Wednesday, 2 March 2016

SURI DI HATIKU - BAB 14



Melihat jam di dinding yang semakin menghampiri jam sepuluh malam, buat hatiku makin berdegup laju. Erk… Malam pertama aku dengan Emir. Rasa macam tak percaya. Senyuman masih tak mampu ku luputkan dari wajah. Aku gembira dengan apa yang telah aku dan Emir lalui hari ini. Sebuah kisah cinta yang sudah lengkap. Moga-moga kebahagiaan ini kekal menjadi milik kami berdua.
Aku menanti Emir dengan penuh debar. Dia masih di bawah melayan ahli keluarganya yang belum pulang. Di akhir majlis petang tadi, Adawiyah tiba dengan ucapan tahniahnya. Aku sambut baik kehadiran adik ipar angkatku itu. Tapi aku bingung. Kenapalah Ada tu tak mesra alam dengan aku. Dia macam tak suka aje dengan aku. Dengkilah tu.
Tak kisahlah pasal Ada tu. Yang penting, ibu Emir menerima aku dengan hati yang terbuka. Dia sayangkan aku. Dia terima aku dan keluargaku dengan seadanya. Walaupun dia kaya, lebih kaya dari keluarga aku, ibu Emir terlalu low profile. Tak seperti mak-mak datin yang lain. Beruntung aku dapat mak mertua macam tu. Lepas ni  aku ingat nak belajar memasak dengan ibu. Belajar memasak makanan kegemaran suami aku. Wah! Suami aku? Macam tak percaya aje yang aku dah bersuami.
Sedar tak sedar, aku sekarang mempunyai tiga orang emak. Pertama mama, kedua mak dan yang ketiga ibu. Aku harus menimba banyak ilmu alam rumahtangga daripada mereka bertiga. Kalau tak, mahu terkontang-kanting aku melayari bahtera perkahwinanku ini. Kahwin muda. Pasti akan ada banyak cabaran. Dahlah masak pun tak lepas. Ops! Kantoi…
 Tapi sekurang-kurangnya aku dah berterus terang dengan Emir mengenai hal itu. Dia tak kisah. Dia cakap,  janji aku sanggup untuk belajar memasak. Walaupun setakat masakan dia telur masak kicap. Dia dah cukup berbangga dengan aku. Nasib baik Emir tak cerewet.
Sedang aku asyik mengelamun, saat itulah telefon bimbitku berbunyi menandakan ada sms baru masuk. Aku pantas membaca sms itu. Dari Sofiya. Apasal pula Fiya sms aku malam-malam ni. Hatiku tertanya-tanya sambil mataku terus membaca satu persatu isi sms yang Sofiya kirimkan.
       + selamat bermalam pertama, leader SUSOSU. don’t noti2. Hahahaha :P … dari aku dan suzi.
Cis! Ngok-ngeklah si Fiya ni. Suzi pun sama. Sengaja nak kenakan aku. Tersenyum-senyum aku membalas sms dari Sofiya. Saat itulah, muncul Emir di balik pintu. Dahlah tak ketuk dulu. Terkejut aku.
      “Kenapa senyum-senyum tu?” tanya Emir seraya melangkah ke arahku. Ditanggalkan songkok yang masih tersarung di kepalanya. Dia duduk di birai katil sambil menghadapku. Dek kerana cemas dengan renungan mata Emir, terus aku tak jadi hantar smsku pada Sofiya.
       “Fiya hantar sms tadi. Sms mengarut,” ujarku malu-malu. Alahai hati…
       “Sms mengarut? Sms apa? Boleh Emir baca?” Emir pun dua kali lima dengan aku. Liat benar lidah ni nak memanggil sesama kami dengan panggilan manja. Abang ke sayang ke. Barulah romantik sikit. Tapi aku tak kisah, janji Emir sayangkan aku.
       “Mana boleh. Sms orang perempuan. Ibu dah balik ke? Siapa lagi yang ada kat bawah?” tanyaku mengubah topik. Dengan lagak selamba, aku pura-pura sibukkan diri untuk mengemas pakaianku di almari. Segera aku angkat punggung dari katil. Tak sempat beberapa langkah kuatur, tanganku dipegang Emir. Terus aku rasa macam terkena renjatan elektrik.
       “Suri nak pergi mana? Boleh Emir ikut?” tanya Emir, nakal. Mujurlah saat itu Emir melepaskan kembali pegangan tangannya. Dia bergerak menuju ke pintu bilik. Jari-jemarinya bersedia menekan suis lampu yang berada di dinding. Jantung aku makin berdetak laju.
       “Jom turun. Ibu dah nak balik tu.” Emir tersenyum mengejek. Pasti dia sengaja nak buat aku saspen. Ah… benci! Eh tak baik bencikan suami. Astaghfirullahal`azim…
Tanpa kata, menonong Emir tinggalkan aku di belakang. Dia melangkah turun ke tingkat bawah tanpa membawa aku bersamanya. Ada ke patut tinggalkan aku. Aku merajuk nanti baru tahu! Ugh! Tak romantik langsung.
‘Rileks, Suri. Kau harus terima dia dengan seadanya. Tak boleh mengharapkan dia seromantik hero dalam novel. Kalaupun ditakdirkan Emir tak romantik, kau perlu terima dengan redha. Banyak lagi kebaikan yang boleh kau pandang dalam diri dia. Ingat tu!’

**********

Deringan jam dari telefon bimbitku, mengejutkan aku dari tidur. Huwaa… mengantuknya. Dah pagi rupanya. Seperti biasa, semenjak aku mulai berhijrah menjadi lebih baik, aku cuba untuk bangun lebih awal. Kalau mampu, aku akan bangun sebelum Subuh. Tapi kadang-kadang terbabas sampai jam 7 pagi. Erk… Aku masih mencuba. Dalam proses lagi.
Aku masih belum bangun dari katil. Masih berbaring sambil memandang syiling bilik. Seingat aku, aku dah kahwin semalam. Tapi, kenapa ruang katil di sebelahku kosong tanpa teman. Ke mana Emir pergi?
Dengan rasa mengantuk yang masih menguasai diri, aku cuba mengimbau kembali kejadian semalam. Semalam, selepas bersalaman dengan ibu, aku terus naik ke bilik. Lepas tu, Emir masuk. Dia cakap…
       “Suri, maafkan Emir. Emir kena pergi jumpa Ada. Dia ada masalah. Dia call Emir sambil menangis-nangis tadi. Risau Emir.” Kata-kata Emir buat aku termengeluh hampa. Bukankah malam ini malam teristimewa kami sebagai pasangan suami isteri? Emir lebih pentingkan Ada dari aku, isteri dia?
       “Kenapa dengan dia? Tadikan dia okey-okey aje,” ujarku agak tak berpuas hati. Melihat Emir terkocoh-kocoh menanggalkan baju Melayu yang dipakainya, aku mula rasa lain macam. Tak pernah aku lihat Emir dalam keadaan tergesa-gesa macam ni.
       “Mungkin dia ada masalah dengan pakwe dia. Emir pergi dulu ya, Suri. Emir janji, Emir akan cuba balik secepat mungkin. Suri tunggu Emir tau.” Dan tak pernah-pernah juga Emir menghadiahkan aku sebuah kenyitan mata. Tersipu-sipu malu aku menerima kenyitan matanya itu. Hilang terus rasa gundah-gulana yang menyapa hatiku seketika tadi.
Melihat Emir dah nak bergerak pergi, aku segera menarik tangannya. Segera aku menyalami tangannya dan mengucupnya dengan rasa hormat. Sebagai balasan, Emir membalasnya dengan mengucup dahiku. Aku rasa sangat dihargai. Sekurang-kurangnya Emir tak lupa yang kami dah pun menjadi suami isteri.
Dan sekarang, dah pagi. Semalaman suntuk aku menunggu dia. Aku berpegang pada janji Emir. Hakikatnya, dia langsung tak balik cepat. Mungkin sampai sekarang, masih sibuk memujuk hati Ada, adik angkat dia tu. Habis tu macam mana dengan aku? Siapa yang nak pujuk hati aku?
Untuk tidak membuat andaian yang bukan-bukan, aku cuba menelefon Emir.  Beberapa aku menelefonnya. Satu panggilan pun tak berangkat. Sms aku hantar. Aku hanya nak tahu di mana dia berada sekarang. Dia suami aku. Sudah pasti aku risaukan dia.
      + Assalamualaikum, Emir. Emir kat mana? Kenapa x balik semalam? Lama Suri tunggu tau.
Aku buat smiley muka kesian. Biar dia tahu apa perasaan aku sekarang. Aku harap, dia balas sms aku. Kalau tak, aku pasti akan sangat kecewa dengan sikapnya yang baru saja aku tahu ini. Jadi begini rupanya Emir. Lebih pentingkan Ada dari aku.
Dengan perasaan hampa, aku melangkah masuk ke dalam kamar mandi. Lebih baik bersihkan diri dan tunaikan solat Subuh.  Kepada Allah sajalah tempat aku mengadu.
Mengenai malam pertamaku, ia berlalu sebegitu saja. Tanpa ada apa-apa yang berlaku.














No comments:

Post a Comment