Tuesday, 8 March 2016

SI KOLOT SUAMIKU - BAB 7



Porsche Cayenne hitam itu berhenti di belakang kenderaan itu. Edrina mendegus sambil membuka tali pinggang keledar yang menyelempang hadapan tubuhnya. Dia segera keluar daripada keretanya dan mula mendekati kenderaan yang berada di hadapan kenderaannya iyu.
Lama gadis itu mengelilingi kenderaan itu untuk mengenali siapa empunyanya. Dalam firasarnya macam pernah dilihat aja kenderaan itu. Tapi dia lupa di mana. Pintu kenderaan itu berkunci saat dia cuba membukanya. Edrina memandang ke arah rumahnya.
“Kurang ajar betul! Lori buruk siapa yang berani sekali ambil port aku ni?” getusnya tidak berpuas hati. Akhirnya dia kembali ke keretanya. Bag tangannya dicapai lalu pintu keretanya dihempas.
Saat dia masuk ke dalam kediaman keluarganya itu dia sudah ternampak kelibat dua tetamu. Salah seorangnya memang dia benci sangat-sangat. Patutlah macam kenal lori tu! hati Edrina membentak sebal.
“Lori kau ke kat luar tu?” soal Edrina tanpa langsung memberi salam. Terus dia bercekak pinggang memandang Kudin. Muka dah macam guru disiplin garangnya.
“Rina, apa ni? Hormat sikit pada tetamu ni. Nenda ada kat sini ni..” Toh Puan Siti Aisyah segera bersuara menegur anaknya itu. Wajah emak mertuanya dipandang sekilas. Wanita itu sedang merenung tenang ke arah cucunya itu.
Edrina menjeling Kudin. Namun dia segera mendekati Mak cik Kunah. Tangannya dihulurkan kepada wanita itu. Dia tunduk mencium tangan wanita itu. Senyuman Mak cik Kunah dibalas biasa. Dengan mak cik Kunah memang dia takde hal. Dengan Kudin yang berani sekali memakir lori buruknya di tempat parkirnya itu.. memang dia sakit hati sangat-sangat! Tak guna punya, Kudin!
“Alih lori kau..” ucap Edrina kasar kepada Kudin setelah dia memandang lelaki itu. sakit hatinya melihat muka selamba Kudin bersandar di sofa bercirikan tradisional yang ditempatkan di ruang tamu utama rumah itu.
Kudin buat tidak dengar sahaja sambil berpeluk tubuh. Langsung dia tidak hairan dengan pandangan semua orang kepadanya.
“Hey, mamat kolot! Kau nak bawak lori tanker datang sini pun aku takde hal. Tapi apasal kau letak lori kau tu dekat tempat kereta aku ha?” bentak Edrina semakin sakit hati melihat reaksi Kudin. Boleh pulak dia buat pekak.
“Rina, janganlah besarkan hal yang kecil,” tegur Tengku Ahmad Ehsan sudah tidak senang hati melihat pertengkaran itu.
“Pa, kereta Rina takde tempatlah. Dia dah ambil tempat Rina,” ucap Edrina geram sambil menjeling lelaki yang masih buat muka tidak berperasaan itu. Ada ke patut lori berkanvas kelabu yang buruk itu ditempatkan di bawah porch sedangkan kereta dia yang berharga lebih setengah juta itu terpaksa dipakirkan di luar porch? Mana boleh!
“Kudin, alihkan lori kamu tu,” ucap Mak cik Kunah enggan perkara itu diperbesarkan.
“Dia nak apa-apa dari Kudin.. dia kena cakap elok-elok. Baru Kudin alihkan,” ucap Kudin selamba dengan beraninya di hadapan semua orang. 
Tersirap darah Edrina mendengar bicara Kudin. “Hei! Minta tolong sikit ya? Aku sebut benda alah tu sebagai lori pun dah cukup baik. Benda tu dah elok dihantar kat tempat besi buruk aja! Buat semak aja kat rumah ni,” jerkah Edrina dengan mata melolot.
Kudin memandang ke arah Edrina tajam. Terbakar hatinya mendengar Edrina membahasakan lorinya seperti itu. “Ya.. aku ni takde kereta mewah macam kau. Jadi aku terpaksalah naik lori buruk aku tu datang sini. Ada masalah?” balas Kudin sengit.
“Kalau dah tahu macam tu naik aja bas! Senang. Tak payah aku nak berebut porch tu dengan lori cabuk kau tu.” Gadis itu mula bercekak pinggang dan bersuara lantang di ruang tamu rumah itu.
“Nur Edrina!” Tunku Zainab mula bersuara sedikit keras.
“Nenda..” Edrina merengek kepada neneknya itu. cuba untuk menagih pengertian wanita tua itu. Namun Tunku Zainab segera menggeleng melihat ragam cucunya itu.
“Jangan kecohkan hal yang remeh macam ni. Nenda tak suka tengok kamu berdua berkelahi hanya disebabkan hal sekecil itu. Duduk!” Tunku Zainab segera mengeraskan suaranya sebelum gadis itu berkata lebih-lebih.
Melihat wanita itu sudah merenungnya Edrina akur juga. Dia terpaksa duduk di sofa yang sama dengan Kudin. Penat bola matanya menjeling lelaki itu. Namun Kudin hanya selamba sahaja macam tidak terasa apa-apa daripada perlakuan wanita itu. Memandangnya juga tidak.
“Eloklah kamu berdua dah ada di sini. Nenda pun tak mahu bertangguh lagi. Nenda mahu perkara ni dibincangkan segera,” ucap Tunku Zainab mula melembutkan nadanya. Walaupun dia melihat ada ketidakserasian antara dua manusia itu namun hatinya cuku damai dapat melihat mereka semua berkumpul sekali seperti hari ini.
“Bertangguh apa, nenda? Ada hal apa?” soal Edrina sedikit terpinga-pinga sambil memandang tampang emak dan ayahnya. Apa yang penting benar? Dirinya sempat disapa pertanyaan itu.
“Pasal Semarak Holding. Sampai sekarang masih ada belum ada sesiapa nak jadi pengganti papa Rina ni. Juga mengenai wasiat nenekanda kamu,” jawab Tunku Zainab.
“Oh.. pasal itu.” Itu sahaja jawapan Edrina sambil memandang Kudin di sebelahnya itu. Apasal dia diam macam patung ni? Takkan orang nak tawarkan jawatan CEO pun dia tak mahu? Ish! Peliklah mamat kampung ni. Apa yang hebat sangat tanam pokok tu? Setakat buah longan tu kat kedai pun banyaklah! Gerutu hati kecil Edrina.
“Emran..” Tunku Zainab memandang Kudin yang membisu sahaja.
“Ya..” Kudin menjawab perlahan. Wajah wanita tua itu singgah seketika di matanya sebelum dia merendahkan bola matanya ke arah permaidani di hujung kakinya. Dia macam sudah tahu apa yang bakal didengarinya.
“Nenda harap kamu sudi terima pemberian kami. Wasiat almarhum nenekanda dulu ada menyebut sebahagian saham dalam Semarak Holding mesti diserahkan kepada Emran. Kami tak mahu terlambat dalam menunaikan amanah arwah nenekanda kamu tu. Nenda tahu ada sebab mengapa arwah nenekanda kamu mahu kamu ada dalam Semarak Holding dan hasrat dia sama juga dengan hasrat nenda sekarang. Kami tak mahu kisah dulu tu terus memecah belahkan keluarga ni sedangkan Emran juga cucu nenda,” ucap Tunku Zainab kepada cucu saudaranya itu.
“Saya tahu, nenda. Pak Engku dah bagitahu saya pasal tu sebelum ni,” jawab Kudin lembut.
Tunku Zainab mengangguk perlahan. Lega hatinya jika cucundanya itu mengerti tentang itu. Harap-harap tiada siapa yang akan mengecewakan dia hari ini.
“Kamu berdua sahaja pewaris kami yang masih tinggal. Tentang Semarak Holding, Pak Engku kamu benar-benar berhasrat ada salah seorang daripada kamu masuk berkerja di Semarak Holding dalam msa terdekat ni. Kami semua ni dah tua. Harapan kami hanya terletak pada kamu yang masih muda ni untuk ambil alih warisan keluarga kita. Semarak Holding ni sama-sama hak kita semua. Kita ada tanggungjawab untuk menjaga kelangsungan perniagaan ni demi masa depan keluarga dan para pekerja yang bergantung hidup kepada perniagaan tu. Harapan nenda dah tentulah kepada kamu, Emran. Kerana kamu satu-satunya cucu lelaki dalam keluarga ni,” ucap Tunku Zainab kepada anak muda itu.
Kudin mula menggaru kepalanya. Letak duduknya mula diperbetulkan sebelum meluahkan bicaranya. “Nenda, saya tak bermaksud nak biadap pada nenda atau Pak Engku. Tapi saya memang tak berminat nak mengendalikan business tu. Saya ada tanggungjawab saya di kampung. Saya ada perniagaan saya sendiri,” jawab Kudin agak rendah.
“Elleh.. setakat jaga pokok aje pun. Suruh ajalah pekerja buat,” celah Edrina agak perlahan. Mulutnya mencebik meluat dengan alasan Kudin.
“Edrina..” suara Tunku Zainab mula teralih kepada cucunya yang itu pula.
“Ya, nenda..”
“Kamu pun tak berminat? Kamu belajar sampai ke London tapi penghabisannya kamu tak mahu langsung tolong papa kamu di pejabat?” ucap Tunku Zainab sambil merenung wajah cucunya itu.
“Rina tak minatlah, nenda. Sorry..” jawab Edrina cukup mudah.
Jawapan itu menerbitkan sedikit gelengan wanita tua itu. “Dua-dua tak mahu. Takkan Engku Ehsan nak kendalikan syarikat tu sampai mati? Lepas tu apa akan jadi pada syarikat tu? Susah-susah nenekanda kamu bangunkan syarikat tu. Kamu berdua anggap benda tu macam tak penting aja,” ujar Tunku Zainab sedikit kecewa dengan dua manusia di hadapan matanya itu.
“Rina memang dah plan nak jadi isteri sepenuh masa ke?” soal Toh Puan Siti Aisyah selamba.
“Ma, kahwin pun jauh lagi.. nak jadi full time housewive apa pulak?” jawab Edrina tidak senang. Tiba-tiba pulak sebut pasal tu. Alergik telinganya mendengar.
Toh Puan Siti Aisyah menggeleng perlahan. Kesal benar dia dengan sikap anaknya itu. Pemalas! Kerja tak mahu.. suruh kahwin pun tak mahu! Apa nak jadi entahlah..
“Baiklah.. kalau dua-dua tak mahu uruskan Semarak Holding, nenda ada satu lagi syarat. Kalau kamu tak terima permintaan nendak ni, maka nenda terpaksa pilih syarat kedua tu.” Tunku Zainab kembali bersuara.
Kudin mula memandang wanita tua itu. Begitu juga yang lain. Masing-masing macam dah tak sabar untuk mendengar.
"Nenda mahu ikatan keluarga ni didekatkan semula. Hanya satu cara aja yang ada dalam fikiran nenda. Nenda mahu Emran dan Edrina berkahwin. Nenda rasa itu yang terbaik untuk keluarga ni," sambung Tunku Zainab lembut sahaja.
Kudin dan Edrina terus saling memandang. Riak masing-masing lebih kurang sahaja. Terkejut dan ngeri! Tetapi Edrina? Bola matanya terjojol menggambarkan rasa terkejutnya yang teramat sangat.
"Kahwin dengan dia ni? Apa ni, nenda? Tak mahulah kahwin-kahwin ni semua." Edrina lebih pantas menyatakan penolakannya. Ada ke mamat kampong ni nak dipadokkan dengan dia? Apa kelas kahwin dengan petani?
"Betul.." sambut Kudin selepas Edrina. Dia lagilah tak sanggup kahwin dengan minah perasan diva ni.
Tunku Zainab sudah tersenyum kepada kedua-dua cucunya itu. "Kalau begitu Semarak Holding, Edrina kena ambil alih segera. Itu syarat kedua nenda kalau kamu berdua menolak," ujar Tunku Zainab tetap lembut. Tengku Ahmad Ehsan sudah tersenyum memerli anak daranya itu.
Edrina menegur liur. Dia? Eh! itu lagi dia tak nak. Dia mana suka kerja ikut masa ni semua. Dia suka bebas berjalan menghabiskan duit. "Itu pun tak mahu, nenda!" jawab Edrina serius.
"Jadi kamu berdua kena kahwin. Emran, nenda cuma nak keluarga ni bersatu semula. Demi Nenda, tolong terima hasrat nenda ni.." pujuk Tunku Zainab dengan suara yang cukup lembut.
Kudin dan Edrina kembali berpandangan dengan mata membulat.
“Nenda ada cucu lain selain dia ni? Kalau ada sekarang jugak saya isi borang nikah!” ucap Kudin berani. Jari telunjuknya ditundingkan kepada gadis bersebelahan dengannya itu.
“Eh! Tolong sikit eh. Aku sorang aja cucu nenda tau. Maknanya suka tak suka kau kena kahwin dengan aku,” ucap Edrina sambil menjeling.
“Huh! Baik tak kahwin daripada dapat bini mulut celupar macam ni,” jawab Kudin sambil memandang ke arah lain.
“Tengok dia ni, nenda. Kurang ajar betul! Siapa nak dengan dia entah!” getus Edrina sambil membulatkan matanya kepada neneknya itu.
Tunku Zainab sudah tersenyum sambil menggeleng melihat gelagat dua manusia itu. “Kamu berdua ni macam budak-budak nenda tengok. Asyik nak berkelahi.”
“Dia ni yang teruk, nenda! Siapa nak kahwin dengan lelaki tak berperasaan macam dia ni. Membosankan!” ujar Edrina selamba. Dahlah tak hensem, hitam pulak tu. Nanti anak-anak aku semua ikut kulit macam dia. Eee.. tak mahulah! Sambungan kutukan itu sekadar berlahu di dalam hati Edrina.
Kudin sekadar menggeleng menyabarkan diri mendengar cemuhan Edrina kepadanya.
“Kalau macam tu hari Isnin ni nenda nak Rina masuk pejabat. Mula kerja dengan papa segera,” arah Tunku Zainab.
“Nenda, tak mahulah. Rina tak minat. Kalau nenda paksa Rina nanti habis syarikat tu hancur di tangan Rina,” keluh Edrina sengaja memberi alasan itu. Alasan itu memang sesuai benar untuk perempuan pemalas seperti Edrina ini.
“Emran?” soal Tunku Zainab kepada cucu lelakinya itu pula.
Kudin diam tidak memberikan jawapan. Namun semua mata yang sudah terhala kepada sudah membuatkan dia dihambat rasa serba salah. Mata emaknya seakan-akan meminta dia memilih satu keputusan agar dia tidak meluruhkan hati Tunku Zainab.
Jadi apa pilihannya? Menikahi Edrina atau meninggalkan perniagaannya di kampung demi Semarak Holding?
“Emran minta masa sikit, Nenda..” ucap anak muda itu akhirnya.

Lepas makan tengahari itu, Edrina segera mendekati Kudin di kolam renang. Lelaki itu sedang ralik bermain air di pinggir kolam itu sambil termenung sendiri.
“Tak pernah jumpa air ke?” perli Edrina tanpa menyapa Kudin. Dahulu ketika dia di rumah lelaki ini, dia disindir dengan ayat yang sama. Cuma bezanya ketika itu dia jakunkan lubang cik B.
Kudin menoleh tanpa senyuman. Matanya singgah sesaat dua pada batang tubuh yang berdiri berpeluk tubuh dan memandang dia dengan pandangan tidak mesra. Sapaan penuh dengan kesopanan dan kesusilaan itu juga tidak dibalasnya.
“Pasal benda yang nenda cakap tadi tu, kau nak jawab apa pada nenda nanti?” soalan itu segera dilontarkan Edrina. Dia sudah tidak mampu menahan dirinya untuk mengorek rahsia di dalam fikiran Kudin. Jangan Kudin membuat pilihan yang tidak-tidak, sudahlah!
“Aku belum fikir apa-apa lagi,” jawab Kudin perlahan sahaja.
“Aku nak kau jelas dengan pendirian aku. Aku tak mahu kahwin dengan kau,” ucap Edrina lagi.
“Aku dah tahu.” Kudin membalas biasa.
“Jadi aku anggap kau dah setuju untuk ambil alih Semarak Holding,” teka Edrina terus memusatkan pandangan kepada lelaki itu.
“Pasal itu pun aku tak belum fikir apa-apa.” Masih dengan reaksi yang sama Kudin menjawab kepada Edrina.
“Jadi buat apa kau duduk termenung kat sini?” soal Edrina dengan kerutan di kening.
Kali ini Kudin menoleh. Ada segaris senyuman terlakar di bibirnya tanpa sengaja. “Aku tak tahu pulak yang kau ni rupanya tak boleh melihat dengan jelas. Kau tak nampak aku tengah jakun dengan air ni? Orang kampung macam aku mana pernah jumpa kolam renang. Kolam ikan aku adalah,” jawab Kudin cukup sinis.
“Menyakitkan hatilah bercakap dengan kau ni, Kudin. Sengal otak aku jadinya kalau berurusan dengan orang macam kau ni,” getus Edrina meninggi.
Kudin sekadar ketawa kecil. “Aku pun malas bercakap dengan kau. Sekarang ni aku nak mandi kat kolam ni,” ucap Kudin selamba. Dia terus bangun. Baju ditubuhnya ditanggalkan.
“Tolong jaga baju aku tu. Nanti ada orang curi,” ucap Kudin sambil melemparkan bajunya itu ke arah Edrina.
Baju tee itu tidak sempat ditepis Edrina. Dengan penuh bergaya baju itu terus melekap tepat ke muka gadis itu. Apa lagi? Bertambah baranlah minah KL itu.
“Kau ni memang nak kena dengan akukan?” jerkah Edrina pantas. Baju ditangannya itu terus dilibaskan ke arah belakang Kudin. Meruap-ruap rasa sakit hatinya melihat Kudin ketawa mengejek kepadanya.
“Alah.. terkena sikit aja pun nak marah,” giat Kudin semakin seronok melihat Edrina naik angin kepadanya. Tanpa menanggalkan seluarnya Kudin terus melompat masuk ke dalam air itu.
Edrina hanya mampu memandang sebal. “Eh! Apasal aku rajin sangat tolong pegang baju buruk dia ni?” getusnya hairan. Namun melihat baju itu masih setia berada di tangannya tiba-tiba timbul rasa di hatinya mahu mengenakan lelaki itu.
“Baju pun dah macam kain buruk, ada hati nak suruh aku jaga. Nanti kau, Kudin!” ucap Edrina sendiri. Spontan dia menoleh ke arah keretanya yang masih elok terpakir di belakang lori si Kudin.
“Memang sesuai sangat!” ucap gadis itu sambil tersenyum.
“Aku pinjam baju kau kejap,” ucap Edrina kepada Kudin yang sedang seronok berenang di dalam air itu.
Kudin menoleh tatkala telinganya disapa suara wanita itu. “Apa dia?” laung Kudin.
“Ni.. aku pinjam,” jawab Edrina sambil menunjukkan baju Kudin di tangannya. Bibirnya tersenyum nakal.
“Kau nak buat apa dengan baju aku?” tanya Kudin pantas.
“Adalah..” dengan wajah selamba Edrina mencelupkan keseluruhan baju tee itu ke dalam air kolam itu sambil diperhatikan Kudin. Kemudian airnya diperahkan dengan penuh kesungguhan. Ternganga mulut si Kudin melihat aksi selamba Edrina.
“Oi! Kau nak buat apa dengan baju aku tu?” Kudin mula panik apabila melihat Edrina mula berjalan menjauhi kawasan itu. Dia tahu pasti bajunya akan dijadikan mangsa balas dendam si Edrina itu. Terkial-kial dia memanjat tangga kolam itu untuk naik.
Edrina tergelak sendiri sambil menoleh mencari si Kudin. Dia lihat Kudin sedang terhegeh-hegeh naik ke daratan untuk mendapatkan bajunya. Sebaik sahaja sampai di tepi keretanya, baju itu terus dilekapkan ke badan keretanya. Dengan penuh kesungguhan badan keretanya dilapkan.
“Woi! Itu baju aku. Bukan kain buruk! Kurang ajar punya perempuan,” getus Kudin segera berlari anak mendekati Edrina.
Namun Edrina pantas melarikan diri sebelum sempat Kudin merampas bajunya semula. “Apa kau nak buat sekarang? Tadi kau kenakan aku. Sekarang aku kenakan kau balik!” ucap Edrina cukup berani. Baju itu segera disembunyikan di belakangnya.
“Bak sini baju aku tu. Itu bukannya kain pengelap kereta.” Kudin segera menunding bajunya itu.
“Kalau aku tak mahu bagi, kau nak buat apa?” ejek Edrina terasa menang.
“Bak sini baju tu, Rina.” Kudin mula mendesis tajam.
“Hei, mamat kampung. Tengok ni.” Dengan muka selamba Edrina memutar laju baju itu di atas kepalanya seolah-olah baju itu adalah kipas helikopter. Dia tergelak seronok melihat muka masam kelat Kudin dipermainkan.
“Kau ni memang saja cari nahas!” getus Kudin sambil menggeleng kesal. Perempuan itu terus didekatinya. Sebaik sahaja Edrina memecut lari, dia terus mengejar. Tiba-tiba ada aksi kejar mengejar pula di halaman rumah itu. Dah macam dalam filem hindustan.
“Mama, tengok Kudin ni!!!” Edrina terus memekik saat lengannya berjaya ditangkap Kudin.
“Mengadu lekas! Kuat lagi suara tu!” gumam Kudin kegeraman. Wanita yang sedang meronta itu dipautnya dengan tenaga lelakinya.
“Mak cik Kunah, tengok apa Kudin buat ni!!!” tidak berjaya memanggil mamanya dia memanggil emak si Kudin pula. Tetapi tiba-tiba semua orang di dalam rumah itu jadi pekak pula. Tidak mendengar jeritan Edrina.
“Kau nak sangat tengok apa aku boleh buat dengan kau kan? Kau tengok apa aku buat kat kau!” ucap Kudin tajam. Wanita itu dipikulnya dalam keadaan wanita meronta-ronta memukul belakang tubuhnya.
“Mama, tolong!!!!” pekik Edrina semakin lantang.
Tanpa mempedulikan perbuatan Edrina, Kudin berlari anak menuju ke kolam renang sambil memikul wanita itu. Sebaik sahaja sampai ke tebing kolam itu dia terus terjun bersama beban di atas tubuhnya itu.
“Kau ni memang gilalah!” jerit Edrina sebaik sahaja dia timbul di permukaan air itu. Habis lencun bajunya. Paling memalukan, skirt kembangnya itu terangkat ke permukaan air. Faham-faham ajalah apa saja yang tinggal di bawah sana. Jenuh dia mahu menurunkannya semula. Malu betul dia kepada lelaki itu.
“Siapa suruh kau cari pasal dengan aku. Rasakan,” jawab Kudin selamba. Dengan muka tidak berperasaan dia terus berenang ke arah lain.
Edrina terus berlalu ke tebing sambil menyumpah sendiri. Nasib baiklah Kudin ketika itu memandang ke arah lain ketika kainnya kembali terapung di permukaan air itu. Harap-harap sebentar tadi Kudin tidak perasan apa yang terjadi di dalam air sebentar tadi. Semoden-moden dia, dia belum pernah lagi membiarkan mana-mana lelaki asing melihat kawasan larangannya begitu sahaja.
“Lelaki macam ni nenda nak jadikan laki aku. Huh! Boleh sewel aku kalau berlakikan mamat sengal ni,” bebelnya sendiri saat kakinya memanjat tangga besi di tepi kolam itu.
“Lain kali jangan pakai seksi sangat. Bahaya!” Pesanan itu sempat juga dilemparkan Kudin sebelum Edrina jauh berlalu.
Bola mata Edrina terus mencari lelaki itu semula. Merah padam wajahnya mendengar itu. “Kurang ajar punya Kudin!” getus Edrina benar-benar sakit hati.
Namun bicara itu tidak ingin dibalasnya kerana dia mahu lekas pergi dari situ. Dia sudah tidak sanggup menadah mukanya di hadapan lelaki kampung itu. Malu!








No comments:

Post a Comment