Monday, 14 March 2016

SAAT KAU LAFAZKAN - BAB 2

 Naim Zakaria

“Alhamdulillah” aku tuturkan dalam hati seraya tanganku meraup wajah, mengaminkan doa
yang dilafazkan oleh imam Razak. Malam ini kami membuat kenduri kesyukuran sempena
kejayaan menyiapkan tiga biji chalet di atas tanah peninggalan arwah atuk. Tanah di tepi
sungai yang memang sangat sesuai dijadikan resort. Sudah hampir lapan bulan aku
mengusahakan projek ini. Bermula daripada penyediaan kertas kerja untuk mendapatkan
pinjaman bank sehinggalah kepada hiasan dalaman, semuanya aku lakukan sendiri.
Alhamdulillah dalam tempoh ini aku sudah berjaya membina sebiji rumah tiga bilik dan tiga
biji chalet, satu daripadanya di peringkat akhir pembinaan. Rumah itu sudah pun siap bulan
lepas dan aku jadikan rumah inap. Rasanya dalam seminggu dua lagi, setelah hiasan dalaman
dan kelengkapan perabot disiapkan, tiga biji chalet tersebut juga sudah boleh disewakan.
“Jemput makan semua”, kata Ayin, adik iparku kepada semua jemaah surau yang
datang sama-sama membaca surah Yasin dan bertahlil sebentar tadi. Abah turut sama
membantu Ayin mempersilakan tetamu menjamu selera. Kami hanya membuat kenduri
kesyukuran dan tahlil untuk arwah atuk secara kecil-kecilan. Sebetulnya aku terpaksa
berjimat kerana banyak modal yang telah dikeluarkan untuk projek ini. Hasilnya pula belum
dituai. Setakat ini baru dua kali rumah tiga bilik itu disewa.
“Letih Naim?” tanya emak semasa aku bersandar di dinding serambi rumah.
“Sikit je mak” jawabku.
“Kalau ada orang rumah kan senang Along, boleh minta picit” Ayin menyampuk
sambil tersengih. Tangannya ligat melipat seperah pengalas meja tempat makan jemaah
surau yang telah beredar.
“Betul tu Along. Orang dah ada dua anak, teringin sangat nak makan nasi minyak
Along” sampuk pula si Elida, adikku.
“Ish, kamu ni Ida, Ayin, tak ada benda lain ke nak disebut?” emak membela aku.
Matanya merenung aku dalam-dalam, bagaikan mengerti perasaan yang terbuku di hati.
Bukannya aku tidak mahu berkahwin. Mendirikan rumah tangga itu adalah sunnah
Rasulullah s.a.w. Cuma aku belum bertemu dengan seorang wanita yang mampu
menyembuhkan luka di hatiku. Seorang yang dapat membuatkan aku melupakan sejarah
hitam percintaanku sebelum ini. Selepas Ratna memutuskan pertunangan kami yang baru
seminggu termeterai, aku serik untuk bercinta lagi. Tiga tahun menyulam cinta dengan
Ratna, akhirnya impian untuk sehidup semati dengannya punah. Ratna, satu-satunya
perempuan yang berjaya membuatkan aku bagaikan makan tidak kenyang, mandi tidak basah
dan tidur tidak lena. Siang terbayang-bayangkannya, malam termimpi-mimpi pula.
Kekecewaan yang dicetusnya meninggalkan kesan yang teramat dalam. Lantas aku bertekad
untuk tidak bercinta lagi. Aku mahu terus berkahwin bila berjumpa dengan seseorang yang
mampu mencairkan hatiku.
Namun belum ada seorang perempuan yang mampu mengocak tangkai hatiku. Puas
orang tuaku, terutamanya emak, mencarikan pasangan. Tetapi kini setelah tiga tahun, emak
seakan-akan telah berhenti berharap. Tidak ada lagi gadis yang cuba dipadankan dengan aku.
Sejak kebelakangan ini, melihat kebahagiaan Elida bersama suami dan anak-anaknya,
juga melihat rakan-rakan lain yang sudah berkeluarga, terdetik keinginan untuk mendirikan
masjid. Juga leteran dan nasihat dari Fina, adikku yang kini belajar di Australia semakin
menyedarkan aku. Aku sedar dari segi hukum, sudah jatuh wajib ke atasku bernikah. Katakata
semangat dari Fina menyedarkan aku bahawa aku tidak boleh lemah dengan kegagalan
hubunganku dengan Ratna. Maka, kebelakangan ini, dalam doaku aku titipkan permintaan
agar dipertemukan dengan jodohku segera. Semoga Allah memperkenankan permintaanku.
Aku bangun dan turun dari serambi. Niatku ingin ke belakang rumah. Malas aku
melayan usikan Ayin dan Elida. Tiba-tiba Lokman dan Hafiz, anak Elida yang masingmasing
berusia empat dan dua tahun berlari ke arahku.
“Pak Long, kita jumpa ni kat rumah inap” kata Lokman sambil menyerahkan satu
cekak rambut kepadaku.
“Abang, bagilah kita, kita nak,” Hafiz cuba merebut cekak rambut tersebut daripada
tangan abangnya.
“Tak bolehlah, bukan kita punya. Kan mama marah kalau ambil barang orang,”
jawab Lokman seraya berlari mengelilingiku, cuba mengelak daripada adiknya.
“Betul tu Hafiz, ni orang punya” kataku sambil mengambil cekak itu.
“Lagipun Hafiz boy, benda ni girl punya, mana boleh pakai” aku memujuk.
“Ha ha, Hafiz pondan! Nak pakai cekak” Lokman menyakat adiknya lantas berlari
meninggalkan aku. Hafiz mengejar abangnya, tak puas hati digelar pondan.
Aku hanya mampu tersenyum melihat gelagat mereka. Cekak rambut berwarna ungu
dengan corak polka dot putih dan dihiasi batu berkilauan itu aku bawa bersama ke rumah
inap. Malam ini Elida sekeluarga akan bermalam di situ. Sampai di rumah itu yang jaraknya
kira-kira seratus meter dari rumahku, terus aku simpan cekak rambut itu di dalam kotak
barang yang aku khaskan untuk barang-barang tetamu rumah inap. Setakat ini hanya cekak
itulah sahaja barang yang dicicirkan oleh tetamu yang pernah menduduki rumah inap ini.
Ingatanku kembali kepada pemilik cekak itu.
Dia datang kira-kira dua minggu lepas. Orangnya muda, mungkin dalam lingkungan usia 24
atau 25 tahun. Cantik orangnya. Rambutnya panjang hampir mencecah pinggang. Kulitnya
cerah. Bibirnya nipis. Bulu matanya tidak terlalu lentik tetapi keningnya tebal. Namun
kecantikannya tenggelam dek wajahnya yang suram.
Ketika dia sampai, aku tiada di rumah. Emak yang menguruskan pendaftaran
masuknya ke rumah inap. Kata emak wajahnya seperti orang dalam kedukaan. Dia tidak
banyak bercakap, tidak senyum dan tidak mesra. Aku jumpa dia keesokan harinya ketika dia
hendak mendaftar keluar.
“Encik, saya nak check out” satu suara yang bernada sayu menyapa telingaku ketika
aku sedang melayari internet. Aku ingin meninjau bagaimana perniagaan rumah inap yang
wujud di negara ini memasarkan rumah inap mereka di internet.
Pandanganku berkalih ke arahnya. Kelihatan wajahnya sembab dan matanya bengkak
dan merah. Dia tidak memandang aku walaupun tangannya menghulurkan kunci rumah inap
kepadaku. Dan sebaik sahaja aku mencapai kunci di tangannya, dia terus berlalu.
“Cik, bayaran semalam ada bakinya” laungku.
Dia berpaling dan matanya yang sendu itu bertembung dengan mataku. Riak suram di
wajahnya jelas kelihatan, mengundang persoalan di hatiku. Siapa dia? Apa yang telah terjadi
kepadanya? Adakah dia telah menangis semalaman?
“Cik,” kataku lagi. Dia hanya membatu. Aku berjalan ke arahnya bersama tiga
keping not sepuluh ringgit.
“Simpan ajelah duit tu”, dan dia melangkah pergi. Launganku tidak dihiraukan. Duit
baki sebanyak tiga puluh ringgit dan cekak yang emak jumpa ketika mengemas rumah inap
aku simpan. Mungkin satu

No comments:

Post a Comment