Sunday, 13 March 2016

ROMANTIK RAPSODI - BAB 10

TUBUHNYA terasa begitu sejuk. Sejuk dan basah!
Dia berada di tempat yang begitu asing sekali. Badannya
menggigil. Tidak tahan dek kesejukan yang mencengkam
hingga ke tulang sumsum. Dia nampak perlahan-lahan Rayyan
menghampirinya. Tangannya kaku... mulutnya terkunci... dia
cuba sedaya-upaya untuk bersuara tetapi tidak berdaya.
Rayyan datang kepadanya, menyelimutinya dengan
gebar. Hangat dirasakan. Rayyan merenung matanya dalamdalam.
Dia ingin bertanya kenapa tetapi lidahnya kelu... Rayyan
memeluk erat tubuhnya. Dia berasa selamat dalam dakapan itu.
Kehangatan tubuh Rayyan benar-benar membuatkan dirinya
terleka. Tenang sekali saat itu. Tiba-tiba alam menyimbahinya
dengan sinar yang benar-benar membuatkannya berpinar! Nani
menggosok-gosok kedua-dua matanya... bunyi siren ambulans
benar-benar membingitkan pendengaran.
Ya Allah, aku bermimpi rupanya! Mimpikan bos sendiri
pula tu.
Dia memandang sekeliling. Dia nampak kabur-kabur
Rayyan duduk di sebelahnya, menggenggam erat jemarinya.
Kepalanya pening.
“Nani, Nani... syukur awak dah sedar...” Ujar Rayyan
separuh berbisik. “Nani... bertahan ya, kita dah nak sampai
hospital.”
“What happened?” Nani bertanya lemah.
“Nanti kita cerita pasal tu ya... yang penting sekarang
awak dah sedar,” Nani nampak wajah Rayyan seperti menahan
hiba. Dia tak pasti mengapa. Nani nampak luka di bahu kiri
Rayyan. Kemeja putihnya dipenuhi kesan darah.
“Bos tak apa-apa?”
“Saya okey. Don’t worry about me.”
“Luka tu?” Soal Nani lagi sambil tangannya menunjuk
ke arah kesan luka di bahu Rayyan.
“Sikit je,” jawab Rayyan. Hakikatnya dia sedang
berperang dengan rasa perit dan pedih.
Setiba di hospital, Nani diberi rawatan kecemasan.
Setelah pemeriksaan lanjut, doktor mengesahkan dia tidak
mengalami kecederaan yang serius. Kepalanya yang terhantuk
ketika kemalangan tidak mengalami kecederaan dalaman. Dia
ditahan di wad pesakit biasa supaya keadaan kesihatannya
dapat dipantau. Rayyan hanya mendapat kecederaan ringan dan
mendapat rawatan pesakit luar. Pak Mat turut ditahan di wad
akibat patah tulang rusuk. Syukur semuanya selamat. Nasib
baik mereka memakai tali pinggang keledar di tempat duduk
penumpang. Kalau tidak...
Rayyan telah menceritakan segalanya kepada Nani.
Semasa kejadian, Pak Mat gagal mengawal stereng disebabkan
angin lintang dan hujan lebat. Kereta terbabas dan berpusingpusing
sehingga kereta tercampak ke longkang di tepi lebuh
raya. Rayyan telah memohon maaf kerana bertindak memeluk
Nani. Dia tidak mempunyai apa-apa niat selain daripada
melindungi Nani. Nasib mereka baik kerana pada ketika itu
kenderaan tidak banyak. Jika tidak, entah apalah nasib mereka
sekarang. Nauzubillah. Tak sanggup memikirkan sebarang
kemungkinan yang tidak baik.
“Thanks bos kerana dah selamatkan saya. Saya sangat
terhutang budi pada bos.”
“Tak ada apa yang perlu awak berterima kasih. Kita
sama-sama cemas ketika tu, saya tak nak apa-apa yang buruk
menimpa awak. Kalau tidak... saya akan menyesal seumur
hidup saya.” Rayyan tersenyum pahit.
“Kenapa bos cakap macam tu? Apa yang berlaku adalah
di luar kawalan kita. Semuanya kehendak Yang Maha Esa.”
“Saya tau... tapi saya...” Rayyan tidak menghabiskan
kata-katanya.
“Tapi apa?” Nani bertanya meminta kepastian.
“Erm, nothing. Biarlah saya simpan untuk diri saya
seorang. Saya minta diri dululah, nak jenguk Pak Mat sekejap.
Esok saya datang melawat lagi. Awak berehatlah. Tadi saya dah
call your mom, she’s on the way now.”
“Okey...” Ujar Nani sambil menghadiahkan sebuah
senyuman buat ketuanya.
“One more thing Nani, kalau kat luar ofis... I tak suka
terlalu formal... Just call me Ian okey... Terasa hebat sangat bila
orang panggil saya bos,” sempat Rayyan mengenyitkan matanya.
Rayyan berlalu pergi. Dia tidak jadi menjengah Pak
Mat. Jiwanya kacau.
Bermalam di hospitallah Nani malam ni. Betul kata
orang, malang tak berbau. Kalau nak jadi apa-apa, sekejap je.
Tadi elok-elok kat ofis, kena marah dengan bos, jumpa client,
alih-alih malam ni terpaksa check-in di wad. Siapa sangka, kan.
PAGI-PAGI LAGI Rayyan sudah terpacak di lobi hospital. Dia
risaukan Nani. Semalaman dia tidak lena tidur. Suara cemas
dan sayu Nani ketika kemalangan semalam benar-benar
mengganggu tidurnya. Ratapan hiba itu masih terngiangngiang
di telinganya. Dia mahu menjadi pelindung gadis itu.
Dia mahu Nani terasa selamat di sisinya.
Rayyan duduk bersandar di kerusi yang disediakan
di lobi hospital menantikan tibanya waktu melawat. Masih
awal pagi. Semalam dia menelefon temannya Haniff supaya
menjemputnya di hospital. Sesampai di rumah, dia terus
mencapai kunci kereta dan berpatah semula ke Senawang
dan menginap di hotel. Dia tidak tahu mengapa dia bertindak
begitu. Cuma yang dia tahu, esok dia mahu segera ke
hospital menjenguk Nani. Jeritan hiba gadis itu terus-terusan
menghantui perasaannya.
“Niff, aku nak kau cari budak tu lepas dia habis study,
aku nak kau offer dia kerja kat tempat kita. Kau umpan dia
dengan gaji yang tinggi. Kau ada simpan rekod peribadi dia,
kan?”
Rayyan masih ingat perbualan antara dia dengan
Haniff, teman baik merangkap Pengurus Sumber Manusia di
pejabatnya semasa hari terakhir Nani selesai menjalani latihan
praktikal di situ.
“Kau nak letak dia kat department mana? Bukan ada
kekosongan pun kat ofis kita ni,” Haniff seakan tidak bersetuju.
“Yang tu kau tak payah fikir, pandai la aku nanti. Aku
nak kau buat je macam yang aku nak,” Rayyan masih teguh
dengan pendiriannya.
“Kau ni kenapa? Kau suka budak tu ke? Kalau bini kau
tahu, nak mampus?” Tempelak Haniff.
“Ah, aku ni ada bini macam takde bini je Niff. Oh ya, aku
lupa nak beritahu kau. Dayana and I were no longer together.
Aku dah failkan perceraian aku. Aku bukan nak bini Niff, aku
nak isteri. Isteri yang sentiasa ada untuk melengkapkan hidup
aku, yang tahu nak jaga makan pakai aku. Bukan yang tahu nak
habiskan harta aku, berjoli sana-sini, keluar rumah macam dah
tak tahu jalan balik. Elok-elok aku hidup membujang, mummy
daddy nak sangat aku kahwin. Kalau setakat kahwin tapi takde
keserasian, takde perasaan cinta, buat apa,” panjang lebar
Rayyan berhujah.
Haniff terdiam. Dia tahu temannya itu tidak bahagia
dengan perkahwinan yang diatur keluarganya.
“Parents kau dah tahu ke pasal ni?”
“Dah. Diaorang tak boleh nak halang. Yang
menanggung seksa aku Niff bukan orang tua aku. Diaorang pun
tak sanggup tengok aku susah. Divorce is the best solution for
us, and Dayana pun setuju. Tak bantah apa-apa.”
“Kalau itu dah keputusan kau, aku hanya mampu
doakan yang terbaik untuk kau.”
“Hei, kita dah off topic. Aku bukan nak cerita pasal
rumah tangga aku. Aku nak kau tolong aku dapatkan si Nani tu.
Kau nak tengok aku bahagia tak?” Sempat lagi dia mengugut
Haniff.
“Yalah, nanti aku jumpa dia personally and suruh dia
datang balik sini lepas habis belajar. Okey, puas hati?”
“Erm, macam nilah kawan aku,” Rayyan mengukir
tawa sambil bahu Haniff ditepuknya mesra.
“Apa yang buat kau tertarik sangat kat budak tu?” Soal
Haniff ingin tahu.
“Erm, entah tapi aku suka dia... aku suka tengok mata
dia. Redup, tenang je aku rasa.”
“Tu je?”
“Dia ada daya penarik tersendiri. Kau perhatikan dia
betul-betul, nanti kau akan tahu kenapa aku suka dia,” ujar
Rayyan lagi.
“Kang aku tengok lebih-lebih kang, aku pulak syok kat
dia macam mana? Tak pasal-pasal jadi cinta tiga segi pulak,”
akhirnya mereka tergelak besar.
Rayyan meraup muka. Jauh sekali pemikirannya
menerawang. Dikerling jam di tangan. Eh, dah pukul sepuluh
pagi. Sudah dua jam rupanya dia di situ. Perutnya terasa
pedih. Langkah diatur ke kafeteria. Sebungkus sandwich dan
setin nescafe dicapai. Dengan cepat dia menghabiskan sarapan
paginya itu. Dalam fikirannya hanya ada Nani.
“Assalamualaikum,” Rayyan memberi salam.
Nani tergesa-gesa menyambar tudung yang tersangkut
di kepala katil.
“Ops, sorry,” ujar Rayyan serba salah namun sempat
juga matanya melirik pada rambut Nani yang panjang melepasi
bahu. Kalau dah nama lelaki kan...
“Wa’alaikumussalam, boss. Awalnya sampai,” Nani
menghadiahkan senyuman buat Rayyan.
“Ha’ah. Aw... awal sikit sebab kejap lagi nak pergi balai
setelkan pasal semalam.” Nasib baik alasan itu terbit sertamerta.
Padahal semalam dia sudah membuat police report
bersama-sama Haniff.
“Oh... bos dah okey ke, sakit di bahu tu macam mana?”
“Alhamdulillah, sakit sikit je... erm, tapi sakit lagi.”
Eh, apa aku jawab ni. Rayyan menggigit bibir.
“Kalau sakit, eloklah bos berehat. Tak payah susahsusahkan
diri datang hospital. Kesihatan bos lagi penting, kalau
bos sakit nanti susahlah kita orang,” Nani berbasa-basi.
“Apa yang susah. Saya rasa korang lagi seronok singa
jadian ni sakit, kan. Nanti tak ada siapa nak marah-marah kat
office tu. Boleh berpesta korang kat ofis tu.” Rayyan berseloroh.
Nani telan liur. Erk, singa jadian... dia tahu rupanya!
“Isy, mana ada. Kita orang semua sayang kat bos. Kalau
bos sakit, kita orang susah hati tau. Tadi Fatin call saya, dia
risau. Dia call handphone bos tapi off katanya. Saya rasa baik
bos call dia balik, beritahu keadaan bos macam mana.” Usul
Nani.
Rayyan hanya memerhatikan saja Nani berceloteh. Dia
sudah lupa pada sakit di bahunya itu. Nani seakan memberikan
dos yang kuat untuk dia. Bisa-bisa di badan bagaikan tidak
terasa. Dia sengaja mematikan telefon. Serabut dengan
panggilan yang tidak putus bertanyakan tentang keadaannya.
Kenapa semua orang perlu kisah sedangkan dia sendiri tidak
kisah akan dirinya... Mujurlah mummy dan daddy berada di
luar negara atas urusan kerja, kalau tidak jangan harap dia
boleh bebas keluar dengan keadaan seperti sekarang.
“Bos...”
“Ian!” Cepat-cepat Rayyan memintas.
“Tapi... saya tak selesa nak panggil Ian, bos...”
“Ian... Ian je... I.A.N... okey?” Rayyan mengeja nama
singkatannya.
“Err... saya cuba okey,” Nani segan. Kalau level dia atau
level atas sikit daripada dia mungkin dia tak kisah tapi ini big
boss. Takkan nak panggil nama macam panggil kawan pulak.
Aishh, segan la!
“Kalau nak lagi senang panggil abang je, now you
choose,” Rayyan menyakat Nani yang kelihatan gelisah.
“Hah!!!” Nani menjegilkan mata tidak percaya. Buang
tebiat ke bos aku ni? Sejak bila pandai buat lawak jenaka ni?
“Hahaha... gurau jelah, takkan sampai merah padam
muka tu.” Ketawa Rayyan mula meledak.
Isy... ada ke dia nak main-main benda macam ni... Bisik
hati kecil Nani. Mukanya terasa panas kerana malu. Takkan bos
aku dah tercabut wayar lepas accident. Sebelum ni nak bertegur
sapa dengan staf pun susah kalau bukan hal yang melibatkan
kerja. Hari ni pecah rekod dia boleh buat lawak antarabangsa
pulak.
“So, Nani macam mana hari ni?”
“Alhamdulillah, dah okey sikit. Dah tak pening sangat
kepala ni.”
“Doktor ada cakap ke bila boleh keluar?”
“Kalau dah tak ada masalah, esok dah boleh keluar.”
“Nanti I hantar you balik, boleh?”
“Eh, eh... takpe b... b... bos... eh, Ian. Ibu datang ambik
kut esok.”
“Tell your ibu that I’ll be sending you home tomorrow.
Okey? Tak boleh tidak,” Rayyan mula mengeluarkan kuasa
vetonya.
Nani telan liur. Nak cakap tak boleh, dia kena jaga juga
hati bos. Manalah tahu cepat confirm ke, kan. Repo kena jaga.
Sampai ke situ difikirnya.
“Err... tak menyusahkan bos ke nanti? Lagipun saya
rasa tak sedap hatilah, kalau bos ni kawan saya takpe jugak, ni
majikan saya.”
“Then, Nani anggap jelah saya ni kawan Nani. Easy,
right?”
Susah juga dia nak menolak. Memang dia sudah tiada
jalan lain selain terpaksa menerima pelawaan Rayyan.
“Kalau Nani tak nak beritahu, I will straightly call
your ibu to ask her permission.”
“Ja... jangan... okey... okey... nanti saya beritahu ibu.”
“Assalamualaikum, Along.” Tiba-tiba kedengaran suara
Puan Hanisah memberi salam. “Eh, ada tetamu rupanya,” ujar
Puan Hanisah ramah.
“Apa yang rancak sangat berborak, sampai nama ibu
pun disebut-sebut ni.” Puan Hanisah mengucup lembut puteri
sulungnya itu. Nani memeluk manja si ibu.
“Ibu, ni bos Along, Encik Rayyan.”
“Oh, Rayyan yang call ibu semalam tu ye?”
“Ya, saya auntie.”
Rayyan jadi serba tak kena. Tadi bukan main berani
nak call minta izin nak bawa balik anak dara orang. Bila Puan
Hanisah dah ada depan mata, kecut pula perutnya. Hah, baru
tahu!
“Rayyan okey ke?” Puan Hanisah bertanya apabila
melihatkan keadaan Rayyan yang sudah berkerut-kerut dahinya.
“I’m okey auntie,” Rayyan memaksa bibirnya mengukir
senyum, terasa senget-senget mulutnya.
Nani menekup mulut menahan tawa. Geli hati melihat
gelagat bosnya yang semakin pelik.
“Along dah makan ke? Ibu ada bawa bekal nasi goreng
dari rumah. Rayyan dah makan?”
“Dah.” Kedua-duanya menjawab serentak dan saling
berpandangan.
“Cup, saya cakap dulu.” Nani cepat-cepat mengangkat
tangannya. Tidak mahu kalah. Rayyan sekadar ketawa. Puan
Hanisah menggeleng kepala melihat telatah dua anak muda di
hadapannya.
“Tapi, saya lapar lagi. Boleh minta nasi sikit,” dengan
muka tidak malu, Rayyan bagai anak kecil meminta makanan.
“Alahai, boleh sangat Rayyan. Nak makan semua pun
tak apa,” balas Puan Hanisah mesra.
Dia merasakan bagai sudah lama mengenali Rayyan.
Cepat sekali wujud kemesraan antara mereka. Puan Hanisah
menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan kertas lalu
menghulurkannya kepada Rayyan. Pinggan bertukar tangan.
Suapan pertama singgah ke mulut.
“Erm, sedap betul nasi goreng dari air tangan seorang
ibu. Beruntung Nani. Saya ni sebulan sekali nak merasa masakan
ibu pun susah auntie,” ujar Rayyan. Rasa gugup sudah makin
berkurangan. Dia mula selesa berbual dengan Puan Hanisah.
Jatuh kasihan pula Puan Hanisah mendengarkan katakata
Rayyan.
“Makanlah lagi... lain kali kalau Rayyan terasa nak
makan apa-apa, beritahu Nani. Nanti auntie masakkan. Hah!
Nani tu pun tahu masak. Kalau auntie tak sempat nak masak,
Nani boleh tolong masakkan.” Ujar Puan Hanisah ramah.
Eh, eh ibu ni. Siap buat promosi bagai! Tiba-tiba
terlebih ramah dengan bos aku ni apa hal? Macam dah kenal
sepuluh tahun gayanya. Aduhai... Nani berceloteh dalam hati.
Hakikatnya, dia terpaksa bersetuju sahaja dengan kata-kata
ibunya.
“Oh, tak tahu pula Nani pun pandai masak. Untung
siapa yang jadi suami Nani nanti.”
Mendengarkan kata-kata itu, hati Nani ditebak
sayu. Dia teringatkan Hakim yang sudah berhari-hari tidak
menghubunginya. Perlukah dia mengharapkan pada orang yang
tak sudi... bertepuk sebelah tangan, mana mungkin berbunyi.
“Siapalah yang sudi nak jadi suami saya ni bos,” Nani
merendah diri.
Saya sudi... tapi kata-kata itu hanya terzahir di dasar
hati Rayyan. Ingin saja dia mengungkapkan hasrat hati yang
telah sekian lama dipendamkan. Go slow, Rayyan... no need to
hurry... hatinya menyabarkan dia.
“Takkanlah orang semanis dan secantik Nani ni tak
ada siapa yang nak. Mustahil, kan auntie.” Rayyan bersuara
menutup debar di hati.
Nani tertunduk menyembunyikan bahang panas yang
merona merah di pipi. Kenapa bos asyik puji aku je ni? Semalam
bukan main teruk marah aku.
“Auntie ni tak kisah sangat siapa-siapa pun bakal suami
Nani. Yang penting kuat pegangan agama, pangkat dan rupa tu
bukan ukuran. Lagi satu biarlah suami Nani nanti boleh jadi
pelindung kepada kami sekeluarga, tempat kami bergantung
harap.”
“Ibu ni, Along muda lagi, tak terfikir pun lagi pasal
kahwin-kahwin ni. Lagipun, Along nak tunggu ibu kahwin
dulu, boleh?” Nani ketawa mengekek.
“Budak ni, ke situ pulak dia. Ibu dah expired. Dah tak
perlu nak kahwin. Ibu tunggu nak jaga cucu je lepas ni,” balas
Puan Hanisah. Kepala Nani dibelai lembut.
Rayyan memerhatikan perbualan kedua beranak ini.
Ibu kahwin... dia tak berapa mengerti.
“Sorry to interrupt auntie, saya tak faham. Auntie kena
kahwin?” Persoalan yang bermain di benaknya diluahkan.
“Kalau Rayyan nak tahu, Nani ni anak yatim. Ayah
Nani dah lama tak ada. Dia meninggal dunia akibat nahas jalan
raya lapan tahun lepas. Ketika tu, Nani baru nak masuk lima
belas tahun. Adik-adik dia pun kecik-kecik lagi.”
“Oh, sorry auntie. Saya betul-betul tak tahu,” Rayyan
agak terkejut. Kenapa selama ni dia tak pernah tahu Nani telah
kehilangan ayahnya. Haniff pun tak pernah cakap pasal ni
sewaktu dia sibuk mengorek butir-butir peribadi Nani.
“Takpe... benda dah lama. Kami semua reda dengan
ketentuan Allah. Lagipun auntie bangga anak-anak auntie
semua jadi insan yang berguna, walaupun kehidupan kami ni
serba sederhana.”
Rayyan tekun mendengar setiap butir bicara Puan
Hanisah. Banyak maklumat baru tentang Nani dia berjaya
perolehi hari ini. Patutlah jiwanya meronta-ronta untuk sampai
ke sini. Allah nak permudahkan hajatnya rupa-rupanya.
“Asyik dengar auntie je duk bercerita, tengok nasi
dalam pinggan tu. Baru habis setengah je.”
“Seronok dapat borak dengan auntie sampai lupa nak
makan,” Rayyan menghabiskan nasi goreng yang masih bersisa.
Nani menghulurkan segelas air putih untuknya.
“Thanks, Nani.”
Nani menganggukkan kepala.
“Saya nak kena minta diri dulu ni auntie, Nani. Nak
jenguk Pak Mat di wad sebelah.”
“Nanti kirim salam saya pada dia ya, bos.”
“Insya-Allah,” Setelah meminta diri, Rayyan berlalu
pergi.

No comments:

Post a Comment