba jantungnya berdegup laju. 

“Samira… saya nak jumpa awak, malam ni.  Saya nak bawa awak ke satu tempat makan yang pasti awak akan suka.”

Dada Irsyad Rifqi semakin berdebar sebaik sahaja permintaan itu disuarakan.  Please don’t say no, bisik hatinya. 

“Saya… saya tak biasa keluar malam dengan lelaki.”

Irsyad Rifqi ketawa.  Terasa lucu dengan jawapan Samirah.  Mana mungkin di zaman millennium ini masih ada gadis yang tidak pernah keluar bersama lelaki di waktu malam.  Kalau budak sekolah bolehlah diterima, ini graduan lepasan luar negara. 

That’s a good joke.” Kata Irsyad sebaik saja tawanya habis.

What joke?”

“Tu, yang tak biasa keluar malam dengan lelaki… that was funny.”

“Encik Irsyad, saya tak faham apa yang kelakar sangat.  Tapi memang saya tak pernah keluar berdua-duaan sahaja dengan lelaki.  Kalau awak tak kisah, kita boleh jumpa tapi papa atau abang saya akan ikut sekali.”  Jawab Samirah dengan tegas.

Betul ke apa yang aku dengar ni, tanya Irsyad Rifqi di dalam hati.  Jeda.  Irsyad Rifqi sibuk berfikir bagaimana mahu mengelakkan papa dan abang Samirah mengikutnya sekali.  Dia hanya mahu berjumpa Samirah, untuk mengenali gadis itu dengan lebih mendalam.  Masih terlalu awal baginya untuk mengenali bapa dan abang gadis itu. 

Irsyad Rifqi menarik nafasnya dalam-dalam dan di kala nafasnya dihembuskan dia menemui jalan untuk mengatasi masalah ini.  Give me your address.  Selepas kerja nanti saya akan terus ke rumah awak.  Saya akan jumpa papa dan abang awak untuk minta izin bawa awak keluar malam ini.”

Samirah memandang kosong ke hadapan.  Sebelah tangannya memegang telefon, sebelah lagi di pinggang.  Perlahan-lahan senyuman tersimpul di bibirnya.  Senyuman pertama sejak dia membaca surat mama kelmarin.

No comments:

Post a Comment