Sepanjang perjalanan pulang semula ke pejabat, baik Ayuni mahupun
Taufik hanya mendiamkan diri.
Masing-masing seolah-olah sedang melayani perasaan sendiri. Berbeza dengan keadaan sewaktu hendak keluar
makan tadi, jika tadi Taufik kelihatan riang, tetapi kini dia bertukar menjadi
serius. Ayuni pula hanya melemparkan pandangan
ke luar tingkap. Dia lebih rela melihat
deretan kereta di sepanjang jalan, dari berpaling memandang Taufik.
Sebenarnya apa yang
dilalui sepanjang hari ini,cukup meletihkannya.
Bermula dengan insiden dengan CEO syarikat di awal pagi tadi, baru saja
dia hendak menarik nafas lega, kini Taufik pula seakan-akan menambah kekusutan
fikirannya.
Ah! Jika tidak kerana dia terlalu memerlukan pekerjaan
ini, mahu saja dia berhenti 24 jam.
Kata-kata Taufik membuatkan dia jadi tidak keruan. Ya Allah, kenapa aku harus lalui semua ini?
“Baiklah
Ayuni…oleh kerana awak dah bertanya tujuan saya melayan awak begini, lebih baik
saya berterus terang saja.
Ya..sebenarnya saya telah jatuh cinta dengan awak sejak kali pertama
terpandang gambar awak bersama Hanis. Love at the first sight.” Masih
terngiang-ngiang akan dialog Taufik yang tidak diduga sama sekali oleh
Ayuni.
Ayuni terkulat-kulat mendengar kata-kata Taufik. Hampir tersembur air suam yang baru saja
diteguknya.
“Saya tahu, mungkin terlalu awal untuk saya mencintai
awak tapi awak kena ingat bahawa cinta itu buta dan saya adalah lelaki yang
lebih suka berterus-terang. Saya tak
mahu jadi hipokrit. Kalau saya suka, saya akan kata suka dan
begitu juga sebaliknya. Sekali lagi saya
minta maaf jika pendekatan saya ini terlalu drastik sehingga menakutkan
awak. Cuma satu, saya nak beritahu
awak….saya benar-benar serius dan ikhlas dengan apa yang katakan ini. Saya harap awak dapat mempertimbangkan hasrat hati saya ni. Saya tak minta awak jawab sekarang, cuma saya
minta awak berilah peluang kepada hati awak untuk menilai saya dan saya akan
terima apa jua keputusan awak tetapi janganlah terus menghukum diri saya
sebelum saya dihakimi” Panjang lebar Taufik cuba menjelaskan kepada Ayuni
kerana dia tidak mahu gadis itu salah faham terhadapnya.
Ayuni hanya diam seribu bahasa. Dia hanya tunduk sambil menguis-nguis chicken chop di dalam pinggan. Tidak mampu rasanya untuk dia bertentang mata
dengan Taufik walaupun dia nampak dari ekor matanya yang Taufik sedang merenungnya
tajam.
“Ayuni..don’t avoid doing something because of a
fear making mistakes. Please say
something” Taufik cuba
memancing Ayuni untuk bercakap apabila dilihatnya Ayuni terus-terusan berdiam
diri.
Ayuni agak tersentak dengan kata-kata Taufik seolah-olah
dia tahu akan kisah silamnya yang dia pernah dikecewakan tetapi Ayuni tidak
mahu bertanya. Dia bimbang jika
pertanyaannya itu nanti, akhirnya bakal menjerat dirinya sendiri.
“Err…Encik
Taufik. Marilah, nanti kita lambat pula
sampai ke office” Akhirnya itu sahaja
yang mampu Ayuni ucapkan di kala itu setelah dia melirik jam tangannya dan
jarum jam sudah menunjukkan pukul 1.40 petang.
Dia bimbang akan lewat sampai ke pejabat tambahan lagi
dia belum menunaikan solat zohor. Kedengaran Taufik melepaskan keluhan. Mungkin kecewa dengan respon Ayuni.
SESAMPAINYA Ayuni di pejabatnya, dia terus bergegas ke
surau yang terletak pada tingkat yang sama.
Dia mahu selesaikan tanggungjawabnya terhadap Allah sebelum ketuanya
Encik Shah Iskandar memberinya tugasan setelah nampak kelibatnya. Dia mahu memulakan tugas pada sesi petang itu
dengan tenang. Dia mahu campak ke tepi
akan kata-kata Taufik.
Baginya, di pejabat adalah waktu bekerja dan bukan
masanya untuk memikirkan urusan peribadi.
Ayuni sedar, dia dibayar untuk melakukan kerjanya, bukan untuk melayan
hal-hal peribadi yang tiada kaitan dengan kerja. Dia bimbang jika ketuanya, Encik Shah
Iskandar tahu kemelut yang melandanya walaupun baru sehari bekerja, apatah lagi
CEO syarikat, Encik Hisyam. Cukuplah dua
kali dia menerima penghinaan dari CEO syarikat itu. Dia bimbang jika dia tidak mampu bertahan
jika menerima cemuhan untuk kesekian kalinya dari Encik Hisyam. Ayuni berazam untuk membuktikan bahawa
pendapat dan tuduhan CEO syarikat itu terhadapnya, benar-benar salah. Itu azamnya.
Ayuni segera mengambil wuduk dan menunaikan solat
zohor. Usai memberi salam, Ayuni terus
memanjatkan doa agar segala urusannya di Menara Holding berjalan lancar tanpa
sebarang masalah dan jika terdapat masalah pun, dia berdoa agar dia dapat
menghadapinya dengan tenang.
Selesai menunaikan solat zohor, Ayuni kembali ke ruang
kerjanya. Dia termenung seketika sambil
berfikir sebaik sahaja dia duduk di kerusinya.
“Mulai detik ini, aku Ayuni Zara bt Ismail akan menjalankan
tanggungjawab yang diamanahkan kepadaku dengan sebaik mungkin. Apa jua masalah yang timbul, akan aku tolak
ke tepi dan aku akan pastikan ianya sama sekali tidak akan menganggu tugas
baruku ini kerana aku mahukan rezeki yang halal dan diberkatiNya….”, Bisik
Ayuni penuh azam sebelum menyambung semula tugasnya.
No comments:
Post a Comment