Tuesday, 8 March 2016

SETELAH CINTA ITU PERGI - BAB 5



LAMA  Ikram  menunggu. Sengaja  dia  tidak  telefon  Marina. Ingin  tahu, jam  berapa  pula, Marina  akan  pulang. Apa  yang  diberitahu  Insyirah  kepadanya  tadi, sangat  menyakitkan  hati. Siapa  pula  lelaki  yang  dimaksudkan  Insyirah? Siapa  lelaki  itu? Pasti  lelaki  itu  yang  menghantarnya  ke sekolah, setelah  dia  tidak  dapat  menghantar.
            Membakar-bakar  api  cemburu  itu. Jam  di dinding  dipandang .  Jam sudah  melonjak  ke pukul 8 malam. Saat  ini, Marina  tetap  juga  tidak  pulang.
            Pintu  bilik terkuak  luas. Marina  masuk  menapak  ke dalam  bilik  dengan lemah. Ledakan  kemarahan  yang  disimpannya  tadi, hanya  menunggu  masa  untuk  dilepaskan.
            “Awal  abang  balik  hari  ni? Selalunya  malam  baru  balik.”tegur  Marina. Tuala  yang  tersangkut, dicapainya.
            “Kenapa? Terkejut?”
            “Mestilah  terkejut. Selalunya  abang  tu, kalau  pergi  kerja, selalu  balik  lewat. Malam-malam  baru  nak  balik.”
            “Kenapa? Tak  suka? Rina  pergi  mana  tadi? Lewat  begini  baru  balik.”
            Marina  tersenyum. Mana  ada  lewat. Ada-ada  sahaja suaminya  itu.  “Rina  pergi  beli  barang  sikit.”
            “Dengan  siapa?”serius  sahaja  wajah  Ikram  memandang  Marina.
            “Seoranglah. Kenapa  pulak  abang  tanya  macam  tu?”
            “Bukan  dengan  lelaki?”
            “Apa  yang  abang  merepek  ni? Rina  pergi  dengan Kak  Aini. Rina  tumpang  Kak  Aini, lepas  tu, Rina  balik  dengan  teksi. Abang  ni  fikir  yang  bukan-bukan  ajelah.”tergelak  kecil  Marina  dengan  soalan  cemburu  suaminya.
            “Bohong! Pandai  Rina  tipu  abang  sekarang  ni  ye?”meninggi  suara  Ikram.
            Terkesima  Marina. Tidak  ada  angin, tidak  ada  ribut, tiba-tiba  sahaja  Ikram  mengamuk. Apa  pula  masalah  kali  ini?
            “Apa  abang  ni?”
            “Rina  cakap  betul-betul  dengan  abang. Rina  keluar  dengan  siapa  tadi? Cakap  betul-betul. Sekejap   cakap  keluar  sendiri. Lepas  tu, dengan  kak  Aini. Mana  satu  yang  betul  ni?”
            Marina  tidak  bersuara. Kenapa  Ikram  begitu  marah  sekali  padanya. Mulanya, dia  yang  ingin  merajuk  dan  marah  kepada  Ikram, tetapi  sebaliknya  pula  yang  berlaku. Ikram pula  menonong  marahkannya.
            “Rina  ingat, abang  tak  tahu, apa  yang  Rina  buat  di belakang  abang.”
            “Ya  Allah, bang. Cuba  abang  bertenang. Tanya  Rina  baik-baik. Ini  tak, abang  terus  nak  tuduh  Rina  melulu, tanpa  usul  periksa.”terguris  hati  Marina  dengan  tindakan  Ikram. Bagaikan  ada  yang  sudah  menyucuk  Ikram, hingga  begitu  marah  sekali  Ikram  kepadanya.
            “Rina  cakap  terus-terang  dengan  abang. Dengan  siapa  Rina  balik  tadi?”
            “Teksi.”jawab  Marina  gugup.
            “Tengahari  tadi?”
            “Ka..ka..kawan.”
            “Siapa? Lelaki  kan? Berani  Rina  tipu  abang  sekarang  ni, kan?”
            Laju  Marina  menggelengkan  kepalanya. Semua  itu  tidak  seperti  yang  disangkakan. Semua  itu  salah  faham. “Abang  dengar  dulu  penjelasan  Rina.”
            “Argh! Penjelasan  apa  lagi? Abang  tak  sangka, Rina  sanggup  buat  abang  macam  ni. Selama  ni, tak  cukup  lagikah  kasih  sayang  yang  abang  berikan  kepada  Rina? Tak  cukupkah?!”merah  muka  Ikram. Begitu  marah  sekali  kepada  Marina.
            “Abang, maafkanlah  Rina. Sebelum  abang  tuduh  Rina, abang  izinkanlah  Rina  jelaskan  kedudukan  sebenar. Semua  tu  cuma  salah  faham. Muiz  cuma  tumpangkan  Rina  aje. Masa  nak  balik  tengahari  tadi, kereta  Rina  tiba-tiba  meragam. Kebetulan  Muiz  lalu, dan  tumpangkan  Rina. Itu  aje,bang.”
            “Lagi?”
            “Muiz  tu, cikgu  yang  mengajar  di sekolah  yang  sama  Rina  kerja. Dah  dia  kenal  Rina, sebab  itu  dia  tolong  Rina.”terang  Marina.
            “Oh, habis  tu, kalau  ada  jantan  mana-mana  nak  tolong, kau  terima  lah?”kali  ini, bahasa  Ikram  mula  kasar. Jantung  Marina  makin  terhiris  dengan  bahasa  yang digunakan  Ikram  kepadanya. Hingga  cakap  beraku...kau..
            “Abang...”
            “Susah  sangat  ke, nak  elak  semua  tu? Kalau  kereta  dah  rosak, tunggu  aje  teksi. Naik  teksi  balik  rumah. Tak  payah  nak  gatal  tumpang  orang.”marah  Ikram.
            Marina  bukan  sengaja  ingin  menumpang  Muiz  Lukman. Tetapi  dia  tidak  dapat  berfikir  dengan  baik  tadi. Apa  yang  berlaku  tadi, terlalu  pantas. Insyirah  sibuk  inginkannya  pulang  dan  diperjalanan  tiba-tiba  sahaja  keretanya  meragam.
            “Kau  tahu, kau  keluar  dengan  lelaki  lain  tak  beritahu  aku. Kau  nusyuz  tahu  tak? Derhaka! Buat  sesuatu  tak  guna  otak.”gertak  Ikram  kasar.
            “Abang, maafkan  Rina  bang. Rina  minta  maaf. Rina  janji, Rina  takkan  buat  lagi. Tolonglah  maafkan  Rina, bang. Tolonglah  jangan  kasar  begini  dengan  Rina.”merayu  Marina  dihujung  kaki  Ikram. Sudah  kedengaran  tangisannya. Dia  tidak  mahu  jadi  isteri  nusyuz. Dia  tidak  mahu  jadi  isteri  derhaka. Marina  terus-terusan  meminta  ampun  dari  suaminya.
           
MUIZ  LUKMAN  berhentikan  keretanya  di hadapan  rumah  milik  Marina. Terlupa  pula  ingin  meminta  nombor  telefon  Marina. Tetapi  takkan  dia  mahu  pergi  menapak  masuk  ke kawasan  rumah  orang  melulu. Dan  nanti  apa  pula, andaian  suami  Marina  kepadanya. Timbul  salah  faham  pula.
            Esok  sahajalah, ditanya. Nombor  telefon  Marina  ingin  ditinggalkan  kepada  pemilik  bengkel  kereta  kawannya  itu. Jika  kereta  Marina  sudah  siap, boleh  mereka  telefon  Marina  terus. Tak  perlulah, dia  datang  berjumpa  Marina  selalu.
            Enjin  keretanya  dihidupkannya  kembali. Sebelum  hendak  berlalu, dia  memandang  ke arah  rumah  banglo  mewah  itu. Ditenyeh-tenyeh  matanya. Rasanya  dia  tidak  tersalah  lihat  tadi. Kain  yang  terselak  tadi  menampakkan  apa  yang  berlaku  di dalam. Jika  tidak  salah, itu  Marina. Tetapi  kenapa  Marina  diperlakukan  begitu?
            Muiz  Lukman  keluar  dari  keretanya. Merapatkan  dirinya  ke pagar  rumah. Terjengul-jengul  Muiz  Lukman  dihadapan  pintu  pagar.
            “Takkanlah  aku  tersalah  pandang  tadi?”Muiz  Lukman  berbicara  sendiri.
            Kehulur  kehilir  Muiz  Lukman  di hadapan  pagar  rumah  itu. Sekali-sekali  dia  berpaut  di pagar  auntomatik  itu. Sekali  lagi  di pandang  ke arah  bilik  atas. Mana  tahu, sekali  lagi  tirai  itu  terselak  di tiup  angin.
            “Ma..”mulutnya  kembali  terkunci. Takkan  dia  mahu  memekik  memanggil  Marina  pada  malam  begini. Lain  pula  masalah  yang  timbul. Lama  juga  Muiz  Lukman  berdiri  di pagar  rumah  itu. Dan  akhirnya  dia  mengambil  keputusan  untuk  pergi. Baru  mahu  melangkah  masuk  ke perut  kereta, pagar  itu  terbuka.
            Keluar  seorang  lelaki  dari  dalam  menghampirinya. Gugup  Muiz  Lukman. Mahu  tidak  mahu, Muiz  Lukman  menyapa  tuan  rumah. “Assalamualaikum..”
            “Waalaikumussalam...”jawab  Ikram  serius. “Awak  ni  siapa? Dari  tadi, saya  nampak  awak  kat  bawah  ni. Awak  nak  jumpa  sesiapa  ke?”soal  Ikram.
            “A'ha. Saya  nak  cari  kawan  saya. Kalau  tak  salah, betullah  alamat  yang  di berikan  ni. Nombor 4, Taman  Delima.”
            “Iya  betul  tu. Awak  nak  jumpa  siapa?”soal  Ikram. Dari  atas  hingga  ke bawah  Muiz  Lukman  dipandangnya. Pandangan  yang  tidak  puas  hati. Yang  berada  difikiran  Ikram, mungkin  lelaki  inilah  yang  di maksudkan  Insyirah.
            “Intan. Boleh  saya  jumpa  Intan?”soal  Muiz  Lukman. Entah  kenapa  nama  itu  yang  muncul  di  bibirnya. Melihat  ketegasan  Ikram, dia  tidak  jadi  untuk  berjumpa  Marina. Lihat  wajahnya  saat  ini  pun, Muiz  Lukman  sudah  gerun. Bengis  sahaja  wajah  itu.
            “Tak  ada  nama  Intan  di sini. Kalau  Marina  atau  Insyirah  ada lah.”jawab  Ikram. Masih  mengesyaki  lelaki  dihadapannya  itu.
            “Eh siapa  pulak  tu. Saya  nak  jumpa  Intan  Natasha.”
            “Masalahnya, rumah  ni, tak  ada  nama  Intan. Marina  awak  nak  jumpa?”sinis  Ikram.
            Muiz  Lukman  ketawa. “Saya  nak  jumpa  Intan. Intan  Natasha. Bukan  Marina.  Kalau  tidak, gasaknya  dihentam  suami  Marina.
            Bukannya  niat  untuknya  menipu. Dia  ingin  beritahu  perkara  yang  sebenar, tetapi  melihat  keadaan  yang  bagaikan  kurang  baik  itu. Dia  menarik  balik  niat  baiknya  itu. Mahu  tidak  mahu, dia  terpaksa  menipu.
            “Sekejap  saya  telefon.”
            Muiz  Lukman. Mendail  nombor  seseorang. “Assalamualaikum...Intan, you  dah  siap  ke belum? Saya  dah  sampai  ni. Rumah  awak  nombor 4, kan. Awak  takda  pun..”mata  Muiz  Lukman  menangkap  jendela  yang  sekali  lagi  di tiup  angin  itu. “Nombor 2,  lorong  4. Okey..okey, I  salah  rumah. You  tunggu  sekejap. Nanti  I  sampai.”Muiz  Lukman  menggaru-garukan  kepalanya.
            “Kenapa?”soal  Ikram.
            “Salah  rumahlah, bang. Minta  maaflah. Lorong  4, bukan  rumah  nombor  4. maaf  ya, kacau  malam-malam  ni.”Muiz  Lukman  segera  berlalu.
            Jauh  sedikit  dari  kawasan  rumah  itu, Ikram  meledakkan  tawanya  sendiri. “Hah! Gila! Nombor  2, lorong  4  tu  rumah  aku. Hei...”Muiz  Lukman  terus  ketawa. Lorong  4  sudah  pun  di masukinya. Kereta  perdananya  terus  masuk  ke dalam  kawasan  rumahnya.
            Masih  bersisa  tawanya  itu. Ketawa  itu  terhenti  begitu  sahaja. Sikapnya  yang  tadi  ceria, mula  berubah  muram. Ingatannya  kembali  dengan  apa  yang  dilihatnya.

GUGUP  Marina. Dari  sebalik  tirai  tadi, dia  sempat  melihat  ke bawah. Lelaki  yang  berada  di luar  rumah  yang  di jumpai  Ikram  tadi, adalah  Muiz  Lukman. Sudah  tidak  senada  degupan  jantungnya  kali  ini.
            Tidak  keruan hatinya, memikirkan  nasib  yang  bakal  menimpa  dirinya  sebentar  nanti. Pasti  Muiz  Lukman  dan  Ikram  berbual  tentang  dirinya. Terasa  seperti  kakinya  sudah  tidak  dapat  menapak  ke bumi  lagi.
            “Gila!”bentak  Ikram.
            “Ke..ke..kenapa  bang?”soal  Marina  gugup.
            “Lelaki  mana  entah  datang. Cari  Intan. Rumah  nombor  2  Lorong  4  yang  dicarinya. Ini  lorong  3. Nak  cari  rumah  orang, tak  mahu  tanya  betul-betul.”rungut  Ikram.
            Marina  menghelakan  nafas  lega. Mujur  Muiz  Lukman  pandai. Kalau  tidak, entah  apa  pula  nasibnya. Mungkin  Ikram  akan  bertambah  memarahinya.
            Ikram  memandang  tunak  ke  wajah  Marina. “Entah-entah  Intan  tu, Rina?”uji  Ikram.
            Laju  Marina  menggelengkan  kepalanya.
            Ikram  terus  berlalu  meninggalkan  Marina  sendiri. Langsung  tidak  terasa  ingin  memujuk  Marina. Masih  bersisa  lagi  amarahnya  itu  kepada  Marina, walaupun  berkali  Marina  memohon  ampun  kepadanya.
            Berketap  bibirnya  lama. Kenapa  Ikram  melayannya  begini? Sedangkan  kemaafan  dari  Ikram, sudah  pun  dipinta. Siap  berlutut  dihujung  kaki, memohon maaf. Ikram  tetap  keras  hati. Tetap  tidak  mahu  memaafkannya. Bagaikan, dia  sudah  melakukan  kesalahan  yang  tidak  dapat  di maafkan  lagi.
            “Abang, sampai  hati  buat  Rina  macam  ni.”keluh  Marina  sendiri. Hatinya  yang  terguris  ini, langsung  Ikram  tidak  peduli. Dibiarkan  begitu  sahaja. Sepatutnya  dia  yang  merajuk  dengan  kejadian  siang  tadi. Tapi  sebaliknya  pula.
            Pintu  bilik  diketuk. Kelihatan  Insyirah  berada  di depan  muka  pintu  sambil mendukung Nasuha  bersama. Cepat-cepat  Marina  mengusap  airmatanya  itu.
            “Kak  Rina...”lembut  suara  Insyirah  memanggil  namanya.
            “Iya, Syirah, ada  apa?”
            “Akak  nangis  ke?”soal  Insyirah, ingin  tahu.
            “Eh, tak  adalah. Mana  ada  akak  nangis. Mata  akak  masuk  habuk, masa  mengemas  bilik  tadi. Agaknya  banyak  sangat  habuk  di dalam  bilik  ni.”tipu  Marina.
            “Betul  ni?”
            Laju  Marina  menganggukkan  kepalanya. Mengiyakan  sahaja.
            “Syirah  nak  minta  tolong  akak  sikit  boleh  tak?”Insyirah  menghampiri  Marina. Dihenyakkan  punggung  disebelah  Marina.  “Boleh  tak, akak  tengokkan  Nasuha. Syirah  nak  ke klinik  sekejap.”terang  Insyirah.
            “Kenapa? Syirah  demam  ke?”dahi  Insyirah  dipegangnya. Memang  terasa  panas  suhu  badan  Insyirah. Sekali-sekali  kedengaran  Insyirah  terbatuk-batuk  kecil.
            “Entahlah  kak. Dari  petang  tadi, rasa  tak  sedap  badan  pulak. Syirah  bagitahu  abang  Ikram. Abang  ajak  Syirah  pergi  klinik. Malam-malam begini, takkan  nak  bawa  Nasuha  sekali. Lagipun  dah  lewat.”
            Ditelan  liurnya  laju. Sekali  lagi, Marina  terasa  tertampar  dengan  semua  ini. Insyirah  dan  suaminya  akan  keluar  bersama?
            “Boleh  tak  kak?”
            Marina  menganggukkan  kepalanya. Nasuha  kini  diambilnya  dan  diletakkan  diribaannya. Kucupan  hinggap  diwajah  bayi  kecil  yang  comel  itu. “Pergilah. Akak  boleh  jagakan  Nasuha.”
            Pelbagai  bisikan  seakan  menghalangnya. Tetapi  Marina  biarkan  sahaja. Takkan  dia  mahu  biarkan  sahaja, Insyirah  demam. Bahaya  juga. Marina  terus  meneyedapkan  hatinya  dengan  memujuk  sendiri.

No comments:

Post a Comment