Sunday, 13 March 2016

ROMANTIK RAPSODI - BAB 11

NANI bersiap-siap sementara menunggu Rayyan
datang menjemputnya. Pagi tadi dia menerima pesanan ringkas
pertama daripada Hakim semenjak peristiwa tempoh hari.
Hatinya mudah benar sejuk dengan Hakim. Dia tidak tahu
kenapa.
“Nani.”
Nani terkejut mendengar sapaan Rayyan.
“Jauh betul termenung, saya bagi salam pun tak
berjawab. Ingatkan siapa tu?” Usik Rayyan.
“Saya tak perasan tadi. Sorry ya. Dah lama ke bos
sampai?”
“Nani, Nani... berapa kali saya nak ingatkan ni. Call me
Ian okey.”
“Ya, ya... saya tersasul tadi,” Nani mengukir senyum
menutup ketersasulannya.
Bagai hendak pecah dada Rayyan melihatkan senyuman
manis yang menghiasi wajah Nani. Indah sungguh ciptaan Allah
yang satu ini. Redup mata Nani membuatkan jiwanya bergelora,
jantungnya pantas berdetak. Rayyan menarik nafas perlahan
cuba menghalau gelisah di jiwa. Dia takut Nani terperasankan
kegelisahan pada dirinya.
“Nani dah siap berkemas?”
“Dah, Ian.”
“Hah kan sedap panggil macam tu. Jomlah kita gerak
sekarang. Bil hospital saya dah setelkan. Jangan risau semua
company cover.”
“Thanks. Err, Pak Mat bila boleh keluar?”
“Pak Mat kena stay lagi 3-4 hari. Jom kita singgah
melawat Pak Mat sekejap nak.” Ajak Rayyan.
“Ian ni macam tahu-tahu je saya nak cakap apa,
hehehe...”
“I can read your mind... hahaha... takdelah, kebetulan
pulak kita terfikir benda yang sama.”
Setelah lebih setengah jam melawat Pak Mat, mereka
berdua bergerak pulang ke Putrajaya. Nani hanya membisu di
sepanjang perjalanan. Segan, malu semuanya bercampur. Dia
tak sepatutnya menyusahkan majikannya itu tapi dia tidak
punya kuasa menolak dan kebetulan pula ibu tidak dapat
menjemputnya kerana terpaksa bergegas ke utara atas urusan
kerja. Dia lebih rela naik teksi daripada pulang dihantar Rayyan.
Cukup-cukuplah dia berhutang budi pada Rayyan.
Nani mengerling Rayyan yang sedang tekun memandu.
Hensem betul bos aku ni. Bertuah siapa dapat dia. Kenapa la
muda-muda dah jadi duda. Mesti bini lama dia tak tahan asyik
kena marah hari-hari ni. Entah-entah kaki pukul tak? Nani
berceloteh di dalam hati, membuat andaian sendiri. Tanpa sedar
Rayyan turut mencuri pandang dirinya di sebalik kaca mata
hitam.
Pemain cakera padat memutarkan lagu All My Life
nyanyian K-Ci & Jojo yang menjadi kegemarannya. Kedengaran
Rayyan menyanyi kecil mengikut irama lagu. Nani turut sama
menyanyi.
I will never find another lover
Sweeter than you
Sweeter than you
And I will never find another lover more
Precious than you
More precious than you
“Nani suka lagu ni?” Tiba-tiba Rayyan bersuara.
Adui spoil je bos aku ni... aku baru nak feeling... Lagu
kenangan cinta antara dia dan Firdaus… Nani mendengus
dalam hati.
“Ni one of my favourite song... Nani menjawab ringkas
lantas terus menyambung nyanyiannya.
Rayyan menguatkan volume lalu turut sama
menyanyi...
“And my favourite song too,” sekilas dia memalingkan
muka ke arah Nani. Kaca mata hitam diangkat lalu mata
kanannya dikenyit nakal.
Girl you are
Close to me you’re like my mother
Close to me you’re like my father
Close to me you’re like my sister
Close to me you’re like my brother
You are the only one my everything
And for you this song I sing
And all my life
I’ve prayed for someone like you
And I thank God that I
That I finally found you
All my life
I’ve prayed for someone like you
And I hope that you feel the same way too
Yes, I pray that you do love me too
I said you’re all that I’m thinkin’ of... baby
Said, I promise to never fall in love
With a stranger
You’re all I’m thinkin’ of
I praise the Lord above
For sending me your love
I cherish every hug
I really love you
And all my life, baby, baby
I’ve prayed for someone like you
And I thank God that I
That I finally found you, baby
All my life I’ve prayed for someone like you
And I hope that you feel the same way too
Yes, I pray that you do love me
You’re all that I ever known
When you smile on my face
All I see is a glow
You turned my life around
You picked me up when I was down
You’re all that I ever known
When you smile on your face
All I see is a glow
You picked me up when I was down
You’re all that I ever known
When you smile on your face
All I see is a glow
You picked me up when I was down
And I hope that you feel the same way too
Yes I pray that you do love me too
All my life
I’ve prayed for someone like you
And I thank God that I
That I finally found you
All my life I’ve prayed for someone like you
Yes, I pray that you do love me too
All my life I’ve prayed for someone like you
And I thank God that I
That I finally found you
All my life I’ve prayed for someone like you
Yes, I pray that you do love me too
“Fuhhh, best gila... lama tak dengar lagu ni,” ujar
Nani sambil menepuk-nepuk tangan kegembiraan. Telatahnya
mencuit hati Rayyan. Adakala Nani nampak seperti gadis
pemalu, adakala berubah rupa jadi selamba badak. Rayyan
tergelak kecil.
“All my life, I’ve prayed for someone like you, and I
thank God, that I finally found you... ayat tu very meaningful
to me,” ujar Rayyan. Pandangan dihalakan ke hadapan, fokus
pada pemanduannya.
“I don’t get it. What do you mean?” Nani agak blur.
“I rasa I dah jumpa seseorang yang istimewa, seseorang
yang I cari selama ni,” luah Rayyan.
“Alhamdulillah, jangan tunggu lama-lama. Nanti putih
mata. Kena cepat-cepat make a move tau,” Nani memberikan
suntikan semangat kepada Rayyan. Jujur sangat kedengarannya.
Dia tidak tahu, dialah gerangan yang dimaksudkan Rayyan.
Oh, Nani... kau tidak mengerti perasaan ini. Hati
Rayyan mengeluh. Jadikan aku arjuna di hatimu, Nani... auu
puitisnya! Hati Rayyan menggebu.
“I rasa I dah tak macam dulu sejak jumpa dia,” Rayyan
menyambung cerita.
“Dah tak cepat marah... sejuk je hati ni bila tengok
wajah dia, senyuman dia and yang paling best, mata dia...
matanya yang redup buat jiwa I tenang.”
“Bagus macam tu, Ian... don’t lose your temper, you
don’t look cool,” Erk, apa aku cakap kat bos ni... Nani menekup
mulut.
“Sorry, I didn’t mean it,” ujar Nani sambil memandang
ke wajah Rayyan dengan muka yang innocent. Mulalah datang
angin selamba bila dia sudah selesa dengan seseorang tu.
“Jangan buat muka macam tu... Tak comel! Betul apa
you cakap tu... Orang cepat marah, mana nak cool. Asyik hot je,
kan. Kita singgah minum sekejap nak?”
Tanpa menunggu persetujuan Nani, BMW X6 itu sudah
membelok ke R&R Nilai.
Rayyan sengaja melengahkan masa. Dia mahu bersama
Nani lama-lama. Kalau dah balik ofis, susah dia mahu berborak
dengan Nani lagi. Peluang ini dia perlu gunakan sebaik
mungkin.
“I nak sambung cerita tadi... sejak I jumpa dia, I can’t
stop thinking of her... Macam ni kut rasanya when love is in
the air,” Rayyan memberikan hint walaupun dia tahu Nani
takkan dapat meneka siapakah wanita yang dimaksudkan. Teh
ais disedut laju. Haus sungguh dia.
“Ian tak pernah bercinta ke? Macam mustahil je. Budak
sekolah pun dah pandai cintan-cintun tau. Ni kan pulak bapak
budak. Dengan wife dulu, takkan tak bercinta?” Laju mulutnya
melantunkan kata-kata.
Apa aku cakap ni! Nani gigit bibir. Risau jika Rayyan
salah faham maksudnya. Itulah, siapa suruh tak fikir dulu
sebelum bercakap? Kena potong gaji baru tahu! Dia menekup
mulutnya. Ingat Nani, dia bos kau. Bukan Taj yang kau nak
gurau ikut suka hati. Hatinya cepat-cepat mengingatkan. Dia
sebenarnya tak dapat menahan perasaan ingin tahu... Baginya,
macam tak logik manusia sekacak Rayyan tak pernah bercinta.
Habis dengan ex-wife dulu, takkan tak cinta?
Ketawa Rayyan meledak. Nani kehairanan. Dahinya
berkerut-kerut. Dia sudah takut separuh mati, Rayyan boleh
ketawa pula.
“Dengan I kat luar tak payah protokollah...Cakap je apa
you nak cakap. You takut sangat kenapa. Takut I potong gaji
ke?” Ketawa Rayyan masih bersisa.
Alamak, macam mana dia tahu ni? Dia ni ada kuasa
boleh baca fikiran orang ke?
“Eh, mana ada. Saya takut Ian terasa. Saya ni kadangkadang
cakap lepas. Takut Ian salah faham,” jari-jarinya leka
mengacau-ngacau sirap bandung di dalam gelas plastik.
“Tak ada la. Sikit pun tak terasa,” Rayyan senyum
sebelum menyambung kata-kata. “Perkahwinan tu tak berjaya
sebab I tak cintakan dia.”
“Kalau tak cinta, macam mana boleh kahwin?” Alangalang
dah tersasul cakap, baik korek sampai habis. Bisik hati
Nani.
“Perkahwinan yang diatur keluarga. Nak tak nak, I
takde pilihan, terpaksa ikut kehendak orang tua. Lama-lama
I rasa I tak boleh nak teruskan. Daripada menyeksa perasaan
dia dan perasaan sendiri, lebih baik kami bawa haluan masingmasing,”
Rayyan tidak menyangka dia begitu terbuka bercerita
tentang kisah peribadinya kepada Nani.
Nani menganggukkan kepala. Baru dia tahu cerita
sebenar. Selama ni, dia asyik dengar macam-macam versi
tentang kisah perceraian Rayyan di kalangan rakan sepejabat.
Ada yang simpati, tidak kurang juga yang mengata. Sudah
lumrah, bukan semua orang suka kita. Tambah-tambah manusia
macam Rayyan yang hanya tahu nak marah orang. Memang sah
lagi ramai yang mengutuk daripada bersimpati.
Mereka meneruskan perjalanan pulang ke Putrajaya.
Rayyan bagaikan mendapat satu kekuatan baru bila berada
di samping Nani. Kekuatan untuk percaya pada cinta.
Selama ini hidupnya sentiasa diburu waktu mengejar citacita
dan mengukuhkan empayar perniagaan milik keluarga.
Dia tidak punya waktu untuk menghayati keindahan cinta.
Perkahwinan pertamanya hancur di badai ombak. Dia akur
dengan pernikahan yang diatur keluarga walau hatinya keras
menentang. Rayyan sedikit pun tidak mencintai bekas isterinya,
Dayana. Tapi dia tidak punya pilihan. Sudah puas bertegang
urat dengan mummy, namun keputusan sudah muktamad.
Akhirnya Dayana dikahwini dalam terpaksa.
Namun, sejak pertama kali Nani menjejakkan kaki
ke Wisma Mekar, hatinya bagai dijentik-jentik untuk terus
mengenali gadis itu sementelah pada waktu itu, rumah
tangganya sedang hebat bergolak. Dia sudah terlepas banyak
peluang untuk mendekati Nani. Kali ini dia takkan mungkin
melepaskan peluang yang sudah tersedia di depan mata. Tidak
sia-sia dia menggesa Haniff menawarkan pekerjaan kepada
Nani. Dia tidak berniat menjerat Nani dengan gaji yang lumayan
tetapi itu saja jalan yang dia ada supaya Nani kembali semula ke
Mekar Events.
Kemalangan yang menimpa pula bagaikan satu hikmah
yang membuka ruang dan peluang untuk dia mendekati dan
lebih mengenali gadis itu. Betul kata orang, setiap yang berlaku
pasti ada hikmahnya. Tuhan tidak jadikan sesuatu tanpa sebab.
Rayyan tersenyum meleret. Dirinya mula memasang anganangan.
Hatinya sudah mula pandai memburu rindu. Gila
bayang!
BMW X6 memasuki kediaman mewah di Country Heights,
Kajang. Rayyan melangkah masuk ke banglo tiga tingkat itu.
Dia nampak mummy dan daddynya sedang rancak berbual
sambil menjamu selera di meja makan. Dia menghampiri kedua
ibu bapanya dan memeluk erat tubuh ibunya. Rindu. Sudah
sebulan mereka tidak bersua. Mummy sentiasa sibuk menjadi
peneman daddy ke mana saja daddy pergi untuk urusan kerja
yang kebanyakannya di luar negara. Dahi si ibu dikucup lembut
sambil dia berbisik.
“I miss you so much mummy.”
“I miss you too, dear.” Ujar Datin Rohani sambil
membalas kucupan anak keduanya itu.
“Bila sampai? I thought mummy daddy balik next
week, how’s your trip to Bangkok?”
“Baru je sampai pagi tadi. Daddy kena balik awal. Ada
urgent meeting esok dengan Pejabat Tanah. Ada projek baru di
Bangkok. Banyak benda daddy nak bincang dengan Ian nanti.”
Jawab Dato’ Hashim.
“Okay, no problem.”
“Ian dah makan?” Tanya Datin Rohani.
“Belum,” ujar Rayyan sambil menyendukkan nasi ke
pinggan. “Lapar ni.”
“Eh, Ian cuti ke hari ni?” Tanya Dato’ Hashim lagi.
“Ian MC daddy. Tiga hari lepas accident tapi don’t
worry. Ian dah settlekan semua. Kereta kat workshop sekarang.”
“Oh my God. Ian tak apa-apa ke? Kenapa tak call
mummy beritahu? Macam mana boleh accident?” Tak cukup
tanah Datin Rohani bertanya.
“Don’t worry mummy. Ian okey. Masa tu hujan lebat,
kami on the way balik dari PD lepas jumpa client. Pak Mat yang
drive, entah macam mana jalan licin, ada angin lintang pulak
tu, kereta terbabas.”
“So, Pak Mat macam mana sekarang?” Dato’ Hashim
kelihatan risau. Pak Mat merupakan pekerjanya yang paling
setia berkhidmat kepadanya. Pekerja kesayangannya.
“Masih kat Hospital Senawang. Patah tulang rusuk.
Tak pasti lagi bila boleh keluar.”
“Lepas makan nanti daddy nak pergi jenguk Pak Mat.
Mummy nak ikut?”
“Boleh jugak. Kesiannya si Mat.”
“Mummy, daddy... there’s something I want to tell
you.”
“Apa dia sayang?” Tanya Datin Rohani. Dato’ Hashim
lebih senang mendiamkan diri.
“I want to get married... again, with someone I love. I
think it’s the right time.”
Dato’ Hashim dan Datin Rohani nyata terperanjat.
Tidak menyangka sama sekali Rayyan menyuarakan hajat untuk
berkahwin semula.
“Alhamdulillah... siapalah agaknya yang berjaya
menghancurkan hati batu Ian ni,” Datin Rohani mengucap
syukur di dalam hati.
Anaknya yang seorang ini liat benar kalau hendak
diajak bercerita bab nikah kahwin. Alih-alih hari ini dia
membuka mulut untuk mendirikan masjid setelah kegagalan
perkahwinan pertamanya. Datin Rohani amat kesal kerana
dialah yang beria-ia memaksa Rayyan mengikut kemahuannya
supaya berkahwin dengan Dayana dulu.
“Daddy macam tak percaya je Ian ni. Ian betul-betul
serius ke? Daddy tak nak Ian gagal lagi. Kahwin ni bukan benda
main-main, tapi daddy takkan menghalang siapa juga pilihan
Ian, as long as Ian yakin boleh bahagia dengan dia.”
“Insya-Allah. Hati Ian kuat sangat mengatakan dia
jodoh terbaik untuk Ian,” ujar Rayyan bersungguh.
“Bila kita nak hantar rombongan ke rumah dia ni?
Orang mana?” Datin Rohani jelas tidak sabar-sabar. Dia tidak
dapat menyembunyikan rasa gembira dan teruja.
Rayyan tergelak besar.
“Mummy ni, sabar la dulu. Bukan la dalam masa
terdekat ni. Nanti Ian beritahu okey. Ian nak naik atas kejap
nak rehat.”
“Budak ni orang tak habis tanya dia nak angkat
punggung macam tu je,” Datin Rohani mengomel
mengharapkan pengertian suaminya.
“Mummy ni tak sabar-sabar pulak. Yang nak nikah
anak kita, bukannya awak. Cuba bawak-bawak bertenang.
Kan dia dah cakap nanti dia beritahu.” Dato’ Hashim cuba
menenangkan hasrat hati isterinya.
“Yelah,” Datin Rohani menarik muncung panjang
sedepa.

No comments:

Post a Comment